KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, April 29, 2011

Laporan yang tidak seimbang

Media yang ada..





Salah satu faktor antara mengapa pihak pembangkang kalah dalam pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umun adalah berita-berita yang di sajikan sama ada di dalam media cetak mahupun media elektronik tidak mengambarkan perkara yang sebenarnya dan laporan yang tidak seimbang,dengan kata lain berat sebelah.Memang ada faktor lain selain faktor ini,sengaja saya nukilkan dalam tulisan ini,hanya faktor ini,faktor lain mungkin dalam penulisan yang lain pula.

Faktor inilah antara yang di bicarakan oleh para pimpinan Pakatan Rakyat,media tidak telus dan berat sebelah dalam menyampaikan berita atau maklumat yang di laksanakan oleh Pakatan Rakyat.Mereka lebih suka dan rela pemikiran rakyat di pesongkan dengan berita-berita yang tidak betul,yang akhirnya menjejaskan sokongan dan dokongan kepada Pakatan rakyat,hingga akhirnya membawa ke kecundangan dalam setiap kali PRU atau PRK.Bukankah menggunakan agensi kerajaan untuk berkempen satu kesalahan duhai SPR?.

Sebagai parti pemerintah Umno Barisan Nasional telah menggunakan sepenuhnya agensi-agensi penerangan ini,sama ada agensi kepunyaan kerajaan mahupun swasta.Melalui RTM 1,RTM 2,TV3,TV9,TV8,NTV7,ASTRO bahkan TV Al-Hijrah sekalipun telah di gunakan bagi menyampaikan maklumat atau berita-berita yang berkaitan dengan politik tanahair yakni hanya untuk kepentingan politik mereka sahaja.Kata orang gunakkan harta kerajaan macam menggunakan harta emak bapak mereka..!.

Namun laporan-laporan yang di siarkan amat mendukacitakan dan menjolok mata,di mana peluang yang sama tidak di berikan dengan seadil-adilnya buat parti pembangkang bagi memberikan pandangan dalam menyampaikan dasar parti atau apa sahaja perkembangan yang di buat oleh parti pembangkang.

Media-media elektronik yang di kuasai Umno Barisan Nasional ini lebih menonjolkan keburukan dan kelemahan parti-parti pembangkang seperti PAS,KEADILAN dan DAP atau lebih dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT.Ketidakadilan ini semakin hari semakin mendukacitakan dan sangat mengecewakan rakyat khususnya yang inginkan laporan berita yang telus dan seimbang.Jika adapun berita dan gambar pemimpin dari pihak pembangkang berucap atau bercakap,namun hanya mulut sahaja yang berkumat-kamit tanpa ada suara sepatah pun.Bagimana rakyat mahu faham dan apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang itu?.

Setiap kali pilihanraya Umum mahupun pilihanraya kecil,Umno Barisan Nasional menggunakan semaksimum media ini,bagi menonjolkan kempen-kempen mereka dan memburuk-burukan parti pembangkang.Rakyat nun jauh di pendalaman hanya menerima berita-berita dari satu pihak yang menonjolkan janji-janji manis dan indah pembangunan setinggi langit.Rakyat yang tidak berfikiran matang akan mengiayakan setiap apa yang di laporkan dan menerimanya walaupun laporan yang di sampaikan tidak benar.Malangnya isu-isu semasa yang berlaku tidak akan dapat difahami oleh rakyat kebanyakannya dari nun jauh di pendalaman.

Penyalahgunaan jentera kerajaan ini adalah sejelas-jelasnya,namun oleh kerana parti yang memerintah yang buat,maka pihak yang sewajipnya(SPR) menegur penyalahgunaan jentera kerajaan ini,senyap sunyi kelu lidah tidak boleh buat apa-apa.Jika parti pembangkang yang lakukannya,riuh seluruh alam jagat,biarpun hanya sekecil hama..!.
Begitu juga dengan media cetak,akhbar apa yang tidak di gunakan Umno Barisan Nasional dalam kempen atau apa sahaja berita untuk memburukkan parti pembangkang,Siapa yang tidak kenal dan baca akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia,Berita Harian,Kosmo,Metro dan sebagainya termasuk dari akhbar-akhbar keluaran sekutunya dalam bahasa tamil mahupun bahasa cina serta lain-lain lagi.Semuanya di gunakan untuk kepentingan politik Umno Barisan Nasional.

Rakyat yang tidak terdedah dengan berita yang sebenarnya akan menerima apa sahaja laporan berita yang tidak betul dari akhbar-akhbar tersebut.Maklum sahaja edaran akhbar seperti Siasah,Keadilan(itupun permit masih di gantung),Harakah,Roket amat terhad.Itu pun terbitannya hanya seminggu sekali ataupun dua kali,sedangkan mereka menggunakan akhbar,TV dan Radio saban waktu dan saban hari..!.

Maka usaha untuk untuk menyebarluaskan maklumat sebenarnya,apa yang berlaku dalam politik tanahair kita ini perlu di perluaskan di kawasan-kawasan pendalaman.Usaha ini mesti berterusan sehingga Malaysia dapat di ubah menjadi sebuah Negara yang benar-benar bebas medianya.

Ayuh berubah...!...Selamatkan Malaysia..!.

Bakal di dakwa

Akan di dakwa



Sudah hampir genap sebulan Isu Video Lucah yang telah dipertontonkan oleh Datok T,kini baru kedengaran ura-ura mereka mahu didakwa,itu pun hanya ‘BAKAL DIDAKWA’,(merujuk pada tajuk sinar harian keluaran selasa-19 April)mengapa hanya bakal?.Sudah jelas dan salah silapnya mereka menayangkan dan mengedarkan bahan terlarang(bahan lucah) mengikut undang-undang Negara.Mengapa masih dilepaskan,kebal sungguh mereka?.Seolah-olah mereka di beri ‘Kekebalan’ atau Imuniti.Besar sangatkah jasa mereka?(Sudah tentunya jasa untuk UMNOBN)

Itupun setelah di selar dan di desak oleh beberapa pihak,barulah ura-ura untuk didakwa mereka.Mereka telah mencelarukan suasana politik dalam Negara kita.Mereka telah membuatkan suasana politik menjadi tidak kondusif.Mereka kata,demi kebenaran,mereka menayangkan video tersebut.Kebenaran apa jika yang ditayangkan itu perkara keji dan jijik?.Malah melanggar keluhuran undang-undang Negara.Semua orang sudah tahu,bahkan seluruh dunia memaklumi.Malah video itu pun sebahagiannya sudah tersebar di dalam internet.

