KETAHUI HAK KITA
Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].
Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Sunday, May 15, 2011
Macam-macam politik Malaysia
Makin panas
Suhu politik Negara makin hari makin panas,bukan makin sejuk suhunya,makin membahang,makin menakutkan,makin mengerikan,makin menjijikan dan makin membusukkan.Dan ada yang kata makin ‘menjengkelkan’ asyik naik sahaja (Barang Naik-BN),Teringat dengan Novel bekas sasterawan Negara Shahnon Ahmad ‘SHIT’ BUSUK LAGI MEMBUSUKKAN’ yang mengambarkan situasi politik ketika itu(pemerintahan Tun Mahathir).Jika dilihat dahulu hingga sekarang lebih dahsyat lagi bukan sekadar busuk membusukan lagi,lebih teruk dari itu.Teringat kata-kata Mat Sabu..’Nak termuntah’.
Anda bagaimana? Perasaan anda bagaimana dengan situasi politik Negara?.Boleh jadi macam yang saya rasa sekarang.Dari satu isu ke satu isu,dari satu insiden ke satu insiden,belum nampak lagi jalan menuju kedamaian dan keharmonian.Walaupun ada ajakan untuk jalan perpaduan tapi nampaknya keikhlasan itu sangat diragui dan lebih kepada agenda politik.
Kehangatan pertentangan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat semakin ketara,makin hangat dan panas.Kedua-duanya mempunyai peranan dan pandangan tersendiri.Barisan Nasional yang dipengerusikan oleh YAB.Datok Sri Najib juga selaku Perdana Menteri Malaysia,manakala Pakatan Rakyat yang diketui oleh Ketua Pembangkang Datok Sri Anwar Ibrahim.Kedua-duanya mempunyai peranan dalam membangunkan Negara,jika kedua-dua pihak melalui politik demokrasi yang telus,luhur dan dihormati.
Kewujudan sama ada pemerintah mahu pun pembangkang tidak salah di sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi tulin,bahkan di mana Negara sekalipun kewujudan keduanya saling lengkap-melengkapi.Tegur menegur,atau dengan kata yang lebih popular ‘Check and Balance’.Itu pun sekiranya demokrasi di amalkan dengan sebenar-benarnya.Adakah Malaysia mengamalkan demokrasi yang begitu?.Anda yang menentukan dan jawap persoalan saya ini.
Seorang Anwar
Kembali ke persoalan kehangatan politik Negara,Semenjak pemecatan Anwar Ibrahim(1998)difitnah,diaibkan,dipenjarakan,dibebaskan,difitnah lagi,diaibkan lagi hingga ke hari ini,suasana politik kita masih tetap hangat dan membahang,terbaru berita mengatakan’Cubaan Bunuh Anwar’,nampaknya cakap-cakap saya dengan kawan kerja saya hampir terjadi,jika benar ini satu cubaan untuk membunuh Anwar.Namun sama-sama kita berdoa mohon dihindari perkara buruk ini.Cakap-cakap saya hanya membuat andaian,’agak-agak ada tak plan musuh-musuh Anwar nak bunuh Anwar’.
Malah kami mengandaikan,mesti ada plan,mereka nak bunuh Anwar’.Apabila keluar berita ini,saya mengandaikan ini sebahagian perencanaan dan perancangan musuh tetap Anwar Ibrahim.Siapa musuh-musuh tetap Anwar?.Anda yang bijak mampu menjawabnya.Karier dan kerjaya Anwar mereka tidak mampu hapuskan,kini jasad Anwar pula jadi taruhan,bukan sahaja jasad Anwar tetapi keluarganya juga di ancam,jika ini benar,politik apakah ini?.Anda juga bijak menjawabnya.
Selagi Anwar ada,selagi itulah mereka ini tidak senang duduk,terancam kedudukan,kuasa politik,bisnisnya dan macam-macam lagi.Mereka ini adalah manusia yang hilang jati diri sebagai manusia yang beriman(itu pun jika masih ada iman).Manusia sebegini adalah manusia pengkhianat dan petualang Negara.Ia harus segera di nyahkan dari mayapada ini.Peranan Anwar sebagai ketua pembangkang jelas ditakuti musuh-musuhnya,pendedahan tentang APCO,salah laku pemimpin UmnoBN itulah yang mereka geruni dan takuti.Saya yakin peranan APCO juga disebalik semua isu yang berlaku sekarang ini.
