Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].
Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan; Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.
Blog ini saya namakan sempena nama anak kedua saya iaitu MUHAMMAD ANAS.Ia berkisah tentang suasana politik dalam Negara kita.Juga politik negeri Selangor,Negeri asal tempat kelahiran .Blog ini hanya sekadar luahan,cetusan,getusan,pandangan hati penulis secara pribadi,tiada kaitan dengan mana-mana parti politik ataupun mewakili mana-mana politik walaupun penulis adalah ahli biasa politik yang di masukinya.
Blog ini bukanlah di miliki oleh penulis yang menceburi bidang penulisan sebenarnya,ia sekadar penulisan biasa dari seorang yang biasa-biasa sahaja.Seorang warganegara yang bekerja di sebuah kilang,namun ia peka dan tentunya tidak pekak dan buta dengan situasi politik yang berlaku dalam negara ini.Ia bertujuan untuk memeriahkan dunia blog yang semakin mendapat tempat di hati setiap rakyat Malaysia.Tidak kira lah blog berkisar pribadi,hobi,bisnis bahkan dalam penulisan blog politik.Ia sekadar meraih beza pendapat yang tentunya di izinkan oleh lunas-lunas undang-undang Negara.
Penulis blog ini mengingin dan mengidamkan sebuah Negara yang harmoni,aman,bahagia dan sudah tentunya sebuah Negara yang seperti di bicarakan dalam Al-Quran iatu ‘BALDATUN TOIYIBATUN WARA’BUN GHAFFUR’.Dan sesungguhnya penulis blog ini optimis bahawa satu masa nanti Malaysia akan menjadi Negara yang di idamkan sedemikian.
Dengan Motto ‘Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia..!’ Mengharapkan agar setelah membaca hasil tulisan penulis blog ini para pembaca dapat berfikir,merenung seterusnya dapat mengubah minda agar melakukan sesuatu yang baik untuk Negara yang di cintai ini.Mudah-mudahan kunjungan para sahabat semua beroleh manfaat.
Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia...!
MENGAPA BENCI POLITIK?
Renungan buat mereka yang berkata, "Saya benci politik. Politik kotor, memecah belahkan, saling memfitnah dan terlalu sukar dipercayai janji orang-orang politik. Saya mahu menjaga ugama saya," mari berfikir sejenak;
1) Adakah dengan menjauhi politik, anda terjamin jadi bersih? Tidakkah dunia ini seluruh penjurunya bercampur baur antara baik dan buruk dan kita sendirilah yang menentukan untuk kita?
2) Adakah orang-orang mulia seperti para ulama dan mujahidin sepanjang zaman yang terlibat dalam politik peringkat tertinggi telah menjadi kotor kerananya?
3) Bagaimana anda menakrifkan politik baginda al Rasul صلى الله عليه وسلم yang memuncak sehingga terpaksa berperang dengan senjata?
4) Jika orang yang 'bersih' seperti anda menjauhi politik, apa hukum membiarkan dunia politik untuk dikuasai orang-orang yang kotor?
5) Jika hak anda dicabuli oleh orang politik, seperti dibekukan kenaikan pangkat semata-mata kerana enggan menyokong orang politik, adakah satu kemuliaan dan 'kebersihan' jika anda hanya diam membisu atau menolak orang yang datang membantu mempertahankan hak anda itu?
6) Adakah untuk anda mencampuri politik, ia memerlukan sehingga tubuh anda dan keluarga sendiri dianiayai dulu oleh orang politik, atau cukup dengan melihat saudara seagama yang lain dianiaya. Adakah anda mahu terhantuk dulu baru tengadah?
7) Adakah anda melihat agama Islam mengajar agar dijauhi politik dan orang politik?
8) Adakah anda melihat seorang nabi bukan ahli politik? Dengan maksud, nabi diutuskan untuk menjauhkan umat daripada politik?
9) Apakah pendapat anda untuk menjatuhkan ahli politik yang jahat tanpa menyentuh politik?
10) Adakah anda menemui dalil atau nas yang membenarkan anda lari dari tanggung jawab menentang kemungkaran politik?. -Nik Mohamad Abduh-
Diam tak diam PR
Selangor sudah memerintah Negeri yang kaya ini genap lima tahun, Kuasa yang
diberi oleh rakyat Selangor benar-benar digunakan untuk memajukan ekonomi
rakyat Selangor. Segala manifesto yang dirangka sebelum PRU-12 sudah 90%
dilaksanakan dengan begitu cemerlang sekali, biar pun ada mulut-mulut busuk bau
longkang yang mengatakan kerajaan PR telah gagal melaksanakan kesemua
janji-janjinya. Hanya orang yang buta hati sahaja yang beranggapan demikian.
