Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, April 7, 2011

Buku Jingga yang di geruni

' Buku Jingga'
Alhamdulillah,akhirnya dapat juga saya membaca buku jingga,setelah tercari-cari akhirnya dapat baca.Buku yang di perkatakan oleh pemimpin-pemimpin UmnoBN secara tidak matang dan rasional.Masing-masing berkokok,ada yang kata boleh membankrapkan Negara,janji-janji kosong,janji pilihanraya dan macam-macam lagi.Timbalan Perdana Menteri kata,tidak payah di layan buku jingga,Najib pula kata perlu di teliti dulu.Nampak gayanya timbalan kurang bijak dari Perdana Menterinya.


Biar apapun yang di perkatakan oleh mereka,sesungguhnya buku jingga telah menyedarkan dan menyentapkan hati para pimpinan UmnoBn yang sedang lena di buai dengan kekuasaan.Satu persatu kandungan dalam buku jingga sedang di tiru oleh mereka.Tidak perlulah saya tuliskan satu persatu apa yang terkandung di dalam buku jingga itu,rasa-rasanya anda semua sudah maklum isi kandungannya.


Secara pribadi memang bagus apa-apa yang terkandung dalam buku jingga itu,ia merupakan janji Pakatan Rakyat untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Saya tertarik dengan tajuk tulisan Ustaz Nasarudin Hassan dalam kolum Fikrah Pemuda dalam akhbar Siasah yang bertajuk ‘REFORMASI JINGGA SUATU YANG REALISTIK’,Beliau mengupas satu persatu berkenaan janji 100 hari Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia.


Memang sesuatu yang realistik pun,jika di lihat dengan perkembangan ekonomi,politik,sosial,perundangan dan sebagainya yang semakin celaru dan haru biru dek’ kerana olahan yang tidak demokratik oleh pemerintah yang sudah menjangkau 50 tahun lamanya,kesemuanya memerlukan tranformasi kearah yang lebih sempurna.Buku jingga menjanjikan itu semua,jika isi kandungan buku jingga ini dapat di aplikasikan dalam pemerintahan baharu Malaysia,kita pasti akan menikmati kehidupan yang lebih baik dari sekarang.


Semuanya itu terletak di tangan rakyat Malaysia untuk menilai kebaikan yang terkandung dalam buku tersebut.Rasa-rasanya tidak akan bankrap Malaysia yang kita cintai ini jika ianya dilaksanakan dengan penuh integriti oleh setiap pemimpin yang di beri amanah untuk menjayakannya.


Ayuh,Ubah Sekarang..! Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...