Mereka tahu,Anwar punyai rahsia yang mungkin belum lagi didedahkan,saya melihat ini sebagai faktor dan punca mengapa Anwar mesti di hapuskan sama ada kariernya atau orangnya.Cubaan bunuh ini sekiranya benar,haruslah dikecam oleh semua pihak.Niat dan perbuatan mereka sangat kejam dan hina sekali.Kita tidak mahu budaya politik luar terutamanya pembunuhan berlaku dalam Negara,biarpun sejarah telah memperlihatkan satu persatu apa yang pernah terjadi dalam Negara kita sewaktu dahulu.Sudahlah budaya politik lucah berkembang,kini budaya membunuh dalam politik pula mahu di amalkan.
Mereka hanya takut pada seorang yang bernama Anwar Ibrahim,mereka sedar Anwar tokoh yang boleh menyatukan pelbagai kaum di Negara ini,baik Melayunya,India,Cina,Kadazan,Dayak dan pelbagai lagi etnik dan latarbelakang ideologi mereka, Anwar dapat satukan dan duduk semeja.Lebih ketara lagi bila gabungan ketiga-tiga parti yang ada di Negara kita khususnya parti Islam terbesar di Negara kita boleh bergabung dan seia- sekata dalam pelbagai isu Negara dan duduk semeja dalam gabungan yang mereka panggil ‘Pakatan Rakyat’,gabungan PAS,KEADILAN dan DAP.Lebih-lebih lagi bila PAS dan DAP boleh sama-sama duduk semeja dalam satu gabungan yang mantap.
Peranan Anwar dalam Pakatan Rakyat inilah yang ditakuti oleh UmnoBN.Oleh itu Anwar mesti dihapuskan dan terus menerus difitnah dan di aibkan.
Ini juga yang mengetarkan pemimpin-pemimpin UmnoBN khususnya Prisiden UmnoBN,Datok Sri Najib Tun Abdul Razak.Pilihanraya Kecil Negeri Sarawak telah memperlihatkan kekuatan Pakatan Pembangkang dalam mengempur Barisan Nasional Sarawak yang di ketuai oleh Mahmud Taib.
Kini Pakatan Rakyat mempunyai 15 kerusi,dimana 13 darinya dari DAP yang mempunyai sokongan kuat dari kaum Cina,Melayu dan lain-lain etnik di Sarawak.Bila melihat sokongan kaum Cina makin kuat pada DAP,itu yang mengetarkan hati-hati pemimpin UmnoBN.
Gendang Perpaduan
Usaha-usaha untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat perlu di usahakan,maka penasihat nombor wahid sebagai rujukan(APCO) pun diminta memberi pandangan dan perencanaan,bagaimana mahu menghancurkan Pakatan Rakyat.Maka di goda dan di momokanlah,agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.Apa yang menariknya bekas perdana menteri Tun Mahathir turut mengambil bahagian sama memberi pandangannya tentang PAS.Tun Mahathir menyatakan PAS perlu keluar dari gabungan Pakatan Rakyat,mengikut kata Tun Mahathir:
“PAS tidak perlu sertai Barisan Nasional,tetapi jika ia mahu tentang Umno,biarlah di luar pakatan pembangkang.” “Jika PAS mahu kembali kepada BN seperti era 70 an lalu,saya percaya BN akan menerimanya.”
Gendang perpaduan dan penyatuan di mulakan kembali,sedangkan PAS sudah lali dengan ajakan UmnoBn itu,lagu-lagu manis dari mulut pimpinan UmnoBn tidak di layan,malah Prsiden PAS datuk Sri Tuan Guru Hj Hadi Awang mengesyorkan agar Umno dibubarkan dan menyertai PAS.Akhirnya bungkem mulut UmnoBn dan pemimpinnya.
Bagaimana mahu berpadu dengan sebuah parti yang menolak dasar Islam dan keadilan Islam.Sedangkan para pemimpin UmnoBn penuh dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.Bukan itu sahaja yang mendorong pimpinan PAS menolak ajakan pimpinan Umno untuk berpadu,malah umnoBn tidak pernah tulus dalam mengajak untuk perpaduan.Dalam masa sama UmnoBn tetap dengan sikap munafiknya dengan melaksanakan perkara-perkara yang tidak menjurus kepada perpaduan,menindas dan menekan rakyat berterusan,menggunakan jentera kerajaan sewenang-wenangnya.Apakah bentuk perpaduan yang UmnoBn mahukan.Jika sekadar untuk kepentingan politik mereka semata-mata,lebih baik abaikan..!.
Para pimpinan PAS tidak lagi termakan dengan umpan perpaduan UmnoBn yang berlumuran dengan pelbagai bentuk najis skandal dan mungkar.Pengajaran dari tahun 1974 sudah cukup memeritkan bagi PAS ketika itu.Cukuplah hari ini PAS dalam Pakatan Rakyat dalam mengalas kehendak rakyat Malaysia.PAS bersama-sama Pakatan Rakyat ada agenda yang terbaik untuk rakyat Malaysia.Slogan PAS,’PAS FOR ALL’ telah menyakinkan dikalangan bukan Islam untuk bersama-sama menyokong agenda PAS dalam Pakatan Rakyat.
UmnoBn sebenarnya takut dengan keutuhan dan persefahaman PAS dengan DAP,UmnoBn mulai takut dan gentar dengan hubungan PAS dengan DAP telah membibitkan kefahaman Islam terhadap pimpinan DAP.DAP sudah mula faham dan menghormati pandangan dan dasar yang di perjuangkan oleh PAS.Inilah yang mereka takutkan sebenarnya.Persoalannya sekarang adakah UmnoBN akan berhenti untuk mencari helah,untuk terus mencari perpaduan dengan PAS?.Apakah UmnoBn akan berhenti dari terus memperkotak-katikan perpaduan yang jitu Pakatan Rakyat?.
Tidak sekali-kali tidak..!..Ia akan terus melaksanakan agenda jahat mereka.
Utusan dengan agenda jahatnya
Konon mengikut berita yang dikeluarkan oleh akhbar yang konon penyibar fikiran rakyat,telah ada satu perjumpaan ketua-ketua Paderi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang(DAP).Di akhir pertemuan dan perjumpaan itu mereka berdoa agar Malaysia akan jadi Negara Kristian.Itu pun mereka petik dari sumber blog,kita sedia maklum blog siapa lagi kalau bukan blog penyokong UmnoBn,Mengikut ceritanya blog itu sudah membuang tulisan yang dikeluarkan itu.Orang ramai sudah sedia maklum cara pemberitaan akhbar ini.Agenda jahat ini sudah tentu dipersetujui mereka yang berada nun di atas sana.
Tujuan berita ini dicetuskan sebenarnya untuk mengalih pandangan rakyat tentang kegagalan mereka dalam agenda jahat mereka tentang Video lucah yang konon pemimpin pembangkang siapa lagi kalau bukan ditujukan pada Anwar Ibrahim.Kepincangan dan ketololan pendedahan Video itu sudah menyerlahkan kedunguan mereka.Jadi untuk mengalih pandangan rakyat,mereka mencetuskan lagi berita bohong yang tidak masuk akal mereka yang berfikiran waras.Malah para pemimpin UmnoBn pun turut berkokok sama tentang berita ini.Seolah-olah Negara dalam bahaya.
Muncul lah sana-sini unjuk persaan,laporan polis dari mereka yang kononnya peka dan ambil berat tentang Negara.Ini Negara Islam,ya kita sudah akui bahawa ini memang Negara Islam,agama rasmi Malaysia adalah Agama Islam.Tidak ada mana-mana parti,setahu saya yang mempertikaikan agama rasmi Malaysia agama Islam,Bahkan DAP yang dituduh dalam Isu ini pun telah mengakui dan menandatangani persefahaman dan persetujuan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada tahun 2009 bahawa agama rasmi Malaysia adalah agama Islam.Saya petik kata-kata setiausaha Agung DAP ynag juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang:
“Kita banyak kali tekankan Islam agama rasmi Malaysia.Kita tidak pernah pertikai perkara ini.Kita tidak pernah desak minta Malaysia jadi Negara Kristian,Negara Hindu atau pun apa-apa agama lain” (petikan dari Suara Keadilan15-10 Mei 2011)
Mengapa puak-puak ini,masih mahu memepertikai ketulusan DAP?.
