Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Tuesday, June 7, 2011

Politik jijik dan lucah akan berterusan…

Jauhi politik kotor


“DNA pada dubur sepul (Saiful) sepadan dgn dna DR anwar,kompang tlh dipalu,pilihanraya tak lama lagi..Jgn tido lagi..bangun2 !!! “

Demikianlah bunyi mesej yang saya terima dari seorang kawan kampung saya.Seperti biasa saya akan membalasnya dengan jawapan lawak saya:

“Bunyi kompang tak kuat sangat…kerja malam mana tido”
Kebetulan saya baru balik dari rumah abang ipar di Puncak Alam,mesej dari kawan saya mengingatkan peristiwa dirumah abang ipar sebentar tadi.Berita jam lapan malam menyiarkan kes Mahkamah Dato Sri Anwar Ibrahim berkenaan kes Liwat,berita itu membuatkan kami yang menyaksikan merasa benci dan geram,apatah lagi abang ipar saya,dia terus mengalihkan siaran tv tersebut,alih siaran lain pun sama juga,semua berita menyiarkan berkenaan DNA lelaki Y,rasa meluat kami dengan berita tersebut.Mana tidaknya perkara yang tidak sepatutnya di sebut-sebut dengan rasa tidak bersalah.Saya tidak tahu sama ada mereka ada etika dalam kewartawanan mereka.Sungguh tidak beradab dan bersopan..!.

Malang sungguh cara pemberitaan tv kita,ia lebih kepada memburuk-burukan pribadi Dato Sri Anwar.Tindakan jahat dan zalim mereka semakin ketara dan jelas.Seolah-olah apa yang dilakukan mereka itu suatau kebenaran yang mesti dicanang ke seluruh dunia.Nampak sangat agenda jahat mereka.Mereka takut sangat dengan Dato Sri Anwar Ibrahim lebih takutkan Allah atas perbuatan fitnah jahat mereka.Tindakan zalim,jahat,keji dan hina mereka sudah keperingkat yang sangat membahayakan Negara.Boleh jadi mengundang bala Allah,ingat..!,bala kalau Allah hendak turunkan tidak kira siapa pasti boleh kena,orang itu baik atau jahat.Mohon di hindarinya.

Jika benarlah apa yang dituliskan dalam mesej yang saya terima dari kawan saya,persepsi yang mengatakan itu tanda-tanda pilihanraya sudah hampir,mungkin juga tidak boleh ditolak,biasanya begitulah.Maklum undang-undang mereka yang punya,salah ataupun tidak tetap akan salah.Mereka mahukan rakyat agar menerima apa sahaja berita tentang keputusan kes ini dan membenarkanya bahawa Dato Sri Anwar lelaki ‘Y’ itu,jika rakyat percaya perkara itu(keputusan kes tersebut) ,mereka bertambah yakin rakyat akan berpihak pada mereka.Jadi rakyat akan menganggap Dato Sri Anwar serta pakatan pembangkang tidak perlu disokong.Maka peluang ini digunakan mereka untuk mengadakan pilihanraya yang ke-13.Boleh jadi juga..!.

Politik jijik dan lucah ini akan berterusan sekiranya Umno Barisan Nasional terus memerintah Negara ini.Jika perkara ini tidak dihentikan,kita takut ia akan terus dijadikan bahan dalam berpolitik,terutamanya sebagai senjata untuk menjatuhkan musuh politik masing-masing.Jadi usaha melalui undang-undang tidak berjaya,sekiranya kita melihat senario masa kini,pihak mereka lebih mempengaruhi keputusan ini,pengamal undang-undang yang bertugas tidak bebas membuat keputusan dengan adil dan saksama.Tangan-tangan lain yang mencampuri tugas mereka.

Oleh itu,sebagai rakyat yang cintakan tanahair ini,ingin melihat Malaysia terus aman dan harmoni,politik jijik dan lucah ini segera di hentikan dengan tidak lagi memberi undi atau sokongan dalam PRU-13 akan datang,jika benarlah ini sebagai paluan kompang yang menunjukkan PRU-13 sudah hampir.Mereka perlu diturunkan dari takhta kekuasaan mereka.Sebenarnya mereka sudah letih,penat dengan permainan jijik,kotor dan lucah mereka sendiri.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia…!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...