Pihak berkuasa tentunya pasukan keselamatan Negara lebih arif dalam kerja mereka.Kita yakin pihak polis akan menjalankan tugasnya dengan telus tanpa ada campurtangan lain.Tangkap mereka-mereka ini yang merosakkan nama Negara di mata dunia.Pengkhianat-pengkhianat ini harus ingat,bangsa kita telah dirosakkan oleh mereka dengan perkara jijik dan rendah martabat politiknya.Fitnah dan tuduhan jahat mereka terhadap sesama bangsa sangat menguriskan hati-hati rakyat yang cintakan perpaduan dan persefahaman.

Mereka pembawa politik fitnah dan lucah,masyarakat hilang kepercayaan dengan mereka.Justeru itu..Nyahkan mereka dari persada tanahair kita yang tercinta.Dakwa mereka seperti kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Acryl Sani Abdullah;

“Jika ditahan,mereka boleh didakwa mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar atau menyiarkan bahan lucah bagi tontonan umum,kerana mereka penyiarnya”.(Sinar harian-19 April)

Jadi sudah jelas dan terang di mana kesalahan mereka,itu belum lagi dalam jenayah Qazaf.Apa pun,biarlah pihak polis yang arif menanganinya dengan telus,itupun jika masih ada lagi kejujuran,ketelusan dan keikhlasan.

Ayuh berubah…! Selamatkan Malaysia…!

Akhirnya itu pilihan rakyat Sarawak

Rakyat sudah membuat pilihan



Keputusan sudah pun diketahui,rakyat Sarawak sebahagianya masih mengundi PBB-Barisan Nasional,itulah demokrasi,hak rakyat untuk memilih siapa sahaja pilihannya (jika benar ketelusannya).Namun kemenangan yang dimiliki PBB-BARISAN NASIONAL,sudah semakin tergugah,kerusi pembangkang melalui Pakatan Rakyat (DAP,KEADILAN) bertambah,dari 7 kerusi(2006) kini sudah menjadi 15 kerusi.Biarpun masih mengekalkan 2/3 (55 kerusi) BN pasti tidak akan senang duduk dengan kemunculan pembangkang yang bertambah.

Nampakanya mereka kena kerja keras bagi menarik semula pengundi Bandar yang semakin tidak berminat dengan mereka,khususnya pengundi bangsa Cina.
Biarpun Taib Mahmud berkuasa semula,rakyat Sarawak mungkinkah akan mengecapi kesenangan hidup ataupun sebaliknya.Apakah janji-janji yang ditabur sebelum pilihanraya akan di tunaikan atau sebaliknya?.Kita tunggu..keluh kesah,pengaduan rakyat Sarawak nanti.Kita mengharapkan agar pihak yang menang menunaikan janjinya.

Jadikanlah yang lepas-lepas sebagai pengajaran.Itupun jika mahu ambil pengajaran,rakyat sudah beri mandat semula,jangan pula suara rakyat di ketepikan.Rakyat Sarawak mengharapkan perubahan dalam kehidupan mereka.
Apakah mereka boleh bersenang lenang dengan kemunculan kerusi pembangkang yang bertambah?.Malah pengundi bangsa Cina kekal mengundi pembangkang (DAP).Nampak gaya mereka kena bekerja keras untuk menawan hati kaum Cina untuk memperolehi sokongan.Kalau tidak,akan datang pasti terus hilang sokongan mereka.

Biarpun sebelum ini ada ura-ura rakyat Sarawak akan melakukan Tsunami,namun keadaan itu masih belum nampak hasilnya.Hanya Tsunami kecil,itupun sudah mengetarkan mereka.Kini,Sarawak bukan lagi simpanan tetap Barisan Nasional.Mereka tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka masih kuat.PRU-13 belum tentu mereka berkuasa,mungkin akan lebih mengejutkan.Bagi pakatan pembangkan,ini satu permulaan yang sangat baik.Undi mereka tidak berkurangan malah ada penambahan.Malah BN menghadapi pengurangan undi setiap kali PRN yang di adakan.

Anwar berkata ini bukan pengakhiran dan Tuan Guru Hj Hadi kata jangan kecewa,kerja-kerja perlu diteruskan demi untuk kejayaan seterusnya,biarpun PAS tidak Berjaya mendapat kerusi,namun sokongan rakyat Sarawak makin menyerlah.Biarpun PAS kalah di lima kerusi yang ditandingi,namun rakyat Sarawak masih memberi sokongsn yang baik pada PAS,Bagi PAS perlu apa digusarkan dengan kekalahan,adat perlawanan kalah menang sudah biasa,muhasabah dan perbaiki segala kelemahan yang ada.Hakikatnya pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat makin bertambah(38%),manakala Barisan Nasional makin susut dan ini menandakan satu masa Barisan Nasional pasti tumbang di Sarawak.

Pada hakikatnya,kemenangan yang diperolehi oleh Barisan Nasional,belum tentu di jamin ketelusannya,masih kedengaran manipulasi pengundi pos,SPR yang lebih memihak pada pemerintah,rasuah secara terang-terangan,penyalahgunaan kuasa,jentera kerajaan digunakan semaksimum mungkin,melanggar syarat-syarat SPR (Pondok panas) dan pelbagai lagi yang masih kedengaran penyelewengan yang mereka lakukan.Jika diukur dari itu,apakah kemenagan ini,kemenangan yang penuh demokrasi?.SPR tentu ada jawapannya,rakyat menilai semuanya.

Apapun tahniahlah pada yang menang,yang kalah usah gundah gulana,yang menang belum tentu kebenarannya,yang kalah belum tentu kesalahannya.Buatlah postmortem ataupun muhasabah,untuk mencari mana kesilapan dan kelemahan untuk di perbaiki.Hakikatnya kemenangan semakin menghampiri,saat itu yang batil tetap musnah yang benar pasti tertegak dan cahaya kebenaran itu sedang menghampiri…namun bersediakah untuk menjayakannya?.

Syabas Sarawak,Sarawak pasti berubah,,!

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia..!

Tuesday, April 26, 2011

Kalau Cina tolak MCA,Melayu patut tolak UMNO

Mazlan Aliman



KUALA LUMPUR, 26 April: “Jika orang Cina memilih DAP dan menolak MCA, kenapa tidak orang Melayu memilih PAS dan menolak Umno,” kata AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar).
Hakikatnya, kata beliau hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak terjejas sama sekali.

Ini, ujarnya terbukti ketika pilihan raya Negeri Sarawak di mana ketiga-tiga parti membentuk pakatan yang kuat menentang BN hingga berlaku peningkatan sekali ganda kerusi yang dimenangi oleh PR.

Tambahnya, isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah percubaan musuh untuk mengaibkan Anwar sekali lagi selepas kegagalan usaha BN pada tahun 1998 dulu di mana akhirnya mahkamah membersihkan nama Anwar.

