
Sekali lagi seluruh Negara dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi saksi bagi soal siasat rasuah di pejabat SPRM,Si mati adalah Pegawai Kastam.Beliau ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM di jalan Cochrane.Semasa mendapat sms dari kawan saya tentang berlakunya perkara ini,saya sekadar menjawab “Ha3..biasalah tu…”,dengan tiba-tiba fikiran saya terus pada Mendiang Teoh Beng Hock.
Ini mengingatkan kita tentang kejadian yang berlaku di plaza Massalam lewat beberapa tahun lalu,16 Julai 2009,iaitu Mendiang Teoh Beng Hock.Setiausaha politik yang berusia 30 tahun itu mati selepas di soal siasat semalaman SPRM ditingkat 14 Plaza Massalam.Kini kejadian sebegini berulang lagi,ini mengundang persepsi terhadap soal siasat SPRM.
Kita mengharapkan siasatan terperinci tentang kejadian ini,desakan untuk mewujudkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini perlu di segerakan,beri keadilan sewajarnya kepada si mangsa.Jangan biarkan persepsi yang bukan-bukan terhadap SPRM berterusan.Saya memetik kenyataan Ahlijawatankuasa Khas SPRM,Saudara Salahuddin Ayub:
“Kita sendiri tidak tahu punca kejadian,Biar ia di siasat dahulu oleh polis.Kita harus memberikan keadilan kepada mangsa.Jika ada kesalahan mana-mana pihak,barulah kita mengambil tindakan selanjutnya.’’(Sinar harian-Khamis:7April 2011)
Nampaknya satu persatu Negara kita dikejutkan dengan pelbagai perkara yang membawa tanda tanya,lepas satu kes datang lagi kes baru,belum selesai kes lama datang lagi kes baru,bala apakah yang menimpa Negara kita waktu ini?.Petanda apakah ini?.Apakah maksud Tuhan timpakan Malaysia dengan perkara-perkara semacam ini?.Mesti ada maksud yang tersirat,berlakunya kejadian-kejadian sebegini.
Negara lain ditimpa musibah bencana alam,Tsunami,gempa bumi,letusan gunung berapi,peperangan dan sebagainya,Negara kita pula dilanda krisis Moral,sistem yang rosak dan pincang.Kejadian demi kejadian memperlihatkan kepada kepincangan akhlak sesetengah masyarakat kita.Pincang dan rosaknya akhlak bakal memporak-perandakan kerukunan masyarakat dan Negara. Sekali lagi kita mengharapkan,agar kes ini disiasat seadil-adilnya,kepada keluarga Allahyarham Ahmad Sarbini Mohammed di harapkan dapat bersabar atas ujian yang sedang menimpa mereka.Mudah-mudahan Allah SWT menjauhi tanahair kita dari malapetaka yang buruk.
Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia..!
No comments:
Post a Comment