Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, April 27, 2012

Rupa-Rupanya Ahli Umno


Patutlah..!


Sebagai seorang pengadil yang di amanahkan dalam sesuatu permainan,perlumbaan,pertandingan dan selain daripadanya,ia merupakan satu amanah yang berat yang harus dipikul dengan jujur-sejujur jujurnya.
Keyakinan orang ramai dalam mengikuti sesuatu permainan contoh bola sepak,di lihat kepada pengadil yang sentiasa mengawal permainan dengan pengamatan yang adil.

Pengadil tidak boleh memihak antara salah satu pasukan yang sedang berlawan.Pengadil kena adil dan saksama dalam membuat satu-satu keputusan.Di tegaskan sekali lagi,tidak sama sekali boleh memihak antara salah satu pasukan yang berlawan.Itulah pengadil yang jujur,amanah dan berintegriti tinggi.Orang akan menghormati dan pastinya akan di sanjung tinggi sikapnya itu.Jika tidak adil dalam pengadilanya orang ramai akan bersorak mengeboo atau membaling objek kearahnya,Itu yang sering terjadi dalam perlawanan bola sepak.

Berlainan pula dengan pengadil yang diamanahkan dengan tugas Negara,khususnya dalam demokrasi berparlimen yang terpimpin.Dalam menyelengarakan,mengolah,mengurus,mengatur dan sebagainya,tugas itu mestilah dilaksanakan dengan jujur,amanah,ikhlas dan yang penting takutkan Allah dalam setiap perlakuan yang diamanahkan itu,lebih-lebih lagi amanah yang dipikul itu adalah kepentingan dan hak rakyat seluruhnya.

Ya,begitulah sepatutnya sikap yang perlu ada pada SPR yang diamanahkan tugas dalam pengendalian aktiviti pilihanraya dalam Negara kita.Namun hakikat itu tidak menyerlahkan sikap berkecuali,tidak memihak dan yang lebih penting sikap amanah dan jujur bertunjang dalam benak hati nurani mereka.Itu yang di lihat oleh rakyat seluruhnya.Sikap berat sebelah dan memihak kepada parti yang memerintah amat mendukacitakan rakyat yang sedar akan peranan yang di mainkan oleh SPR sebenarnya.

Bayangkanlah bila sikap SPR memihak pada pemerintah,apakah keadilan akan wujud dalam menjalankan tugas mereka?.Sudah barangkali tidak,SPR lebih memenangkan pemerintah.Inilah yang terjadi dan telah terjadi dan sedang terjadi dan semakin menjadi-jadi.Sikap bersekongkol dan mudah diperkudakan oleh pihak pemerintah yang berkuasa SPR tidak mampu menghalangnya sebagai entiti yang berkecuali.Mahu tidak mahu terpaksa tunduk patuh,akur dengan segala perbuatan yang mungkar,menyeleweng dan salah disisi undang-undang Negara.

Tidak perlu lah saya menyenaraikan satu demi persatu penyelewengan mereka,semua rakyat sudah tahu,agenda jahat dan mungkar mereka sudah terdedah satu persatu,namun mereka tidak mengendahkan segala perlakuan mereka apabila para pemimpin parti pembangkang menyelar,mengutuk dan meminta segala kepincangan diperbaiki segera terutamnya sebelum PRU-13 nanti.Malah sikap mereka acuh tidak acuh dengan teguran itu.Mereka langsung tidak berminat untuk memperbaiki kelemahan yang ada.Itulah sikap mereka sebenarnya.

Segalanya dengan kuasa Allah,manusia merancang Allah jualah yang mempunyai perancangan yang baik.Seperti yang tertulis muka depan akhbar Sinar Harian(26 April,Khamis),satu pembongkaran siapa sebenarnya SPR,terutamnya penerajunya,pengerusi dan timbalan pengerusinya seperti yang di dedahkan oleh Setiausaha Agung PKR,Datuk Saifuddin Nasution Ismail.Dan berita ini juga sudah ditulis oleh blogger-blogger lain dalan blog-blog mereka.Siapakah mereka?.Mereka masih ahli UMNOBN,seperti yang didedahkan oleh Setiausaha Agung PKR itu.Bila mereka ahli UMNOBN apakah mereka boleh berlaku adil?

Jika benarlah apa yang didedahkan,memang malanglah nasib rakyat.Negara kita mempunyai satu badan terpenting yang sepatutnya berkecuali tetapi diterajui oleh mereka yang tidak amanah dalam tugasnya.Ini boleh dilihat dalam tugas dan tindak-tanduk mereka selama ini dan hari ini.Memihak dan tidak bertangungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang menyeleweng yang kebanyakan rakyat sudah tahu apa yang dilakukannya.

Jawapan untuk SPR,UMNOBN dan para pendokongnya adalah BERSIH 3.0 yang akan berjalan pada 28hb/12 nanti.Itu sahaja,biar mereka tahu,bahawa rakyat tidak boleh selama-lamanya di tipu oleh mereka yang mengkhianati Negara.Ya,merekalah golongan pengkhianat yang harus berundur dari mengurus Negara ini.Selagi mereka berada di tampuk kekuasaanya,selagi itulah sistem yang ada akan diperkotak-katikan mereka dengan sewenang-wenangnya.

Ayuh BERSIH 3.0..!

Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...