Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, May 3, 2012

Politik Lucah Tiada Kesudahan





Malam semalam saya telah menerima sms melalui telefon bimbit saya.Sms yang di hantar oleh sepupu sebelah bapa saya.Dalam isu-isu yang berlaku di tanahair kita,antara kami memang sering bertukar-tukar fikiran adakalanya pandangan-pandangan kami terlalu emosi dan adakalanya secara lawak jenaka.Sepupu saya meminta pandangan saya tentang Azmin Ali,semua orang sudah tahu isu ini.


Saya menjawab supaya sepupu saya membaca pandangan saya di blog ini.Saya akan tuliskan perihal Azmin ini.Begitulah antara kami dalam meluahkan perasaan masing-masing terhadap politik tanahair yang tidak ada kesudahannya.Lepas satu,satu datang lagi..bila lagi mahu selesai?.PRU-13 pun Najib tidak berani lagi mahu membubarkan parlimen,masih dalam teka-teki.Mungkin fobia BERSIH 3.0.

Begitulah kehidupan yang kita lalui sepanjang kehidupan ini.Politik makin di cemari dengan perkara-perkara kotor oleh jiwa-jiwa yang kotor,yang tidak mempunyai akhlak dan intergriti dalam politik yang ditunjanginya.Segala kebiadapan dan kelucahan itu sudah sebati bagi mereka.Mereka tidak ada jalan lagi bagi menangkis serangan  demi serangan atas kejahatan dan penyelewengan yang mereka lakukan.

Maka dengan itu,serangan pribadi kepada lawan politiknya mesti dilancarkan demi mempertahankan kuasa yang semakin mengecut dan mengecil itu.Akhlak dan adab ketimuran dalam berpolitik terpisah jauh.Agama apatah lagi.Agama diguna bila ada perlu dan ianya hanya tempelan dalam entiti politik mereka.Agama hanya menyusahkan bagi mereka.Soal halal dan haram hanya menyusahkan agenda jahat mereka.

Begitulah yang terjadi kini,mereka menggunakan apa cara sekali pun bagi memberikan wajah buruk kepada lawan politiknya.Inilah yang berlaku dalam politik UmnoBn kini.Politik lucah,membuat fitnah melalui video dan gambar-gambar lucah,bagi mengambarkan perangai buruk pemimpin parti pembangkang.Politik yang melanggar norma-norma jatidiri Melayu.Beginikah cara politik mereka yang konon memperjuangkan Melayu?.Buka matalah wahai pendokong-pendokong dan penyokong-penyokong UmnoBn yang masih mempunyai mata hati nurani
yang celik..!.

Setahun yang lalu,ketua pembangkang diaibkan seluruh Negara dan dunia dengan aksi konon video itu rakaman adengan lucah Anwar dengan perempuan Cina.Wajah yang kononnya Anwar ini di jaja oleh mereka bagi menunjukkan buruk dan kotornya bakal perdana menteri Malaysia itu.Semua orang,rakyat sudah tahu fitnah jahat mereka.Bukan mudah untuk rakyat menelan begitu sahaja fitnah jahat mereka.Lihat sahaja fitnah terhadap Anwar dalam fitnah 1 dan fitnah 2 mereka,begitu keji dan jahat perancangan jahat mereka.Namun Allah telah mengagalkan kerja jahat politik lucah dan tidak bertamadun itu.

Kini,bila mana mereka tidak dapat menghancurkan karier politik Anwar,mereka beralih kepada Azmin Ali pula tokoh pemimpin yang ada kaliber dalam memimpin Parti Keadilan pada masa akan datang.Justeru itu direkacipta satu lagi konspirasi fitnah jahat bagi menghancurkan para tokoh pemimpin Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan.Apakah fitnah jahat ini akan berhenti di sini sahaja?.Jawapan yang pasti adalah tidak,mereka akan terus menerus melaksanakan agenda jahat mereka selagi mana PRU-13 tidak berlaku,mereka akan mengila dan turut menjadi gila dengan perlakuan jahat dan songsang mereka.

Kempen jahat dan lucah ini di sepakati dengan munculnya gambar-gambar lucah ini dalam akhbar arus perdana (sebenarnya bukan arus perdana,lebih tepat akhbar porno milik UmnoBn),akhbar yang kononnya penyebar fikiran rakyat sudah menjadi akhbar lucah atau porno,tanpa segan dan silu,tanpa ada halal haram,tanpa ada adab dan kesopanan mereka menyiarkannya tanpa rasa bersalah dan berdosa,malah seolah-olah mereka buta undang-undang.Mereka sudah kehilangan pedoman,bagi mereka agama tiada nilai dalam membatasi apa yang mereka lakukan itu.Dan sesungguhnya perbuatan menyiarkan gambar lucah itu sudah pastinya atas sokongan dan izin pihak yang mahu musuh politiknya hancur kariernya.

Kejelekan politik lucah mereka semakin menjadi-jadi,tanpa ada teguran dari mereka yang berjawatan agama.Mana 13 mufti dalam menyuarakan kelucahan ini?.Mana teguran para ulamak yang mendokongi kesucian agama?.Mana menteri yang jaga agama?.Mana..dan mana?.Diam membisu,takut teguran itu hilang jawatankah?.Mana lagak mereka yang kononnya menjaga maruah agama dan melayu?.Menjaga akidah,Melayu dan Raja-raja?.Mengapa buta tuli,pekak badak semuanya?.Mana...semua bungkem dengan kelucahan itu?.Mana wira-wira perkasa pembela agama dan bangsa?.Mana?.

Sesungguhnya terlalu malang apa yang berlaku kini,UmnoBn sudah hilang pertimbangan dalam mengharungi politik Negara.Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa yang ada.Mengadaikan maruah bangsa dan agama.Politik lucah,jahat dan tidak bertamadun ini mesti di hentikan segera.Jika apa yang dilihat dalam gambar mahupun video itu,biarlah mereka yang diamanahkan menyiasatnya dengan adil dan saksama,itu pun jika dilaksanakan dengan adil dan saksama.Namun masih adakah keadilan dalam sistem perundangan Negara tercinta ini?.

Justeru itu,kebatilan ini mesti dihentikan segera,sebelum Negara menerima bala hasil olahan tangan-tangan jahat mereka yang ditunjangi Rejim Yahudi laknatullah.Politik lucah ini mesti di nyahkan dari persada tanahair ini.Semoga Allah melaknat mereka yang membuat fitnah jahat ini dan mereka yang bersekongkol  kerja jahat ini.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...