Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Sunday, May 25, 2014

Tak Perlu Serang-Serang



Katanya, beliau sendiri pernah menerima pelbagai kutukan dan kejian tetapi tidak pernah bertindak ganas.
“Orang maki saya, boleh saya terajang orang Umno (kerana marah)? Tak boleh,” katanya.
Anwar juga tidak nampak kenapa kenyataan Rayer itu dianggap sama seperti menghina orang Melayu.
“Melayu Melayulah, Umno Umnolah. Sejak bila rampas harta Melayu jadi pejuang Melayu?”  soalnya kembali.

Friday, May 23, 2014

Kesamsengan Yang Berlesen

Bukan cara begini menyuarakan ketidakpuashatian...

Dua tiga hari ini, ada sahaja insiden yang sugguh jijik dan menjelekkan dilakukan oleh puak-puak yang memperjuangkan kononnya parti keramat. Jika tidak puas hati sekali pun, janganlah sampai menunjukkan kebodohan dan ketidakbijakan tindakan . Memalukan nama parti keramat kono-kononnya. Apa salahnya jumpa secara sopan, dari hati ke hati. Bukan dengan cara tunjuk gah kesamsengannya itu. Kata memperjuangkan bangsa melayu, mana adat dan adabnya?. Tahulah ada lesen besar, kalau tidak ada lesen, mana berani buat begitu.

Begitukah caranya bangsa melayu berjuang, bagai samseng dan pengganas lagaknya, bukankah kita bangsa yang beradat dan beradab?. Sopan santun, budi bahasa bukankah budaya kita, seperti yang diulang-ulang berkali-kali di media. Tidakkah puak-puak ini menonton iklan itu?. Atau memang buat-buat tak nampak. Secara pribadi, sungguh kesal melihat insiden yang berlaku, langsung tidak menunujukkan jati diri melayu...dah LAYU?.

Saya yakin dan pasti apa yang berlaku dan terjadi, itu semua ada ketua yang merancangnya atau mastermindnya, mereka sudah diarahkan dan sudah semestinya upah atau ganjarannya bukan setakat sekotak rokok tetapi lebih dari itu. Duit bagi mereka segala-galanya, bagi kita duit bukan segala-galanya tetapi untuk mendapatkan sesuatu duit segala-galanya, pastinya dengan cara halal dan bersih untuk mendapatkannya.

Cara mereka dan cara kita sangat berbeza, jauh sungguh jauh, kita pergi demontrasi ada tujuan dan matlamatnya, rela hati, tidak payah diupah, malah keluar duit sendiri untuk tambang, makan apatah lagi, sanggup berhujan berpanas, sanggup disiram air asid, sanggup dilontar bom asap yang boleh menyesakan nafas kita, sungguh, kita buat itu semuanya atas kesedaran yang tinggi. Malah ada yang sanggup ditangkap dan di lokap, walaupun tiada kesalahan apa yang dilakukan. Itu bezanya, antara kita dengan mereka.

Bahkan cara kita berfikir pun sangat berbeza dengan cara mereka berfikir, lihatlah pemimpin mereka berfikir, bagai bukan seorang pemimpin yang berfikir, bila ditanyai tentang mengapa gula naik harga, mengapa harga ayam naik, mengapa barangan naik, mengapa tol mahu dinaikkan dan macam-macam persoalan diajukan kepada pemimpin mereka. Apa jawapannya?. Sungguh menjengkelkan dan sungguh tidak masuk akal, rendahnya taraf pemikiran, bagaimanalah para pengikutnya tidak sama taraf pemikirannya dengan ketuannya.

Tak perlulah saya tulis kembali disini, apa jawapan-jawapan menteri bila ditanyai persoalan di atas tadi. Masing-masing sudah tahu, dengar dan lihat, taraf rendahnya pemikiran mereka. Ramai yang meluat dan menyampah pun. Tentang insiden di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan terbaharu di Kuantan pula. Pihak berkuasa bertugaslah dengan adil dan bijaksana, saya yakin pihak keselamatan tahu mana yang baik dan buruk perlakuan dan tindakan mereka. Bertindaklah dengan kuasa yang ada, tanpa mengikut telunjuk arahan sesiapa. Itulah harapan kita.

Dan saya tak dapat bayangkan seandainya yang melakukan itu dari pihak pembangkang, sudah pasti pantas tindakan pihak berkuasa, cepat sahaja statement menyatakan itu perbuatan pembangkang. Akhbar-akhbar arus perdana pasti menyiarkan perlakuan itu, malah ditambah dengan ulasan-ulasan pelbagai. Ditambah dengan pensyarah-pensyarah atau profesor-profesor turut mengulas. Apatah lagi dengan ahli agama, pak mufti pasti bersuara dengan begitu jelas dengan dalil-dalinya.