Sifat irihati dan
dengki dikalangan pembangkang di Negeri Selangor cukup ketara sekali,
cakap-cakap mereka tentang kegagalan kerajaan PR Selangor tidak benar sekali.
Mereka becakap sekadar sedap mulut mereka. Biasalah pembangkang, akan kata apa
sahaja program ekonomi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR).
Semuanya dikata tak Berjaya. Alahai…
Saya petik dari fb
Menteri Besar sebahagian inti ucapan beliau di Program Lima Tahun Pemerintahan
PR;
Ucapan:
“ Hampir RM 800 juta sudah dibelanjakan untuk rakyat Selangor mengikut
konsep hasil negeri untuk rakyat.
RM 40 juta telah diberikan khas untuk wanita melalui Skim Mikrokredit Selangor
(SKIMSEL).
RM 5 juta diperuntukkan kepada wanita pekerja ladang juga untuk membantu
meningkatkan taraf hidup mereka.
RM 50 juta akan digunakan sebagai pemangkin pembinaan rumah mampu milik.
Pentadbiran kerajaan negeri bukan sahaja mengembalikan hasil kepda rakyat malah
turut menggumpulkan rizab RM 2.6 billion. “
Nah, apa lagi yang tidak betul pada tanggapan pembangkang UMNOBN?.
Berjuta-juta telah digunakan untuk melaksanakan program ekonomi untuk rakyat.
Bukan mereka agih-agihkan hak rakyat untuk kroni-kroni mereka. Tidak seperti
mereka sebelum ini. Segalanya difaraidkan untuk kroni dan anak beranak mereka.
Harta rakyat seperti emak abah mereka yang punya.
Melihat pada rizab yang terkumpul RM 2.6 itu saya yakin, para pemimpin
pembangkang pasti kemelecer dan lahap untuk merampas balik Selangor ini. Siang
malam, pagi petang asyik mencari kesalahan dan kesilapan kerajaan Negeri
Selangor (PR). Mereka tidak lena tidur melihat angka RM 2.6 Billion itu. Pasti
dan pasti mereka gila meroyan mahu merampas Selangor semula, biar apa dengan
cara sekali pun. Pebgundi hantu pun pengundi hantulah yang penting menang…!,
begitulah rakusnya cita-cita mereka.
Sebagai rakyat Selangor, yang tidak mahu melihat zaman gelap dulu,
cukuplah untuk UmnoBn untuk cuba memikat hati rakyat Selangor. Janganlah zaman
gelap yang lalu berulang di bumi yang kaya dengan hasil mahsyulnya ini. Marilah
kita pertahankan Negeri ini dari dirampas oleh tangan-tangan hitam yang rakus
yang tidak pernah pun tahu susah payah rakyat selama ini.
Ramai Cerdik Pandai Menyertai PAS Berbanding UMNO Raja Nazrin PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin
KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.
PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.
"PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.
"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.
Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.
PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun. "Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," titahnya.
PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.
"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.
Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.
Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.
Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.
Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.
Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.
Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda. Sumber: Dppk Ledang
Tindakan empat General (B) sertai PR kerana bencikan rasuah...!!!
Minggu lepas empat bekas General dari ketiga-tiga cawangan angkatan bersejata
Malaysia telah bertindak nekad untuk terjun ke dalam arena politik dan
menyertai Pakatan Rakyat.
Apa kah yang menyebabkan mereka bertindak menyertai Pakatan Rakyat itu.
Persoalan ini sangat penting kerana sesuatu tindakan yang dilakukan oleh
seseorang atau kumpulan itu mesti bersebab. Untuk mengetahuinya elok kita ikuti
sebahagian dari kata-kata mereka:-
LEFTENEN GENERAL (B) DATUK ABDUL GHAFIR ABDUL HAMID, Bekas Timbalan
Panglima Tentera Darat
“Pembelian melalui
rundingan buka melalui tender terbuka menyebabkan rasuah menjadi-jadi. Jika di
kumpulkan keseluruhannya sejak mula berkhidmat sehingga bersara pada 2005 ia
lebih kurang RM75 billion”
LAKSAMANA PERTAMA (B) IMRAN ABDUL HAMID, Bekas Ketua Logistik Markas Armada
TLDM
“mengapa RM 9
billion? Sedangkan semasa saya berkhidmat, perjanjian TLDM dan Kementerian
Pertahanan untuk membeli 27 kapal, hanya RM6 billion. Mengapa baru buat 6
petrol vessel?”
BRIG GENERAL ABDUL HADI ABDUL KHATAB, Bekas Panglima Logistik di Markas
Logistik Udara.
“Saya cabar Zahid
Hamidi dan Panglima TUDM, beritahu siapa hilangkan enjin jet? Kes seperti
Scorpene, pembelian helicopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada
jawapan”
BRIGED JENERAL (B) DATUK NAJMI AHMAD, Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan
Tentera (Kagat)
“Campur tangan
(UMNO) melampau hinggakan pegawai-pegawai kerajaan susah menjalankan tugas
masing-masing. Ini pencabulan terhadap gulunagn professional. Ia berluasa dan
perlu diperbetulkan”
Tindakan
keempat-empat bekas General ini memberikan semangat yang kuat untuk semua
melakukan perubahan dan tentunya kata-kata mereka ini lebih telus dari
kata-kata dan jawapan-jawapan yang di berikan oleh Menteri Pertahanan atau
sesiap yang ada di dalam kerajaan itu.
Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)
Rasulullah S.A.W bersabda : “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “. Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.
Ucapan Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : “Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......”. Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.
Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.
Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar memahami hak mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.
Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai. Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.
Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.
Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.
Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum.
Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.
PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.
Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.
Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: ”Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya “.
Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.
Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.
PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia. Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.
Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: “Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah“. Sabdanya lagi: ” Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal “.
PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.
Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.
Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah: وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38 Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS
Bolehkah ulama berpolitik?
Oleh Nurul Fatimah Zahara Mohammad Radzi,
Ulama’ dan politik adalah dua perkataan yang mempunyai maksud yang sangat berbeza. Pelbagai persoalan dibangkitkan berkaitan dua istilah ini. Siapakah individu yang benar-benar dikategorikan sebagai ulama’? Apakah yang dimaksudkan dengan ulama’ berpolitik? Benarkah ulama’ tidak dibenarkan berpolitik dan seharusnya hanya fokus kepada pentarbiyahan sahsiah umat sahaja?
Perkataan ulama’ merupakan istilah bahasa Arab yang berasal daripada perkataan alim yang bermaksud seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama ilmu agama dan mengamalkan ilmu tersebut. Menurut Syed Qutb, ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Semakin bertambah ilmu seseorang, maka semakin bertambah takutlah dia kepada Allah. Menurut Syed Qutb juga, ulama’ adalah mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keajaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah, bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan.
Ulama’ yang takut kepada Allah akan menyebarkan kasih sayang, kejujuran, keadilan dan kemuliaan-kemuliaan lain bagi kemaslahatan umat. Sementara itu, orang alim yang tidak takut kepada Allah akan menggunakan ilmunya untuk menghancurkan perjalanan hidup manusia. Ulama’ yang takut kepada Allah adalah orang-orang yang menebarkan ilmunya untuk perdamaian dan kesejahteraan manusia. Mereka meneruskan nilai-nilai murni yang diajarkan Nabi. Hal ini bersesuaian dengan ungkapan yang masyhur iaitu, “Ulama’ Pewaris Nabi”. Ulama’ meneruskan peranan nabi-nabi dalam membentuk sahsiah umat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Istilah politik dapat ditafsirkan melalui sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Adalah Bani Israel, mereka diuruskan urusannya oleh para Nabi. Ketika seorang Nabi wafat, Nabi yang lain akan menggantikannya. Tidak ada Nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Jelaslah di sini bahawa dari sudut pandangan Islam, politik membawa maksud pimpinan yang menjaga urusan umat. Pimpinan yang dimaksudkan hendaklah dengan cara yang tidak menyalahi syariat. Politik Islam tidak menyalahi teks al-Quran, sunnah, ijmak dan kaedah-kaedah syarak. Undang-undang yang dicipta hendaklah bersesuaian dengan keadaan semasa, dalam masa yang sama tidak bertentangan dengan syariat Islam. Allah berfirman, maksudnya “Dan tidaklah pantas bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguh dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata.” (surah al-Ahzab: ayat 36).
Di dalam al-Quran, tidak ada satu ayat pun yang melarang ulama’ untuk masuk ke bidang politik bahkan ianya sangat di galakkan. Ulama’ merupakan pemimpin masyarakat. Pemimpin kepada orang lain dan juga pemimpin kepada diri sendiri. Kriteria seorang pemimpin menetapkan ilmu yang tinggi dalam sesuatu bidang ilmu. Ulama’ merupakan contoh yang tepat untuk mengemudi bahtera negara. Politik tidak dapat dipisahkan dengan ilmu, dan ilmu tidak dapat dipisahkan dengan ulama’.
Menurut Dr. Badrul Munir b. Mohd Nor, Ketua Program dan Pensyarah Bahasa Arab Fakulti Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), ulama’ boleh dikategorikan kepada dua jenis. Pertama ulama’ dunia dan kedua ulama’ akhirat. Ulama’ akhirat, jelas matlamat hidupnya iaitu hanya semata-mata kerana Allah tetapi ulama’ dunia, matlamatnya telah dicampur dengan kepentingan-kepentingan lain. Ulama’ akhirat dapat dilihat melalui tingkahlaku yang konsisten dalam pendirian, amalan dan cara hidupnya. Ulama’ bukan sahaja dibolehkan berpolitik, bahkan digalakkan sekiranya diiringi dengan niat yang betul dan ikhlas. Ulama’ yang berkecimpung dalam bidang politik dengan niat yang ikhlas, di mana jua dia berada, masyarakat akan menilai, kebenaran akan menilai dan hari akan menentukan.
Imam Syafie atau nama sebenarnya Imam Muhammad bin Idris As-Syafie merupakan contoh seorang tokoh ulama’ yang dikagumi dan terkenal dengan mazhabnya iaitu mazhab Syafie. Beliau merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat merendah diri dan sangat menghormati guru-gurunya. Ijtihad Imam Syafie meletakkan bahawa bacaan Qunut dalam solat subuh adalah sunat.
Pernah dikisahkan bahawa suatu ketika Imam Syafie menjadi imam solat subuh di tempat yang mengamalkan mazhab Hanafi. Sebagai tanda hormat kepada ulama’ tersebut, oleh kerana beliau menjadi imam solat jemaah ketika itu, para makmum di situ sebelum menunaikan solat telah bersepakat untuk mengikuti pendapat Imam Syafie. Namun selesai iktidal, Imam Syafie terus sujud tanpa membaca Qunut. Apabila disoal kenapa berlaku sedemikian, Imam Syafie menjawab, “Kerana menjaga adab terhadap guruku”, kerana tempat itu merupakan tempat Imam Abu Hanifah, dan Imam Abu Hanifah merupakan guru kepada gurunya (Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Syaibani). Katanya lagi, andai gurunya tiada guru, takkanlah dia akan menjadi guru.
Ulama yang sebenar memiliki tiga sifat utama iaitu berilmu pengetahuan tentang ayat-ayat Allah, baik yang qur’aniyyah (kitab suci) mahupun kauniyah (fenomena alam), mengakui setiap kebenaran ayat-ayat yang datang dari Allah, tidak menyembunyikan sedikit pun dari kebenaran itu, serta takut kepada Allah sehingga dia tidak mengikuti hawa nafsunya, apatah lagi melacurkan dirinya demi sesuatu. Politik adalah suatu perkara yang dibolehkan sebagai cara untuk menempatkan atau mengangkat pemimpin yang kuat lagi dipercayai. Pemimpin yang kuat dan dipercayai adalah pemimpin yang berilmu, jujur dan ikhlas dalam segala pekerjaan.
Walaubagaimanapun, dunia hari ini memperlihatkan keghairahan mendapatkan kuasa bukan sahaja dalam kalangan umat Islam yang kurang pendidikan Islam, tetapi juga mereka yang mendapat pendidikan Islam secara mendalam. Mereka kurang memahami ciri-ciri yang melayakkan seseorang yang berhak memimpin dan mengendalikan sesebuah negara. Perebutan kuasa jika berlaku dalam kalangan ulama’ tanpa merujuk kepada batas-batas berpolitik dalam Islam bukan sahaja boleh melemahkan sistem politik dalam negara, malah ia juga gagal dalam menentukan struktur kehidupan masyarakat Islam.
Liberalisasi dalam politik bukan bermakna memajukan pembangunan material sehigga sanggup mengenepikan kepentingan agama dan bangsa. Realiti masa kini sangat membimbangkan kerana pelbagai parti politik bersaing untuk menang dan memegang tunjang kepimpinan sehingga mengabaikan sensitiviti kaum dan umat Islam khususnya.
Umat Islam telah dididik oleh Allah dengan perantaraan Nabi Muhammad s.a.w dalam pelbagai kegiatan kehidupan bagi membentuk sebuah masyarakat yang beriman dan bertamadun. Bagi membentuk sesebuah negara yang bertamadun dan diberkati Allah, para ulama’ dan pemerintah perlu berganding bahu dalam menentukan dasar dan corak pemerintahan dan pentadbiran negara. Peranan ulama’ dan pemerintah negara tidak boleh dipisahkan dalam memimpin sesebuah negara yang bertamadun dan mempunyai struktur sosial yang teratur.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ulama’ dibenarkan mencampuri bidang politik selagi mana ianya berlandaskan al-Quran dan syariat Islam demi kemaslahatan masyarakat. Ilmu yang tinggi dalam bidang agama dan politik serta niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah akan mengiringi perjalanan seseorang ulama’ dalam memimpin sesebuah negara yang bertamadun dan gemilang di mata dunia.
Penulis ialah pelajar tahun tiga Bahasa Arab dan Komunikasi Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia.