Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, May 23, 2011

Pekerja oh Pekerja

Kepada semua pekerja,kerja rajin-rajin..!


Rasanya masih tidak lambat lagi untuk saya mengucapakan Selamat Hari Pekerja buat semua rakyat Malaysia,biarpun di mana mereka berada.Maklum bulan mei masih lagi dalam minggu ke empat.Banyak program-program di adakan khusus untuk pekerja seperti wacana,seminar,himpunan pekerja dan sebaginya masih di adakan,baik oleh swasta,badan NGO dan dari pihak kerajaan sendiri,masing-masing menunjukkan keprihatinan terhadap hak-hak pekerja.Ini menunjukkan para pekerja masih ada pembelaan.

Tanggal 1 mei merupakan hari sambutan hari pekerja di Malaysia dan di seluruh dunia.Ini menandakan hari yang sangat penting dan istimewa bagi para pekerja di dalam semua sektor,tidak kiralah sektor awam ataupun swasta.Namun berapa ramai yang masih tidak memahami dan meraikan hari istimewa ini.Para pekerja dalam sektor apa pun merupakan tonggak yang sama-sama membina sesebuah Negara.Para petani,buruh,guru dan sebagainya adalah mereka yang turut menyumbang tenaga untuk pembangunan Negara.

Mengikut sejarahnya,hari pekerja bermula dengan satu tuntutan oleh kaum buruh di Amerika Syarikat pada tahun 1886,di mana mereka mengadakan demontrasi secara besar-besaran menuntut agar waktu bekerja dikurangkan kepada 8 jam sehari,kerana pada masa itu kaum buruh terpaksa bekerja selama 12 jam hingga 16 jam sehari.
Demontrasi aman berakhir dengan rusuhan,akibat ledakan bom yang berhampiran dengan anggota keselamatan,yang mana akhirnya anggota keselematam menembak para buruh,dikalangan buruh ada yang terkorban dan juga cedera parah.Ini semua kerana menuntut hak sebagai pekerja,mereka terpaksa berdepan dengan halangan yang di buat oleh pemerintah.

Maka berikutan dengan peristiwa ini,setiap tahun pada 1 mei yang lebih di kenali ‘May Day’ merupakan hari yang di peringati oleh para buruh di beberapa buah negara seluruh dunia biarpun ada halangan dan tekanan dari pemerintah.Oleh itu setiap pekerja mesti kena tahu dan faham apa sebenarnya disebalik peristiwa 1 mei ini.Sebagai seorang pekerja mesti tahu apa hak yang ada pada mereka.Jangan nanti apa-apa yang berlaku pada seorang pekerja,mereka tidak tahu apa peranan yang patut mereka lakukan.

Di mana-mana pun di dunia para pekerja menghadapi masalah yang berhubung dengan hak mereka.Tidak terkecuali para pekerja di Negara kita.Pelbagai isu dan perkara yang melibatkan para pekerja berlaku di mana-mana.Dari pada masalah kenaikan gaji dan hal-hal kebajikan pekerja masih wujud di mana-mana sektor pekerjaan.Melihat pada keadaan ekonomi Negara yang tidak begitu memberangsangkan, dengan kenaikan barang,kenaikan minyak dan lain sebagainya.Ini menyebabkan kos saran hidup makin meningkat,sedang apa yang diharapkan oleh setiap pekerja adalah kenaikan gaji selaras dengan perkembangan ekonomi Negara.

Kerajaan seharusnya peka dengan permasalahan yang dihadapi para pekerja.Mereka adalah penjana kemajuan dan peningkatan ekonomi Negara.Tanpa mereka mana mungkin kita dapat menikmati kesejahteraan hidup khususnya melalui ekonomi.
Cukuplah rasanya bebelan saya ini,selaku pekerja juga,saya mengharapkan agar kerajaan lebih memberi tumpuan kepada pekerja sektor swasta ,juga di samping sektor awam.Kedua-dua sektor ini telah memberi sumbangan yang amat besar untuk ekonomi Negara.

Selamat bekerja..!..kerja rajin-rajin ye..!

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia…!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...