Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, April 29, 2011

Akhirnya itu pilihan rakyat Sarawak

Rakyat sudah membuat pilihan



Keputusan sudah pun diketahui,rakyat Sarawak sebahagianya masih mengundi PBB-Barisan Nasional,itulah demokrasi,hak rakyat untuk memilih siapa sahaja pilihannya (jika benar ketelusannya).Namun kemenangan yang dimiliki PBB-BARISAN NASIONAL,sudah semakin tergugah,kerusi pembangkang melalui Pakatan Rakyat (DAP,KEADILAN) bertambah,dari 7 kerusi(2006) kini sudah menjadi 15 kerusi.Biarpun masih mengekalkan 2/3 (55 kerusi) BN pasti tidak akan senang duduk dengan kemunculan pembangkang yang bertambah.

Nampakanya mereka kena kerja keras bagi menarik semula pengundi Bandar yang semakin tidak berminat dengan mereka,khususnya pengundi bangsa Cina.
Biarpun Taib Mahmud berkuasa semula,rakyat Sarawak mungkinkah akan mengecapi kesenangan hidup ataupun sebaliknya.Apakah janji-janji yang ditabur sebelum pilihanraya akan di tunaikan atau sebaliknya?.Kita tunggu..keluh kesah,pengaduan rakyat Sarawak nanti.Kita mengharapkan agar pihak yang menang menunaikan janjinya.

Jadikanlah yang lepas-lepas sebagai pengajaran.Itupun jika mahu ambil pengajaran,rakyat sudah beri mandat semula,jangan pula suara rakyat di ketepikan.Rakyat Sarawak mengharapkan perubahan dalam kehidupan mereka.
Apakah mereka boleh bersenang lenang dengan kemunculan kerusi pembangkang yang bertambah?.Malah pengundi bangsa Cina kekal mengundi pembangkang (DAP).Nampak gaya mereka kena bekerja keras untuk menawan hati kaum Cina untuk memperolehi sokongan.Kalau tidak,akan datang pasti terus hilang sokongan mereka.

Biarpun sebelum ini ada ura-ura rakyat Sarawak akan melakukan Tsunami,namun keadaan itu masih belum nampak hasilnya.Hanya Tsunami kecil,itupun sudah mengetarkan mereka.Kini,Sarawak bukan lagi simpanan tetap Barisan Nasional.Mereka tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka masih kuat.PRU-13 belum tentu mereka berkuasa,mungkin akan lebih mengejutkan.Bagi pakatan pembangkan,ini satu permulaan yang sangat baik.Undi mereka tidak berkurangan malah ada penambahan.Malah BN menghadapi pengurangan undi setiap kali PRN yang di adakan.

Anwar berkata ini bukan pengakhiran dan Tuan Guru Hj Hadi kata jangan kecewa,kerja-kerja perlu diteruskan demi untuk kejayaan seterusnya,biarpun PAS tidak Berjaya mendapat kerusi,namun sokongan rakyat Sarawak makin menyerlah.Biarpun PAS kalah di lima kerusi yang ditandingi,namun rakyat Sarawak masih memberi sokongsn yang baik pada PAS,Bagi PAS perlu apa digusarkan dengan kekalahan,adat perlawanan kalah menang sudah biasa,muhasabah dan perbaiki segala kelemahan yang ada.Hakikatnya pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat makin bertambah(38%),manakala Barisan Nasional makin susut dan ini menandakan satu masa Barisan Nasional pasti tumbang di Sarawak.

Pada hakikatnya,kemenangan yang diperolehi oleh Barisan Nasional,belum tentu di jamin ketelusannya,masih kedengaran manipulasi pengundi pos,SPR yang lebih memihak pada pemerintah,rasuah secara terang-terangan,penyalahgunaan kuasa,jentera kerajaan digunakan semaksimum mungkin,melanggar syarat-syarat SPR (Pondok panas) dan pelbagai lagi yang masih kedengaran penyelewengan yang mereka lakukan.Jika diukur dari itu,apakah kemenagan ini,kemenangan yang penuh demokrasi?.SPR tentu ada jawapannya,rakyat menilai semuanya.

Apapun tahniahlah pada yang menang,yang kalah usah gundah gulana,yang menang belum tentu kebenarannya,yang kalah belum tentu kesalahannya.Buatlah postmortem ataupun muhasabah,untuk mencari mana kesilapan dan kelemahan untuk di perbaiki.Hakikatnya kemenangan semakin menghampiri,saat itu yang batil tetap musnah yang benar pasti tertegak dan cahaya kebenaran itu sedang menghampiri…namun bersediakah untuk menjayakannya?.

Syabas Sarawak,Sarawak pasti berubah,,!

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...