Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, April 1, 2011

Di mana suara mufti?

Sekadar gambar hiasan
Golongan agamawan adalah sekelompok manusia yang di beri keistimewaan mempunyai ilmu agama yang tinggi.Mereka berkelulusan dalam bidang agama,ada lulusan syariah,ada lulusan usuluddin dan macam-macam lagi bidang agama yang mereka punyai.Mereka di hormati oleh masyarakat kerana ilmunya yang tinggi,bicara mereka lebih di percayai dan di yakini,namun bilangan mereka yang berani tampil menyuarakan kebenaran agak sedikit,lebih-lebih lagi dalam menegur sikap pemerintah yang zalim.


Mereka ini ada yang di panggil Ustaz atau Ustazah,Ulamak,Mufti,pensyarah-pensyarah dan sebagainya.Seluruh dunia Negara Islam mempunyai muftinya tersendiri,begitu Negara kita.Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri,setiap negeri mempunyai seorang yang berjawatan mufti.masing-masing mempunyai peranan dalam negeri yang di tadbir.Mereka di bayar gaji atas tugas dan peranan yang di laksanakannya.Sesuailah dengan peranan dan kepentingannya dalam melaksanakan tugas yang di amanahkannya.


Namun,secara pribadi bagi diri penulis,yang hidup selama 36 tahun di bumi Malaysia yang aman makmur ini,tidak melihat begitu ada kesepakatan mereka dalam memberikan pandangan-pandangan dalam beberapa isu-isu besar yang berlaku dalam Negara ini.Perihal fitnah,qazaf,ISA,Rampasan kuasa di Perak,moral pemimpin dan yang terbaru pendedahan Video lucah(penayangan di khalayak).


Tiada satu pun pandangan ataupun bicara mufti yang kedengaran.Sungguh menghampakan dan mengecewakan,kerana mereka adalaha golongan yang di harapkan dapat menghentikan permainan politik kotor dan jijik ini,namun sehingga kini tiada bicara dari 13 mufti,yang biasa nampak tegas pun,lidah kelu hendak menyatakan kebenaran,apakah mereka hanya memilih-milih sesuatu perkara yang hendak dibicarakan?.Jika pemerintah yang melakukannya jadi senyap bisu,kelu mahu menegur..?!.Yang ada hanya suara bekas-bekas mufti,apakah mereka akan bersuara setelah menjadi bekas baru mahu berbicara?.Tidakah takut nanti di gelar ‘Syaitan Bisu’.?.


Sepatutnya mereka lebih kehadapan,mereka lebih ada autoriti,di hormati,namun hakikatnya begitu keadaanya sehingga kini.Malang sekali seandainya mereka terus mendiamkan diri.Mungkin mereka sudah ada jawapan sendiri bila nanti di jemput bertemu Allah.Tepuk dada Tanya iman..buat kita semua,khusus buat Sohibussamahah yang ada di Malaysia.


(Jika tulisan ini tidak ada kebenarannya mohon di tegur diri penulis)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...