Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, March 26, 2014

Hebahan: Bantahan&Serahan Memorandum

Bagi mereka yang berkelapangan dan berkesempatan dijemput hadir. Mari kita tunjukkan kebersamaan dalam membantah kejahatan rejim Jeneral Firaun Al-Sisi...

MH370 Akhirnya


“Sebagai rakyat yang prihatin tetap berdukacita...Pilu...Sepilu-pilunya...”

JIKA BEGITULAH AKHIRNYA...

Seantero dunia sudah tahu perihal MH370, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman oleh YAB PERDANA MENTERI tentang misteri yang selama ini menyelubungi tragedi MH370. Ahli keluarga yang terlibat tentunya berdebar-debar bila pengumuman itu dilakukan, perasaan sedih dan pilu yang tidak terhingga dan tergambar oleh kita, tentunya sangat meruntun hati-hati mereka. Seluruh rakyat di negara juga masyarakat dunia bersimpati atas kejadian tragedi tersebut.

Sesungguhnya dengan kenyataan itu, maka terjawablah misteri tragedi selama beberapa hari sebelum ini (16 hari ). Namun begitu banyak persoalan-persoalan yang timbul telah menjadi tanda tanya dikalangan orang ramai. Di media-media sosial sebahagian menyatakan kekesalannya dengan pengumuman oleh perdana menteri, mereka memberitahu seolah-oleh kerajaan menyimpan sesuatu tentang MH370. Terpulanglah itu hak mereka, mahu kata apa sahaja.

Mereka inginkan bukti yang sahih tentang MH370, meskipun ia sudah dinyatakan oleh perdana menteri tentang MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi yang dalam itu. Rasa tidak puashati dikalangan rakyat China (terdiri 200 keluarga penumpang-Sinar Harian) sehingga mereka ke kedutaan Malaysia di Beijing. Mungkin itu protes mereka terhadap negara kita.

Usaha-usaha untuk mencari objek dan serpihan terus dijalankan, menurut perdana menteri sebarang hasil penemuan atau maklumat akan disampaikan kepada keluarga mangsa juga kepada pengetahuan umum. Begitulah yang kita harapkan, ketelusan dan kesungguhan kerajaan amat diharapkan dan ditunggu-tunggu oleh rakyat. Kita mengharapkan kerajaan tidak akan menyimpan apa-apa rahsia tentang MH370. Begitulah berakhirnya misteri tersebut.

Namun usaha-usaha mencari bangkai kapal terbang MH370 masih diteruskan...berdoa, berdoa, berdoalah sebanyak-banyaknya. Buat keluarga yang terlibat agar bersabar dalam menghadapi saat getir, kehilangan orang yang tersayang sudah pastinya akan memberi kesan yang mendalam di setiap jiwa mereka. Rakyat seluruhnya yang punyai hati nurani terus menerus berdoa, semoga akan usaha-usha yang dilakukan oleh kerajaan akan dapat mendapatkan hasil akhirnya nanti.

Sekali lagi, secara pribadinya saya mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga yang terlibat, khususnya yang beragama Islam dan takziah kepada yang bukan Islam. Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa orang yang dikasihi. MH370 tetap akan menjadi memori setiap rakyat Malaysia dan keluarga mereka.

Al-fatihah!


AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA

Monday, March 24, 2014

Tetap Menang Walau Media Berat Sebelah Selamanya



Kekalahan di Kajang sudah pasti menghantui pemimpin UmnoBn. Biarpun media mencanangkan kekurangan majoriti berbanding PRU-13. Apa pun menang tetap menang, satu majoriti undi pun masih dianggap menang. Kemenangan ini merupakan kemenangan rakyat, seluruh rakyat yang cintakan keadilan tentu berasa bersyukur tidak terhingga.

Dengan kerja kuat pasukan yang mengembeleng tenaga, semua parti bertungkus lumus berkempen dengan sedaya mungkin. Tanpa ada ruang melalui media perdana, akhbar, tv mahupun radio, namun mesej tetap sampai ke tengah masyarakat yang dahagakan berita-berita dari sumber yang sahih, terutamanya  berita politik pakatan rakyat.

Walaupun seolah-olah tenggelam dengan berita duka kehilangan MH370, PRK DUN N25 KAJANG tetap menjadi pilihan rakyat. Ketidaktelusan berita-berita di tv dan radio tentang Pakatan Rakyat sangatlah tidak diherankan. Memang itulah cara penyampaian berita mereka. Segalanya buruk dan negatif digambarkan untuk pakatan rakyat. Seolah-oleh tiada kebaikan dan sumbangan yang diberikan oleh pakatan rakyat untuk negara ini.