“Semangat setiakawan PAS terhadap rakan-rakan dalam PR kian utuh,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, menerusi Konvensyen PR yang telah dua kali diadakan, Majlis Menteri Besar PR, Majlis pimpinan PR dan Sekretariat PR adalah bukti jelas semangat musyawarah yang sedia terjalin dalam apa jua perbincangan bagi menggagaskan alternatif menggantikan kerajaan BN yang korup.

“Apa perlunya kerjasama dengan sebuah parti yang sangat perkauman seperti Umno?

“Perpaduan apakah yang mahu dijalinkan dengan pemimpin yang korup, penuh skandal dan tidak beramanah seperti Umno?” tanya beliau.

Katanya, hubungan Umno sendiri dengan komponen BN sendiri sangat dingin.

Tambahnya, insiden terbaru MCA terhadap Utusan Malaysia sendiripun diulas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam nada yang menggambarkan perpecahan Umno MCA.

“Kalau dalam BN sendiri bersarat dengan masalah; apa yang boleh diperolehi oleh PAS jika menjalin perpaduan dengan Umno?” soalnya.

Ketika ini, ujarnya hanya tinggal sebahagian orang Melayu yang menyokong Umno terutamanya di pedalaman dan kawasan Felda dan Felcra, itupun sebahagian mereka telah berubah.

Beliau berkata, jika usaha yang sedang rancak dilakukan di kawasan ituberjaya mengubah sokongan mereka kepada PR; apa yang tinggal pada Umno.

Katanya, PR sedang mempromosikan tawaran 100 hari PR melalui Buku Jingga di mana momentum PAS Ganti Umno sedang berkembang seluruh negara dengan sambutan yang luarbiasa.

“PAS tidak akan terpedaya dengan strategi Umno untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR. PR sedang bergerak menuju Putrajaya.

“PR akan menjadi kerajaan prorakyat yang sentiasa memikirkan kepentingan rakyat,” ujarnya lagi.

Tuesday, April 12, 2011

Komik lucah

Sekadar gambar hiasan


Belum pun isu pita video selesai,timbul pula satu lagi taktik kotor dan jijik,kemungkinan puak yang sama dalam mendalangi terbitnya sebuah komik yang berunsur lucah,ia juga berkaitan dengan pemimpin pembangkang.Jika kewujudan komik ini benar-benar berlaku,satu lagi perancangan jahat mereka untuk menghapuskan karier Anwar Ibrahim.Bagi mereka Anwar menyusahkan mereka dan merbahaya untuk masa depan mereka.Justeru itu,dengan apa sahaja mereka mesti menghalang Anwar Ibrahim.

Nampaknya puak-puak ini,tidak takut dengan Allah,mereka lebih takutkan manusia.Mereka sudah hilang kewarasan demi untuk mengekalkan kuasa yang ada.Di Malaysia hanya ada seorang Anwar yang sangat di takuti,kerana bagi mereka selagi ada Anwar selagi itulah pakatan jahat mereka tidak akan berhenti.Kalau boleh nyahkan sampai mati…!.Mohon di hindari dari politik keji dan jahat ini.

Sering saya tuliskan,musuh bekerja 24 jam,seumpama sebuah kilang yang menghasilkan barangan yang sangat di perlukan,begitu juga dengan mereka,perancangan,gerak-kerja mereka tersusun,maklum sahaja penasihat si laknatullah sentiasa memberi idea-idea untuk dilaksanakan demi untuk menyahkan seorang yang di takuti,ini juga sebahagian dari agenda yang sudah di atur mereka,jika di Selangor mereka boleh buat ‘Selangor Terkini’(akhbar palsu),apakah sukar bagi mereka mengupah mereka-mereka yang mahir melukis untuk di pergunakan mereka.Begitu juga dengan blogger-blogger upahan mereka.Setakat buat komik apalah sangat bagi mereka..!.

Kemuncak kejahatan mereka semakin terserlah,rendah akhlak dan moral mereka tidak boleh lagi di selindungi.Memanglah mereka tidak mengakui itu perbuatan mereka,namun persepsi masyarakat yang faham lebih yakin,itu semua permainan kotor dan jijik mereka,biarpaun mereka menafikannya.Lebih-lebih lagi komik itu berkaitan dengan ketua pembangkang.Rasanya tidak susah untuk kita maklumi angkara siapa ini.

Dan ini juga merupakan rentetan perencanaan jahat puak-puak yang takutkan kekuasan mereka hilang,bagi mereka kehilangan kuasa adalah kehilangan segala-galanya dalam hidup mereka.Semoga perencanaan mereka gagal dan niat jahat mereka di haling oleh Allah SWT.

Nyahkan komik lucah..!.

Buku ‘A Doctor In The House’


Memoir Tun Mahathir


Tulisan ini mungkin agak ketinggalan,namun saya masih berminat untuk menukilkan dalam blog ini.Sebuah karya memoir oleh bekas mantan perdana menteri Malaysia yang ke-4,iaitu Tun Dr.Mahathir bin Mohammad.Tahniah dan Syabas buat Tun,biarpun beliau adakalanya sibuk dengan pelbagai program,beliau masih ada ruang untuk menuliskan memoir selama beliau memegang teraju pemerintahan Malaysia ketika itu.

Saya tidak membacanya lagi,Cuma pegang-pegang dan belek-belek sewaktu membeli belah di sebuah pasar raya.Lagi satu,ia dalam bahasa inggeris,jadi satu apa pun saya tidak faham..hu3.Saya mengharapkan pihak DBP dapat menterjemahkan kedalam bahasa ibunda kita untuk orang-orang seperti saya dan mungkin ramai lagi yang menghendaki seperti saya.Sebagai seorang peminat buku,tentunya saya ingin membaca buku tersebut dan memilikinya,namun tunggu bila sudah di terjemah barangkali.

Buku apa sahaja,selagi boleh di baca,Insyallah saya akan baca,kita baca buku tersebut tidak semestinya kita terima bulat-bulat apa yang di tulisnya.Kata orang baca boleh untuk percaya..belum tentu.Masing-masing punya fikiran dan hak untuk percaya atau pun tidak.Buku setebal 843 muka surat itu mengandungi pelbagai memoir beliau semasa berkuasa.Menurut Tun Mahathir buku ini di tulis mengambil masa lapan tahun,menceritakan kisah hidup beliau dari kanak-kanak hinggalah beliau menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun lamanya.

Dalam buku ini terbahagi kepada 62 bab,setiap bab menceritakan memoir Tun terhadap satu-satu isu yang beliau lalui antaranya operasi lalang,pemecatan Datok Sri Anwar Ibrahim dan lain-lain lagi.Hari pertama di lancarkan di pusat membeli belah Mid Velly sudah terjual 1000 naskah,di terbitkan oleh MPH Publishing.

Biarpun di kritik,hasil tulisan beliau,namun sehingga hari ini buku ini masih laris di pasaran.Cuma untuk orang seperti saya,mengharapkan ia segera di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan segera.Apa pun baca dengan fikiran waras bukan sentimen.

Syabas Tun Mahathir…!.

Sarawak mesti berubah


Pilihanraya Negeri Sarawak akan diadaka pada 16April 2011,kedua-dua parti sudah memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding,tidak kira BN ataupun Pakatan Rakyat,masing-masing sudah mula berkempen untuk menarik hati pengundi agar calon-calon mereka dipilih pada hari pengundian nanti.Seluruh rakyat sama ada di Sarawak ataupun di Semenanjung sendiri menanti detik hari mengundi dan seterusnya pengumuman kemenangan antara parti-parti yang bertanding.

Sebagaimana yang kita tahu,Sarawak sudah sekian lama di bawah cengkaman kuasa Ketua Menterinya Taib Mahmud,selama 30 tahun Sarawak di bawah penguasaannya,namun masih terdapat ramai di kalangan rakyatnya yang miskin,kemudahan infrastuktur yang masih terabai,kalau tidak mengapa Perdana Menteri sejurus diumumkan DUN Sarawak dibubarkan,beliau telah memberi peruntukan dengan sejumlah jutaan ringgit bagi memperbaikai kemudahan ini.

Setiap kali PRN,setiap itulah janji-janji itu diulangi,sepatutnya perkara itu sudah selesai,kerana sudah sekian lama BN diberi mandat untuk memajukan dan membangunkan Sarawak.Juga masalah tanah adat (NCR)yang sekian lama tidak dapat diselesaikan,sehingga rakyat yang menghadapi masalah ini naik muak dengan janji-janji BN.Janji tinggal janji..!.

Rakyat Serawak,sudah sepatutnya buka mata,dan menuntut perubahan demi kesejahteraan mereka.Sampai bila harus ditipu dan digula-gulakan dengan janji-janji yang belum tentu penghujungnya.Hari pengundian pada 16 April hendaklah di gunakan sebaik mungkin untuk memberi pengajaran BN,khususnya Ketua Menteri yang sekian lama duduk ditakhta kekuasaannya.

Kuasa yang ada jangan di Persia-siakan.Dengan cara itulah untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih tidak puas dengan kuasa yang ada.Ingat..Kuasa di tangan Rakyat…Suara Rakyat..Suara Keramat.Tidak kira Melayu Iban,Melanau dan apa sahaja etnik dan agama di Sarawak bersatulah demi untuk perubahan.

Cukuplah sekian lama dipermain-mainkan dengan segala macam kemanisan yang di janjikan..Sarawak mesti berubah,semoga sungai Sarawak tidak sempit lagi..!.

Friday, April 8, 2011

Bangunan SPRM tempat untuk terjun?

Lambang SPRM



Sekali lagi seluruh Negara dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi saksi bagi soal siasat rasuah di pejabat SPRM,Si mati adalah Pegawai Kastam.Beliau ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM di jalan Cochrane.Semasa mendapat sms dari kawan saya tentang berlakunya perkara ini,saya sekadar menjawab “Ha3..biasalah tu…”,dengan tiba-tiba fikiran saya terus pada Mendiang Teoh Beng Hock.


Ini mengingatkan kita tentang kejadian yang berlaku di plaza Massalam lewat beberapa tahun lalu,16 Julai 2009,iaitu Mendiang Teoh Beng Hock.Setiausaha politik yang berusia 30 tahun itu mati selepas di soal siasat semalaman SPRM ditingkat 14 Plaza Massalam.Kini kejadian sebegini berulang lagi,ini mengundang persepsi terhadap soal siasat SPRM.


Kita mengharapkan siasatan terperinci tentang kejadian ini,desakan untuk mewujudkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini perlu di segerakan,beri keadilan sewajarnya kepada si mangsa.Jangan biarkan persepsi yang bukan-bukan terhadap SPRM berterusan.Saya memetik kenyataan Ahlijawatankuasa Khas SPRM,Saudara Salahuddin Ayub:


“Kita sendiri tidak tahu punca kejadian,Biar ia di siasat dahulu oleh polis.Kita harus memberikan keadilan kepada mangsa.Jika ada kesalahan mana-mana pihak,barulah kita mengambil tindakan selanjutnya.’(Sinar harian-Khamis:7April 2011)


Nampaknya satu persatu Negara kita dikejutkan dengan pelbagai perkara yang membawa tanda tanya,lepas satu kes datang lagi kes baru,belum selesai kes lama datang lagi kes baru,bala apakah yang menimpa Negara kita waktu ini?.Petanda apakah ini?.Apakah maksud Tuhan timpakan Malaysia dengan perkara-perkara semacam ini?.Mesti ada maksud yang tersirat,berlakunya kejadian-kejadian sebegini.


Negara lain ditimpa musibah bencana alam,Tsunami,gempa bumi,letusan gunung berapi,peperangan dan sebagainya,Negara kita pula dilanda krisis Moral,sistem yang rosak dan pincang.Kejadian demi kejadian memperlihatkan kepada kepincangan akhlak sesetengah masyarakat kita.Pincang dan rosaknya akhlak bakal memporak-perandakan kerukunan masyarakat dan Negara. Sekali lagi kita mengharapkan,agar kes ini disiasat seadil-adilnya,kepada keluarga Allahyarham Ahmad Sarbini Mohammed di harapkan dapat bersabar atas ujian yang sedang menimpa mereka.Mudah-mudahan Allah SWT menjauhi tanahair kita dari malapetaka yang buruk.


Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia..!

Baguslah kalau macam tu..Zambry..!

Dr Zambry Abdul Kadir MB Perak
Saya tertarik dengan satu kenyataan Menteri Besar Negeri Perak Darul Redzuan (Halal ke..?) yang termuat dalam satu laporan berita dari akhbar harian Sinar Harian keluaran hari selasa,8 mac 2011,pada muka surat N8 Nasional.Beliau mengingatkan agar semua kepimpinan Barisan Nasional agar usah alpa dengan kemenangan pada pilihanraya kecil di DUN Merlimau dan DUN Kerdau.


Dalam kenyataanya yang di smskan kepada pihak Sinar Harian beliau menyatakan agar tidak alpa dengan kejayaan yang di capai kerana gelombang lebih besar bakal dihadapi pada bila-bila masa.Beliau juga menyeru agar kemenagan yang di capai ini harus di syukuri dan memohon agar segala perkara yang dilakukan diberkati Allah SWT.