Malang, bila pihak sana yang melakukan tindakan tidak bertamadun, langsung diam membisu, hilang segala nas-nas hadis dan quran. Bagai tiada apa-apa, segalanya baik-baik belaka. Bisu sebisu-bisunya, hilang suara, lidah kelu tak terkata. Dalam mengeluarkan pandangan pun ada pilih-pilih, takut hilang jawatan...cari makan bro!, mana boleh bantai sebelah sana. Elaun kena potong, pindah tempat kerja atau bertugas. Nanti menangis tak berlagu bro!.


Cukuplah saya membebel, harap-harap pemimpin mereka dapat menyabarkan ahli-ahlinya yang punyai 3.1juta itu. Nasihatlah baik-baik, kita hidup mahu aman makmur antara kaum-kaum yang lain. Jangan dinodai keamanan ini. Jadilah pejuang yang benar-benar berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Jangan sekadar melaungkan melayu, melayu, melayu tapi perbuatan macam orang tidak bertamadun. Buktikan jika benar mahu politik baru, jangan hanya sekadar melaung-laungkan transformasi tapi kenyataannya habuk, hampas...!. Alahai...!.

AYUH BERUBAH...SELAMATKAN MALAYSIA!

Thursday, May 22, 2014

Rakyat Susah Mesti Berubah (Tukar Pemerintah)



Rakyat semakin tertekan dengan kos hidup yang semakin meningkat, tidak kira yang hidup di kota mahu pun desa, kini semakin merasai situasi yang semakin menghimpit kehidupan mereka. Setahun sudah PRU-13 berlalu, namun janji-janji parti yang diberi kuasa tidak langsung ditepati. Makin menambahkan derita dan lelah rakyat, sana sini naik, barangan terus naik, terbaharu Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik, konon bagi menyelamatkan TNB dari kerugian. TNB RUGI?...

Semakin hari semakin teruk dibawa pemerintahan perdana menteri yang minatkan panda. Panda lebih diutamkan daripada rakyat yang terus-menerus ditekan dengan pelbagai kenaikan, cukai, dan harga barang. Mana keperihatinan pemimpin-pemimpin Umnobn?. Mereka hanya mementingkan diri  dan kroni-kroni mereka. Mereka tidak melihat rakyat melarat dibawa. Apa mereka kesah itu semua?.

Puluhan tahun memerintah, apa nasib bangsa yang diperjuangkan?. Bila mahu PRU atau PRK, baharulah ingat kepada rakyat. Rakyatlah kami utamakan, rakyat perlu bersyukur kepada pemerintah, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan macam-macam lagi slogan diputar siang malam pagi petang. Mulalah berjinak-jinak dengan rakyat, turun ke masjid, surau-surau, ke warong-warong kopi, berkain pelikat berkopiah, aduh...waraknya!, persisi rakyat marhein.

Bahasa lunak, sopan santun, sentiasa tersenyum menampakan keprihatinan orang bawah...alahai, bagusnya lakonan mereka, boleh dianugerakan pelakon terbaik!. Begitu sekali mereka melakonkan gaya untuk memikat rakyat demi undi, you help me, i help you!...boleh?. Setiap kali ke satu-satu tempat, pasti akan ada janji-janji ditabor. Sana juta, sini juta, pembangunan sana, pembangunan sini, semua dijaja demi mahu undi. Begitulah setiap kali bila mahu PRU.

Siapa yang tertipu?, rakyat juga yang tertipu, masih tak serik-serik terus menerus mahu sokong dan dokong parti yang korup penuh dengan skandal. Mana tidak terpengaruhnya, pagi petang, siang malam, asyik tengok dan dengar berita arus perdana yang cukup-cukup berat sebelah, tidak ada perubahan langsung dari segi pemberitaan, sedangkan pemimpin mereka asyik teriak transformasi sana, transformasi sini, wasatiyah sana dan wasatiyah sini. Mana hasilnya?. Tetap begitu-begitu, ditakuk lama, perbodohkan rakyat selamanya.

Marilah sama-sama kita ubah, ubah, dan ubah sebelum segalanya rebah dibawah pemerintahan mereka. Selagi mereka memerintah, selagi itulah kita akan tetap bercakap, menulis perkara-perkara seperti ini, sehinggalah mereka jatuh rebah tidak akan bangkit-bangkit lagi. Untuk itu marilah kita terus bercerita, bercakap, menulis untuk kita sampaikan kepada rakyat dibawah sana yang masih lagi tidak faham tentang duduk perkara sebenarnya ini. Alahai!.


