KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, August 25, 2011

Merdeka..?

Laungan MERDEKA dari Bapa Kemerdekaan Malaysia



Makna Sejarah


Saban tahun,tiap kali bulan Ogos seluruh rakyat Malaysia akan meraikan hari kemerdekaan Negara,hari yang menandakan tanahair kita bebas dari penjajahan barat.Bahasa mudahnya Negara kita sudah bebas dari kongkongan barat khususnya british.Betul kah begitu kita telah bebas dari penjajahan mereka..?.

Semua orang akan mengatakan ia,benar.kalau mengikut buku sejarah dan sejarah samada yang kita baca atau yang di bacakan Negara kita sudah merdeka sejak 1957 lagi.Tanggal 31 ogos menjadi tanda tarikh keramat kemerdekaan Negara kita.Itu semua orang tahu,jika di soal tarikh kemerdekaan tidak tahu,rasa malu pula.Merdeka!..Merdeka...Merdeka..!.

Tokoh yang sering dalam ingatan kita adalah Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.perdana menteri pertama Malaysia,yang merupakan ikon atau tokoh kemerdekaan Negara atau juga di kenali Bapa Kemerdekaan.Itulah sebahagian sejarah yang semua orang ingat dan tahu tentang kemerdekaan Negara kita yang tercinta ini.Itulah juga anggapan sebahagian besar rakyat dalam memaknakan kemerdekaan Negara ini.

Rakyat Kena Bersyukur

Merdeka..merdeka...merdeka,itulah laungan keramat yang membebaskan Negara kita dari penjajahan.Hari ini kita telah menikmati sebahagian dari erti kemerdekaan.Penat lelah,jerit perih pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lalu telah kita nikmati hari ini dan saat ini,inilah gembar gembur yang sering kita dengari dari mulut pemimpin Negara kita bila menjelangnya hari kemerdekaan.

Rakyat patut bersyukur dengan nikmat keamanan dan keharmonian Negara saat ini.Negara kita tidak sama dengan Negara luar sana,yang penuh dengan kacau bilau,huru-hara,masalah makanan dan sebagainya yang membelenggu kehidupan mereka.Negara kita masih stabil dan ekonominya tetap teguh.

Ia benar,sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan prihatin setiap rakyat memang patut bersyukur dengan nikmat keamanan dan kemakmuran ini.Siapa yang tidak suka dengan ini,namun di sebalik itu semua,masih terdapat lompang-lompang yang perlu di perbaiki dan penambahbaikan terus menerus mesti di lakukan.

Tiga bangsa terbesar Melayu,Cina dan India,apakah benar-benar mereka mendapat kemerdekaan sebenarnya.Dari politiknya,ekonominya,agamanya,sosialnya dan yang lainya adakah memenuhi keperluan mereka.Juga bangsa-bangsa lain yang terdapat di sabah dan Sarawak.

Kuasa Politik

Sudah 54 tahun merdeka negara kita,satu jangka waktu yang lama.Umno Barisan Nasional selaku parti yang di amanahkan memerintah Malaysia juga sudah menjangkau 6o tahun lebih usianya.Jangka waktu yang sebegini seharusnya lebih mematangkan mereka dalam berpolitik.Penerimaan beza pandangan khususnya pihak pembangkang dalam menegur kelemahan kerajaan yang berkuasa seharusnya di raikan dan di terima sebagai teguran yang membina.

Memang tugas pihak pembangkang untuk menegur segala kepincangan yang ada,jika tidak apa perlunya mereka dalam Negara yang mengamalkan demokrasi terpimpin.Umno selaku kerajaan yang memerintah tidak perlu melenting bila teguran itu mengenai kepimpinan yang ada tidak cekap dalam penggunaan dana rakyat yang berjuta ringgit lesap dan tidak memberi makna apa-apa kepada rakyat.

