Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, May 25, 2012

Mereka Semakin Tidak Bertamadun


BERTINDAKLAH DENGAN SAMSENG BARU SELAMAT?




SELAMAT?


Tindak tanduk para penyokong dan juga pendokong parti keris yang konon memperjuangkan bangsa Melayu semakin hari semakin tidak bertamadun.Mungkin kerana sudah mendengar ura-ura parti keris boleh kalah dalam PRU-13 nanti,maka dengan itu mereka melaksanakan apa yang ketua mereka katakana sebelum ini,”akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun..”.Salah satunya dengan melaksanakan provokasi di majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat.

Dengan memperalatkan NGO-NGO yang kononnya merpetahankan bangsa dan agama,mereka telah melakukan perkara yang sangat tidak berakhlak.Bertempik,terlolong-lolong bagaikan orang yang hilang akal dan kewarasan mengangui majlis orang lain.Malah objek keras seperti batu,kayu,botol di gunakan untuk menyekat dan menganggui ceramah tersebut.Begitukah cara mereka yang mahu mempertahankan bangsa dan agama?.

Ketakutan dan hilang pertimbangan ketua mereka makin ketara,PRU-13 masih tidak berani untuk di istiharkan.Janji-janji manis tetap ditaborkan di sana-sini bagi menawan hati sebahagian rakyat.Berjuta malah berbilion di taborkan di sana-sini.Namun petanda mahu membubarkan parlimen masih belum berani.Itu lah kebimbangan ketua mereka.Sedang para pendokong mereka semakin ghairah seolah-olah PRU-13 akan berlaku esok -hari.Lagak mereka semakin tidak bertamadun dan sangat menjelikkan.

Berbalik pada gangguan yang mereka lakukan dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.Parti keris sudah ketandusan idea dan hujah bagi menangkis hujah-hujah para pempinan Pakatan Rakyat.Mereka sudah tidak mampu memberikan persaingan yang sihat dalam berpolitik.Apa cara sekali pun PRU-13 tetap akan mahu menjadi miliknya.Biarpun beribu penipuan malah menggunakan kekerasan sekali pun mereka akan laksanakan.Apa yang penting kuasa tetap di tangan mereka.Kesungguhan mereka memang ketara sekali jika tidak mengapa beria-ia mahu menawan Selangor dan negeri-negeri yang masih dibawah Pakatan Rakyat.

Mereka bagaikan hilang daya fikir dan kurang waras.Para pencacai mereka juga semakin galak,para blogger upahan semakin galak menaburkan fitnah dalam tulisan mereka.Adakalanya perkara yang tidak wujud mereka cuba olah penulisan mereka seolah-olah perkara yang ditulisnya itu benar belaka.Konon mereka juga menggunakan media baru untuk memperjuangkan agama dan bangsa.Budaya fitnah,lucah,porno menjadi senjata penulisan mereka.Ya,sudah pasti upah dan ganjaranya besar buat mereka.Tanpa upah mereka tidak akan bergerak kerana itulah perjuangan mereka sebenarnya.Itu lah roh perjuangan mereka.Ada wang jalan,tak dak wang boleh jalanlah..!.

Kita tidak tahu apa lagi yang mereka akan lakukan selepas ini,perbuatan mereka dilindungi malah pihak yang ada kuasa pun seolah-olah membiarkan insiden-insiden yang mereka lakukan.Apa yang ditakuti mereka sanggup buat apa sahaja.Membunuh?.Ya..apa-apa sahaja boleh terjadi.Harap-harap tidak sampai ke tahap begitu.Berdoa sama-sama gar golongan yang tidak bertamadun ini segera hapus dari muka bumi Malaysia ini.Kita tidak mahu bumi yang permai ini di cemari oleh penguasa dan pendokong yang semakin hilang kewarasannya.Nyah kan mereka dalam PRU-13 nanti.

Jom Berubah…Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...