Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, May 21, 2012

Sedikit imbauan BERSIH 3.0


Kenangan BERSIH 3.0


Bersih 3.0 sudah berlalu sekitar tiga minggu,namun ianya masih diperkatakan dan di perbincangkan oleh kebanyakan semua,baik parti pemerintah mahupun parti pembangkang.Bersih 3.0 telah mewarnai sejarah Malaysia dengan pelbagai pandangan yang pro mahupun yang kontra.Bersih 3.0 lebih menarik dan lebih ramai penyertaannya dikalangan rakyat pelbagai kaum.Di anggarkan setengah juta rakyat telah sama-sama turut serta dalam demontrasi duduk dan bantah di Dataran Merdeka(Dataran Penjajah?).

Walaupun dimomokan dengan perhimpunan haram,rakyat tidak menghiraukan ugutan dan ancaman oleh pihak berkuasa.Seluruh rakyat meraikan demontrasi duduk dan bantah ini dengan matlamat tuntutan supaya PRU-13 diadakan dalam keadaan yang bersih,adil dan saksama.Ia terkandung dalam beberapa perkara yang terkandung dalam memorandum Bersih 3.0,ia merupakan kesinambungan dari Bersih 1.0 dan Bersih 2.0.Sikap lepas tangan dan pekak badak SPR dalam tuntutan Bersih ini sangat mengecewakan rakyat.Ia seolah-olah langsung tidak memberikan pengajaran kepada SPR supaya memperbaiki kepincangan yang wujud dalam sistem pilihanraya.

Melihat kepada sikap yang ditunjukkan oleh SPR dan kerajaan yang ada sekarang,seolah-olah tidak berminat dengan tuntutan Bersih,maka pada tanggal 28hb 04 2012,telah terukir sekali lagi perhimpunan yang aman,duduk dan bantah,seawal malam hingga ke petang.Ia bagi memberitahu bahawa rakyat mahukan tuntutan Bersih 3.0 itu di ambil berat oleh mereka.Kebangkitan rakyat melalui perhimpunan Bersih 3.0 ini memberikan impak yang sangat besar kepada kuasa pemerintahan UmnoBn.Rakyat hanya mahukan hak mereka dihormati dan jangan sekali-kali dikhianati terutamanya hak mengundi dalam pilihanraya.

Seperti biasanya,mereka telah menggunakan kekerasan dalam menghadapi perhimpunan yang aman.Tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan telah terang-terang dilakukan oleh pihak berkuasa yang telah diarahkan untuk melaksanakan tugasnya.oleh siapa lagi jika bukan UmnoBn.Tindakan zalim dan kejam ini sangat mendukacitakan sebahagian rakyat.Mereka berhimpun dengan aman,tanpa apa-apa senjata,hanya dengan membawa perasaan dan semangat agar pihak pemerintah faham tentang hasrat dan matlamat mereka berhimpun.

Namun tindakan zalim dan kejam juga akhirnya yang mereka lakukan terhadap rakyat.Kali ini tingkah mereka amat dahsyat dan sangat tidak bertamadun,semua rakyat sudah tahu,siapa dan apa yang berlaku sebenarnya.Kezaliman yang mereka lakukan tidak akan rakyat maafkan dan pemerintah yang ada ini,Insyallah akan menerima akibatnya dalam PRU-13 nanti,rakyat akan menghukum kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat.Tangan-tangan rakyatlah yang akan menjatuhkan mereka yang sedang rakus berkuasa waktu ini.

Sesungguhnya,saat dan masanya rakyat menunggu dengan sabar walaupun amukan dalam diri membuak-buak ingin menghukum penguasa yang zalim dan rakus itu.Gendang PRU-13 berkobar didalam dada setiap rakyat yang inginkan perubahan dalam Negara tercinta ini.Justeru itu,semangat dan kesatuan yang jitu dikalangan rakyat mesti di kuatkan dan dipertahankan sehingga PRU-13 menjelang.Waktu itu barulah segala impian dan cita-cita di realisasikan di peti-peti undi di mana mereka mengundi nanti..Insyallah kejayaan akan memihak kepada kekuatan rakyat.

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...