Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, June 29, 2011

Tahniah YB Meru

YB DR ABDUL RANI BIN OSMAN


Rasanya masih belum lagi terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada YB.Dr Abdul Rani bin Osman,selaku ADUN N-42 Meru.Beliau telah di lantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang baharu mengantikan tempat YB Dato Hassan bin Mohammad Ali.Dengan itu Dr Rani akan menyambung tugas-tugas yang pernah di jalankan oleh Dr Hassan Ali.

Semoga Dr Rani dapat menjalankan tugas yang di amanahkan dengan sukses.Dengan harapan agar Negeri Selangor tetap dalam gengaman Pakatan Rakyat dalam PRU-13 yang akan datang.Sebagai warga meru,saya tetap akan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dr Rani juga segala amanah yang di jalankan menerima bantuan dan di permudahkan oleh Allah SWT.

Tahniah sekali lagi…Takbir..Takbir…Takbir..

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia

Tuesday, June 28, 2011

Berita ;Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno BN

Semoga kata-kata Tuan Guru menjadi kenyataan


KUALA LUMPUR, 29 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

“Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,”
ujarnya melalui Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.

Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan.

Sumber; Harakahdaily

Sajak ; BANGANG (1)

Gambar hiasan semata-mata


Hairan ! hairan ! hairan !
Macam mana aku tak hairan
Depa kata tak mengenag budi
Bangang ! hak kami nak pilih siapa
Kamu tu siapa ? Bangang ?!
Tangan kami yang pangkah,itu hak kami
Bukankah kamu yang bangang?!
Kamu wakil kami
Bukan kami wakil kamu
Kamu yang bangang
Bukan kami yang bangang
Jangan salahkan kami
Sebab kamu yang bangang
Barang yang diberi untuk kami
Itu memang hak kami,sememangnya kami dapat
Tapi apasal kamu bangang sangat
Kamu tolong kami sepatutunya
Tapi kamu banganag !
Kamu rasa dah macam Tuan (TUHAN)
Tapi kami rasa kamu dah bangang
Kami bagi kamu lima tahun
Untuk jaga kami
tapi kamu jaga perut kamu
dan kroni-kroni kamu bangang !
kali ini,akan datang padan muka kamu
bangang !
kami tak nak tertipu lagi dengan kamu bangang
salah satu sifat munafik
pemimpin (wakil rakyat) Pembohong,pendusta..
lagi-lagi pemimpin bangang !!!

Radikal Boy 2000

Sunday, June 26, 2011

Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0

Berita; Bersih 2.0: Siapa pengkhianat

Ustaz Idris Ahmad


KUALA LUMPUR, 26 Jun:
Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengkhianati perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat.

“Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Beliau juga mempersoalkan kenapa Bersih 2.0 yang didukung oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun secara aman pada 9 Julai ini.

Tambahnya, Timbalan Presiden Umno itu perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih 2.0 bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak.

Katanya, jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah.

“Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihan raya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos?”

“Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan,” tanya beliau.

Beliau berkata, jika kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianati kepada rakyat.

Tambahnya, oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi, maka mereka sanggup turun ke perhimpunan aman Bersih.

Sepatutnya, kata beliau Muhyiddintidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara.

“Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihan raya dan usaha penambah baikan perjalanan pilihan raya , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang,” katanya.

Sebaliknya, kata beliau lagi walaupun berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR, segala pandangan yang diberi seperti mencurah air di dalam daun keladi.

“Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin BN,” ujarnya.

Sumber; Harakahdaily

Friday, June 24, 2011

Kenali Tokoh: Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) dalam kenangan

Almarhum Ustaz Fadhil Noor


Dari Gudang Ilmu Ke Kancah Siasah


Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’ lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini “Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanpa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.


Latar belakang keluarga
Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini telah memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga menjadikan beliau pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.


Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962. Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah.

Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa dari kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur bakti di tanahair.


Perkahwinan
Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Setelah berkahwin, isterinya menemani almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna ’Izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.


Bakat Kepimpinan
Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).


Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978. Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia.


Aktiviti Kemasyarakatan
Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah. Beliau juga pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang rujukan dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an. Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi masyarakat.


Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983. PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989. Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS. Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, al marhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh al marhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata merah berair kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am yang sarat dengan makna mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.

Oleh: Riduan Mohamad Nor (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat)

Thursday, June 23, 2011

Sajak; Konspirasi Empayar Maha-1

Sekadar gambar hiasan


Nukilan rasa dalam 'Buku biru'

Konspirasi Empayar Maha-1

Konspirasi ayuh konspirasi
Humban ayuh humban
Tendang ayuh tendang
Penjara ayuh penjara
Si celaka ,Reformasi !
Dia bikin empayar musnah
Dia bikin susah
Persetankan sama dia
Selamatkan Empayar MAHA kita
Jangan sampai kita tewas
Teruskan ! teruskan !
Pembohongan,pendustaan….
Pasti kekal Empayar MAHA..!

Man Shah 2000E/D-15/08/2000

‘Buku biru’


'Buku biru'; Buku catatan rasa


Penulisan saya kali ini berkaitan dengan sebuah buku,ia bukanlah sebuah buku yang besar nilai penulisannya,ia hanyalah sekadar catatan pribadi penulis sekitar tahun 2000 hingga 2002.Catatan luahan rasa sebagai rakyat biasa yang sayang dan cintakan tanahairnya.Saya rasa semua orang ada perasaan ini.Buku yang saya namakan sebagai ‘Buku Biru’.Ia bukanlah sebuah buku untuk melawan ‘Buku Jingga’ tetapi ia lebih kepada untuk menyanggah ‘Buku Biru’ sebelah sana ketika itu.Buku ini berkulit berwarna biru,jadi saya namakan ‘Buku Biru’.

