Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, May 23, 2011

Nyahkan pemimpin Zalim

Nyahkan mereka yang zalim


Kata orang bila lama memerintah boleh berlaku zalim.Malah bertindak lebih kejam.Sanggup buat apa sahaja demi mempertahankan kekuasaannya.Sejarah dahulu,bahkan dalam zaman moden ini pun telah berlaku pemerintahan yang maha zalim.Rakyat menjadi mangsa kezaliman mereka.Mulut,kaki tangan rakyat ditutup bagi mengelakan mereka berbicara tentang penyelewengan dan kezaliman yang di lakukan.Malah segala apa yang ada di Negara mereka akan semua dikuasai dan dipergunakan dengan sewenang-wenangnya.Harta Negara bagaikan hak milik mak bapak mereka.Tanpa rasa bersalah mereka melakukannya itu.

Semua itu dilakukan demi mempertahankan kuasa yang ada.Pemimpin semacam ini tidak merasa khuatir dan takut tentang ancaman yang keras yang akan menimpa mereka kelak diakhirat nanti.Firaun,raja yang mahazalim dan kejam memerintah Negara Mesir,mereka menggunakkan tenaga rakyat bagi mengumpulkan harta hanya untuk dirinya.Malah dengan lebih daripada itu mengaku dirinya Tuhan bagi mereka semua.Itulah peringkat kesombongan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimipin yang bergelar firaun.Jika di imbau dan dilihat perangai firaun ini,pada zaman moden ini adalah sama sahaja.

Mereka (pemimpin yang zalim) ini,merasakan kuasa yang ada pada mereka akan menjadi miliknya hingga ke akhir hayat.Mereka langsung tidak memikirkan kesusahan dan penderitaan rakyat.Susah senang rakyat mereka tidak pernah ada pada ingatan mereka,mereka hanya memerlukan rakyat apabila datangnya musim pilihanraya.Mereka memerlukan undi mereka untuk mendapatkan sokongan dan dokongan rakyat bagi mengekalkan kuasa yang ada pada mereka.

Mereka akan mencanangkan agar rakyat tetap memberi mandat pada mereka,hanya pada mereka sahajalah Negara yang di perintah mereka akan lebih membangun dan makmur.Malah kezaliman yang dilakukan mereka tidak perlulah di sebut-sebut kerana segala pembangunan mereka telah sediakan untuk rakyat,apa yang penting bagi mereka,rakyat mesti memberi sokongan yang tidak bebelah bahagi kepada mereka.Jangan sampai ada kuasa lain yang mahu mencabar mereka,jika ada mereka akan cantas dan menganggap pengkhianat Negara dan tidak tahu bersyukur tentang keamanan dan kesejahteraan yang mereka berikan.

Pemimpin yang zalim tidak pernah serik dengan kezaliman yang mereka lakukan,mereka tidak merasa apa-apa rasa bersalah kesalahan yang mereka lakukan.Malah adakalanya mereka berbangga dengan apa yang mereka lakukan.
Rakyat di perbodoh-bodohkan sekian lamanya,namun rakyat yang diperbodoh-bodohkan mereka tidak sekian lama boleh dipermainkan oleh mereka.Lambat laun rakyat akan dapat memahami apa yang pemimpin mereka lakukan terhadap mereka sekian lamanya.

Melihat kehidupan mereka yang tidak pernah berubah dari pelbagai segi membuatkan rakyat semakin tertekan dengan kemiskinan yang dihadapinya.Harga barang keperluan yang semakin meningkat saban hari,membuatkan rakyat semakin tertekan.Akhirnya membawa pemberontakan pada sebahagian rakyat.Melihat kehidupan para pemimpinya yang kaya raya,hidup mewah tidak terkira,menyebabkan rakyat semakin bangkit mahu menumbangkan pemimpin yang zalim ini.

Inilah yang berlaku di timur tengah beberapa bulan yang lalu hingga kini pun masih ada Negara-negara yang rakyatnya bangun menuntut perubahan kepimpinan.Rakyat keluar ketengah-tengah jalan raya bagi menuntut keadilan dan perubahan.Rejim Tunisia dan Mesir telah tumbang dengan kuasa rakyat yang turun beramai-ramai menyatakan pendirian masing-masing,yang akhirnya membawa tumbangnya rejim zalim itu.Pemimpin yang masih berkuasa,di mana pun sewajarnya mengambil iktibar dari peristiwa ini.Ini menandakan kuasa yang ada pada mereka tidak akan kekal,suatu masa pasti akan terlepas dari mereka.

Kezaliman pasti musnah,bila datangnya sinar kebenaran dan keadilan.Di waktu itu pemimpin yang zalim pasti tersungkur dan musnah.Janji Tuhan pasti terjadi.
Nyah kan pemimpin zalim…!

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia…!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...