Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, May 15, 2014

Alahai...Meluatnya



Pada mulanya macam beria-ia, sungguh-sungguh, macam tidak percaya, dan macam-macam lagi rasa perasaan ini. Melihat status kawan-kawan fb, seolah sudah runtuh habis pentadbiran kerajaan Trengganu, mungkin tulisan ini tak sehangat cerita sebelumnya, ia sekadar ingin meluah rasa hati melihat perkara yang terjadi dan telah terjadi. Meluat, geram, menyampah, benci, jengkel, dan macam-macam perasaan selepas itu.

Rupa-rupanya hanya gempak sahaja, pusing balik, kembali pada asal perjuangan demi agama, bangsa dan negara, entahlah konon-kononlah agaknya. Mereka tiada pendirian, langsung tiada jiwa pejuang, mudah terikut-ikut, begitukah caranya mahu memimpin rakyat?. Perjuangan bukan hanya untuk cari makan, perjuangan itu demi agama, bangsa, dan negara, niat utama dengan adanya jawatan itulah menuntut keredaan Allah SWT.

Bukan main-main dengan jawatan, bukan main acah-acah, dan apa sahaja perlakuan yang tidak sewajarnya. Jawatan itu amanah yang mesti dipikul dengan jujur, ikhlas, komitmen yang tinggi. Rakyat melihat segala tingkah laku, sikap dan tindakan pemimpin. Segala kata janji ditunai, bukan hanya bercakap dan berjanji sesedap rasa. Pemimpin kena kerja kuat, kena dengar cakap orang bawah, lihat apa masalah rakyat bukan tiba musim PRU atau PRK, baharu mahu turun memeserai rakyat. Itu lakon-lakonan sahaja, tidak real, bukan begitu yang rakyat mahu.

Entahlah, melihat perangai ahli politik yang tidak sungguh-sungguh dengan amanah dipikulnya semacam meluat dan menyampah, sungguh!. Ya...tengoklah drama yang mereka lakonkan beberapa jam yang lalu, menjelakkan, tiada maruah, tiada kredibiliti langsung...nol!, zero, macam hampas. Itukah perjuangan?. Melaungkan hidup melayu, hidup melayu, hidup melayu tapi apa yang mereka buat?. Buatlah, jambatan, korek parit, tar jalan, bangunan tinggi-tinggi, jambatan panjang-panjang...apa lagi?. Macam-macam dibuat!.

Tulisan ini, tulisan orang meluat sebenarnya, bila baca status kawan-kawan difb tentang konon pergolakan di Trengganu, ada harapan Pakatan rakyat boleh mentadbir Trengganu, pada saya semua itu lakonan ternyata benar. Mereka sudah biasa berlakon, soal amanah pun mereka boleh berlakon. Dengan manusia pun boleh berlakon, lagilah dengan Tuhan...alahai meluat betul!.


AYUH BERUBAH...SELAMATKAN MALAYSIA!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...