Setiap kita mesti cintakan tanahairnya.Malah bukankah ia merupakan tuntutan agama?.Melihat pergolakan dan suasana politik waktu itu,di saat-saat api reformasi masih dan makin menyala,membuatkan hati dan perasaan saya geram,marah,benci dan macam-macam lagi yang berbuku di sanubari saya tika itu.Maka untuk meredakan rasa mual dan kemarahan saya melihat politik yang semakin kotor ini,saya luahkan kekesalan saya di ‘Buku Biru’ itu.

Dari luahan rasa hati,buku ini mengandungi tulisan atau catatan tangan saya berbentuk sajak atau puisi,cetusan hati,surat terbuka,cerpen dan madah.Ia terhasil dari hati saya yang ketika itu sangat sensitif dengan apa yang sedang berlaku dalam tanahair kita.Pergolakan politik tanahair membuatkan hati saya juga bergolak dan meradang melihat segala ketidakadilan,penindasan,penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah ketika itu.

Dan kebencian itu,saya buktikan di peti undi pada tahun 2004,Suara Rakyat Suara Keramat,maklum 1999,nama tidak tersenarai dalam daftar pemilih,biarpun daftar nama sudah hampir setahun,mungkin nama saya termasuk dalam 600,000 yang tidak dapat mengundi ketika itu,orang muda katakan.

Jika ada kesempatan dan masa,Insyallah saya akan kongsikan kepada pengunjung blog ini,serba sedikit catatan yang saya nukilkan dalam ‘Buku Biru’ itu.Mungkin saya boleh berkongsi rasa bersama Anda semua.Maklum Anda juga mungkin mempunyai catatan rasa seperti saya.Berkongsi-kongsi pengalaman dan minda.Semoga apa yang saya kongsikan nanti boleh menjadi sebagai bahan renungan dan bahan fikir bersama.

Justeru itu,apa sahaja yang saya tulis didalam penulisan blog ini adalah pandangan secara pribadi (dari kaca mata saya) hasil melalui pembacaan,persepsi dan apa sahaja yang terdapat dalam fikiran saya,yang tentunya Insyallah masih dalam peraturan undang-undang Negara,serta penulisan saya bukanlah mewakili mana-mana parti politik sama ada parti pemerintah mahu pun parti pembangkang.Ia nya hanya sekadar pandangan dari insan yang kerdil,rakyat biasa,rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.

Sekian

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia..!

Wednesday, June 22, 2011

Bersih: 2 Julai pra himpunan aman Bersih 2.0

Bersih,Bersih,Bersih...!!!


KUALA LUMPUR, 22 Jun:
Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning.

Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

“Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai ini tidak perlu diadakan sebarang himpunan, cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap himpunan aman ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.

“Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2 Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0,”
ujarnya.

Jelasnya, rasional seruan itu adalah sebagai warm up (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap himpunan aman nanti dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihan raya yang bersih dan adil di masa akan datang.

Ini juga, ujarnya membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan aman Bersih 2.0 adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara.

Selain itu, katanya 2 Julai sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan itu.

“Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai nanti adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka,” katanya.

Sumber: Harakahdaily

Tuesday, June 21, 2011

Dr Rani yakin saf baru mampu pertahan Selangor

Dr.Rani Osman


SHAH ALAM, 21 Jun:
PAS Selangor yakin dengan saf kepimpinan sesi 2011-2013 mampu menggerakkan kerja kuat hasil gabungan mantap semua golongan dalam usaha mendepani PRU 13 tidak lama lagi.

Menurut Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman, mereka terdiri dari kalangan ulamak, profesional dalam banyak bidang kepakaran, korporat dan aktivis masyarakat menjadi tenaga penggerak PAS Selangor.

Katanya, dengan kebolehan dan kelebihan yang ada pada setiap mereka yang dilantik bakal menyemarakkan lagi usaha keras PAS negeri dalam mempertahankan Negeri Selangor kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Dr Rani berkata demikian dalam sidang media pertama khas membentangkan senarai kepimpinan PAS negeri di Pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini, pagi tadi.

“Pemilihan mereka kali ini adalah berdasarkan kehendak dan sokongan sebulat suara daripada seluruh PAS Kawasan dalam Negeri Selangor.

“Dalam hal ini, tidak timbul pecat atau tidak suka kepada seseorang tetapi kehendak ramai mengatasi persoalan peribadi, apatah lagi dalam PAS tidak ada seorang pun melobi untuk dapatkan jawatan,” tegasnya.

Beliau yang juga Adun Meru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor untuk sesi 2011/2013 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada 12 Jun lalu di Ibu Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tadi, Dr Rani menyanjung tinggi segala jasa dan bakti mantan pesuruhjaya, Dr Hasan Ali yang berusaha menaikkan imej PAS Selangor selama lapan tahun berturut-turut sebelum ini.

“Demi Allah, Dr Hasan adalah mentor saya dalam hal ini, beliau banyak berjasa dan saya menyambung usaha-usaha beliau dengan sokongan sahabat-sahabat semua,” jelasnya.

Senarai Jawatankuasa PAS Selangor sesi 2011/2013 membariskan Pesuruhjaya dipegang oleh Dr Abd Rani Osman, Tiga Timbalan Pesuruhjaya (Haji Ir Iskandar Abdul Samad, Ustaz Solehin Muhyi dan Khalid Samad), Setiausaha (Peguam Khairuddin Osman), Bendahari (Ir Izham Hashim), Ketua Penerangan (Saari Sungib), Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri (Jaafar Shamsuddin).

Tujuh AJK tambahan yang dilantik terdiri daripada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Dr Hajah Halimah Ali, Noraini Husin, Sani Hamzan, Ahmad Mohamad, Ustazah Mariam Abdul Rasyid dan Abdul Rahman Sadikin.

Timbalan Pesuruhjaya, Khalid ketika dihubungi berkata, ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberi dan mengharapkan kerjasasama semua pihak dalam menjayakan cita-cita besar perjuangan.

“Kita hendaklah bersatu hadapi Umno, rapatkan saf dalam semua masa apatah lagi menjelang pilihan raya yang semakin dekat, Selangor mesti dipertahankan, kami perlu tumpu untuk membina kekuatan parti khususnya mendapatkan usaha mendapatkan sokongan Melayu, PAS ganti Umno.

“Terkandung dalam saranan agar rapatkan saf; lupakan perselisihan lama dan tumpu kepada tugas dan tanggungjawab untuk perkasakan parti dan kuburkan Perkasa/Umno,” mesej beliau dari Arab Saudi.

Sementara itu, Khairuddin ketika menjawab soalan berkata, PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya bagi menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai depan.

Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang agar rakyat jangan bimbang menyertai himpunan itu kerana ia sah di sisi Perlembagaan Malaysia yang membenarkan himpunan aman.

Khairuddin juga berkata, dalam minggu ini semua PAS kawasan seluruh Selangor akan membuat lapuran polis terhadap kenyataan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang menyatakan 9 Julai akan berlaku ‘perang’ jika Bersih teruskan hasrat untuk berhimpun.

“Kenyataan itu sangat melampau dan tidak bertanggungjawab, pihak berkuasa mesti menyiasat dan segera bertindak,” tegasnya.

Sumber: Harakahdaily

Sekitar Majlis Pelancaran Bersih 2.0 - 19 Jun 2011

Berita:Bersih 2.0: SPR lebih baik berdiam diri

Suhaizan Kayat


KUALA LUMPUR, 21 Jun:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) diingatkan agar lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan janggal untuk mengadakan rundingan dengan Jawatankuasa Bersih berhubung isu Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

Langkah seperti itu lebih baik bagi mempastikan SPR sebuah badan bebas yang bertugas untuk melaksanakan pilihanraya yang adil dan bersih, memandangkan SPR juga menjadi mangsa kepada sistem yang tidak adil dalam negara ini.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, sebagai badan perlaksana kepada pilihanraya, SPR tidak mempunyai cukup kuasa untuk membuat perubahan kepada lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.

Menurut beliau, lapan tuntutan itu ialah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Katanya, sebarang rundingan dengan pihak SPR tidak boleh menyelesaikan semua tuntutan. Ini kerana SPR hanya mempunyai kuasa yang sangat terhad terhadap media, kuasa terhad untuk mengukuhkan institusi awam, kuasa terhad untuk menghentikan rasuah dan politik kotor.

"Namun sesuatu yang jangal walaupun bukannya luar biasa telah berlaku kepada SPR, apabila kenyataan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah cuba membuka pintu rundingan dengan Jawatankuasa Bersih 2, berkenaan isu Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. "Kenyataan itu telah disiarkan oleh media Malaysiakini semalam. Sedangkan pada 18 Jun 2011 Tan Sri Abdul Aziz telah menutup pintu rundingan seperti yang telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Perubahan mendadak pendirian SPR itu, menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, dipercayai akibat tekanan pihak kerajaan terhadap SPR.

Katanya, Tan Sri Abdul Aziz menekankan demonstrasi tidak menyelesaikan sebarang masalah. Mungkin Abdul Aziz terlupa bahawa Himpunan 100 Ribu Gerakan Rakyat Membantah PPSMI (GMP) tahun 2009 telah menyebabkan polisi PPSMI berubah.

"Sedangkan sebelum demonstrasi pihak kerajaan, khususnya Menteri Pelajaran pada masa itu, Datuk Hishamuddin Tun Hussin bertegas akan mengekalkan PPSMI. Itulah bukti yang paling jelas bagaimana demonstrasi boleh mengubah sesuatu polisi kerajaan," katanya.

Hujah yang mengatakan kemenangan pembangkang dalam pilihanraya 2008 telah membuktikan bahawa SPR telah berlaku adil dalam pilihanrayan, tegas beliau, adalah hujah yang meleset.

Katanya, sistem undi pos ternyata mempunyai ruang manipulasi yang sangat jelas sehingga SPR berjanji mahu membuat perubahan.

"Terdapat bekas-bekas pegawai tentera yang telah mengaku memangkah kertas undi bagi pihak anggota di bawahnya, insiden berkaitan undi pos yang berlaku di pilihanraya kecil Bagan Pinang dan Sibu, kuasa SPR yang sangat terhad terhadap media massa dan lain-lain isu telah membuktikan bahawa sistem pilihanraya tidak berlaku dengan adil selama ini. "Janji SPR untuk membuat reformasi terhadap undi pos masih lagi pada tahap janji sahaja. Belum sampai peringkat perlaksanaan lagi," ujar beliau.

Sumber: Harakahdaily

Sunday, June 19, 2011

Berita:Himpunan Bersih diugut tangkap, lawan tak apa

Perhimpunan aman BERSIH 07


KUALA LUMPUR, 19 Jun: Sebenarnya tidak ada masalah perhimpunan atau perarakan yang dibuat oleh mana-mana pihak kerana ia adalah hak yang dibenarkan oleh perlembagaan.

“Biarlah pihak yang membantah perhimpunan Bersih membuat bantahan,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau mengulas laporan akhbar perdana hari ini mengenai beberapa perarakan membantah perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh ‘baby Umno’ Perkasa di Kota Bharu dan Alor Setar.

Laporan itu menyebut di Kota Bharu dihadiri oleh 2,500 orang ketika membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu yang diketuai oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Tindakan yang sama dibuat oleh Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader di Kuala Lumpur.

Di Alor Setar, kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih.

Himpunan dibuat sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi.

“Persoalannya kenapa himpunan aman Bersih pada 9 Julai ini, belum buat sudah diugut untuk ditangkap. Manakala perhimpunan menentang Bersih tidak diapa-apakan. “Apakah di negara ini sudah ada dua undang-undang?” soal Idris.

Katanya, jika himpunan dibuat oleh pihak sokong Umno ia kebal daripada sebarang tindakan.

Sebaliknya, kata beliau jika pihak Pakatan Rakyat, belum himpunan dibuat sudah hendak ditangkap, seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar kepada penganjur Bersih.