Itu tugas pihak pembangkan sejak sekian adanya wujudnya Negara Malaysia ini.Namun pada hakikatnya,layanan pihak Umno Barisan Nasional terhadap pihak pembangkang tidak langsung di terima sebagai satu sistem yang ada dalam demokrasi.Suara mereka di sekat,kebebasan media tidak di berikan kepada pihak pembangkang dengan sewajarnya.Peluang untuk muncul di media elektronik dalam membahaskan manifesto atau dasar-dasar pihak mereka langsung tidak di beri peluang.

Jika ada pun hanya beberapa saat,itu pun sekadar mulut yang bekumat-kamit tanpa ada suara.Inikah kemerdekaan..?.

Kebebasan Media

Bayangkanlah 54 tahun merdeka,namun kebebasan hak untuk memiliki rangkaian media elektonik langsung tidak di layan.Ini baru tentang media.Sekadar media cetak,itu pun masih di sekat-sekat,terkongkong dan di kongkong dengan pelbagai akta yang mencengkam penerbitannya.Akses pada media ini terlalu jauh untuk di miliki sepenuhnya oleh pihak pembangkan,adakah mahu menunggu seratus tahun lagi akses pada media diizinkan sepenuhnya..?.Merdeka...merdeka...merdeka.Waktu itu laungan ini jugalah yang berkumandang.

Sekian lama merdeka itulah yang masih di perolehi oleh pihak pembangkang yang sah dalam Negara demokrasi di Malaysia.Sekadar media harakah dari PAS,Suara Keadilan dari PKR,Roket dari DAP serta yang lainnya,itu pun tiada menyeluruh sebarannya (hanya sekadar edaran untuk ahli sahaja).Malah masih yang tidak diluluskan permit penerbitannya.Bayangkanlah 54 merdeka,Umno Barisan Nasional melayan Pihak pembangkang yang juga berperanan dalam memakmurkan Negara.Merdekakah...?.

Biarpun kini wujud media alternatif melalui medium internet,namun untuk akses talian ini,bukan semua rakyat punyai internet,di tambah lagi dengan talian internet yang tidak lancar.Media laman web,blog Twiter,Facebook dan laman social menjadi medium baru dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan rakyat umumnya,Inilah yang membantu serba sedikit terhadap perjuangan rakyat dari pihak pembangkang,itu pun adakalanya di ugut dengan pelbagai ancaman dan akta-akta yang mencengkam mereka.

Kemerdekaan Sebenar

Justeru itu,itu hanya sebahagian sahaja yang saya utarakan dalam penulisan ini.Masih banyak lagi peluang dan ruang yang masih pincang hasil olahan parti yang memerintah sekian lama ini.Laungan merdeka setiap tahun tidak memberi makna yang setimpal dengan kenyataan sebenar tentang kemerdekaan yang menjangkau 54 tahun ini.

Kemerdekaan sebenar masih suram dan samar dengan ketidakadilan dan kezaliman yang semakin hari semakin menunjukkan reaksinya.Penjajahan dari bangsa sendiri telah memperlihatkan wajah yang sebenar.Itu pun masih tidak bisa di baca oleh sebahagian penyokong dan pendokong parti yang memerintah ini.Mereka merasakan kemerdekaan sebenar sudah wujud sejak sekian lamanya semenjak tarikh kemerdekaan lagi.Bagi mereka tidak perlu lagi apa yang mahu di kokokkan bahawa Negara ini perlu di merdekakan lagi.Itu pandangan mereka dalam memaknakan erti kemerdekaan ini.

Sebenarnya hari ini,kita memerlukan satu kemerdekaan yang hakiki,kemerdekaan yang jauh dari ciri-ciri kedurjanaan politik rakus dan zalim.Kemerdekaan yang mewarnai keharmonian,keadilan dan kedamaian hati setiap rakyat yang cintakan tanahairnya dari tangan-tangan yang penuh dengan noda dan dosa.Kemerdekaan dari pemimpin yang berdolak dalik dalam memenuhi kebebasan setiap rakyat.

Justeru itu marilah kita bebaskan Negara ini dari belenggu mereka yang mahu menjahanamkan nasib agama,bangsa dan Negara tercinta ini.Tugas dan tangunggjawab ini terletak di bahu semua rakyat yang mahukan erti kemerdekaan sebenar.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia.

Wednesday, August 24, 2011

Judi Lagi..!


Tidak cukupkah yang ini..!


Bila saya terbaca (Suara Keadilan 30/23 Ogos 2011) satu lagi syarikat judi di luluskan oleh menteri kewangan Negara,hati saya begitu marah sekali,tentunya menteri kewangan itu Perdana Menteri Malaysia.Dalam bulan Ramadan pun beliau begitu tergamak meluluskan benda haram ini.

Bayangkan bulan Ramadan yang mulia penuh keberkatan,tapi telah di nodai dengan satu lagi kelulusan benda haram ini.Di mana sensitifnya PM selaku manusia yang Islam dan apa pula komen penyokong dan pendokong UMNOBN?.Sensitifkah mereka dengan berita ini? Atau tidak ada rasa apa-apa,demi untuk mengukuhkan ekonomi tak mengapa.Kalau itu jawapannya.Memang sungguh mesra judi nampak gayanya.

Malapetaka apa lagi yang mahu di timpakan keatas bahu rakyat kita pun tidak tahu.Rasa sensitive dan bersalah tidak ada langsung,apa yang penting untung..untung...masuk...masuk...!.Rakyat apa peduli,pilihanraya lagi rakyat masih sokong lagi,apa nak takut..!.

Apakah kita mahu lihat rakyat sakan berjudi (nombor ramalan),sedangkan sudah berapa banyak kedai-kedai nombor ramalan berselerak di pekan-pekan,yang kita tidak sanggup melihatnya,kini di tambah lagi dengan Syarikat yang baharu,Da Ma Cai.Kaki-kaki judi dan tahi judi ekor tentu bersorak sakan bila dengar berita ini,mereka rasa di bela dan ruang rezeki mereka terbuka luas kononnya.Ya..itulah yang di mahukan oleh pemimpin Negara.

Apa pun alasan yang dikemukan kelulusan tentang perkara ini.Haram tetap haram,judi boleh menghancurkan institusi rumahtangga,pergaduhan,suami isteri bercerai dan macam-macam lagi persoalan yang boleh timbul akibat judi,bahkan membunuh sekalipun boleh terjadi akibat judi ini.Kata Najib..”Ia merupakan pasaran bebas,ia berkaitan syarikatnya (merujuk kepada taukeh judi T ananda Krisnan),jadi dia yang membuat keputusan..” .Jadi orang lain punya keputusan,tapi yang meluluskannya beliau selaku Menteri Kewangan bukankah begitu..?.

Cukuplah permainan yang jijik ini,rakyat kena buka mata dan sensitif jika tidak ia akan berterusan.Pemimpin Negara tidak sensitif pada agama dan sentiviti rakyat yang bencikan sebarang perjudian.Malaysia boleh makmur tanpa judi,judi hanya sesuai untuk mereka yang tidak cukup dengan nikmat dunia yang ada ini.Hentikanlah kedurjanaan dan kemungkaran ini dalam PRU-13.Biar mereka tahu kuasanya rakyat keatas mereka,sudah tentu hanya dengan pertolongan Allah SWT,kuasa mungkar ini akan di hapuskan di maya pada ini.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia...!

MEMORI BERSIH 2.0 ,9 JULAI 2011 PENUH SEJARAH


















Gambar perhimpunan BERSIH 2.0 dari kamera sahabat,baru sempat untuk di upload,semoga terimbau kenangan 9 Julai 2011 yang lalu....

Tuesday, August 23, 2011

Ramadan Meriah Di DUN MERU







Gambar-Gambar ihsan dari KHIDMAT DUN MERU


Ramadan 1432H tinggal hanya beberapa hari lagi,Suasana penghayatan dan pengimarahan sangat di rasainya di setiap tempat dan lokasi di mana-mana sahaja di negeri Selangor waktu ini dan saat ini.Kemeriahan dan keindahan Ramadan benar-benar di rasai oleh segenap rakyat yang cintakan kedamaian dan keharmonian.Inilah Selangorku kini dan Insyallah Selamanya.....!.

Di DUN MERU sendiri,khususnya di Meru dan Bukit Kapar,sangat meriah dan imarah khususnya masjidnya.Suasana ini sangat menggalakkan orang ramai untuk turut serta mengimarahkan setiap aktiviti yang di jalankan di setiap masjid tersebut.Kuliah-kuliah agama sangat meriah dengan kehadiran penduduk setempat.Majlis berbuka puasa dan sahur juga di adakan bagi memberi peluang kepada yang hadir menikmati juadah yang di sediakan.

Suasana Ramadan juga di meriahkan dengan munculnya bazaar Ramadan di sana sini,tidak ketinggalan juga di DUN MERU ini,di Pekan Meru sendiri terdapat bazaar Ramadan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa.Namun di harapkan agar tiada sebarang pembaziran berlaku dengan wujudnya bazaar Ramadan ini.Walaupun hanya tinggal beberapa hari lagi ibadah puasa akan di jalankan ,namun masih kelihatan ramai yang masih mencari juadah di bazaar Ramadan yang di sediakan itu.

Bukan makan sahaja bahkan ilmu juga dapat.Majlis ilmu seperti Tazkirah Iftar,Tazkirah Terawih,Kuliah Subuh,Tazkirah sebelum Terawih (10 minit) dan pelbagai lagi nama kuliah yang di adakan bagi menyemarakkan kemulian Ramadan 1432H di adakan.Kehadiran tokoh-tokoh ilmuan yang memberi Tazkirah sangat menarik orang ramai turut serta dan mengimarahkannya.Walaupun sesekali di sulami dengan isu-isu semasa namun ia masih dalam lingkungan Kuliah ilmu.

Sesungguhnya sambutan dan kemeriahan ini kita harapkan berterusan bila munculnya Ramadan dan juga agar tradisi kebiasaan ini akan berterusan selepas Ramadan walaupun dengan cara dan bentuk yang lain.Namun majlis ilmu seperti di harapkan hidup dan berterusan.

Sepuluh malam terakhir masjid-masjid di imarahkan dengan Qiammulail,sambutan dari rakyat setempat amat menggalakan.Di masjid As-Syarif contohnya dan juga di Masjid At-Taqwa Bukit Kapar juga penyertaan orang ramai sangat menggalakkan.Bahkan majlis-majlis ini bukan sahaja di adakan di masjid-masjid juga di adakan di setiap Surau masing-masing.Ini menunjukkan kepekaan orang ramai betapa pentingnya malam-malam sepuluh terakhir bagi merebut ganjaran yang banyak dari Allah SWT.Malah malam-malam tersebut di janjikan malam Lailatulqadar.

Kita mengharapkan suasana pengimarahan di setiap masjid-masjid dan surau di Dun Meru dapat berterusan.Nikmat ini mesti di pertahankan setiap warga penduduk di Dun Meru jika ingin melihat ianya berterusan setiap tahun dan sepanjang tahun.Bahkan di seluruh Negeri Selangor.

Selangorku Indah...Selangorku Harmoni..!

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia...!

Monday, August 22, 2011

PRU-13 Bila-Bila Masa..?


Melihat situasi politik negara mutakahir ini,seolah-olah PRU-13 makin dekat,itu di tambah lagi dengan kenyataan Najib,menyatakan pilihanraya boleh di laksanakan bila-bila masa sahaja,tidak semestinya menunggu keputusan JTP (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) dalam pembaikan perjalanan pilihanraya.Ramai menganggap Najib sebagai berdolak-dalik dalam perkara ini.

Dalam keadaan daftar pemilih yang tongang langang ini,masih belum diperbaiki oleh SPR,Najib menyatakan pula PRU boleh di laksanakan bila-bila masa.Jadi bagaimana pula dengan siasatan yang akan di lakukan dalam penambabaikan itu nanti seandainya PRU diadakan betul-betul sebelum ada keputusan dari JTP itu,nampak seolah-olah PM mahu melarikan dari persoalan itu,dan tentunya kepincangan SPR dalam daftar pemilihnya belum tentu dapat di perbaiki.Dan sememangnya ramai beranggapan ianya helah Najib untuk terus melaksanakan perancangan licik mereka.

Satu persatu pembongkaran terhadap kepincangan daftar pemilih yang ada(yang pastinya agenda mereka),undi pos,pendaftaran warga asing sebagai penduduk tetap telah memperlihatkan ketidak konsisten mereka dalam mengeluarkan kenyataan balas apa yang telah di dedahkan oleh pihak pembangkang.Malah dolak dalik mereka amat menjengkelkan.SPR tidak menunjukkan kesungguhan dalam menyatakan kesilapan dan kecuaiannya.

Dalam undi pos pula,kita dikejutkan oleh beberapa bekas tentera yang mengakui pernah terlibat dalam manipulasi undi pos tersebut.Ini sangat mengejutkan dan memaknakan bahawa tuntutan BERSIH terhadap pemansuhan undi pos ini amat bertepatan dan sangat releven.Pihak yang bertanggungjawab sewajarnya menyiasat apa yang di nyatakan oleh mereka,jangan hanya menafikan tidak ada apa-apa yang berlaku dalam undi pos.Rakyat juga mahu melihat kebenarannya,dan sememanggnya rakyat percaya apa yang berlaku ini.

Jika kenyataan Najib,benar-benar di laksanakan PRU-13 boleh di adakan pada bila-bila masa,sedang segala kepincangan dan kemungkaran yang serius ini tidak di perbaiki segera,kita akan menyaksikan satu PRU yang mungkin sangat tidak bersih dan adil akan berlaku sekali lagi.Mungkin itulah puak-puak yang takut kuasa mereka akan hilang nanti suka dengan keadaan ini.Ini memungkinkan mereka akan berkuasa semula dengan hasil kedurjanaan mereka sendiri.Jika ini hasilnya nanti.derita dan kesengsaraan rakyat akan terus berkesinambungan entah bila lagi mahu berakhir?.

Justeru itu,kita mengharapakan dengan hati budi yang luhur,meminta agar PM tidak akan mengadakan PRU-13 selagi mana kesemua kepincangan dan kehodohan yang di pamerkan dalam daftar pemilih,undi pos,kerakyatan warga asing dan juga kelapan-lapan tuntutan BERSIH di perbaiki terlebih dahulu.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia...!

Friday, August 19, 2011

Berita:Selangor digesa siasat dakwaan Umno dalang





Berita Video:


SHAH ALAM, 19 Ogos:
Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini mahu kerajaan negeri menyiasat dakwaan PAS bahawa isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama didalangi Umno.

Gesaan itu merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Umno terlibat dan berperanan di sebalik pemeriksaan Jais itu.

Sehubungan itu, mereka meyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Agama Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd Ali.

Pemuda PAS Selangor diwakili ketuanya, Hasbullah Ridhwan dan timbalannya, Mohd Sany Hamzan.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Dr. Hassan manakala bagi pihak Menteri Besar, memorandum tersebut diterima setiausaha sulitnya Mustapha Mohd Talib di pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

"Ini suatu yang sangat malang jika agensi kerajaan negeri (Jais) boleh dicampurtangan parti politik seperti itu. "Apatah lagi ianya dibuat dalam keadaan politik Umno yang selalu guna isu agama untuk hidupkan politik mereka yang dah nak mati," kata Hasbullah pada sidang media selepas pertemuan kira-kira setengah jam dengan Dr. Hassan.

