KETAHUI HAK KITA
Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].
Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Monday, June 6, 2011
Sekatan demi sekatan..tanda PRU-13
Nampaknya desas-desus mengatakan PRU-13 akan di adakan pada tahun ini semakin di perkatakan,keyakinan itu di lihat,bila mana serangan-serangan yang di lakukan oleh akhbar suruhan mereka terus-menerus melakukan serangan yang bertubi-tubi ke atas Pakatan Rakyat,khususnya serangan yang di tujukan kepada Ketua Pembangkang dalam parlimen Malaysia iaitu Dato Sri Anwar Ibrahim.
Malah sekatan-sekatan yang di lakukan ke atas ceramah-ceramah atau majlis-majlis penerangan Pakatan Rakyat telah banyak yang di gangui oleh pihak polis.Apa tah lagi majlis yang di hadiri oleh Dato Sri Anwar sendiri,sering kali waktu ini di gangui oleh mereka.Nampaknya pengunaan kakitangan Awam ini terus menerus di gunakan oleh UmnoBn dulu,kini dan selamanya (Insyallah akan terkubur).Tindakan mereka langsung tidak demokratik,sedangkan mereka sering melaung-laungkan mereka adalah sebuah parti yang sangat demokratik.Temberang lebih puak-puak ni..!.
Sekatan demi sekatan,gangguan demi ganguan ini,tidak pernah mematahkan Pakatan pembangkang untuk meneruskan agenda untuk memberi maklumat dan kefahaman kepada rakyat di seluruh Negara.Siang malam mereka berhempas pulas,tidak pernah mengenal erti penat lelah,biarpun di serang bertubi-tubi oleh pihak UmnoBn,namun semangat dan keazaman mereka untuk merubah keadaan Negara ini terus berkobar-kobar.Matlamat untuk merampas Putrajaya dan seterusnya menerajui Malaysia terus di gambling dengan penuh keyakinan yang tinggi oleh setiap pimpinan Pakatan Rakyat.
Pihak UmnoBn,melihat ini,bukan omong kosong pihak pembangkang,laluan ke Putrajaya yang diimpikan oleh setiap Pakatan Rakyat mesti di haling dengan apa sekalipun,sekalipun dengan menggunakan kekerasan kebarangkalian tidak boleh kita tolak.Kerana mereka punyai segala-galanya.Ya..mereka masih berkuasa,mereka boleh buat apa sahaja dan memperkosai apa sahaja jentera kerajaan yang ada.Demi mempertahankan pusat pemerintahan mereka daripada jatuh ketangan Pakatan Rakyat.
Lihatlah di Selangor,apa yang mereka lakukan.Isu terkini berkenaan pemberian Kad Pengenalan kepada warga asing.Biarpun ada laporan polis di buat,apa yang pihak polis telah lakukan,mereka semacam tidak mengambil respon tentang laporan yang di buat.Persepsi ramai sudah pasti,ini adalah kerja-kerja kotor dari parti yang memerintah.Jadi apakah mahu di salahkan orang ramai bila mereka menganggap itu semua kerja kotor mereka?.
Kita yakin,ini adalah sebahagian dari apa-apa senjata yang mereka gunakan untuk merampas Negeri Selangor kembali.Bukankah perdana menteri telah menyatakan sedemikian?.Politk tidak gantelmen ini akan berterusan sehinggalah hari pengundian nanti.Kita percaya dan yakin inilah sebahagian sekatan,halangan dan sebahagianya bagi menghalang impian Pakatan Rakyat (sudah tentu impian rakyat Malaysia) untuk menawan Putrajaya.
Justeru itu,Pakatan Rakyat harus berwaspada dengan tipu helah mereka,taktik jahat dan tindakan kotor mereka.Mereka akan terus menerus melaksanakan agenda jahat mereka tanpa henti.Perkemaskan segala jentera PRU-13 yang akan datang nanti.Insyallah…Putrajaya milik rakyat Malaysia.
Labels:
Persepsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment