Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, April 27, 2012

Pulak Dah..?


Aduhai..

Anggapan penulis  di sebuah blog yang saya baca pada beberapa hari lepas memang tepat lagi benar.Akhbar akan memainkan dan mengambil statement Naib Pengerusi DAP yang tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan aman BERSIH 3.0.Utusan Malaysia (Utusan Meloya),juga cuba mengambil kesempatan dari kenyataanya itu. Memang benarlah ketinggalan kereta api,jauh ketinggalan sangat,sedang pimpinan PAKATAN sudah sebulat suara dengan BERSIH 3.0,macam mana seorang Naib pengerusi boleh tersasar jauh tentang tanggapan BERSIH 3.0 ini.

Sudah masuk tiga kali BERSIH termasuk yang baru ni,naib pengerusi DAP baru perasan BERSIH 3.0 melanggar undang-undang pada pandanganya.Alahai..mengapa jadi begini kisahnya Tuan Naib Presiden DAP?.Apa yang tidak kenanya?.Apa yang mengangui emosi Tuan?.Faham atau tidak sebenarnya apa yang dituntut BERSIH 3.0?.Atau ada masalah lain?.Atau cari alasan nak keluar parti lalu buat statement yang berlawanan dengan pemimpinan lain.

Seorang yang tahu undang-undang,faham tetapi boleh jadi berbeza,perhimpunan aman selagi tiada kekacauan adalah di benarkan dalam perlembagaan.Jika berlaku huru-hara dan kacau bilau pun bukan peserta perhimpunan yang melakukannya jika tidak pihak lain yang provok dan melakukan huru-hara.Dua BERSIH dah berlalu,semua berlaku dengan aman tetapi menjadi berkecamuk bila FRU tembak dengan pemedih mata dan ‘Water Canon’.Siapa yang memulakannya?.Tak kan Tuan pengerusi tidak tengok dalam video atau youtube?.

Sesiapa pun tidak suka melanggar undang-undang kecuali mereka yang hobinya melanggar undang-undang.

a)Beri kad pengenalan dengan mudah kepada warga asing bukankah melanggar undang-undang?

b)Tukar alamat pengundi sesuka hati tanpa memberitahu pengundi sesuka hati bukankah melanggar undang-undang?

c)Guna kan media kerajaan sesuka hati bagaikan milik parti sendiri bukankah melanggar undang-undang?

d)Mencuri dan songlap duit rakyat berjuta-juta bukankah melanggar undang-undang?

e)Dan yang lain-lain?

Banyak lagi jika mahu dituliskan di sini,cukuplah sekadar beberapa persoalan diutarakan.Nak kita biarkan perlanggaran yang tidak bertamadun ini?.Oh bila penguasa langgar undang-undang tidak mengapa,bila rakyat mahu berhimpun menyatakan reaksi di katanya melanggar undang-undang.Malanglah bagaimana naib presiden boleh berfikiran begini,walaupun beliau kata bantahan terhadap BERSIH 3.0 adalah bantahan prinsip pribadi dan tiada kaitan dengan pendirian parti atau PAKATAN RAKYAT.

Apa pun alasan beliau,persepsi ramai tidak melihatnya sebagai pemimpin yang memahami aspirasi rakyat.Jika benar beliau faham apa yang dituntut itu,beliau pasti menyokongnya dan tidak ada alasan prinsip.Penguasa sudah tidak mengikuti lunas undang-undang masih diyakini boleh membantu rakyat.Sudah-sudah lah,kita tunggu dan lihat selepas ini kemanakah haluan naib pengerusi DAP ini.Bila nada berubah,tidak mustahil boleh berubah,tunggu dan lihat.

Ayuh BERSIH 3.0..!

Ayuh berubah..Selamatkan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...