“Inilah Malaysia negaraku, inilah polis di negaraku,” ujarnya.

Sumber: Harakahdaily

BERSIH 2.0 : Polis diminta beri kerjasama

Saturday, June 18, 2011

Kenali Tokoh: Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Tuan Guru


BIODATA TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tahun Lahir


1931

Tempat Lahir

Pulau Melaka, Kelantan

Status:

Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi
10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:

Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:

Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab

Pekerjaan:

Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:

1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:

19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.

4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.

Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.

Sumber: Blog Tok Guru

Berita: Utusan: Kalau jahil jangan pula berlagak alim

Senator Mumtaz Md Nawi



KUALA LUMPUR, 18 Jun:
Utusan Malaysia dinasihatkan agar jangan terus berlagak alim dengan membuat ulasan demi ulasan mengenai sistem perundangan Islam, tetapi menyedari keadaan diri yang sememangnya amat jahil dalam agama.

Sekiranya tidak sedar diri, akhbar milik Umno itu pasti melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga sanggup mempersendakan hukum Allah yang boleh pula merosakkan akidahnya sendiri.
Naib Ketua Dewan Musllmat PAS Pusat (DMPP), Senator Mumtaz Md Nawi (gambar) berkata, tindakan terbaru Utusan yang menyiarkan kartun yang mengulas kes rogol amat jelas memperlihatkan kejahilan akhbar itu mengenai sistem perundangan Islam.

Menurut beliau, namun dalam masa yang sama akhbar itu tetap juga mahu mengulas perkara itu dari sudut agama sehingga menyebabkan mereka amat jelas mempersendakan hukum Allah, memperlekehkan umat Islam, menghina ulama dan mempermainkan sistem mahkamah syariah.

Katanya, tindakan Utusan itu ternyata telah mengelirukan umat Islam mengenai perlaksanaan hukum Islam, lebih-lebih lagi dalam masa yang sama, semua orang tahu kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak pula berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud di tanah air.

"Dengan itu, amat jelaslah, Umno sememangnya berniat jahat dengan penyiaran kartun itu. Ia ternyata hanyalah untuk memperlekahkan hukum hudud dan sistem perundangan Islam serta mempermainkan perasaan umat Islam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia beberapa hari lalu telah menyiarkan lakaran kartun yang menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol mengadu kepada orang agama dengan bukti rakaman menerusi handphone, tetapi pengaduannya tidak diterima.

Selepas itu wanita tersebut membuat pengaduan kepada pihak polis dan rakaman beliau dirogol yang terdapat dalam handphone itu diterima oleh pihak polis sebagai bukti.

Menurut Mumtaz,sikap keterlaluan Utusan itu sememangnya membangkitkan kemarahan umat Islam, tetapi dal hal ini, akhbar itu masih bernasib baik kerana masih diberi ruang sehingga tempoh tertentu untuk memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Kejahilan Utusan mengenai sistem perundangan Islam dengan membuat ulusan mengenai kes rogol dan zina menerusi penyiaran kartun itu, katanya, terbukti dari beberapa sudut.

"Seperti yang dijelaskan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, robot boleh basuh pinggan, robot boleh jaga mesin, komputerpun robot juga, tapi kalau ada kes dan perlukan keterangan dan kesaksian, mahkamah tak boleh panggil robot kerana ia barang kes dan tetap bukan saksi. "Untuk bicara tetap kena panggil saksi iaitu pengendali robot yakni manusia. Maksud Al-Quran, saksi, manusia, itulah. Tapi tak tahulah kalau Utusan cukup dengan robot jadi saksi," katanya.

Perkara itu, tegasnya, samalah juga dengan handphone. Jadi untuk perbicaraan di mahkkamah syariah, tidak memadai dengan bukti kejadian rogol menerusi rakaman dalam handphone itu sahaja, tetapi mesti dipanggil orang yang melakukan rakaman itu sebagai saksinya.

"Dalam Islam, sistem perundangannya lebih kepada pencegahan. Dalam Islam, kejadian rogol dan zina mesti dihalang. Pertanyaan yang timbul dari lakaran kartun itu pula, siapakah yang melakukan rakaman itu? Di mana? Bila? Berapa orang yang melakukan rakaman itu? Adakah hanya seorang? Dua orang? Tiga orang? Atau empat orang? "Kalau dirakam, perakamnya buat apa ketika kejadian itu berlaku? Kenapa perakam tak halang? Cukupkah perlakuan perakam dengan hanya merakam kejadian itu sahaja? Sedangkan perakam sepatutnya bertindak menghalang kejadian itu bukan dengan hanya merakam sahaja," katanya.

Semua itu, katanya, boleh menjadi pertikaian kerana sistem perundangan Islam sebenarnya amat halus, menyeluruh dengan melibatkan semua aspek dan adil kepada semua pihak termasuk kepada orang yang dirogol dan perogol.

"Sebab itulah dalam Islam perlukan empat orang saksi dan saksi itu pula mestilah yang layak diterima sebagai saksi dalam Islam. Perkara itu amat jelas dalam Islam kerana sudah tersurat. "Utusan ternyata tak faham semua itu. Dalam masa yang sama, Umno BN tak pula nak laksanakan hudud di negara kita. Jadi kenapa dipertikaikan tentang empat orang saksi dan hukum hudud. "Bila pertikai itu semua bererti pertikai hukum Allah. Sedangkan setiap hukum Allah tak boleh dipertikaikan. Ini samalah juga dengan hukum nikah yang memerlukan saksi ketika akad nikah. Solat Zohor sebanyak empat rakaat tetapi Subuh hanya dua rakaat sahaja. "Semua itu tak boleh dipertikaikan tetapi mesti dipatuhi kerana itu semua adalah hukum Allah yang telah dijelaskan dalam Al-Quran. "Jika tentang keperluan saksi dalam hukum nikah, solat Zohor empat rakaat dan Subuh dua rakaat sebagai sebahagian contoh tidak dipertikaikan dan dipatuhi, kenapa tuntutan terhadap empat ortang saksi dan hukum hudud dipertikaikan?" katanya.

