KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, September 30, 2011

Hudud Lagi..!

Hudud..mengapa mesti takut?


Orang Islam yang beriman,tidak kira lelaki mahupun perempuan,yang berakal tahu membezakan yang baik atau pun yang buruk,sudah pasti mempunyai prinsip hidup yang baik dan murni.Segala amal ibadat yang di laksanakan ditujukan semata-mata hanya untuk penciptanya.Kerana mereka tahu dihujung penghidupan mereka pasti akan ada pengakhirannya,oleh itu mereka takut untuk mengingkari segala perintah dan peraturan yang Allah perintahkan.Ya..itulah ciri manusia yang benar-benar berpegang teguh dengan ajaran agamanya yakni Islam yang suci.

Merujuk pada isu yang sedang hangat diperkatakan sejak beberapa hari yang lalu berkenaan Hudud.Satu perkara dalam banyak juzuk yang di perjuangkan oleh pas.Cita-cita untuk memartabatkan undang-undang Islam ini sudah wujud terselinap di setiap hati ahli pas,bermula dengan para pimpinannya hinggalah kepada ahli-ahlinya.Cita-cita yang murni dan suci ini menjadi impian setiap pemimpin dan juga para ahlinya.Cita-cita dan perjuangan ini tidak pernah mati dan ianya akan tetap subur dan mekar selagi mana asas perjuangan parti pas tidak lari dari landasannya yakni Islam itu sendiri.

Hari ini kecoh semula tentang perkara ini,sehingga orang yang jahil dan kurang arif pun cuba mahu turut sama berpolimek dalam hal yang serius ini.Malah di tambah lagi dengan adu domba media masa yang tidak pernah rasa berdosa dan mahu bertaubat insaf pada Allah juga turut sama-sama memperli,memperlekeh dan mengecil-kecilkan usaha parti yang bercita-cita sungguh-sungguh mahu mertabatkan undang-undang ini,bukan setakat bercita-cita tetapi mahu melaksanakannya.

Mereka tidak melihat keseriusan yang mahu ditunjukkan oleh pas,malah mereka melihat itu sebagai pancingan undi untuk Pru 13,perasangka buruk mereka dari dulu,hingga kini tidak berubah dan memang tidak akan berubah selagi mana parti yang memerintah ini masih kekal dan wujud di bumi Malaysia ini.

Mereka melihat agama itu hanya untuk pancingan semata-mata,tidak melihat dari kaca mata perintah yang mesti dilaksanakan.Bagi mereka agama sekadar perhiasan yang jika menguntungkan dan memberi imbalan yang baik baru mereka akan lakukan,itu pun hanya sekadar tempelan,terap-terapan (penerapan hasilnya Islam terus terperap dalam agenda politik mereka),juga Islam Hadhari,terus hilang entah kemana?.

Bayangkan 54 tahun merdeka(tak pernah di jajah?),para pimpinan politik dalam parti pemerintah sudah silih berganti,bangsa melayu beragama Islam hingga kini..apa jadi dengan undang-undang Islamnya?.Tidak ada cita-cita kearah itu,niat apatah lagi,malah yang kelihatannya meperlekeh,memomokan,mempermainkan,kolot,ketinggalan zaman..itu sahaja yang sering kita dengar dari mulut para pimpinan mereka..malah para penyokong mereka,bahkan para ulamak,cerdik pandai dan cendekiawan di kalangan mereka juga tidak yakin dengan undang-undang hudud di tegakkan dalam Negara ini.

Pelbagai alasan yang tepancar dalam mulut mereka,belum sedia,Negara ini berbilang bangsa,orang belum faham lagi(bagaimana mahu faham usaha-usha kearah mahu memahamkan rakyat tidak dilaksanakan dengan bersungguh,itupun jika ada kearah itu),keadaan belum mengizinkan,suasana kurang kondusif..seribu helah dan alas an ini sebenarnya mempamerkan sikap dan tindak-tanduk mereka sendiri yang sememanganya tidak ada hati dan persaan yang mahu melihat undang-undang ini tertegak di bumi Malaysia ini.

Dalam sinar harian 25 September,muka surat 2,yang bertajuk Malaysia tidak akan laksana Hudud:Najib.Sudah jelas lagi bersuluh,pimpinan Negara merakamkan pelbagai alasan dan niat untuk melaksanakan undang-undang Hudud memang tidak wujud dalam fikiran mereka.

Benarlah kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,Menteri Besar Kelantan,apa kata beliau kepada mereka yang takut dengan Hudud ini;

“Sepatutnya,orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya.Kita kempen,kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam,” “Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut hantu.Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu bagaimana hantu. Hudud Islam pun begitu juga,takut kepada hudud.Kenapa takut hudud,tidak tahu.Melayu,India,Cina,sama”

Orang melayu selaku beragama Islam juga tidak yakin malah menentangnya,bagaimana mahu melihat ini terjadi.Di Kelantan pas sudah cuba mahu melaksanakan malah draf itu sudah wujud namun bila sampai ke pusat ia di halang malah di beri amaran supaya tidak di laksanakan undang-undang hudud ini.Memang pimpinan Umno Bn tidak akan mahu melihat ia dilaksanakan apatah lagi diwaktu ini.

Apa pun,kita yakin satu masa hukum Allah akan tertegak juga di Negara yang dijanjikan ini.Waktu ini untuk kita mengharapkan mereka-mereka yang sedang memerintah untuk melaksanakan pun penuh dengan alasan dan dolak dalik,malah mereka yang kita harapkan untuk mengizinkan undang-undang ini terlaksana pun mereka terdiri daripada mereka yang penuh dengan skandal,pecah amanah,pemfitnah,pembohongan dan beribu macam ketidakadilan.

Dan sememangnya mereka juga mungkin sudah ditakdirkan untuk menentang hukum atau undang-undang ini tertegak di Negara ini.Kita sebagai golongan yang menyokong hudud ini,sama-sama kita berusaha memberi kefahaman dan penerangan kepada mereka yang belum faham.Bagi yang faham tapi terus-terusan menentang kita serahkan urusan itu kepada yang Maha Agung untuk mengadilinya.

Justeru itu,marilah perkemaskan segala amal ibadah kita,perjuangan kita dan seterusnya berdoa agar segala yang di cita-citakan (hukum hudud) dapat terlaksana di bumi yang bertuah ini.

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia..!

Thursday, September 29, 2011

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu


Berita:Takut pada kezaliman Umno BN, bukannya hudud


KUALA LUMPUR, 30 Sept: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan bahawa warga Malaysia bukan Islam hanya perlu takut kepada kezaliman yang dilakukan oleh Umno ke atas mereka dan statistik kadar jenayah sepanjang 54 tahun negara merdeka.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang kepada hukum hudud kerana ianya hanya terbatas perlaksanaannya ke atas umat Islam sahaja dan tidak melibatkan mereka.

Jelasnya, orang bukan Islam diberikan pilihan untuk memilih undang-undang hudud sekiranya itu adalah pilihan mereka.

“Non Muslim tak perlu gusar dengan hukum hudud, yang perlu mereka bimbang dan takut ialah kezaliman Umno BN yang telah dilakukan sepanjang 54 tahun kita merdeka, kezaliman Umno sudah pun terbukti dan diketahui umum, namun hudud pasti akan menjamin keadilan,” kata beliau.

Katanya, kalau dilihat kadar jenayah yang berlaku di negara ini, ia amat menggerunkan.

Tambahnya, ini adalah sangat tidak baik untuk keselamatan rakyat Malaysia dan akan memberikan ancaman kepada perkembangan ekonomi negara.

“Bukan Islam juga perlu tahu bahawa mereka tidak tertakluk kepada undang-undang hudud ini, namun kita tidak menyekat permintaan mereka sekiranya mereka meminta supaya diadili dengan hukum hudud, kita tahu ramai bukan Islam juga turut menyokong perlaksanaan hukum hudud,”tambah beliau lagi.