AYUH BERUBAH...SELAMATKAN MALAYSIA!

Wednesday, May 21, 2014

Nyahkan Politik Samseng Menangkan Rakyat

Menangis Tak Berlagu

Tindakan politik samseng

Politik huru-hara, samseng, pengganas, dan penceroboh sudah menjadi mainan puak-puak yang tidak puas hati tentang kekalahan mereka sejak dua penggal yang lalu. Pulau Pinang yang sebelum 2008 telah diterajui oleh parti Gerakan, kompenan Barisan Nasional telah tumbang kalah teruk oleh pukulan maut Pakatan Rakyat melalui DAP. Mereka menangis tak berlagu sampai sekarang!.

Sekali lagi dalam PRU-13, mereka masih tidak berjaya lagi merampas Pulau Pinang. Walaupun macam-macam mereka lakukan terhadap pentadbiran negeri melalui DAP, namun mereka tetap gagal mempengaruhi sebahagian besar rakyat Pulau Pinang yang matang berpolitik. Apa yang mereka lakukan itu, menambah kebencian lagi terhadap parti yang kononnya begitu keramat buat kaum Melayu.

Tindakan politik huru-hara dan samseng langsung tidak memikat hati rakyat Pulau Pinang. Apa yang mereka tidak buat sepanjang lima tahun hingga ke PRU-13 hingga kini. Macam-macam tindakan provokasi bagi tujuan membangkitkan kemarahan rakyat yang kononnya pentadbiran DAP, telah meminggirkan kaum Melayu. Tak perlu saya tulis satu persatu di sini kerana semua sudah maklum tentang perkara ini.

Mereka tidak pernah serik dan memang mereka takkan serik dan berhenti dari menganggui pentadbiran kerajaan negeri. Politik hasad dengki, menanam kebencian satu-satu kaum, memang sudah sebati menyerap ke dalam lubuk jiwa mereka yang busuk. Mereka semua mengikut rentak kepimpinan mereka, apa mahu diherankan, jika yang di atas pun lagaknya macam samseng, apatah lagi yang dibawah itu.

PRK jawapan untuk politik samseng


PRK Bukit Gelugor

PRK P51 BUKIT GELUGOR akan diadakan pada 25hb mei ini, nampaknya masing-masing sudah berkempen sana-sini, baik dari BEBAS(tapi condong BN...biasalah tu) dan DAP, oh ya, parti keramat tidak menurunkan panglimanya, entah mengapa, mungkin tiada calon yang layak atau mungkin takut kalah, dua kemungkinan, itu agakkan saya. Mereka gunakan calon-calon tajaan, bebas dan PCM. Walau mereka menafikan, tapi kemungkinan ada benarnya.

DAP diwakili oleh anak bekas Parlimen Mendiang Karpal Singh iaitu RamKarpal Singh, bakal menjadi ahli parlimen Bukit Gelugor seandainya, rakyat di situ memilihnya. Itu semua terserah dengan kebijaksanaan para pengundi di situ. Saya yakin rakyat di situ sudah bijak-bijak belaka, sudah matang, sudah tahu mana yang mesti dimenangkan. Mahu yang janji-janji berterusan tapi tak ditepati atau yang peka tentang kemaslahatan rakyat.

Justeru itu, kemenangan seandainya berpihak kepada Pakatan Rakyat, ini bermakna, petanda rakyat masih mahu perubahan, mereka mahu ubah keadaan yang semakin menekan mereka kepada perubahan yang lebih baik. Kita yakin dengan usaha-usaha setiap parti kompenan dalam Pakatan Rakyat, saling kuat menguatkan antara satu sama lain, berkempen, majlis penerangan dan sebagainya, InsyaAllah kemenangan pasti berpihak kepada rakyat.



AYUH BERUBAH...SELAMATKAN MALAYSIA!

Thursday, May 15, 2014

Alahai...Meluatnya



Pada mulanya macam beria-ia, sungguh-sungguh, macam tidak percaya, dan macam-macam lagi rasa perasaan ini. Melihat status kawan-kawan fb, seolah sudah runtuh habis pentadbiran kerajaan Trengganu, mungkin tulisan ini tak sehangat cerita sebelumnya, ia sekadar ingin meluah rasa hati melihat perkara yang terjadi dan telah terjadi. Meluat, geram, menyampah, benci, jengkel, dan macam-macam perasaan selepas itu.

Rupa-rupanya hanya gempak sahaja, pusing balik, kembali pada asal perjuangan demi agama, bangsa dan negara, entahlah konon-kononlah agaknya. Mereka tiada pendirian, langsung tiada jiwa pejuang, mudah terikut-ikut, begitukah caranya mahu memimpin rakyat?. Perjuangan bukan hanya untuk cari makan, perjuangan itu demi agama, bangsa, dan negara, niat utama dengan adanya jawatan itulah menuntut keredaan Allah SWT.

Bukan main-main dengan jawatan, bukan main acah-acah, dan apa sahaja perlakuan yang tidak sewajarnya. Jawatan itu amanah yang mesti dipikul dengan jujur, ikhlas, komitmen yang tinggi. Rakyat melihat segala tingkah laku, sikap dan tindakan pemimpin. Segala kata janji ditunai, bukan hanya bercakap dan berjanji sesedap rasa. Pemimpin kena kerja kuat, kena dengar cakap orang bawah, lihat apa masalah rakyat bukan tiba musim PRU atau PRK, baharu mahu turun memeserai rakyat. Itu lakon-lakonan sahaja, tidak real, bukan begitu yang rakyat mahu.

Entahlah, melihat perangai ahli politik yang tidak sungguh-sungguh dengan amanah dipikulnya semacam meluat dan menyampah, sungguh!. Ya...tengoklah drama yang mereka lakonkan beberapa jam yang lalu, menjelakkan, tiada maruah, tiada kredibiliti langsung...nol!, zero, macam hampas. Itukah perjuangan?. Melaungkan hidup melayu, hidup melayu, hidup melayu tapi apa yang mereka buat?. Buatlah, jambatan, korek parit, tar jalan, bangunan tinggi-tinggi, jambatan panjang-panjang...apa lagi?. Macam-macam dibuat!.

Tulisan ini, tulisan orang meluat sebenarnya, bila baca status kawan-kawan difb tentang konon pergolakan di Trengganu, ada harapan Pakatan rakyat boleh mentadbir Trengganu, pada saya semua itu lakonan ternyata benar. Mereka sudah biasa berlakon, soal amanah pun mereka boleh berlakon. Dengan manusia pun boleh berlakon, lagilah dengan Tuhan...alahai meluat betul!.


AYUH BERUBAH...SELAMATKAN MALAYSIA!

Monday, May 12, 2014

Sajak: Bukan Undang-Undang Sembarangan



Bukan Undang-Undang Sembarangan

Berbicara sering bertelagah
hilang kewarasan minda terjajah
mengolah wajah hodoh syariat Allah
memperlekeh, mempeleceh tanpa rasa bersalah
itulah bicara sering dilaungkan
mana bisa mereka bukan seagama faham
seandai diri berkata nista sinis bicara
seolah tidak yakin percaya itu syariat Allah.

Mungkinkah satu masa akan tertegak juga
namun bukan dari tangan-tangan pendosa
bermulut celupar seolah tiada Tuhan
bermuka-muka seolah beria-ia mahu ditegakkan
pada hati kecilnya, takut nanti apa tertimpa padanya
kerna tahu kesalahan diri akan terima akibatnya
hukum Tuhan bukan suka-suka, ia halus serta teliti
disemak saksinya penuh saksama bukan semberono.

Jangan sekadar potong tangan  hujahnya
itu sudut sinis jahil fahamannya
ia perlu difahami sesungguhnya
bukan perkara main-main boleh dipermain-mainkannya
kerna itu kemuncak bila sudah punya negara kuasa
ulilamri punya suara kuasa menguatkuasakannya
bukan tunggu-tunggu semua boleh fahamkannya
juga berbilang bangsa dijadikan alasannya.

Nyata, ia bukan undang-undang sembarangan
yang boleh ditegakkan oleh penguasa sembarangan
ia perlu dilaksana oleh penguasa tahu agama bukan ikut-ikutan
baharulah semua jelas, negara aman damai tenteram disayangi Tuhan.

Masshah 2014
06052014

Meru.

Sunday, May 11, 2014

PAS tangguh pembentangan RUU Persendirian hudud di Parlimen

 


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pada sidang media hari ini PAS akan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat Jun depan.
PAS menangguhkan hasratnya untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat yang akan bersidang Jun depan, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS itu mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.
Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi tempoh masa kepada Jawatankuasa Teknikal antara Putrajaya dan kerajaan negeri Kelantan meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.
"Oleh kerana itu cadangan membawa RUU Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan bulan Jun 2014 ini tidak akan diteruskan.

"Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal diatas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya,"
kata Hadi melalui kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu sidang media hari ini.
Menurut Mohamad, PAS juga dalam mesyuarat bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Teknikal yang akan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan diseliakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Walaupun keputusan untuk menangguhkan pembentangan usul di Parlimen dibuat, namun Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata PAS masih bertekad memastikan undang-undang hudud terlaksana.
"Terserah kepada Jawatankuasa Teknikal yang akan berbicang dengan Kelantan dan Pusat.
"Ini jawatankuasa antara kerajaan dengan kerajaan, bukan lagi antara parti dengan parti, jadi seriuslah," katanya.
Ditanya sama ada PAS sudah memaklumkan keputusan itu kepada rakan sekutunya PKR dan DAP, Mohamad berkata perkara itu belum dibuat dan tidak perlu.
"Mereka belum tahu. Mereka akan mengetahuinya melalui laporan adil media hari ini," katanya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada April lalu mengumumkan kerajaan negeri sudah siap bersedia dengan draf satu RUU persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.
Rang undang-undang itu akan dibawa ahli Parlimen PAS daripada Kelantan ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu kemudiannya disambut baik Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu melihat usaha itu diteruskan.
Bagaimanapun, tentangan hebat dibuat DAP yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana melanggar konsensus selain menganggap hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Manakala MCA pula memutuskan untuk mengkaji kedudukannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) jika Umno terus menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan. – 11 Mei, 2014.

Sumber: Facebook

Tuesday, May 6, 2014

Sokong Hudud


Politik tanah air tidak henti-henti dengan pelbagai isu, lepas satu isu, isu lain menjelma, kini kedengaran lagi tentang hudud. Salahkah jika isu ini berlegar kembali?. Secara pribadi bagi saya, tidaklah salah, baguslah, ia wajar di war-warkan, diberi kefahaman kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira apa jua bangsa dan agamanya, ia perlukan gerak kerja dakwah yang berkesan.
                                                         
Maklum sahaja, negara kita sudah puluhan tahun merdeka, namun sampai hari ini tidak ada cita-cita mahu mengangkat undang-undang Islam ini sebagai perundangan tertinggi negara, sampai bila pun kita tidak tahu, pelbagai alasan dilontarkan dengan bermacam-macam pandangan. Tak kurang juga, memperleceh, memperlekeh, malah ada yang lebih berani sinis dalam mengeluarkan pandangan.

Entah mengapa, saya pun heran, puluhan tahun sudah, masih lagi tidak faham-faham tentang undang-undang syariah ini. Padahal negara kita, banyak institusi berkaitan keagamaan, kita ada JAKIM, kita ada IKIM( malah wujudkan lagi radio), kita ada puluhan jabatan-jabatan agama Islam rasmi, dan pelbagai lagi institusi Islam yang tidak disebut di sini.

Apakah tidak cukup lagi untuk mengerakkan usaha dakwah tentang undang-undang syariah tersebut?. Kita mahu semua faham?, berapa puluh tahun lagi mahu tunggu?. Pemerintah yang ada hari ini pun sudah cukup tua, apakah tidak ada lagi keinginan untuk melaksanakan undang-undang tersebut?. Ya, baharu-baharu ini sahaja kedengaran sebahagian pimpinan parti pemerintah seolah-olah bersetuju untuk menyokong perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Mudah-mudahan termakbullah cita-cita kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Harap-harap parti pemerintah yang mahu menyokong undang-undang hudud ini tidak berdolak-dalik seperti dahulu, kita tidak mahu ada kata hudud Pas, hudud Umno, biarlah ia akan menjadi realiti, berbincanglah, bermesyuarahlah dengan penuh kasih sayang demi undang-undang Allah SWT ini.

Hilangkanlah sementara kesangsian atau apa sahaja titik bengik politik masing-masing. Memanglah kita tidak tahu hati antara kedua-dua parti terbesar di tanah air kita, hanya Allah SWT yang tahu, apa pun usahakan dahulu itu yang penting, sekurang-kurangnya parti pemerintah sudah punyai sentiviti tentang undang-undang hudud ini. Kita tidak mahu lagi ada pemimpin-pemimpin negara cuba memperlekeh, memperleceh, mempermain-mainkan undang-undang Allah SWT ini.

Harapan dan cita-cita ini agar dipermudahkan oleh Allah SWT, saya yakin dan percaya, setiap jiwa mukmin yang beriman dan bertaqwa seratus peratus menyokong dan mendokong jika sekiranya undang-undang hudud ditegak dan dilaksanakan sama ada di Kelantan mahupun di bumi Malaysia sendiri. Begitu juga dengan mereka yang bukan beragama Islam, jika diberi kefahaman yang padu dan jitu, pasti menerimanya dengan berlapang dada.


Sekadar pandangan.

AYUH BERUBAH...SELAMATKAN MALAYSIA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...