Dalam pertemuan itu juga ujarnya, Dr. Hassan bagi pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan Mustafa itu.

Sehubungan itu, mereka mahu setiausaha agung PAS itu menyerahkan bukti berkaitan kepada kerajaan negeri.

Mengulas penyebaran video klip yang didakwa rakaman sewaktu pemeriksaan gereja itu oleh bloger Umno, Mohd Sany pula berkata ianya sesuatu yang sangat mengejutkan di waktu Jais masih belum pun siap siasatan mereka.

"Sultan Selangor menitahkan agar semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan selagi Jais tidak menyiapkan laporan mereka. "Saya nak tanya bloger Umno, siapa sebenarnya derhaka," katanya.

Ekoran itu juga beliau mahu pihak istana memberi teguran kepada pihak-pihak yang membelakangkan titah sultan tersebut.

Dalam isu pemeriksaan gereja ini, PAS berpendirian agar Jais segera membuat pendakwaan jika mereka mempunyai bukti bahawa wujud gerakan mengkristiankan orang Islam.

Sumber: Harakahdaily

Tuesday, August 16, 2011

Pakatan mahu sidang khas PR, bukan JK Parlimen

Hilang fokus...?


KOMEN:

Kita minta dakwat kekal,dia pula nak guna Biometrik,kita minta Sidang Khas dia pula tubuhkan JK Parlimen,jadi apa sebenarnya yang menganggui fikiran mereka,faham ke tak faham atau buat tak faham.Benarlah kata Sayuti Omar dalam tulisan beliau PM dah tak konsisten."
BARANGKALI kali ramai yang masih belum sedar yang Najib Razak sejak akhir-akhir ini semacam hilang fokus. Dia kurang kosentrasi terhadap apa yang dikatakan. Apakah Najib juga sudah dihinggap penyakit 'mumai' atau mudah lupa?....."baca sini..

Bagi pandangan saya,PM sebenarnya sudah letih,penat dan fikir bininya lagi serta macam-macam lagi.Apa susah-susah sangat bubar parlimen buat PRU-13,Ada berani ke..?.
Habis semua perancangan yang di buat semua tak jadi,satu persatu kantoi...niat untuk mempertahankan PUTRAJAYA...dengan apa saja cara pun semuanya hampir musnah berkecai.

Makin hari makin bercelaru permainan kotor mereka,Apco pun naik pening.apa lagi dengan SPR..semuanya kantoi,akhirnya mengaku juga silap.Kan elok kalau mengaku dari dulu,tak lah susah-susah nak adakan BERSIH 2.0,buat penat anggota polis...kesian mereka...!.

Sudah-sudah lah menyusahkan rakyat,bertaubat nasuha dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Ayuh berubah..Selamatkan Malaysia..!

KUALA LUMPUR, 16 Ogos:
Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Perdana Menteri yang tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melarikan diri daripada desakan asasnya berhubung isu warganegara asing dijadikan warganegara ini.

Tindakan menjadikan warganegara asing sebagai warganegara merupakan satu pengkhianatan amat jelas terhadap negara yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN dan ia perlu dibincangkan dengan meluas di Parlimen, bagi menyelesaikannya demi kepentingan negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, namun tindakan Najib menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen amat meragukan Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi penubuhannya langsung tidak dirundingkan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan dari tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang turut melibatkan beliau yang menghantar surat rasmi ke Parlimen untuk mendesak kerajaan memanggil persidangan khas Parlimen pada 8 Ogos lalu.

Katanya, surat itu telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri untuk diberikan respon segera dalam tempoh seminggu.

