Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, September 23, 2011

Berita:Selesai pengagihan kerusi: Tahniah Pakatan Selangor

Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan


SHAH ALAM, 23 Sept:
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan Tahniah kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kerana telah dapat menyelesaikan pembahagian kerusi di peringkat DUN Selangor secara permuafakatan bersama.

Keputusan permuafakatan tersebut adalah mengekalkan ‘status quo’ parti-parti yang bertanding semasa PRU lalu dengan parti PKR bertanding 21 kerusi, parti PAS 20 kerusi dan parti DAP sebanyak 15 kerusi.

Demikian kata Kataanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan permuafakatan bersama untuk menyelesaikan pengagihan kerusi ini telah menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah semakin berpadu kukuh.

Ia bakal meneruskan kesinambungan agenda memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Selangor dan menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri contoh berteraskan urus tadbir negeri yang cekap, bebas rasuah dan berterusan menjaga kebajikan rakyat, katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengharapkan semoga dengan penyelesaian pengagihan kerusi ini akan dapat memotivasikan jentera parti di semua peringkat untuk melaksanakan dan memperkasakan aktiviti parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlaku dalam masa terdekat.

"Semoga segala titik bengik, kesilapan dan segala salah faham yang berlaku sebelum ini akan dapat dijernihkan dan dihindari daripada berterusan," katanya.

Seluruh jentera parti perlu bersatu hati dan berpadu tenaga untuk mempastikan supaya parti Umno/BN tidak akan dapat lagi ruang untuk ‘bercakap besar dan melakukan onar’ di negeri Selangor ini, tegasnya.

Sumber:Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...