Begitulah keperihatinan seorang menteri besar Perak terhadap rakan-rakan pimpinan Barisan Nasional yang lain,sikap saling ingat mengingati sesama rakan seperjuangan.Ya..sudah tentunya para pimpinan Umno Barisan Nasional,menerima nasihat dan ingatan yang baik dari seorang menteri besar dari negeri Perak.Nasihat ini sudah pastinya ikhlas dari hati Datuk Sri Dr Zambry Abdul Kadir.


Beringat-ingatlah dengan kemenangan yang ada,mungkin gelombang yang di maksudkan oleh MB Perak ini,mungkin PRU 13 ataupun gelombang lain yang bakal merubah dan mengubah lanskap politik di tanahair kita.Gelombang yang bakal menghancurkan matlamat Umno Barisan Nasional bagi mengekalkan mandatnya bagi pemerintahan seterusnya(Selepas PRU 13).Jika alpa dan asyik dengan kemenangan yang belum tentu benarnya memang bakal hancur impian mereka.


Sekadar Ingatan..!


Rakyat juga ingin mengingatkan kepada MB Perak ini,agar beringat-ingat juga dengan tampuk pemerintahan beliau yang sedang kuasai sekarang,rakyat masih tidak alpa dan terlupa dengan Konspirasi yang jahat lagi kotor iaitu,rampasan kuasa Kerajaan Baharu Negeri Perak (Pakatan Rakyat PAS,KEADILAN dan DAP)yang di lakukan oleh Umno Barisan Nasional itu.Satu permainan politik yang sangat tidak mendokong ketelusan demokrasi.Rakaman sejarah buruk ini akan menjadi bahan sejarah untuk anak cucu kita akan datang.


Sejarah tidak pernah menipu,yang menipu dan menutup sejarah adalah mereka-mereka yang mengkhianati amanah yang di timpakan keatas mereka.Mereka adalah makhluk perosak yang tidak mengenal norma-norma demokrasi yang telus.Biarpun undang-undang mereka yang gubal dan menyokongnya tetapi oleh kerana mereka terdiri daripada manusia-manusia yang lahap dan gelojoh dengan kuasa,mereka sanggup melakukkan apa sahaja demi memuaskan nafsu mereka.


Mereka sanggup gunakan apa sahaja taktik yang tidak demokratik biarpun mereka mengatakan mereka dan parti mereka adalah parti yang mendokong demokrasi.Kuasa yang diperolehi secara tidak halal juga bakal mengundang musibah dan doa orang yang dizalimi tiada hijabnya.Di waktu terjadinya rampasan itu,yang amat mengecewakan adalah sikap dan tindak tanduk pakar agama.Mereka tidak merujukah ilmu yang dimiliki dan kitab-kitab di khutubkhanah mereka,pasti ada hujah dan hukum-hukum yang menyatakan tentang rampasan kuasa..!.


Ingatlah ,rakyat Negeri Perak sedang menilai gerak-geri langkah pemerintahan anda.Dalam kenyataan itu juga beliau menyatakan,”Memohon kepada Allah supaya segala perkara dilakukan diberkatiNya”.,setiap kita mahukan apa-apa yang di lakukan diredai Allah,tetapi rampasan kuasa itu adakah perkara yang Allah redai?,membeli wakil rakyat,menculik wakil rakyat,membeli undi,mengugut rakyat,memberi rasuah,menyalahgunakan kuasa,menggunakan jentera kerajaan dan agensi-agensi lainya?,reda kah Allah perbuatan itu?.


Maka dengan itu,telahan dan ingatan ini adalah sebagai peringatan bersama kepada mereka yang di beri tanggungjawab memerintah ataupun memimpin.Pemimpin tidak selamanya di atas,satu masa akan di bawah juga dengan pemerintahannya,tidak akan selamanya,pasti pemerintahan itu akan di gilirkan.Biarpun 30 tahun,40 tahun memerintah satu masa akan jatuh tersungkur dan akhirnya merana di hina rakyat dan kemurkaan Allah sudah pasti.Di akhirat sangat rugi.


Jadi beringat-ingatlah..!


Selamatkan Malaysia..!.

Thursday, April 7, 2011

Sarawak mungkinkah berubah?

Undilah dengan bijak..!
Sebelum kita menyaksikan PRU-13,kita akan menyaksikan PR Negeri Sarawak ke-10 yang di jangka pada 16 April ini.Teka teki siapa yang memerintah selepas ini,masih tidak di sangkal jika BN akan terus kekal memerintah,kerana mereka mempunyai semuanya.Ada juga yang berani mengatakan Taib Mahmud dan BN akan bakal hilang kekuasaan di Sarawak.Semua orang tahu Sarawak merupakan simpanan tetap bagi UMNOBN,begitu juga dengan Sabah.


Hanya rakyat Sarawak yang bijak menentukan hala tuju mereka. Penulis tidaklah mahir tentang politik Sarawak,tetapi melalui pembacaan yang serba sedikit berkenaan Sarawak,penulis cuba memberanikan diri menulis tentang Sarawak.Semua orang tahu,bahkan dunia pun tahu,Sarawak telah di bawah penguasaan Taib Mahmud selama 30 tahun,seusia dengan pemerintahan Hosni Mubarak di Mesir,beliau tumbang baru-baru ini dengan revolusi yang di lakukan oleh rakyatnya yang semakin muak dan bosan dengan pemerintahnnya.


Mungkinkah Sarawak(Taib Mahmud) akan menuruti melalui peti undi(secara demokrasi)?. Sarawak,juga begitu sudah kedengaran suara-suara yang menyatakan Taib Mahmud perlu berundur dari takhta pemerintahan Sarawak,walaupun beliau sudah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk undur(15 tahun lalu yang terakhir 2006,maklumat dari harakah),namun mereka menganggap sebagi satu strategi politik bagi meredakan kemarahan rakyat.Sebelum-sebelum ini,beliau juga pernah berjanji berundur,namun,beliau kata masih belum ada yang mampu mengantikannya.


Banyak salah laku penyelewengan terhadap Taib Mahmud,mengkayakan anak beranak dan keluarga terdekat,rasuah,rampasan tanah adat dan sebagainya.Suatu perkara yang keterlaluan jika ia benar-benar di lakukan.Jika kita melihat di laman-laman web,berita portal,blog dan akhbar alternatif banyak mendedahkan kekayaan yang di miliki oleh Taib Mahmud dan keluarganya(sama ada kekayaan di dalam Negeri atau Luar Negara),sedangkan rakyatnya ramai lagi yang miskin.


Hanya dengan kebijaksanaan rakyat Sarawak yang mampu mengubah ini semua.Maklumat terkini dan info-info tentang politik mutakhir perlu di sampaikan seluas-luasnya.Untuk pengundi-pengundi Bandar mungkin mereka faham,tetapi untuk mereka yang berada nun di pendalaman bagaimana?.Bayangkan hampir 56 kerusi berada di luar Bandar,yang mana kita sedia maklum,keadaan dan kemudahan untuk ke satu-satu tempat sangat jauh dan memerlukan kelancaran dan kepantasan.


Apakah pembangkang mempunyai kemudahan ini?. Kita tidak heran dengan BN,sebab mereka memiliki segala-galanya(anda faham bukan maksud saya?).Namun apa pun,usaha untuk menyampaikan maklumat harus terus di laksanakan,kerana semua ini tidak mustahil.Percayalah BN hampir menuju kepenghujungnya.Kita mengharapkan suatu keajaiban akan berlaku di Sarawak.


nsyallah Sarawak pasti berubah..!

Buku Jingga yang di geruni

' Buku Jingga'
Alhamdulillah,akhirnya dapat juga saya membaca buku jingga,setelah tercari-cari akhirnya dapat baca.Buku yang di perkatakan oleh pemimpin-pemimpin UmnoBN secara tidak matang dan rasional.Masing-masing berkokok,ada yang kata boleh membankrapkan Negara,janji-janji kosong,janji pilihanraya dan macam-macam lagi.Timbalan Perdana Menteri kata,tidak payah di layan buku jingga,Najib pula kata perlu di teliti dulu.Nampak gayanya timbalan kurang bijak dari Perdana Menterinya.


Biar apapun yang di perkatakan oleh mereka,sesungguhnya buku jingga telah menyedarkan dan menyentapkan hati para pimpinan UmnoBn yang sedang lena di buai dengan kekuasaan.Satu persatu kandungan dalam buku jingga sedang di tiru oleh mereka.Tidak perlulah saya tuliskan satu persatu apa yang terkandung di dalam buku jingga itu,rasa-rasanya anda semua sudah maklum isi kandungannya.


Secara pribadi memang bagus apa-apa yang terkandung dalam buku jingga itu,ia merupakan janji Pakatan Rakyat untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Saya tertarik dengan tajuk tulisan Ustaz Nasarudin Hassan dalam kolum Fikrah Pemuda dalam akhbar Siasah yang bertajuk ‘REFORMASI JINGGA SUATU YANG REALISTIK’,Beliau mengupas satu persatu berkenaan janji 100 hari Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia.


Memang sesuatu yang realistik pun,jika di lihat dengan perkembangan ekonomi,politik,sosial,perundangan dan sebagainya yang semakin celaru dan haru biru dek’ kerana olahan yang tidak demokratik oleh pemerintah yang sudah menjangkau 50 tahun lamanya,kesemuanya memerlukan tranformasi kearah yang lebih sempurna.Buku jingga menjanjikan itu semua,jika isi kandungan buku jingga ini dapat di aplikasikan dalam pemerintahan baharu Malaysia,kita pasti akan menikmati kehidupan yang lebih baik dari sekarang.


Semuanya itu terletak di tangan rakyat Malaysia untuk menilai kebaikan yang terkandung dalam buku tersebut.Rasa-rasanya tidak akan bankrap Malaysia yang kita cintai ini jika ianya dilaksanakan dengan penuh integriti oleh setiap pemimpin yang di beri amanah untuk menjayakannya.


Ayuh,Ubah Sekarang..! Selamatkan Malaysia..!

Rendahnya moral (3)

Dalang..?
Nampaknya isu pita video lucah masih tidak berkesudahan biarpun masih dalam siasatan polis,kini pula pita tersebut telah tersebar (tersebar atau sengaja di sebarkan) di laman youtube.Mesti ada dalang yang menyebarkannya,kalau tidak mengapa boleh di sebarkan sedangkan masih dalam siasatan polis,polis kata penyebaran pita itu tidak menganggu siasatan yang sedang di lakukannya.Malah penayangannya sampai ke BTN(apa motifnya sampai peserta kursus pun di suruh tengok?)seperti laporan berita di sinar harian.

Malah akhbar-akhbar tempatan menyiarkan gambar-gambar yang terkandung dalam pita tersebut,mengapa ini berlaku?Apa motif penyiaran gambar-gambar tersebut?.Alangkah jijik dan kotornya permainan mereka.Polis mesti bertindak kepada mereka yang menayangkan pita tersebut,mereka yang memasukkan ke dalam youtube juga perlu di buru,kerana ini adalah satu kesalahan dalam undang-undang Negara.

Jelaslah kini,bahawa permainan politik kotor dan jijik ini,hanya bermatlamatkan untuk menghukum ke atas Anwar Ibrahim,sedangkan banyak lagi persoalan-persoalan yang masih belum terjawab,selain konon video itu tulen,rakyat pun mahu tahu siapa pelakon yang sebenarnya.Kesalahan mestilah di buktikan dahulu sebelum menghukum seseorang itu melakukan kesalahan.Tapi apa sebaliknya berlaku,belum lagi dibuktikan siapa yang bersalah,sudah riuh rendah menghukum Anwar Ibrahim bersalah,undang-undang di ketepikan langsung,bahkan mereka yang arif dalam undang-undang pun hilang pertimbangan.

Akhlak dan moral mereka sangat rendah dan mengecewakan,apa perlunya pita itu mahu di tayangkan di Parlimen,siasatlah dengan sebaiknya,buktikan siapa pelakonnya.Tugas polis semua itu,namun kepincangan dalam siasatan pita tersebut amat ketara sekali,keputusannya mungkin juga akan mengecewakan.Kita tunggu dan lihat episode jahat,jijik,loya ini seterusnya,video sudah di dedahkan,siasatan hampir selesai,video sudah tersebar….selepas ini apa pula?.

Jatuh dan musnahnya satu-satu tamadun itu disebabkan oleh akhlak dan moral yang rendah di kalangan pemimpin dan rakyatnya.Mereka tidak takut dengan ancaman dan azab Allah SWT,yang penting bagi mereka habuan dunia dan kesenangannya semata-mata.Mereka lupa yang mereka bakal mati dan perkara yang mereka lakukan akan menerima pembalasan yang setimpal dari Allah SWT.

Semoga permainan politik rendah moral ini segera di hentikan,kita mengidamkan masyarakat bahkan Negara yang aman,harmoni dan di pandang tinggi oleh Negara luar.Yang lebih penting di selamatkan Negara kita dari malapetaka hasil olahan tangan-tangan kotor mereka.

Selamatkan Malaysia…!