Selain itu, katanya, kejahilan Utusan amat terserlah apabila menyiarkan kartun yang hanya memadai dengan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Pada hal dengan jumpa polis tak selesai masalah. Malah banyak perkara yang telah dilaporkan oleh pelbagai pihak kepada pihak polis tetapi tak juga dapat diselesaikan. Polis tak boleh selesaikan perkara itu. Tetapi polis perlukan siasatan. "Manakala untuk menyelesaikan kes rogol dan zina, mangsa atau pihak terbabit tidak perlu jumpa tokoh agama atau polis, tetapi jumpa hakim syarie atau qadi," ujarnya.

Amat dikesali, katanya, Utusan yang ternyata tidak memahami semua itu kerana kejahilannyan dalam hukum Allah tetap juga berminat untuk mengulasnya sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.

Katanya, kalau tidak faham, Utusan sepatutnya tidak masuk campur untuk mengulasnya dengan menyiarkan kartun seperti itu.

"Kepada Utusan dan kartunis terbabit, nasihat saya, kalau tak pandai, belajarlah dulu sebelum membuat sebarang ulasan mengenai hukum Allah. Kalau tak pandai, janganlah hukum Allah pula yang dipertikaikan. "Kalau awak memang tak nak laksanakan hudud, jangan persendakan orang yang nak laksanakan hudud. Kalau orang Islam yang terbabit dengan penyiaran kartun itu, apa agenda mereka mempertikaikan hukum hudud dan empat orang saksi itu?" ujar beliau.

Sebagai bantahan umat Islam terhadap penyiaran kartun yang tidak bertanggungjawab itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yang diketuai Ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi semalam telah menghantar memorandum ke ibu pejabat Utusan Malaysia bagi mendesak akhbar itu memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.

DPPP memberi tempoh seminggu kepada Utusan berbuat demikian. Jika tidak, tindakan lebih keras akan dilakukan termasuk mengadakan demonstrasi besar-besaran.

Sumber: Harakahdaily

Friday, June 17, 2011

Anak mahu suruhanjaya bebas siasat Felda

Mazlan Aliman


KUALA LUMPUR, 17 Jun:
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggesa satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat pengurusan kewangan Felda yang didakwa mengalami kerugian teruk.

Ia juga ekoran pinjaman sebanyak RM6 bilion yang dibuat Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang didakwa Anak sebelum ini.

Dakwaan itu kemudiaannya diakui sendiri oleh timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sewaktu menjawab soalan ahli parlimen Permatang pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, jawapan Ahmad bahawa sebahagian wang tersebut digunakan untuk tanam semula adalah sangat meragukan.

"Pengakuan Datuk Ahmad Maslan bahawa Felda buat pinjaman daripada KWSP mengesahkan dakwaan saya sebelum ini dan apa penjelasan beliau tentang jumlah RM6 bilion itu? "Saya sangat ragu bila beliau kata sebahagian wang digunakan untuk tanam semula kerana jumlahnya begitu besar.

"Kalau beginilah amalan Felda yang sangat tidak telus saya fikir bukan satu yang mustahil zaman BN ini Felda akan jadi bankrap," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan turut menyifatkan kenyataan Ahmad bahawa Felda akan bankrap jika Pakatan Rakyat memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingg sebagai tidak masuk akal.

sebaliknya kata beliau, seramai 80 ribu anak peneroka akan mendapat faedah daripada program pemberian tanah itu dan kakitangan Felda tidak akan diberhentikan sebaliknya khidmat mereka akan terus digunakan untuk memajukan tanah generasi kedua dan ketiga.

"Apa justifikasi beliau berkata demikian sebab seharusnya beliau melihat perspektif jauh lebih besar.

"Bila Pakatan Rakyat berikan tanah kepada generasi kedua dan ketiga 10 ekar setiap pemilik, ia akan beri manfaat kepada 80 ribu anak peneroka dan itu akan mengangkat ekonomi mereka dan sebagai jaminan masa depan.

"Kalau beliau kata 23 ribu kakitangan Felda dan 60 ribu peneroka hilang pendapatan jika Felda Plantation, bukan bermakna kakitangan Felda diberhentikan kerja tapi mereka akan diserap masuk untuk kendalikan tanah yang diberikan kepada generasi kedua kerana tenaga mereka masih diperlukan untuk memberi tunjuk ajar kepada peneroka baru.

Tambahnya, 43 anak syaraikat Felda sudah tentu mampu membayar gaji kepada kakitangan Felda.

Memorandum kepada Yang Dipertuan Agong

Selain itu, Anak juga sedang mengumpul semua bukti yang ada berkaitan kegagalan Felda dan dmasukkan ke dalam memorandum untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

"Kita akan nyatakan bagaimana perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu yang mengasaskan Felda dan hari ini Felda telah dicemari dengan pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan salah guna kuasa.

"Kita akan masukkan isu-isu Felda yang terkini dan kita akan kumpulkan dan hantar kepada Yang Dipertuan Agong supaya Tuanku campur tangan," katanya.

Peneroka Jengka saman Felda

Sementara itu, seramai 711 peneroka tanah rancangan Jengka, Pahang memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui Tetuan Daim & Gamany pagi tadi, dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.

Saman itu berhubung penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu.

Peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus.

Mereka sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus.

Sumber: Harakahdaily

Thursday, June 16, 2011

BERSIH 2OO7 (2)



JOM BERSIH..!


Sumber: Nurshahqis Chanel

Mengimbau memori perhimpunan BERSIH 2007





Memori perhimpunan bersih 2007,segar diingatan,tiada senjata,tiada satu alat pun digunakan untuk melawan kuasa jahat penguasa,yang ada hanyalah 'Suara'-SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

BERSIH O1,,Bukan semata-mata perhimpunan,tetapi merupakan suara rakyat yang mahukan ketelusan dan keadilan dalam PRU dan segenap lapangan kehidupan rakyat.