Justeru, beliau turut meminta pihak bukan Islam agar tidak campur tangan dalam urusan berkaitan dengan Islam yang telah terjamin keistimewaannya dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara.

Sumber:Harakahdaily

Tidak Beradab...!

Amaran..!


Demo NGO?


Tindakan ganas dan tidak bertamadun segelintir manusia yang menamakan pertubuhan NGO(bebas dari mana-mana pihak) telah mengganggu ceramah yang di sampaikan oleh Timbalan Presiden PAS yang diadakan di Kawasan Ampangan Seremban Negeri Sembilan.Mereka membantah tindakan Muhammad Sabu atau lebih di kenali Mat Sabu memberikan ceramah di situ,ini di sebabkan insiden isu berkenaan dengan Mat Indera baru-baru ini.

Biarapa pun tindakan mereka ini sangat tidak menghormati orang lain,kita tidak menghalang untuk mereka berdemontrasi kerana itu juga sebahagain dari cirri demokrasi,namun cara mereka yang tidak beradab sangat mendukacitakan,cara merempuh dan cuba menyerebu sasaran yang mahu ditujui sangat tidak beradab dan sangat kurang ajar.

Nampaknya budaya samseng semakin menjadi-jadi dalam politik Negara kita hari ini,sekelompok manusia yang menamakan NGO yang pastinya di belakang mereka ada yang merestuai cara dan perlakuan mereka,.Kita sudah tentu maklum siapa-siapa di belakang mereka sebenarnya.Tidak susah untuk mengagak siapa dalang dalam kejadian ini.Kalau bukan mereka-mereka yang bankrap politik dan bermindakan otak penjajah yang menyukai politik lucah dalam agenda mereka.Dan saya yakin apa yang terjadi mutakhir ini adalah atas nasihat yahudi laknatullah (Apco).

Hari ini di dalam berita akhbar sinar harian (Khamis 29hb 09 2011),Perkasa Negeri Sembilan telah memberi amaran akan membuat protes lagi jika Mat Sabu mengadakan ceramah di negeri itu.Amboi main gertak-gertak dan ugut pula.Apa masalah dengan ceramah Mat Sabu?.Demokrasi apa yang mereka amalakan?.Undang-undang mana yang mereka guna?.Dan kita mahu tanya mereka,berapa banyak yang mereka bayar untuk semua perlakuan mereka lakukan?.

Kalau ia pun mahu jumpa Mat Sabu,buatlah cara baik,buat temujanji,bila dah bertemu bincang baik-baik,Tanya Mat Sabu baik-baik,bertukar-tukar fikiran,jika itu maksud yang sebenarnya dengan tujuan untuk mencari kejernihan.

Bukan bertempik,terlolong macam orang kena sawan.Malah banner yang mereka tulis pun bukan cara yang baik tapi lebih pada permusuhan dan perpecahan.’Mat Sabu Bangsat!..Berambus dari negeri Ini’.Cara inikah bagi mahu menyelesaikan kekusutan dan masalah?.Cara panas baran dan sakit hati.Kita sedia maklum mereka-mereka ini perkasa-perkasa belaka,namun keperkasaan itu hanya untuk di gunakan untuk itu sahaja kah?.

Biar apa pun alasan mereka untuk menghalang Mat Sabu dari berceramah di negeri mereka,ia sudah melanggar demokrasi (hak setiap warga dalam menyuarakan pendapat ,kritikan dan pandangan).Apa yang lucunya mereka boleh berkata begini;

“Sekali lagi ditegaskan kami bukan anti pas.Kami cuma anti Mat Sabu.Pas boleh anjur ceramah di negeri ini tetapi jangan jemput Mat Sabu,”(Petikan dari Sinar Harian)

Mat Sabu itu timbalan presiden Pas,bagaimana pula tidak boleh di jemput.Jika Pas negeri sembilan perlukan Mat Sabu,mahu tak mahu Mat Sabu datang juga,apa punya manusia mereka ini.Cukup tebal kebencian mereka pada Mat Sabu,tapi mereka belum tentu semua mendengar isi kandungan ceramah Mat Sabu di Pulau Pinang itu,Semua ikut ketua,main ikut dan adakalanya tak tahu apa..masuk banyak (dapat duit) sebab itu mereka meroyan tidak tentu pasal.