Tuesday, April 5, 2011

Rendahnya moral (2)

Datok T...
Beberapa hari yang lalu saya telah menulis berkenaan pandangan saya terhadap tiga tokoh yang mendedahkan kononnya Video lucah yang mereka bongkarkan merupakan seorang pimpinan kanan pembangkang dengan kata lain,adengan Anwar Ibrahim dengan seorang wanita cina.

Mereka menayangkan video itu di kalangan editor-editor akhbar,ini yang memuskilkan banyak pihak,mengapa tidak di serahkan sahaja pita itu ke pihak berkuasa,tentunya polislah yang berhak untuk menyiasat perkara itu,tetapi sebaliknya berlaku,banyak pihak mempertikaikan apa di sebalik muslihat Datok T (Tipu atau Temberang) dengan penayangan itu kepada editor-editor akhbar tempatan.

Meluat dengan isu ini,secara peribadi saya menganggap mereka yang menayangkan video ini sebagai mereka yang rendah moralnya,mana tidaknya,bukankah memiliki dan menayangkan(definasi kesalahan jenayah dalam seksyen 292 Kanun Keseksaan) video lucah satu kesalahan dalam undang-undang Negara?.Satu lagi fitnah dan memfitnah bukankah suatu perbuatan keji dan di larang agama Islam?.Walau ada menteri yang mengatakan itu tidak salah,namun selepas di kecam ramai,menarik balik kata-katanya itu.Semacam ‘’double standard’ (memang pun).

Dalam hal ini polislah yang berhak untuk menyiasat,dan yang terkini kita dengar polis telah membuat penyiasatan berkenaan Video itu dan hampir selesai,tetapi yang malangnya isu ketulenan video pula yang di gembar-gemburkan,ini ibarat ori ke tak ori video itu(cetak rompak ke tulen)mengapa pelaku dalam video itu tidak di siasat?.Sepatutnya di dedahkan pelaku (Pelakon) dalam video itu.

Seperkara lagi yang kita hairan mengapa Anwar Ibrahim tidak di ambil keterangan dan juga mereka-mereka yang menonton sepatutnya mereka juga di siasat,kerana mereka menganggap bukan Anwar Ibrahim (didakwa hanya mirip)dalam video itu.Nampak ada yang tidak kena dalam perkara ini.Mereka tahu jika mereka ini di panggil,yang pastinya ketidak tulenan video ini semakin terserlah.Kemungkinan juga konspirasi jahat ini akan terbongkar.

Justeru itu kita yakin,permainan ini ada pencaturnya,ada imbalannya,ada mentornya di belakang permainan jijik dan keji ini.Jika ketulenan yang di siasat dan kesimpulannya mengkhendaki Anwar Ibrahim dalam video itu(bersalah),rakyat semakin faham dan yakin permainan ini semakin menjengkelkan sebahagian besar rakyat Malaysia..Mungkinkah Sarawak akan membuktikannya?.

Akhirnya,marilah kita berdoa semoga manusia-manusia yang rendah moralnya ini,segera bertaubat dan insaf akan perbuatan mereka,mohon di hindari tanahair kita dari marah bahaya bala dari Allah SWT.Aminnnn..!!!.

Friday, April 1, 2011

DNA oh DNA..!

DNA OH DNA
Bulan lalu kita di perlihatkan dengan beberapa gelagat Demontrasi jalanan oleh segolongan manusia yang menuntut dan mendesak agar Dato’Sri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA.Boleh di katakana seluruh Negara mengadakan demontrasi tersebut,yang terdiri daripada badan-badan bebas yang sangat prihatin tentang isu tersebut. Apa yang saya muskilkan,adalah cara mereka yang beria-ia sangat tentang sample DNA tersebut.


Bagai di rancang dengan rapi seluruh Negara mengadakan demontrasi tersebut.Apa pun hak mereka untuk menyatakan suara(Perlembagaan mengizinkan).Untuk mereka mungkin ia,untuk pembangkang perlukan permit…!,setelah di dapatinya permit di katakan perhimpunan haram pula..!. Mereka membawa beberapa sepanduk bagi mendesak Anwar agar bagi sample DNA.Sekali imbas lihat mereka demontrasi terasa lawak,bukan apa,beberapa tahun lalu ada yang kata mereka-mereka yang berdemontrasi jalanan adalah beruk-beruk jalanan(merujuk pada kata-kata Khairiy Jamaluddin sewaktu demontarsi BERSIH),tetapi sekarang sebaliknya pula.


Anda yang bijak..tentu faham apa yang saya maksudkan kan.Saya petik kata-kata Dr.Hatta Ramli yang tersiar di dalam akhbar Keadilan;


“Riuh satu Negara demontrasi sana-sini.Itu menghina mahkamah.Dulu,waktu kita demontrasi isu rakyat,pemimpin Umno dari Rembau (Khairiy Jamaluddin)kata beruk-beruk di jalanan. “Sekarang siapa beruk dan monyet?DNA oh DNA,”


Mereka beria-ia mahukan DNA Anwar,lalu Anwar pun berkata,saya petik semula kata-kata beliau dan saya tuliskan kata-katanya tersebut sewaktu sidang media di Parlimen pada 14 mac yang lepas.


“Kalau nak bangkit soal tuntutan DNA,kenapa mereka tidak minta DNA Najib dalam kes pembunuhan Altantuya? Kenapa tak minta DNA Datuk Rais dalam dakwaan tuduhan rogol pembantu rumahnya?”


Jadi mengapa para pendemontrasi mereka tidak menuntut perkara yang sama seperti mereka mendesak Anwar.Kata badan bebas,tetapi masih nak pilih-pilih isu,atau sebenarnya bukan badan bebas atau sebenarnya ada ganjaran yang di terima untuk demo tersebut?.


Akhirnya,DNA tidak dapat,Keadilan dapat idea dari isu DNA ini,maka di gerakkanlah kempen yang di namainya ’DNA:Datuk Najib-Altantuya’ tidak pasal-pasal tertembak di batang tubuh sendiri. Apa sudah jadi..akhirnya DNA jadi ‘Datuk Najib-Altantuya’..!.

Akhir kata dari saya..”Sesungguhnya Allah memihak yang benar”.

Di mana suara mufti?

Sekadar gambar hiasan
Golongan agamawan adalah sekelompok manusia yang di beri keistimewaan mempunyai ilmu agama yang tinggi.Mereka berkelulusan dalam bidang agama,ada lulusan syariah,ada lulusan usuluddin dan macam-macam lagi bidang agama yang mereka punyai.Mereka di hormati oleh masyarakat kerana ilmunya yang tinggi,bicara mereka lebih di percayai dan di yakini,namun bilangan mereka yang berani tampil menyuarakan kebenaran agak sedikit,lebih-lebih lagi dalam menegur sikap pemerintah yang zalim.