Apakah keluhan,rintihan rakyat di dengari oleh penguasa?..Jika didengari suara rakyat.

PERLUKAH LAGI PERHIMPUNAN BERSIH?.

BERSIH MUNCUL SETELAH KEKOTORAN DEGIL SEMAKIN BERMAHARAJALELA.

JOM BERSIH..!

Sumber: Nursaqis Chanel

Bersih: Tangkapan awal tak masuk akal

Berita: Tunai tuntutan Bersih atau hadapi himpunan rakyat

Tuan Ibrahim Tuan Man


KUALA LUMPUR, 16 Jun:
Ratusan laporan polis yang dibuat oleh Umno dan sekutunya terhadap perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan bahawa golongan itu akan terus mempertahankan segala ketidakadilan dan kepincangan dalam sistem politik negara.

“Bahkan mereka akan terus mempertahankan keburukan sistem ini semata-mata bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka,” bidas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut mengenai laporan media pro-Umno yang menyebut lebih 350 laporan polis sudah dibuat oleh “pelbagai pihak” terhadap Bersih 2.0, beliau berkata sepatutnya golongan itu melihat secara rasional kenapa perhimpunan Bersih perlu diadakan.

“PAS ingin tegaskan bahawa himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi memperbaiki sistem politik negara tidak mendatangkan hasil. “Pelbagai dialog, diskusi, laporan polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan sistem pru di Malaysia, namun sayangnya tiada sebarang tindakan diambil,” tambahnya.

Tambah beliau, himpunan itu bukan dibuat suka-suka bagi menimbulkan kegawatan atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang dibimbangi oleh orang ramai.

Malah, katanya diskusi dan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus diadakan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung 9 Julai ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perhimpunan Bersih 2.0 bakal berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan pemuda Pakatan Rakyat kita yakin ia mampu berjalan dengan aman dan baik,” kata beliau.

Laporan polis yang dibuat Umno, kata Tuan Ibrahim juga mencerminkan sikap double standard mereka kerana muktahir ini merekalah yang menjadi juara dalam menganjurkan demonstrasi di negeri Pakatan Rakyat.

“Sayangnya, pasukan polis hanya ‘boleh’ menonton sahaja walaupun demo tersebut bersifat provokasi agama dan kaum,” katanya dengan kesal.

Tuan Ibrahim turut berkata sebenarnya ia adalah amat mudah bagi kerajaan untuk mengatasi himpunan Bersih 2.0 bulan depan.

“Terimalah saja tuntutan Bersih 2.0 kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanakan,” kata beliau.

Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa segala tindakan menyalahgunakan kuasa atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat.

Oleh itu, adalah amat perlu untuk kerajaan menyediakan saluran bagi melempias kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat, tambah beliau.

“Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman rakyat.

“Tujuan kami amat senang, jelas, mudah difahami dan mampu dilaksanakan kerajaan iaitu satu demokrasi yang lebih adil untuk semua demi kebaikan negara,” tegasnya.

Sumber: Harakahdaily

Wednesday, June 15, 2011

LAMAN WEB DEMI RAKYAT

Layari: DEMI RAKYAT


Pohon semua warga Malaysia yang prihatin membantu menyebarkan Web tersebut melalui Twitter,Facebook dan blog secara meluas dengan klik butiran dibawah:

Laman web: http://www.demirakyat.org

Video Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=XQTK4gRCkR0

Facebook: http://www.facebook.com/demirakyat13

Twitter: http://www.twitter.com/demirakyat13

SEGALANYA UNTUK RAKYAT

PRU 13: Tahniah, Umno takut buat pemilihan



Sumber video: Youtube TVpas

Berita: Bersih 2.0: Polis patut kerjasama, bukan tangkap

Jom turun...!


KUALA LUMPUR, 15 Jun:
Pakatan Rakyat amat kesal dengan tindakan pihak polis yang akan melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan terhadap penganjur Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, memandangkan ia jelas merupakan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak polis di negara ini.

Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana tangkapan yang dilakukan itu bukan sekadar bercanggah dengan amalan demokrasi, tetapi juga melakukan tangkapan terhadap orang yang belum terbukti bersalah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Bersih 2.0 diadakan atas tujuan yang murni bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Menurut beliau, pihak polis perlu faham perkara itu dan sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur, bukannya dengan menangkap individu yang belum terbukti bersalah bagi menghalang perhimpunan itu.

Katanya, sekiranya tindakan itu dilakukan, rakyat pasti akan menjadi lebih marah kepada kerajaan dan ia dibimbangi akan mencetuskan suasana lebih buruk di tanah air.

"Himpunan itu akan diadakan atas tuntutan rakyat. Kita nak mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil. Kenapa pula polis nak melakukan tangkapan awal? Itu salah dari segi undang-undang," katanya ketika ditemui di lobi bangunan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, seperti yang dilaporkan media tempatan hari ini.

Dalam laporan itu, Khalid berkata, pihak polis akan melakukan tangkapan awal terhadap pemimpin penganjur Himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan diadakan 9 Julai ini sebagai tangkapan pencegahan.

Menurut Mahfuz, tindakan tersebut jika dilakukan pasti akan turut membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pihak polis, sedangkan pihak pembangkang atau Pakatan Rakyat tidak pernah berhasrat untuk bermusuhan dengan pihak polis.

Sementara Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Johari Abdul ketika ditemui berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih itu adalah himpunan aman.

"Tujuan himpunan itu diadakan adalah untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini dan ia amat perlu didengar oleh SPR dan kerajaan.

"Kalau polis nak lakukan tangkapan awal, siapa yang nak ditangkap? Berapa orang yang nak ditangkap? Apa kesalahan mereka? Mana boleh polis tangkap begitu saja tanpa terbukti orang itu bersalah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berharap agar tindakan itu tidak akan dilakukan, tetapi menyarankan pihak polis mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pihak penganjur bagi memberikan kerjasama agar himpunan tersebut dapat diadakan dengan sempurna.