Cukuplah sekadar ini komen saya atas kejadian yang telah berlaku.Cuma apa yang kita mahu bicarakan di sini dan nasihat untuk mereka yang konon berjiwa perkasa itu..”Gunakanlah keperkasaan itu(itu pun jika ada) untuk membela agama mu..dan beramal dengan sebanyaknya bukan untuk mengadu domba,terpekik terlolong sedang apa yang diperjuangkan tidak ada makna apa-apa..bangsa boleh musnah tetapi agama tetap kekal...pilihlah bangsa tanpa agama atau agama dan bangsa saling kuat-menguatkan,anda yang bijak dan perkasa mampu membuat pilihan..”

Akhirnya..Alahai...!

Ayuh berubah Selamatkan Malaysia..!

Friday, September 23, 2011

Berita:Selesai pengagihan kerusi: Tahniah Pakatan Selangor

Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan


SHAH ALAM, 23 Sept:
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan Tahniah kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kerana telah dapat menyelesaikan pembahagian kerusi di peringkat DUN Selangor secara permuafakatan bersama.

Keputusan permuafakatan tersebut adalah mengekalkan ‘status quo’ parti-parti yang bertanding semasa PRU lalu dengan parti PKR bertanding 21 kerusi, parti PAS 20 kerusi dan parti DAP sebanyak 15 kerusi.

Demikian kata Kataanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan permuafakatan bersama untuk menyelesaikan pengagihan kerusi ini telah menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah semakin berpadu kukuh.

Ia bakal meneruskan kesinambungan agenda memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Selangor dan menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri contoh berteraskan urus tadbir negeri yang cekap, bebas rasuah dan berterusan menjaga kebajikan rakyat, katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengharapkan semoga dengan penyelesaian pengagihan kerusi ini akan dapat memotivasikan jentera parti di semua peringkat untuk melaksanakan dan memperkasakan aktiviti parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlaku dalam masa terdekat.

"Semoga segala titik bengik, kesilapan dan segala salah faham yang berlaku sebelum ini akan dapat dijernihkan dan dihindari daripada berterusan," katanya.

Seluruh jentera parti perlu bersatu hati dan berpadu tenaga untuk mempastikan supaya parti Umno/BN tidak akan dapat lagi ruang untuk ‘bercakap besar dan melakukan onar’ di negeri Selangor ini, tegasnya.

Sumber:Harakahdaily

Muhasabah kematian


Saat kematian

Percaya atau pun tidak,mahu atau tidak,yang pasti dan mesti kita akan lalui saat kematian itu.Di mana pun kita berada,bila masa-nya telah tiba ia akan tetap jadi dan terjadi.Lari ke mana pun kita,Mati itu tetap akan mendatangi kita.Saat kematian itu tiba-tiba,tidak di jangka dan di sangka,kerana itu sudah ketentuan Allah.Allah lah yang berhak ke atas diri semua manusia.Panjang atau pendeknya umur manusia hanya Allah yang lebih mengetahui,kerana sifat Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.Allah yang merancang segala-galanya.Dan segalanya adalah dalam ketentuan-Nya.

Maksud firman Allah;

“Katakanlah.’Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu,jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan,dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja’.
(Surah Al-Ahzab:16)

“Dan ketentuan Allah adalah takdir yang pasti terjadi.”
(Al-Ahzab:38)

Kadang-kadang kita dengar berita atau cerita,baru semalam si Anu baru balik dari London,tiba-tiba hari ini menghembuskan nafasnya terakhir,baru semalam dapat cahaya mata,lima hari kemudiannya,bayi yang baru lahir sudah di jemput kembali,baru rasanya semalam kita berbicara bersama jiran sebelah,tiba-tiba pagi ini kita dengar si jiran telah mati eksiden semasa mahu pergi kerja dan macam-macam lagi yang kita tidak jangka dan sangka boleh berlaku.Kematian yang kita sangka belum masanya,tiba-tiba sudah menjemput kita.Tahu-tahu sudah di dalam kubur. “Ah..sudah mati aku..!”.

Mati itu pasti

Maksud firman Allah yang sering kita dengar:

“Setiap yang bernyawa pasti menemui mati.Dan kami timpakan fitnah bagimu berupa keburukan dan kebaikan.Kepada Kamilah kalian dikembalikan.”
(Surah Al-Anbiya’:35)

Ya..kita semua akan di matikan setelah sekian lama hidup di atas muka bumi ini.Segalanya percuma.Allah tidak pernah meminta walau sesen pun,dengan setiap perkara yang kita gunakan hasil dari pemberiannya.Nafas kita,tenaga kita dan sebagainya semuanya milik Allah.Kita tidak punyai apa-apa dan tidak ada apa-apa pada diri kita semua.Semuanya pinjaman sementara yang Allah tidak pernah minta apa-apa sebagai gantinya.

Hanya apa yang Allah mahukan,agar manusia bersungguh-sungguh membuat tingkah laku yang baik,amal ibadah yang di perintahkannya di laksanakan,larangan yang di tegahnya harus dan mesti di tinggalkan semuanya.Kerana,apa yang bakal menyelamatkan manusia di sana,adalah amal kebajikan yang banyak,itu yang bakal di tanyakan kepada seluruh manusia semuanya.Janji Allah pasti.Panggilan Allah pasti menjemput kita,bila,di mana,bagaimana kita tidak tahu.

Apa yang penting dan perlu adalah,kita harus bersedia untuk bila-bila masa di jemput ke sana.Oleh itu kebaikan harus di perbanyakkan,kebajikan juga sama,amalan taqwa terus di pertingkatkan,kerana itu semua yang menolong dan menyelamatkan kita semua.Mati itu pasti..! bersedia ke sana dengan bekalan amal dan taqwa.

Mulut akan di kunci

Di sana nanti,kita tidak boleh buat apa-apa,bila ditanya,mulut tidak akan menjawab tapi tangan,kaki,telinga,hidung pula yang akan berbicara.Jika kita berjalan ke tempat mulia ,ke masjid contohnya,maka kakilah yang akan menjadi saksi dengan apa yang kita lakukan semasa di dunia.Jika kita semasa di dunia melihat atau mendengar perkara-perkara yang mulia,suka dengar ceramah,mendengar bacaan-bacaan Quran,maka anggota ini akan menolong kita.Manakala jika sebaliknya yang kita lakukan,maka anggota ini jugalah yang akan mempersaksikan dengan apa kita buat dengan anggota ini.

Begitulah antaranya bila kita sudah berada di alam kubur,mampukah kita menjawab soal jawab dari malaikat (Munkar dan Nankir)nanti.Tanyalah pada diri kita.Cukup bersediakah kita ke sana nanti?.Sekiranya amal baik banyak,baik lah kesudahannya,syurga Allah pasti menanti,jika buruk kesudahannya,maka Neraka Allah dan azabnya maha dahsyat pasti menati buat kita semua.

Justeru itu,catatan ini,mengingatkan diri sendiri juga pada sahabat yang mahu menerima sedikit peringatan,sebagai bahan muhasabah kita bersama.Kerana…kita pasti Mati !.Maka saya sudahi catatan tulisan ini dengan maksud firman Allah;

“Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dengan sebenarnya,dan jangan sampai kalian mati kecuali dalam keadaan Muslim”
(Surah Al-Baqarah:132)

Di catat: 27hb 05 2011-Jumaat,1:24 pagi

Thursday, September 15, 2011

Akhirnya....Langkah terdesak...PRU makin dekat..?


Najib "tunduk" tuntutan Buku Jingga


KUALA LUMPUR, 15 Sept: Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib malam ini.

"Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham. "Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri malam ini yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan BN sangat terdesak untuk menarik sokongan rakyat berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Apatah lagi ujarnya, ucapan Najib tersebut tidak memberi fokus kepada kemerdekaan negara, malah lebih kepada janji perubahan politik mendepani pilihan raya.

"Realitinya Najib dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dalam PRU-13 sehingga beliau berani merombak apa yang seLinkbelum ini dipertahankan sungguh-sungguh," kata Tuan Ibrahim lagi.

Jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik katanya lagi, perdana menteri itu perlu juga memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Sementara itu, beliau juga turut membidas sikap Najib dan Umno BN yang sehingga kini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Prefesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, namun hanya dinaungi British.
"Rakyat masih menunggi pendirian rasmi kerajaan berhubung perkara itu," katanya.

Sumber:Harakahdaily

Friday, September 9, 2011

Pendirian PAS dalam isu sejarah kemerdekaan


KUALA LUMPUR, 9 Sept: Dalam isu kemelut sejarah pra-kemerdekaan yang kini berlarutan ke hari ke 13, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS telah membuat pendirian yang jelas.

Berikut adalah pendirian PAS yang dirumuskan beliau dalam kenyataannya hari ini:

1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.

2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.


3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.


4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’ terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.


5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.


6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil ‘total confrontation approach’ menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.

7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.


8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu ‘peaceful cooperation’ dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu.


“Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu,” tegas Tuan Ibrahim.

Walaubagaimanapun, tegas beliau, PAS percaya sebagaimana jelas pun pendirian parti, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan semua pihak bahawa prinsip utama dalam menafsir sejarah ialah perlunya “bersetuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini.

Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media, tambah beliau.

“Kita harus “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik satu Firman Allah yang berbunyi: ‘Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan’, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang buruk kepada yang telah meninggal dunia.

Dalam soal status Mat Indera, Tuan Ibrahim menyarankan semua pihak bersangka baik ketika menilai status beliau, sedangkan tiada siapa tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.

“Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau,” terang beliau.

Fakta yang ada kini, kata Tuan Ibrahim adalah saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, Mat Indera dikatakan tidak pernah menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor. Belah satu lagi pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya.

“Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada beliau?” tegur Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, katanya juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya.

Majlis ini, kata Tuan Ibrahim juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.

“Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing,” kata beliau.

Sumber: Harakahdaily

Thursday, September 8, 2011

Selangor anjur sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, menurut Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Menurut laman Selangorku, program itu akan bermula pada pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam yang bertemakan Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Pada malam itu juga pelbagai acara menarik termasuk persembahan kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri dari pelbagai kaum, persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan dari pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan akan berlangsung.

Manakala acara kemuncak akan dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

Semua rakyat Selangor dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Kemerdekaan negara ke-54 dan pembentukan Malaysia.

Sumber: Laman WEB SELANGORKU

Pakar sejarah hanya kusutka​n keadaan

Mat Indera dalam buku Yayasan Warisan Johor


Kini ahli-ahli akademik khususnya para sejarawan sudah terheret sama di dalam kemelut status Mat Indera ini. Malangnya respon yang diterima amat mendukacitakan malah menambahkan lagi kekeliruan di kalangan masyarakat.

Tanpa disangka-sangka, kini kredibiliti penulis biografi Mat Indera di dalam buku Pengukir Nama Johor pula yang menjadi sasaran para sejarawan. Misalnya, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam di dalam Sinar Harian mempertikaikan bahawa Allahyarham Ismail Adnan bukanlah seorang pengkaji. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula mempersoalkan latar belakang Allahyarham. Apakah ertinya semua ini?