Sikap berat sebelah media tempatan sangat-sangat menjelekkan, tiada perubahan sehingga hari ini. Sikap double standard masih terus ketara diamalkan tanpa segan silu dan malu. Sikap memihak sangat ketara dan menjengkelkan sejak berpuluh tahun lamanya. Jarang sekali kita dengar, nampak wajah-wajah pimpinan pakatan rakyat muncul mewarnai kaca-kaca tv negara kita, jika ada pun berita negatif, buruk dan berperasangka. Ada wajah tapi suaranya dibisukan.

Biar apa pun mereka lakukan, namun mereka tidak bisa menghalang rakyat dari mendengar, melihat, meneliti, menilai, memikir apa-apa sahaja yang berlaku pada pakatan rakyat. Perkembangan yang berlaku pada pakatan rakyat sangat diikuti oleh seluruh rakyat. Media-media sosial memainkan peranan yang sangat signifikan, mereka cepat tahu apa sahaja berita yang berlaku.

Walau diasak dengan ketidakadilan media perdana, pakatan rakyat tetap dapat menyampaikan hasrat murni mereka dalam menyampaikan mesej-mesej penting kepada rakyat. Jelas kini UmnoBn sebagai peneraju kerajaan hari ini tewas dengan media-media sosial yang ada. Biar pun mereka juga menggunakan media ini, ia tetap tidak dapat menawan hati sebahagian rakyat. Jelas sekali rakyat sudah muak semuak-muaknya dengan pelbagai skandal, penyelewengan , pemborosan secara berterusan yang dilakukan oleh para pemimpin UmnoBn.

Alhamdulillah, sebahagian rakyat sudah menunjukkan reaksi di PRK Kajang pada hari sabtu lepas. Pengundi melayu bertambah, juga pengundi muda begitu. Ini yang memeningkan UmnoBn, mereka pasti tertekan dengan perkembangan ini. Mereka tidak perlu menyalahkan pakatan rakyat, mereka perlu bermuhasabah tentang perkara ini, itu pun jika mereka mahu bermuhasabah.

Justeru itu, apa pun pakatan rakyat juga janganlah terlalu gembira sangat, teruskan gerak kerja setiap parti baik PKR, PAS dan DAP. UmnoBn boleh buat apa sahaja, demi mempertahankan kuasa yang ada, biar pun berkuasa dalam minoriti. Insyallah kejayaan yang lebih besar menunggu di hadapan.

Sekali lagi syabas dan tahniah Pakatan Rakyat!


AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA

Tahniah Buat Calon Pakatan Rakyat





Pakatan Rakyat menerusi Parti Keadilan Rakyat telah mengekalkan kuasanya di DUN N25 KAJANG pada PRK semalam. Syukur Alhamdulillah, tahniah kepada calon Pakatan Rakyat(PKR)  iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau mengalahkan calon Barisan Nasional iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, dengan majoriti 5,379 undi.

CALON BN:

11,362 undi

CALON PR:

16,741 undi

MAJORITI:

5,379 undi

PERATUSAN KELUAR MENGUNDI:

72%


AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA

Saturday, March 22, 2014

Renung-Renung Dan Fikir-Fikirkan Perbandingan Ini

Hari ini, hari mengundi di DUN 25 KAJANG, jangan lupa untuk keluar mengundi buat warga Kajang yang layak mengundi. PASTIKAN PILIHAN ANDA TEPAT..., pilihlah calon yang membela kepentingan rakyat, lupakan calon dari parti yang hanya pandai menaburkan janji-janji manis, konon-konon janji ditepati(janji dicapati).

Lihat banner di bawah, cuba bandingkan, gunakan akal yang waras...5 tahun banding 50 tahun...

RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIR-FIKIRKAN...PILIHAN TERLETAK DI TANGAN ANDA!

AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA


Thursday, March 20, 2014

Pilihlah Pilihan Rakyat

Pilihan rakyat

Lagi dua hari para pengundi DUN N25 KAJANG akan turun mengundi, saya yakin setiap individu yang layak mengundi sudah ada pilihan hati masing-masing siapa yang mahu diundi. Memilih itu hak rakyat, parti mana, calon mana, terpulang kepada pengundi, tiada sesiapa yang mahu memaksa mereka. Undi rahsia, betul ke?.

Namun begitu pun, para pengundi perlu berfikir dengan waras agar nanti tidak tersalah pilih menyesal tiada berkesudahan. PRU-13 yang lalu masing-masing sudah membuat pilihan. Ya, ternyata biarpun hanya mendapat minoriti sokongan rakyat UmnoBn masih menang dan memerintah Malaysia. Apa pun itu kenyataannya.

