Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Sunday, May 11, 2014

PAS tangguh pembentangan RUU Persendirian hudud di Parlimen

 


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pada sidang media hari ini PAS akan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat Jun depan.
PAS menangguhkan hasratnya untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat yang akan bersidang Jun depan, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS itu mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.
Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi tempoh masa kepada Jawatankuasa Teknikal antara Putrajaya dan kerajaan negeri Kelantan meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.
"Oleh kerana itu cadangan membawa RUU Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan bulan Jun 2014 ini tidak akan diteruskan.

"Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal diatas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya,"
kata Hadi melalui kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu sidang media hari ini.
Menurut Mohamad, PAS juga dalam mesyuarat bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Teknikal yang akan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan diseliakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Walaupun keputusan untuk menangguhkan pembentangan usul di Parlimen dibuat, namun Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata PAS masih bertekad memastikan undang-undang hudud terlaksana.
"Terserah kepada Jawatankuasa Teknikal yang akan berbicang dengan Kelantan dan Pusat.
"Ini jawatankuasa antara kerajaan dengan kerajaan, bukan lagi antara parti dengan parti, jadi seriuslah," katanya.
Ditanya sama ada PAS sudah memaklumkan keputusan itu kepada rakan sekutunya PKR dan DAP, Mohamad berkata perkara itu belum dibuat dan tidak perlu.
"Mereka belum tahu. Mereka akan mengetahuinya melalui laporan adil media hari ini," katanya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada April lalu mengumumkan kerajaan negeri sudah siap bersedia dengan draf satu RUU persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.
Rang undang-undang itu akan dibawa ahli Parlimen PAS daripada Kelantan ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu kemudiannya disambut baik Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu melihat usaha itu diteruskan.
Bagaimanapun, tentangan hebat dibuat DAP yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana melanggar konsensus selain menganggap hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Manakala MCA pula memutuskan untuk mengkaji kedudukannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) jika Umno terus menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan. – 11 Mei, 2014.

Sumber: Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...