Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Tuesday, May 3, 2011

Perlukah guna ISA banteras ajaran sesat?

Salah satu ajaran sesat yang ada di Malaysia


Ajaran sesat ada di mana-mana,ajaran sesat merupakan ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.Antara sebab kemunculan ajaran sesat adalah terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan,harta dan sebagainya dan juga bertujuan ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

Saya tertarik dengan berita tentang wacana atau dialog yang telah di adakan oleh pihak sinar harian dengan kerjasama Majalah I,bagi saya cukup baik faorum atau dialog tersebut,sekurang-kurangnya dapat merungkai tentang salah faham tentang ajaran sesat yang terdapat di Negara kita dan cara menangani secara berkesan oleh pihak yang berwajib.Walaupun hanya sekadar membaca di akhbar tersebut,saya merasakan ianya amat memberi makna dan kefahaman kepada orang awam tentang isu ajaran sesat ini.

Menurut berita dalam sinar harian keluaran Isnin,1hb April 2011,tiga ahli panel telah menghurai dan merungkai permasalahan ajaran sesat ini,ada berpandangan perlu adakan muzakarah dengan pengamal ajaran sesat,dialog,perbincangan intelekktual seperti yang di perkatakan oleh Dr.Asri.Antara kata-kata beliau;

“Sebagai Negara demokrasi kita memerlukan perbincangan agar semua pihak tahu kebenaran.Pihak berkuasa harus memberi peluang kepada rakyat membela diri.Ini isu sensitif.Sesat atau tidak,ia garis panduan yang ditentukan oleh manusia.Jika seorang Muslim yang di tuduh sesat diajak berhujah dan dapat kembali kepangkal jalan,ia lebih berkesan berbanding hukuman,”

Ada juga ahli panel yang mencadangkan dan menyarankan agar hukuman Akta Keselamatan Negeri (ISA) wajar di kenakan kepada ajaran sesat.Ini mungkin atas pengalaman yang beliau lalui ketika Isu pengharaman Jemaah Darul Arqam 1994,bagi saya ini cadangan yang sangat tidak releven,kita hendak menghukum pengamal ajaran sesat dengan menggunakkan akta yang zalim ini,mana mungkin,sedangkan ISA sendiri itu bercirikan kezaliman(ciri ajaran sesat).Secara pribadi saya tidak menyokong saranan Zabidi Mohammad.Jelas ISA mengenakan setiap mereka yang belum tentu bersalah dikenakan hukuman,soal siasat yang berterusan.Jadi usaha untuk menyarankan agar pengamal ajaran sesat di gunakan Akta ini harus diperhalusi sebaiknya.

Ramai dikalangan bijak pandai lebih menjurus cadangan kepada perbincangan dan muzakarah dalam menangani ajaran sesat ini,terbaru saranan dari Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam atau ISIS,Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar(Sinar harian 4April 2011 Isnin).

Beliau berkata;

“Jika ada perbezaan pendapat,jangan terus tuduh.Kita perlu berbincang dan dapatkan pendapat majority.Jangan keluarkan fatwa tanpa mendengar pendapat lain”.

“Pada zaman Nabi Muhammad SAW juga berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan ulama,namun dianggap rahmat,”

“Islam sudah menyediakan langkah dan kerangka penyelesaian sesuatu masalah itu dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah,”

“Hubungan di antara pelbagai kelompok dalam kalangan umat mesti diberi penjelasan sebaik mungkin.”


Justeru itu,apa sahaja keputusan yang hendak dilakukan hendaklah melalui jalan damai,iaitu perbincangan atau muzakarah,barulah adil buat mereka yang tertuduh,ia akan lebih bersifat kasih sayang dalam menangani persoalan ini.Secara pribadi,saya lebih bersetuju dengan jalan penyelesaian perbincangan atau muzakarah antara kedua-dua pihak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...