Mereka ini ada yang di panggil Ustaz atau Ustazah,Ulamak,Mufti,pensyarah-pensyarah dan sebagainya.Seluruh dunia Negara Islam mempunyai muftinya tersendiri,begitu Negara kita.Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri,setiap negeri mempunyai seorang yang berjawatan mufti.masing-masing mempunyai peranan dalam negeri yang di tadbir.Mereka di bayar gaji atas tugas dan peranan yang di laksanakannya.Sesuailah dengan peranan dan kepentingannya dalam melaksanakan tugas yang di amanahkannya.


Namun,secara pribadi bagi diri penulis,yang hidup selama 36 tahun di bumi Malaysia yang aman makmur ini,tidak melihat begitu ada kesepakatan mereka dalam memberikan pandangan-pandangan dalam beberapa isu-isu besar yang berlaku dalam Negara ini.Perihal fitnah,qazaf,ISA,Rampasan kuasa di Perak,moral pemimpin dan yang terbaru pendedahan Video lucah(penayangan di khalayak).


Tiada satu pun pandangan ataupun bicara mufti yang kedengaran.Sungguh menghampakan dan mengecewakan,kerana mereka adalaha golongan yang di harapkan dapat menghentikan permainan politik kotor dan jijik ini,namun sehingga kini tiada bicara dari 13 mufti,yang biasa nampak tegas pun,lidah kelu hendak menyatakan kebenaran,apakah mereka hanya memilih-milih sesuatu perkara yang hendak dibicarakan?.Jika pemerintah yang melakukannya jadi senyap bisu,kelu mahu menegur..?!.Yang ada hanya suara bekas-bekas mufti,apakah mereka akan bersuara setelah menjadi bekas baru mahu berbicara?.Tidakah takut nanti di gelar ‘Syaitan Bisu’.?.


Sepatutnya mereka lebih kehadapan,mereka lebih ada autoriti,di hormati,namun hakikatnya begitu keadaanya sehingga kini.Malang sekali seandainya mereka terus mendiamkan diri.Mungkin mereka sudah ada jawapan sendiri bila nanti di jemput bertemu Allah.Tepuk dada Tanya iman..buat kita semua,khusus buat Sohibussamahah yang ada di Malaysia.


(Jika tulisan ini tidak ada kebenarannya mohon di tegur diri penulis)

Rendahnya moral

Datok T:Gambar dari blog:Khairil


Macam-macam boleh kita namakan Datok T,gara-gara Datok T inilah Negara kita boleh jadi huru-hara,namun rakyat Malayasia masih menjaga adab dalam berpolitik(Parti Pembangkang).Datok T menjadi tanda tanya kepada saya bahkan seluruh rakyat Malaysia amnya, bila mengetahui ada berita tentang adanya rakaman Video Lucah seorang pimpinan kanan pembangkang seperti yang di nyatakan oleh Datok T.Siapa Datok T?..Datok T,Datok tipu ke atau Datok Temberang? Sepantas dalam pemikiran saya waktu itu.


Macam-macam akan berlaku dalam politik Malaysia hari ini,belum habis kes Fitnah ke dua,sudah ada lagi fitnah lagi.memang tidak akan berhenti-henti selagi politik gila ini terus di biarkan.Anwar Ibrahim target utama musuh-musuh politik beliau,dari 1998 hinggalah 2011 sasaranya tetap Anwar Ibrahim.Takutnya mereka dengan seorang Anwar Ibrahim.


Dari isu rasuah,rendah moral,liwat 1,liwat 2 kini Video Lucah pula,selepas ini tidak tahu apa lagi perencanaan mereka.Hanya Allah yang tahu.Mohon di jauhi malapetaka dan bala dari Allah bumi Malaysia yang tercinta ini..Amin.!!!. Kembali dalam isu di atas,bila saya mendapat sms dari sepupu,berkenaan adanya Video lucah berkaitan Anwar Ibrahim,di dalam hati saya mengatakan langsung tidak mempercayainya.Saya yakin ini adalah agenda musuh Anwar.Selagi ada Anwar selagi itulah musuh-musuh politiknya tidak akan henti-henti membuat fitnah,mereka-reka cipta kesalahan.


Nama pun musuh,mereka bekerja 24 jam,siang,malam,pagi petang,bagaikan sebuah kilang yang menghasilkan barangan dan operasinya 24 jam begitulah musuh-musuh politik Anwar.Bukankah ada pemimpin kata..akan mempertahankan putrajaya dengan apa cara sahaja..!.Mungkinkah ini salah satunya..?..Semua sudah tahu,faham dan maklum apa yang di maksudkan pemimpin itu.


Datok T antaranya,yang dipergunakan,mudah-mudahan dapat mempengaruhi sebahagian minda rakyat,sesetengah rakyat tidaklah bodoh dalam membaca bacaan politik musuh.Bila tersiarnya berita tentang teka-teki siapa Datok T sebenarnya,barulah rakyat yang boleh menilai dan faham apa agenda mereka sebenarnya.Mereka lupa..”Manusia merancang,Allah juga merancang,tetapi siapa yang mampu menyanggah perancangan Allah…”. Datok T atau Datok TRIO yang antaranya Datok Rahim Tamby Chik,Datok Eskay Abdullah Dan Datok Shuib Lazim.Saya lebih mengenali Datok Rahim Tamby Chik(melalui pembacaan),bila saya lihat gambar beliau di Sinar Harian,ingatan saya terus ke Isu moral Bekas Ketua Menteri Melaka itu.


Jadi kalau orang-orang seperti ini yang mendedahkan konon Video Lucah itu pemimpin pembangkang memang 100% selaku rakyat Malaysia yang mempunyai fikiran waras saya tidak mempercayainya.Siapa yang tidak kenal Mak Pendek dan cucunya serta seorang cina yang membantu dalam masalah ini,yang akhirnya merengkok dalam penjara demi menyelamatkan maruah orang melayu.Kes ini di gugur oleh mahkamah akibat campurtangan pihak atasan.Memang tidak boleh di percayai Datok T atau Datok Temberang atau Tipu.


Ini lebih daripada balas dendam dan musuh politik yang sangat jahat dan rendah moralnya. Pemimpin yang tahap moralnya rendah berbicara soal maruah dan akhlak?.Konon ingin menyatakan kebenaran demi bangsa,agama dan Negara?Manusia jenis apakah mereka ini,biarpun memusuhi dalam politik sekalipun sanggup sampai mengadaikan maruah diri menayangkan video lucah secara terang-terangan bukankah salah dalam undang-undang Negara?. Di mana nilai jati diri sebagai pemimpin yang prihatin tentang moral?.


Tidak ada nilai dan rendah moral,yang ada hanya hampas tidak ada harga.Nyahkan pemimpin Rendah moral..!.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...