Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, May 23, 2012

Muzakarah Lagi?





Rasa-rasanya tiada siapa yang berfikiran waras menolak sesuatu yang baik dan bermanfaat,lebih-lebih lagi dalam penyatuan umat.Muzakarah bagi membincangkan suatu yang amat penting sesama agama dan sesama bangsa.Semua itu merupakan jalan-jalan yang baik dan mendapat reda Allah jika dilaksanakan dengan jujur tanpa ada sentiment lain.Cakap-cakap muzakarah antara PAS dan Umno,antara Umno dan PAS sudah lama.Sekejap macam nak jadi,sekejap senyap.timbul balik,senyap balik.Begitulah yang dulu,begitulah yang terkini.

Ramai yang setuju,ramai juga yang tidak bersetuju,Bersetuju kerana akan membawa natijah yang baik antara kedua-duanya.Itu pun jika benar-benar ikhlas dan tiada maksud yang lain.Tidak bersetuju kerana banyak sebab untuk memang untuk tidak bersetuju.Melihat pada pengalaman dan juga melihat pada yang di ajak bermuzakarah tidak mengambarkan keikhlasan dan juga tingkah lakunya tidak mengambarkan kehendak yang dikehendaki dalam bermuzakarah.Muzakarahlah kalau benar-benar akan membawa manfaat  dan perjuangan Islam benar-benar dipersetujui untuk dimartabakan,bukan sekadar penyatuan bangsa sedang agama diketepi.

Dalam muzakarah Pas dan Umno atau Umno dan Pas,masing-masing ada hujah dan pandangan.Secara peribadinya saya setuju dengan muzakarah Pas dan Umno atau Umno dan Pas.Jika ia pun biarlah dalam kerangka agama.Pas memang solid dalam perjuangannya untuk Islam manakala Umno semua sudah tahu dengan perjuangan Melayunya.Antara keduanya kalau mahu menyatu atau bersatu atau seumpamanya mesti dengan Islam,jika setakat bangsa,agama no yang ke tiga atau keempat,lebih baik abaikan.Sekadar pandangan.

Boleh Umno terima perjuangan Pas?.Agak-agaknya....?

Bila melihat perkara ini dibangkitkan..

Saya sekadar bertanya dalam hati Isu Muzakarah Lagi???!.Dengan UMNO..,Sambil mengeleng-geleng kepala Muzakarah dengan Umno yang banyak skandal dan penyelewengan.Tak perlu disenaraikan,masing-masing sudah tahu.

Atau rupa-rupanya mainan akhbar....alahai..! 

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...