"Semalam, 15 Ogos, tempoh seminggu yang kami berikan itu dah berakhir. Perdana Menteri akan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Fokusnya adalah mengenai perubahan pilihanraya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Penubuhan jawatankuasa itu, menurut beliau, penuh dengan keraguan dan tanda tanya kerana ia tidak didahulukan dengan cadangan penubuhannya pada persidangan Parlimen oleh seorang menteri seperti yang lazim dilakukan, bagi membolehkan ia dibincangkan oleh Ahli-Ahli Parlimen.

"Sepatutnya, untuk menubuhkan jawatankuasa itu, Perdana Menteri mestilah memanggil persidangan Parlimen untuk membincangkannya. Bukan ambil tindakan terus menubuhkannya seperti yang dilakukan sekarang. "Saya tahu tentang penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu pun setelah membaca lawam web Bernama. Esok Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai penubuhan jawatankuasa itu. "Kita (Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) tak pun dihubungi, tak dipanggil untuk membincangkannya. Jadi, kami sendiri pun tak tahu apa maknanya penubuhan jawatankuasa itu? Apa bentuk jawatankuasa yang hendak ditubuhkan dan siapakah yang akan menjadi ketuanya?" katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menasihatkan Perdana Menteri agar tidak lari dari perkara asas yang menjadi desakan Pakatan Rakyat yang jelas untuk membincangkan masalah penyelewengan dalam pentadbiran pendaftaran warganegara asing di negara ini.

"Akibat penyelewengan itu, ribuan warganegara asing yang menjadi penduduk tetap dengan pemilikan kad pengenalan merah telah menjadi warganegara ini dengan diberikan kad pengenalan biru dalam masa amat pendek sekitar beberapa jam sahaja. "Ini merupakan satu pengkhianatan dan ancaman amat jelas terhadap negara. Perkara ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri. Sebab itulah kami mendesak kerajaan memanggil persidangan Parlimen khas bagi membincangkannya," katanya.

Penyelewengan tersebut, katanya dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ia amat perlu dijawab oleh Perdana Menteri demi kepentingan negara.

Selain terdapat warganegara asing yang berjaya menjadi warganegara ini hanya dalam masa beberapa jam sahaja, beliau turut kesal dengan tindakan SPR dan JPN apabila terdapat warganegara asing yang mempunyai kad pengenalan merah turut tersenarai nama-nama mereka dalam daftar pemilih.

Demi kepentingan negara, Pakatan Rakyat turut mendesak kerajaan agar membuat siasatan awam untuk membolehkan rakyat tampil memberi bukti berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dan pemalsuan dalam isu pemberian taraf kerakyatan kepada warganegara asing.

Jika desakan tersebut tidak dipenuhi, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk meminta supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Turut hadir pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Dr Mariah Mahmud, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Cheras (DAP), Tan Kok Wai.

Friday, August 5, 2011

AWAS SEMUA...!

Hati-hati bila membeli kurma


Hati-hati kurma Israel, Malaysia negara munafik

http://chegubard.blogspot.com

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Sempena Ramadhan ini juga che'GuBard dan SAMM sekali lagi memperbaharui desakan untuk Malaysia menghentikan segala bentuk hubungan dengan negara haram Israel.

Dalam satu sisi regim ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel sepertimajalah Israel-Asia Trade, Israel Review, bukuAdvantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.
Sebelum ini dalam sidang media dan banyak siri ceramah che'GuBard telah banyak kali mendedahkan beberapa bukti seperti borang kastam membuktikan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang yang memastikan ekonomi Israel terus 'segar' dan terus berupaya membeli senjata untuk membunuh umat Islam Palestin.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut,

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.
Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini.

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama 'maqamnya' dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Kepada Mukhriz anak kepada Dr. Mahathir, harus tampil menyatakan pendirian sebenar dalam isu ini bukan diam berkubu di MITI yang menjadi pusat pengkhianatan yang menjadikan Malaysia negara munafik.

Serbuan Jais: Kenyataan penuh Datuk Dr Hassan Ali

Dato' Dr.Hassan Bin Mohd Ali


KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM


Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...