Saya pasti Ramlah Adam pun tahu kewujudan biografi Mat Indera ini kerana beliau bersama-sama Allahyarham menjadi antara ahli jawatankuasa penulisan buku Pengukir Nama Johor. Beberapa karya Ramlah Adam juga dimuatkan di dalam buku tersebut. Kalau Allahyarham bukan pengkaji dan hasil penulisannya mengenai Mat Indera ini rendah mutunya, mengapakah diizinkan juga penerbitan biografi Mat Indera di dalam buku Pengukir Nama Johor? Lebih menghairankan, hanya tujuh tahun sesudah buku Pengukir Nama Johor diterbitkan pada 2004, barulah Ramlah Adam bersuara untuk mempertikaikan kredibiliti penulis biografi Mat Indera. Mengapa membisu sekian lama? Beginikah sikap cendekiawan dan seorang ahli akademik tersohor? Hanya setelah kandungan buku Pengukir Nama Johor diheboh-hebohkan baru hendak bersuara?

Latar belakang bagaimana pula yang dimaksudkan oleh Khoo Kay Kim? Apakah kerana Allahyarham bukan seorang Profesor maka apa yang ditulis beliau boleh diremehkan? Saya membaca biodata Allahyarham, kerjaya beliau sebagai pendidik begitu cemerlang, pernah menjadi pengetua sekolah berasrama penuh, pegawai pendidikan daerah dan pegawai kanan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. Latar belakang sebegini tidak mencukupi agaknya.

Komen editor buku Pengukir Nama Johor tidak kurang menimbulkan tanda tanya. Seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid mengatakan bahawa Allahyarham mengajak pembaca berfikir sama ada Mat Indera adalah hero atau pengkhianat negara. Sedangkan Allahyarham dengan jelas melabelkan Mat Indera sebagai pejuang. 'Berfikir' apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakar A. Hamid? Di dalam biografi Mat Indera, Allahyarham langsung tidak memberi apa-apa gambaran bahawa Mat Indera adalah pengkhianat. Jangan menambah sesuatu yang Allahyarham tak pernah nyatakan! Kami sebagai pembaca bukannya bodoh. Boleh jadi oleh kerana Utusan Malaysia yang melaporkannya, maka tidak mustahil apa yang dikatakan oleh Abu Bakar A. Hamid telah diputarbelitkan oleh wartawan. Tetapi jika benarlah seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, ini memang satu pembohongan yang amat nyata.

Yayasan Warisan Johor (YWJ) pula mengambil jalan selamat dengan menyatakan bahawa institusi itu tidak pernah mengiktiraf ketokohan Mat Indera sebaliknya menyerahkan kepada budi bicara pembaca untuk mentafsir sendiri siapakah Mat Indera. Ironinya YWJ mengiktiraf karya Allahyarham sebagai kajian akademik. Kewujudan satu lagi artikel yang melabelkan Mat Indera sebagai pengkhianat ini memang sudah diketahui, sesiapa yang membaca buku tersebut pastinya tahu. Maka terpulanglah kepada para pembaca untuk menilainya sendiri. Reaksi YWJ juga membingungkan, adakah pembaca hanya boleh membaca sahaja tetapi tidak dibenarkan menyatakan pendirian? Apabila terdapat bukti-bukti yang mengiktiraf dan menghentam Mat Indera, lalu kita pilih untuk mengiktiraf Mat Indera, adakah ini satu kesalahan? Rakyat diajak berfikir tetapi tidak boleh menzahirkan pendirian, ini amat melucukan!

Kalau beginilah sikap para sejarawan kita, para pembeli dan pembaca buku YWJ bukan sahaja berasa tertipu, malah mula merasakan sejarah yang dipelajari di sekolah selama ini perlu dipertimbangkan semula. Kalau sudah banyak sangat pertikaian mengenai kredibiliti penulisan Allahyarham, saya kira eloklah YWJ padamkan sahaja biografi Mat Indera daripada buku Pengukir Nama Johor. Amat memalukan pula apabila kritikan itu datang daripada rakan Allahyarham yang sama-sama duduk sebagai ahli jawatankuasa penulisan buku tersebut.

Wahai pakar-pakar sejarah, tanggungjawab kalian kepada siapa sebenarnya? Pakar-pakar sejarah mendabik dada, kamilah yang lebih tahu sejarah, ahli politik jangan sibuk mempolitikkan sejarah, tetapi dengan perkembangan terkini saya berpendapat, pakar sejarahlah orang yang paling pandai mempolitikkan sejarah!

Tulisan: Khairul Majdi
Dari: Harakahdaily

Wednesday, September 7, 2011

Mat Indera bukan anggota PKM

Berita:Keberanian Mohamad Sabu buka mata kerajaan

Mat Indera


KOTA BHARU, 7 Sept:
Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu (gambar) kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan.

Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu tersisih sehingga sekarang.

Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan negara dicapai.

“Umno tidak lebih seperti si penyumbat gol yang telah menghasilkan bola yang digelecek darah-darah pejuang lain sebelum kewujudan parti Umno.

“Bukit Kepung hanyalah salah satu gendang pembohongan British bagi mengaburi rakyat. Kini masanya untuk kita memalu gendang meletakkan Islam pada tempatnya di bumi tumpah darah kita,” katanya di sini.

Usaha Mat Sabu menjulang pejuang sebenar kemerdekaan seperti Mat Indera ditolak mentah-mentah pemimpin Umno, malah memperalat badan-badan bukan kerajaan berhimpun membantah pemimpin PAS terbabit.

Sedangkan di sebaliknya usaha dirintis Timbalan Presiden PAS, tiba-tiba Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menemui balu anggota polis yang tidak menerima sebarang pencen sejak kematian suami pada 1962.

Antaranya Syed Omar Syed Yassin yang berkhidmat selepas tragedi Bukit Kepong. Malah JPA meminta mana-mana balu anggota polis yang pernah bertugas di Bukit Kepong tampil membuat aduan.

Mohamad Faizal yang juga Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan berkata, pendokong kebenaran perlu memberi kefahaman kepada rakyat, British memusnahkan Islam di Tanah Melayu.

“Manakala Umno pewaris yang dianggap baik oleh penjajah bagi memastikan Islam terus terpinggir di bumi Malaysia. “Ini kerana pemimpin Umno tidak pernah kenal keperitan perjuangan seperti ditempuhi Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Dol Said. Sedangkan merekalah pejuang sebenar,” ujarnya.

Menurutnya juga sekarang sejarah Bukit Kepong hangat dibicarakan semula bagi memberi kefahaman lebih jelas penjajah memusnahkan sama sekali sistem hidup masyarakat orang Melayu.

Kata beliau sistem masyarakat yang dahulunya berteraskan Islam dengan dinaungi Raja-Raja Melayu kini telah berubah sama sekali.

”Orang Tanah Melayu langsung tidak sedar mereka telah hilang identiti. Sistem Islam yang sekian lama bertapak pudar selepas kedatangan penjajah. ”Penjajah hanya pergi setelah berjaya melahirkan pewaris yang dapat melaksanakan aspirasi mereka di Tanah Melayu. Terciptanya Malayan Union untuk melahirkan pewaris British. ”Malayan Union digagaskan pada 1946 menjadi ibu kepada lahirnya pertubuhan yang dikenali sebagai Umno,” tambah beliau.

Sumber: Harakahdaily

Thursday, September 1, 2011

Berita:Sejarah: Cakaplah benar walaupun pahit


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


KUALA LUMPUR, 31 Ogos:
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.

“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang diputarbelitkan oleh media perdana.

Dalam isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu ceramahnya yang sengaja dijadikan isu kontroversi hangat oleh Umno baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu.

"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah? “Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero. "Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Ini disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.

“Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?” soal beliau.

"Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah. “Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British. "Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero. Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. “Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.

Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.

"Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero,” terang beliau lagi.

Secara menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun.

Namun demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya “menghalau penjajah” – namun apa yang pasti, “menghalau penjajah” merupakan common goal yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.

“Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu. Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British. "Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis,” tegas beliau, sambil menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era. “Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah,” kata beliau.

Kontroversi yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British.

“Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat. "Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” nasihat beliau.

Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

Sumber: Harakahdaily

Ucapan Aidil Fitri 2011 Pimpinan Pakatan Rakyat



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...