KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, April 27, 2012

Malaysia Tanahair Tercinta Buat Semua


Semua Rakyat Sayangkan Negara Malaysia


Sebagai rakyat Malaysia,siapa yang tidak sayangkan tanahairnya.Inilah tempat kelahiran yang indah,aman dan damai.Biar pun pergolakan politiknya sesekali sekala mendebarkan, semakin hari semakin panas membahang.Itu lah rencam kehidupan yang kita terpaksa lalui dan harungi.Mahu tidak mahu kita akan merasai pelbagai situasi gawat,panas,kemarau,harga barang naik dan pelbagai lagi.Syukur dan terima kasih pada empuNya bumi ini.

Denyut nadi rakyat yang cintakan tanahairnya,tidak pernah hilang,makin lama makin kuat dipertahankan,tiada siapa yang mahu lagi tanahair ini dijajah lagi,cukuplah pengalaman perit pejuang-pejuang tanahair menuntut kemerdekaan.Kini kita mengutip hasilnya kebebasan itu,biar pun kebebasan itu dalam erti kata yang masih belum bebas sebenarnya.Kita dijajah oleh bangsa sendiri hasil dari didikan penjajah yang sudah sekian lama keluar dari tanahairkita.

Namun disana saki baki pemikiran penjajah masih kuat melekat likat sebahagian bangsa kita.Mereka ditanamkan dengan fahaman benda dan kebangsaan yang melampau.Malah mereka mencipta khurafat yang sangat sebati dalam hati pendokong-pendokong mereka,khurafat hanya mereka boleh memerintah tanahair ini.Mereka amat ekstrim dan fanatic dalam mempertahankan hak mereka solah-olah tanahair ini milik bangsa mereka seorang.Orang lain tidak berhak untuk itu semua.

Sedangkan bumi bertuah ini,yang dahulunya dikenali sebagai ‘Semenanjung Emas’ memiliki pelbagai bangsa dan etnik di dalamnya.Bukan hak satu bangsa tapi hak bersama yang sepatutnya di jagai dengan lebih aman dan harmoni.Bukan adu domba,bangsa  ini sahaja layak.lihatlah sejarah atau sirah Nabi saw,pelbagai bangsa,etnik dan keturunan di kota Mekah.

Walaupun ketika itu perpaduanya lusuh dan terbarai dek’ kerana sikap keakuan yang menebal,namun dengan munculnya Sang Pemimpin yang bijak dan adil telah menyatukan mereka biar pun antara mereka berbeza bangsa mahupun anutanya.Belajarlah dan kajilah sejarah dalam peradaban tamadun manusia yang lampau.Pasti ada pengajaran dan hikmahnya.

Malaysia wujud pelbagai bangs,ada Melayu,Cina,India,Kadazan.Murut,Melanau dan sebagainya,juga budaya dan agama yang berbeza,kita juga sudah terbukti dan membuktikan keakraban itu sesama kita.Namun di sana masih ada,segolongan puak yang berfikiran perimitif dalam membicarakan soal hak bangsa,agama mahupun budaya.Mereka masih rasis dan bersangka buruk dengan bangsa yang lain.Sudah merdeka 54 tahun,namun itulah daya pemikiran mereka.

Namun,penjajahan dari bangsa sendiri makin hari semakin kekemuncaknya,tanahair yang tercinta telah dicemari dengan lahirnya pengkhianat yang sangat membahayakan kita.Bagaimana tidaknya jika warga asing yang datang ke sini,yang Cuma mahu bekerja mencari rezeki untuk di bawa pulang ke tanahairnya kini pula mendapat keistimewaan untuk menentukan siapa penguasa yang sepatutnya memerintah Negara ini.Pengkhianat ini dengan mudahnya memberikan kad-kad pengenalan sebegitu mudah semata-mata untuk mengekalkan kuasa penjajahan pemikiran mereka kepada bangsa sendiri.

Apakah ini tidak membahayakan kepada ketuanan bangsa Malaysia pada masa hadapan?.Cubalah tanyakan pada diri sendiri,apakah kita mahu melihat bangsa lain menguasai segala apa yang ada di tanahair ini.Baik Melayu,Cina,India,Murut,Bajau,Kadazan dan sebagainya,renung-renungkan akan bahaya-bahaya ini.Apakah kita rela dengan perbuatan pengkhinat-pengkhinat ini?.

Sedang kita diberitahu berapa ribu dari kalangan bangsa India di tanahair kita yang tidak mempunyai kad pengenalan,sedang untuk warga asing yang tidak mempunyai hak untuk memilkinya begitu mudah untuk warga asing memilikinya.Apakah ini keadilan,apakah ini kesaksamaan dan lebih besar lagi apakah ini yang kita mahukan selamanya?.

Kita cinta,kita sayang tanahair dan bumi Malaysia ini.Namun dalam kita cinta dan sayang tanahair ini,dalam masa yang sama para pengkhianat ini bermaharajalela sewenang-wenangnya mahu menjual dan mengadaikan tanahair ini sebegitu murah kerana demi mempertahankan kuasa yang ada semakin hari semakin tidak bermaya,layu dan lesu.Beku mindanya,sebegitu beku hatinya dalam melihat kebenaran.

Demi mempertahankan kuasa,harta dan pangkat darjat,mereka mempertaruhkan maruah tanahair tercinta.Reda kah kita?.Bnaggakah kita punyai penguasa yang tidak mampu membawa rakyatnya kearah yang lebih baik.Cukuplah sudah permainan keji dan zalim khianat ini.Kita sudah tidak sanggup lagi melihat warna kebobrokan ini mempalit wajah indah tanahair  ini tercemar oleh perlakuan mereka itu.

Cukup dan cukup,hentikan segera,nyahkan mereka..!

Jom BERSIH 3.0

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...