Kini, peluang sekali lagi memilih dalam PRK DUN 25 KAJANG, beruntunglah rakyat Kajang kerana sekali lagi diberi peluang untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui gugusan Kajang. Biar pun sebelum ini ada cakap-cakap PRK bakal membazirkan wang rakyatlah dan macam-macam yang diungkapkan. Pemimpin mereka boros tak pula dihebohkan!.

Rakyat Kajang perlu buka mata seluas-luasnya, bahawa, sebelum PRU-13 telah dijanjikan dengan pelbagai janji-janji manis oleh parti UmnoBn. Bermcam-macam janji yang konon-konon akan ditepati, namun setelah mendapat kemenangan minoriti, mereka tetap tidak melunaskan janji-janji mereka, janji dicapati. Malah banyak perkara berlaku kepincangan dalam urus tadbir terus berlaku.

Rakyat sudah serik dan meluat dengan situasi yang berlaku sekarang, kejayaan di Kajang nanti biarlah akan membangkitkan memontem rakyat untuk mendukung cita-cita ke Putrajaya. Selagi Putrajaya tidak diambil alih, selagi itulah kerakusan, pencabulan kuasa, rasuah, rompakan harta rakyat dan lain-lainnya akan terus mereka lakukan. Mereka apa peduli dengan rakyat, rakyat bila mahu undi baru bermesra dengan rakyat. Itulah sikap mereka.

Cukuplah apa yang berlaku sekarang, dengan harga barangan yang tinggi, harga rumah yang terus naik, harga kereta tak turun-turun(janji dicapati) dan macam-macam insiden yang berlaku dalam negara. Keselamatan negara, limpahan warga asing, kes bunuh sana-sini, rompakan, itu semua melahirkan ketakutan pada rakyat. Kesungguhan mereka untuk mengatasinya, tidak serius. Bila pada pemimpin pembangkang, laju dan pantas tindakannya.

Ya, kita mengharapkan pengundi Kajang membuat pilihan bijak dan yakin bahawa perubahan yang bakal mereka lakukan adalah titik tolak bagi menuju ke Putrajaya. Ini bukan main-main, tapi inilah sebahagian impian dan kemahuan rakyat Malaysia sekarang. Cukuplah kebosanan yang kita tanggung waktu kini. Kita mahukan suasana baru yang menjamin hak-hak rakyat keseluruhannya.

Justeru itu, rakyat Kajang, jangan hampakan suluruh harapan kami, kami doakan agar pengundi tetap dengan pilihan rakyat. Kami yakin, kami percaya mereka sudah tidak sabar untuk menunjukkan sikap yang bistari dalam memilih pemimpin pilihan mereka dan rakyat seluruhnya. Selamat mengundi!.


AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA

Mari Kita Beri Sokongan


Insyallah, sama-sama kita doakan agar diberi kemenangan kepad Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK N25 KAJANG, yang bakal diadakan pada 23hb 03 2014, Ahad ini. Seluruh pengundi N25 KAJANG dapat bersatu hati untuk menumbangkan umnoBN dan seterusnya memenangkan agenda rakyat di Kajang.

Teruskan perjuangan!.

Sajak: Kau Ingat Aku Percaya




 Kau Ingat Aku Percaya


Kau ingat aku percaya
kau ingat aku terpedaya
dengan apa cerita fitnah direka
dengan apa berita penuh dusta.

Biar kau berjaya dia terpenjara
biar kuasa kau bermaharajalela
terus dipunggah harta negara
mengunung tinggi seolah pusaka.

Belum puas kau hidup di dunia
bodoh diperbodohkan kita
lembu diperlembukan mereka
saling bicara dusta nista melata.

Sudah-sudahlah kau di atas sana
hidup penuh dusta fitnah segala
untung rugi nasib diri manusia
kejam zalim padah neraka tempatnya.

Masshah 2014
9032014
Meru.


Tuesday, March 18, 2014

Berdoalah...Jangan Buat Spekulasi




Seantero benua memandang ke arah Negara kita, itu gara-gara kehilangan kapal terbang MAS MH 370, sehingga kini belum ditemui, dari awal kehilangannya hingga ke hari ini, hari ini sudah masuk hari kesebelas, namun bayang pun masih tidak nampak. Rakyat dihalang daripada membuat spekulasi. Namun begitu, tiada sesiapa yang tidak dapat membuat spekulasi, bagaimana kita boleh tidak membuat spekulasi?. 
Kita juga ada hak membuat andaian, rumusan, kesimpulan dan apa sahaja pandangan apa yang berlaku kepada MH370.

Bila kita membuat andaian-andaian apakah bermaksud kita tidak simpati ke atas mereka yang terlibat, para penumpang, anak-anak kapal, juruterbang dan lebih-lebih lagi keluarga yang terlibat dalam kehilangan MH370 itu?. Lebih-lebih lagi sekarang sudah semacam dipolitikkan. Sehingga begitu sekali mereka lakukan, Mereka kata jangan buat spekulasi, tetapi sebaliknya mereka sendiri membuat spekulasi. Untuk mereka boleh, tapi untuk rakyat, banyak ugutan dan kekangannya.

Secara pribadi saya sangat bersimpati dan mendoakan agar MH370 segera dijumpai, tidak kiralah apa yang nanti dijumpai bangkai kapal terbang atau sebaliknya selamat aman damai, itu semua serba kemungkinan. Semua kerja Allah SWT, Dia yang Maha Tahu. Sehingga hari ini, kecanggihan teknologi pun tidak dapat menemuinya. Mudah-mudahan ada keajaibannya, kita berusaha, berdoa siang malam, solat hajat mengharap bantuan Allah SWT agar segera merungkai misteri kehilangan MH370 ini.

Namun di situ, bagai ada sesuatu kepelikan yang sedang berlaku, apakah, mungkinkah, untuk apakah, ya...itu persoalan-persoalan yang bermain di kepala otak saya kini. Namun untuk saya nyatakan di sini tidak perlulah, mana boleh buat spekulasi, jangan memandai-mandai. Apa yang saya lihat semakin hari semakin pelik, ya pelik, semacam ada satu misteri agenda tersembunyi...entahlah...berdoa...berdoa...berdoalah...itu sahaja yang saya dapat bicarakan.

Cukup sekadar ini, jangan buat spekulasi...!


AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA.

Sajak: Hentikanlah Fitnah Itu


Sudah lama saya tidak menulis di blog ini, entahlah asyik tergendala sahaja. Turun naik semangat mahu menulis, banyak isu yang tidak dapat saya kongsi rasa dengan sahabat semua. Apa pun hati ini masih tetap mahu 'LAWAN TETAP LAWAN', undur selangkah tidak sekali-kali tidak. Hangatnya situasi politik kita tidak reda-reda lagi, selagi ada pertembungan selagi itulah ia akan tetap panas terus membahang.

Fitanh sana sini, tidak reda-reda lagi, fitnah terhadap ketua pembangkang terus menerus dilakukan oleh rejim itu. Tidak pernah berhenti walau seminit pun. Kerana mereka memang risau dan takut selagi yang bernama Anwar itu masih ada. Oleh itu ia mesti dinyahkan di persada politik tanahair, mereka fikir dengan mengnyahkan Anwar selesai permaslahan mereka, mereka bebas buat apa-apa sahaja?.

Mereka lupa dengan ribuan Anwar yang muncul, mereka fikir dengan terpenjaranya Anwar, mulut rakyat bungkem diam tidak buat apa-apa, silap dan terlalu silap jika puak-puak rejim ini fikir begitu. Rakyat semakin matang dan bijak, celik dan tidak buta melihat segala permainan licik dan jijik rejim. Semua masalah mahu dipersalahkan Anwar, pusing punya pusing Anwar juga yang kena. Mereka lebih takut Anwar dari Tuhan yang mereka sembah. Begitu sekali!.

Mari kita hentikan segala fitnah dan kejelikan ini, kita mahu bina bangsa yang bermaruah dan bertamadun. Bukan seperti sekarang, mahu gedung tinggi-tinggi tapi tamadunya hancur berkecai dek' jahanamnya rejim. Cukuplah bebelan ini. Nah, saya sajikan sebuah sajak, untuk direnung fikirkan, jika perlu.

Hentikanlah Fitnah Itu

Cukuplah sudah fitnah yang membarah
kerana ia membangkitkan resah amarah
saling sering bertikam lidah tidak sudah
membikin gawat  hidup hati gelisah resah.

Hentikanlah pertikaman lidah bawa padah
fikiran kacau buntu membuat hidup susah
kerna gelisah fitnah memfitnah aib terdedah
segera hentikanlah sebelum segalanya musnah.

Adat perlawanan ada menang ada kalah
majoriti kurang itu petanda orang marah
banyak sangat skandal seleweng harta serta rasuah
jangan ingat itu semua orang tidak ambil kesah.

Sedar-sedarlah mereka yang sedang memerintah
jangan diikuti nafsu amarah membawa punah ranah
segeralah beringat kerna bumi sudah berasa marah
cukup sudah derita rakyat mengalah serta beralah.

Masshah 2014
18022014
Meru.

AYUH BERUBAH!  SELAMATKAN MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...