Manakala Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi pula berkata, apa pun alasan yang digunakan oleh pihak polis bagi mengadakan tangkapan itu sama ada tangkapan awal atau tangkapan pencegahan, kedua-duanya adalah kesilapan besar jika dilakukan oleh pihak polis.

Menurut beliau, tindakan tersebut jika dilakukan jelas bersalahan dengan amalan demokrasi dan lebih menyerlahkan lagi amalan pemerintahan kuku besi di negara ini oleh kerajaan BN.

"Polis perlu peka perkara itu bukannya melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan. Himpunan itu diadakan lanjutan himpunan pertama yang diadakan pada tahun 2007 lalu.

"Menerusi Himpunan Bersih 1.0 tahun 2007 lalu, Bersih menuntut SPR dan kerajaan melaksanakan 4 perkara.

"Antara perkara yang dituntut dilaksanakan oleh SPR adalah penggunaan dakwat dalam pilihanrya, bersihkan daftar pilihanraya dan mansuhkan undi pos.

"Sehingga kini SPR masih tidak melayan tuntutan Bersih itu. Jadi jika himpunan Bersih 2.0 hendak diadakan, kenapa polis pula yang hendak menghalangnya?" tanyanya hairan.

Sumber: Harakahdaily

Monday, June 13, 2011

PAS akan teruskan himpunan Bersih



Sumber Video: Youtube TVPAS

Berita: Bersih 2.0 diteruskan walau Perkasa halang

Muhammad Sabu


KUALA LUMPUR, 13 Jun:
Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, 9 Julai ini.

Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan.

"Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu.

Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta.

Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak.

"Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya.

Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman.

"Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya.

Declare perang fizikal

Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar.

"Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata. "Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya.

Sumber: Harakahdaily

Sunday, June 12, 2011

Berita: PRU13 - SPR BERSEDIA BILA-BILA MASA

Bijak memilih..


KUALA LUMPUR, 12 Jun
— Sementara pelbagai pihak membuat spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa termasuk sebelum Ramadan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memulakan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sudah memulakan persiapan sejak awal bulan lalu memandangkan Negara sudah memasuki tahun keempat mandat semasa.

“Lazimnya, apabila kita masuk tahun keempat selepas pilihan raya sebelum ini, persiapan akan mula dibuat, bila tahun keempat kita membuat persiapan awal... SPR menggunakan itu sebagai petunjuk,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wan Ahmad berkata tempoh tiga tahun untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berlalu dan kini masuk tahun keempat yang membolehkan suruhanjaya mengadakan persiapan menghadapi pilihan raya.

Link“Kami buat macam-macam persiapan... persiapan awal seperti soal logistik, menentukan pusat-pusat mengundi, keperluan cetakan buku panduan, banyak persiapan kita buat.

“Persiapan lain seperti latihan bagi pekerja dan pegawai pilihan raya akan dilakukan kira-kira satu dua bulan sebelum (pilihan raya),” katanya.

Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir pada penghujung April 2013 manakala kerajaan-kerajaan negeri antara akhir April dan Mei 2013.

Ketika ditanya sama ada SPR bersedia untuk mengadakan pilihan raya jika Parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat termasuk bulan depan, Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak risau dengan mana-mana tarikh.

“Sebab kami bersedia untuk mengadakan pilihan raya bila-bila masa...bila tarikh pembubaran tidak menjadi keutamaan,” katanya lagi.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa SPR akan menghentikan proses pendaftaran pemilih bulan ini bagi menghadapi pilihan raya umum, Wan Ahmad berkata, dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

“Mana ada, tidak. Itu tak betul. Siapa punya kerja itu?” kata beliau dengan merujuk kepada peraturan yang mewajibkan proses pendaftaran pemilih dijalankan sepanjang tahun tidak kira musim pilihan raya ataupun sebaliknya.

Daftar pemilih akan diwartakan setiap tiga bulan sekali. - themalaysianinsider

Saturday, June 11, 2011

Mengapa masih tidak baca akhbar Alternatif..?


Harakah


Alhamdulillah,saya sehingga hari ini masih berterusan membeli akhbar-akhbar Alternatif.Akhbar keluaran oleh parti-parti pembangkang,malah timbunan akhbar-akhbar Harakah,Siasah,Eklusif,Watan,Roket,Suara Keadilan,Suara PRM,Bebas,Makalah politik tidak berkala serta majalah-majalah seperti Tamadun,Detik,Siasah,Aneka Pristiwa,Konsep,Panji Masyarakat dan lain-lain,masih dalam koleksi simpanan saya.”Saya tidak akan buang..ini koleksi kesayangan saya”.Kata hati saya.Biarpun Akhbar-akhbar dan majalah ini masih di rumah lama saya.

Akhbar dan majalah tersebut ada yang masih wujud dan ada yang tiada lagi,Namun saya masih menyimpannya dan saya jadikan sebagai bahan rujukan untuk saya menulis.Dalam masa terdekat ini,Insyallah saya akan melanggan akhbar Sosialis terbitan oleh Parti Progresif Rakyat.Saya dapati senaskah akhbar tersebut berada di surau kilang tempat saya bekerja.Mungkin milik sahabat saya,yang dia dapati semasa perhimpunan pekerja di Shah Alam baru-baru ini.

Penulisan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk yang saya ini seorang yang bagus atau apa-apa sahaja yang boleh di kaitkan dengan diri saya.Hanya sekadar untuk menyuntik rasa motivasi ataupun kesedaran dengan teman-teman seperjuangan di luar sana.Bahawa membaca itu sangat menguntungkan,salah satunya kita tidak mudah ditipu,lebih-lebih lagi persolan-persolan politik yang pernah berlaku dan sedang berlaku di dalam Negara kita.Itu baru juzuk yang kita lihat hasil dari membaca belum yang lain-lainnya.Bergantung kepada bahan bacaan yang apa kita baca,jika minat akhbar,majalah atau buku-buku politik,maka kelebihan kita jika kita tahu apa persolan yang kita tahu,apa yang berlaku perihal politik Negara kita bila di soal orang nanti.

Jadi pentingnya membaca,lebih-lebih lagi jika seseorang itu aktif dalam politik,tidak kiralah dari kalangan parti pemerintah mahupun dalam pembangkang.Jika ada lagi aktivis,ahli politik,penyokong dan pendokong parti pembangkang yang masih tidak minat,malah tidak membeli akhbar parti,nampak gaya,ini sesuatu yang sangat malanglah,sedangkan di luar selalu kita dengar,akhbar-akhbar tempatan tidak boleh di percayai,liputan tak se imbang,putar-belit tetapi dalam masa yang sama kita tidak membeli akhbar-akhbar dari organ parti,tidak kiralah orang PAS ke,orang Keadilan ke,orang DAP ke,dalam masa yang sama juga kita masih melayani karenah pemberitaan mereka sama ada media cetak dan media elektronik mereka.Mereka memang tidak akan berlaku adil walau sekalipun,biarpun anak tekak sampai mahu terkeluar kita terjerit-jerit mengatakan ketidakadilan mereka.Mereka tetap dengan cara mereka..percayalah..!.
Apa yang kita perlu semarakan adalah berita-berita dari akhbar alternatif,kita beli,baca dan kongsikan,kita sebar-sebarkan.Bagi rakyat tahu apa yang berlaku sebenarnya.Kita gunakan akhbar kita,biarpun hanya seminggu 2 kali seperti Harakah,nak online,bagi saya biarpun saluran media internet pun sudah ada,saya secara pribadi lebih suka membaca melalui akhbar berbentuk kertas,bukan semua kita ada talian internet.Jadi akhbar-akhbar parti perlu di semarakan dan di beli dan baca,baca,baca…Malanglah jika ahli dan pendokong parti sendiri tidak membaca media keluaran parti sendiri.

Pengalaman saya,bila bercerita tentang sesuatu yang berlaku pada teman yang lain,tentang sesuatu isu yang telah berlaku,adakalanya mereka tidak ada respon dan macam terpinga-pinga apa yang saya ceritakan,sedangkan mereka aktif dalam parti dan jemaah.Malah yang lucunya,mereka yang punyai jawatan dalam parti pun seolah begitu..Apa sudah jadi ni..Mengapa malas membaca..? Tahulah sudah feed up dengan akhbar tempatan,takkan akhbar parti pun tak baca..Ohh..memang malang sekali..!

Budaya membaca kena semarakan dalam parti,bermula dari pemimpinya,Ajk-ajknya kena banyak membaca,kalau tidak kita akan buta..buta maklumat,Nak tunggu ceramah semata-mata mana boleh,bukan hari-hari ceramah ada di kawasan kita,jika tidak membaca,kita tidak tahu apa yang pimpinan ucapkan,pandangan,fikrah mereka.Setiap cawangan mesti ada wujudkan perpustakaannya.Akhbar parti perlu ada,buku-buku politik juga kena ada.Siap dengan talian internet.Dan yang penting setiap ahli mesti beli dan baca akhbar keluaran parti masing-masing.Mesti…!!!.
Kita kena korban sedikit hasil duit yang kita ada untuk membeli akhbar parti,itupun takkan tidak sanggup.Contoh Harakah seminggu 2 kali.Keadilan seminggu 1 kali,Siasah seminggu 1 kali,setiap satu RM2.00.Jadi kiralah sendiri.Rasanya tidak rugi seandainya kita melakukannya dengan ikhlas.Buktikan yang anda sebenarnya benar-benar anda sayangkan parti yang anda dokongi sekarang.Mahu menuju ke Putrajaya kena banyak membaca,nak lawan Apco juga kena banyak membaca..!.
Oleh itu saya akhiri tulisan ini dengan kata-kata Seorang tokoh Yahudi:

“Kami tidak akan takut kepada Umat Islam,kerana mereka bukan Umat yang membaca”.
Jadi renung-renungkan,fikir-fikirkan kebenaran kata-kata di atas.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia..!.

Negara Berkebajikan: Umno tidak lena tidur


Berita: Najib tak faham negara berkebajikan PAS

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR, 11 Jun:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep 'negara berkebajikan', apabila mendakwa PAS mahu meniru BN.

Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama.

Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat.

"Jelas dia (Datuk Seri Najib Razak) tak tahu negara berkebajikan," katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan anak sulung kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Markaz PAS Taman Melewar di sini, petang ini. Iskandar Zulkarnain Salahuddin dan isteri, Khalilah Abd Majid diraikan pada majlis makan di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa konsep negara berkebajikan PAS cuba meniru apa yang telah dibuat BN.

Ditanya apa beza negara berkebajikan PAS dan Umno BN, Abdul Hadi berkata negara berkebajikan PAS adalah mengikut acuan al-Quran dan Hadis.

Ianya termasuk bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta tidak menzalimi rakyat.

"Kita tak sama, kita ikut perlembagaan PAS iaitu sandar pada al-Quran dan Hadis. "Kita ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), dia (Umno BN) tidak ada,"katanya.

Sebelum ini beliau juga menjelaskan konsep negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS menitikberatkan soal halal haram yang juga tidak ada dalam pengamalan Umno BN.

Sehubungan itu juga beliau memaklumkan akan menulis satu buku khusus menjelaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu.

Umno tak nyenyak tidur

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Najib terbukti 'tidak nyenyak tidur' dengan pendekatan negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS.

Tegasnya, Umno menyedari mereka berdepan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti apabila PAS menawarkan konsep negara berkebajikan itu.

"Dulu dia (Umno BN) kata PAS jauh ketinggalan di belakang.
"Sekarang ini kita sama-sama, dia kiri kita kanan. Nanti kita akan potong dia,"katanya.

Sumber: Harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...