Tindakan dan agenda jahat mereka di biarkan begitu sahaja,sedangkan ini adalah salah satu jenayah yang sangat membahayakan keharmonian dan keamanan Negara.Sudah sememangnya akhbar ini mempunyai kekebalan yang amat ketara.Kita pasti dan tunggu kesudahan isu ini akhirnya nanti.
Politik jahat ‘Pandi Kutty’
Anwar lagi,lepas satu,satu lagi keluar,memang kita tidak percayakan akhbar ini.Namun kebiasaan mereka ini sudah melampui batas.Hari ini mereka bercakap tentang moral pimpinan Pakatan Rakyat,khususnya Anwar Ibrahim,beberapa minggu yang lalu,akhbar ini mengeluarkan gambar lucah,tertera di akhbar mereka,tanpa rasa malu dan bersalah,tanpa mereka takut dengan undang-undang Negara(Sememangnya tidak takut pun-ada kekebalan).Riak-riak PRU-13 makin hampir kemungkinan,melihat pada serangan ke atas Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi tanpa kawalan malah kelihatanya direstui oleh puak-puak mereka.
Layakah sebuah akhbar,bercerita tentang moral,akhlak,adab atau pun sebagainya,sedangkan akhbar yang mereka miliki tidak mengambarkan apa yang mereka cakapkan,begitu juga dengan pemimpin mereka.Hari ini pula mereka,mempertikaikan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang berwibawa,dek kerana konon Anwar Ibrahim mencerca Perdana Menteri.
Benarkah begitu? Atau kita sedia maklum tentang akhbar yang satu ini,suka memutar belitkan berita,lebih-lebih lagi berkenaan pembangkang.
Konon mengikut ceritanya,Anwar mencerca Najib dalam ceramahnya di Klang baru-baru ini,Apa yang di katakana Anwar sebenarnya berkenaan agenda jahat mereka yang melakukan fitnah,membuat video lucah dan lain-lain,Anwar maksudkan perbuatan ini macam ‘Pandi Kutty’.Yang mereka terasa,melompat macam beruk mengapa?.Malah yang kelakarnya ada pemimpin UmnoBn mengatakan tindakan Anwar boleh mengejutkan ‘singa-singa’ Umno.Apa katanya:
“Cukuplah Anwar,apa yang dilakukan itu sudah melampau.Jangan sampai saya hilang kesabaran untuk bertindak,”(petikan dari sinar harian-12Mei 2011)
Apa yang dimaksudkan ‘Jangan sampai saya hilang kesabaran untuk bertindak’.Aik releks lah Bro,yang awak emosi sangat mengapa?.Awak nak buat apa dengan Anwar?Apa tindakan yang awak nak buat?,Sabar Bro..sabar..!.Ingat Allah banyak-banyak Bro..!Rupa-rupanya banyak singa dalam UmnoBn,patutlah rakus sangat.
Apakah fitnah,video lucah,isu perkauman itu memang perbuatan mereka?.Jika tidak, mengapa perlu melompat,telinga kepanasan,diam-diam sudahlah,tindakan mereka telah menjadikan rakyat semakin faham bahawa apa yang berlaku memang agenda yang mereka lakukan.Rasanya tidak sukar untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam politik kita hari ini.Jika rakyat bijak menilai setiap berita,rasa saya,UmnoBn pasti rebah pada PRU-13,itu pun jika tiada sebarang manupulasi atau pun pembohongan.
Gila talak dengan Selangor
Pemimpin UmnoBn mana yang tidak meroyan dan gila talak,rasanya semua terkedu bila pada tanggal 28 Mac 2008,Negeri Selangor antara negeri yang rebah dan di tawan oleh Pakatan Rakyat.Bukan pemimpin UmnoBn sahaja yang terkedu malah saya yakin pemimpin Pakatan Rakyat juga rasa tidak percaya tumbangnya UmnoBn yang memerintah hampir 50 tahun lamanya,hancur leburlah harapan slogan Dulu,Kini dan selamanya UmnoBn di negeri Selangor.Selaku rakyat Selangor agar slogan itu tidak bangkit kembali di Selangor.
Bila saya terbaca di akhbar Harakah berkenaan,saranan Najib agar guna ‘Segala senjata’ yang ada kepada anggota UmnoBn di Selangor,ini mengingatkan saya kata-kata beliau tentang untuk mempertahankan Putrajaya dengan apa sahaja.Ini adalah kesinambungan dari perencanaan mereka.Kenyataan Najib itu jangan diambil enteng,beliau sanggup lakukan apa sahaja demi membuktikan niat sucinya itu.
Kita maklum,segala senjata itu kemungkinan itu,taktik kotor mereka akan lakukan.takkan lah mereka gunakan tektik lembut,mana mungkin,lihat sahaja bagaimana mereka melakukanya pada negeri Perak.Hebat bukan?.Memang itulah kepakaran yang mereka ada,lebih-lebih lagi penasihat APCOnya yang sentiasa mencari idea-idea baru untuk merampas negeri Pakatan Rakyat.
Selangor antara yang menjadi idaman,impian dan kegilaan mereka.Di sana ada emas dan intan permata,jadi saranan gunakan segala senjata oleh Najib jangan di pandang enteng oleh pimpinan Pakatan Rakyat,khususnya di Selangor,jangan rasa selesa,biarpun rakyat Selangor sudah sedar dan sedang menikmati perubahan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Biar pun gerak kerja teratur,namun mereka boleh lakukan apa sahaja,ingat ‘Segala Senjata’.Sekarang pun sudah ada kedengaran kemunculan pengundi-pengundi yang diragui di satu-satu kawasan pilihanraya,pemindahan pengundi,pemberian kad pengenalan kepada warga asing,manupulasi daftar pemilih,taktik kotor ini sudah dapat di kesan.(apakah ini juga sebahagian ‘Segala senjata’?).
Ingat bukan masanya untuk goyang kaki mengharapkan undi rakyat semata-mata.Segala kemungkaran dan kedurjanaan ini mesti di laporkan dengan segera kepada pihak yang berkenaan.Bantahan demi bantahan terus kemukakan,buat sampai jadi..!.
Siang malam,pagi petang mereka mengimpikan Selangor.Mereka juga sayang dan cintakan Selangor.Jiwa dan perasaan mereka juga petriotik.Gerak kerja mereka tetap berjalan,memang macam tidak nampak tetapi licik.Awas..!.Siang malam mereka mimpikan Selangor.Minda bawah sedar mereka sudah ditanamkan dengan Selangor…! Selangor…! Selangor…!.Tidak kiralah pemimpin yang berbangsa Melayu, Jawa,Banjar,Cina dan India.Mereka seia sekata Tawan Selangor.
Justeru itu,Pakatan Rakyat perlu sedar,PRU-13 mungkin yang paling hebat dan terkotor(kita mohon di jauhi).Itu pun bergantung dengan niat suci Najib,seandainya beliau mengubah rentak dengan lebih telus,lunak dan mengikut lunas undang-undang,mungkin kita juga akan melihat PRU-13 pilihanraya Umum yang paling bersih.Boleh jadi..!.
Harapan rakyat
Rakyat sudah pastinya mengharapkan sesuatau yang baik buat mereka,kehidupan yang selamat dan terjamin,itu yang mereka impikan.Keharmonian dan keamanan impian semua,baik pendokong Umno,Pas,Keadilan,Dap,Mca,Mic dan parti-parti politik yang berada di Sarawak dan Sabah.Rakyat mahukan sesuatu yang baharu dan menyakinkan mereka.
Jaminan ini pasti ada dalam perancangan setiap parti yang bakal bertanding pada PRU-13 nanti.Semoga rakyat bijak menilai dan memilih pemimpin.
Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.
Labels:
Rencana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment