Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, June 9, 2011

Tak mainlah politik-politik..!

Suara rakyat suara keramat


Bila kita bercakap pasal Negara,penyelewengan,rasuah,konspirasi dan macam-macam perkara yang berkaitan dengan orang-orang besar,terutamnya pemerintah orang akan lebih menggaitkannya dengan politik,kalau asyik bercakap perkara ini,di katakannya asyik mengutuk dan rasa tidak bersyukur.

Ada sesetengah orang yang tidak suka perkara-perkara ini ditimbulkan,lebih-lebih lagi kalau kita ini hanya seorang yang biasa-biasa sahaja,pagi pergi kerja,petang balik kerja atau petang pergi kerja,malam baru balik kerja atau lagi malam pergi kerja pagi baru balik kerja.Mereka anggap tidak payah masuk hal-hal luar,kerja tetap kerja..!.Politik-politik ni tak mainlah,membuang masa,asyik nak bergaduh sahaja sesama melayu!..perghh..hebat orang macam ni..!.

Apa nak campur dengan orang-orang atas,biarlah mereka kaya,mereka juga orang melayu,asyik nak kondem mereka sahaja.Mereka terima apa sahaja yang orang besar-besar buat pada kita.Duit berjuta malahan billion hilang lesap begitu sahaja pun tidak kisah,tidak tahulah sama ada mereka faham ataupun tidak situasi yang berlaku pada Negara sekarang.

Elok pula bila syarikat tidak beri kenaikan gaji,marah hingga hilang pertimbangan,kutuk bos sampai bunyi berdegar-degar.Macam beria-ia prihatin tentang masalah dalam syarikat.Tahu pula berpolitik dalam kilang,di luar sana para malaun memfaraidkan harta Negara langsung tidak kisah,tapi bila syarikat tidak beri kenaikan gaji ataupun bonus tahunan boleh marah pula.Apa hidup ni hanya untuk makan sahaja ke?.

Malang sungguh malang jika ada kalangan pekerja yang bersikap demikian.Mereka anggap masalah yang berlaku di syarikat tiada kaitannya denga apa yang berlaku di luar sana.Dalam kilang,bila majikan tidak beri sesuatu apa yang kita mahu,contoh kenaikan pangkat,di katanya syarikat pilih kasih dan macam-macam lagi.Di luar harga barang naik,minyak naik,tol dan banyak lagi membebankan kita semua,ambil tak kisah,nak naik-naiklah jangan langsung tidak ada,sampai tahap begitu pemikiran mereka..apa yang penting pada mereka..tak mainlah politik-politik ni..!.

Rendahnya tahap minda mereka,bila sebut masalah rakyat bahkan masalah diri sendiri di katanya politik,bila tidak politiknya?.Bukankah sebahagian hidup kita dilingkari persoalan politik?.Apakah politik itu sekadar menghentam kerajaan,membongkar penyelewengan,rasuah dan sebagainya?.Persoalan kehidupan kita,keluarga kita,kita sebagai ketua organisasi,kita pengurus,kita peladang,kita penternak,kita ketua jabatan dan lain-lain,bahkan kita sebagai pekerja kilang,bukankah kita terlibat dalam politik juga..mengapa mesti kata..tak mainlah politik-politik..!.

Sungguh dangkal dan pasif pemikiran ini,sepatutnya apapun kita,siapa pun kita,perlu peka akan persekitaran yang melingkari kehidupan kita.Lebih-lebih lagi persoalan masyarakat yang lebih dekat pada kita,bukankah hubungan sosial,kemasyarakatan itu sangat perlu?.Bukanlah namanya kehidupan jika kita tidak menghubungkan kehidupan kita dengan masyarakat,jiran tetangga,sesama agama bahkan persoalan politik dalam negeri ataupun Negara kita,apakah kita tiada berhak keatas itu semua?.Naifnya jika masih ada lagi mereka yang beranggapan persoalan politik ini sekadar main-main sahaja.

Mari ubah minda kita yang pasif kepada minda yang positif dan realistik.

Jom berubah...Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...