Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Saturday, March 17, 2012

Bertemu Lagi,Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia..!


Rasanya hampir dua bulan saya tidak menulis apa-apa dalam blog saya,sama ada blog yang berkaitan kegemaran saya (JPMA) atau blog yang berkaitan dengan pandangan politik.Banyak isu-isu semasa yang tidak dapat di nukilkan dalam blog ini.Entah mengapa tiba-tiba rasa mahu menulis kendur waktu itu.Hanya membaca dari akhbar-akhbar (Sinar Harian sahaja) dan juga dari media-media alternative yang lain.Sedangkan isu-isu yang muncul itu sangat memanaskan suhu politik tanahair,baik dari parti pemerintah mahu pun parti pembangkang (Pakatan Rakyat).

Seingat saya dari bulan Disember 2011 hinggalah hari ini,baharu hari ini saya menulis untuk blog ini.Hampir tiada tulisan yang saya terbitkan dalam blog ini.Hari ini saya cuba gagahkan untuk menulis,bertemankan dua orang anak yang sedang menonton Astro Baby TV.Com,saya biarkan mereka sedang saya dalam bilik sedang menulis sesuatu untuk di kongsikan pada sahabat-sahabat blogger di luar sana.

Politik Samseng

Nampaknya politik kita makin hari makin membahang,selagi belum PRU-13,selagi itulah panasnya tetap membahang membara.ya..apa yang telah di kata kini sedang di kota..
”mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun” kini sedang di praktikan dan semakin hari semakin menakutkan kita.

Namun kematangan para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dalam menghadapi provokasi demi provokasi yang di lakukan oleh puak-puak yang sudah tentu semua sudah maklum siapa di belakang mereka,sangat melegakan hati semua.Kita faham apa yang di lakukan mereka kerana sudah terdesak dan takut dengan perubahan minda rakyat yang semakin hari semakin faham apa yang kerajaan lakukan terhadap rakyat.

Lagak samseng yang mereka lakukan telah di restui oleh pemimpin mereka,oleh sebab itu pihak keselamatan tidak boleh buat apa-apa,sekadar hanya boleh menyaksikan sahaja.,sebab mereka adalah samseng-samseng yang halal dilindungi oleh pemimpin-pemimpin politik yang muflis dan bankrap moral takut kuasa mereka hilang.

Tindakan mereka,dari sehari kesehari semakin hilang pertimbangan,demi untuk mempertahankan kuasa,apa sahaja mereka akan lakukan,tidakkira lah fitnah,bohong,rompak,temberang,lucah,samseng,gangster dan apa sahaja yang berkaitan dengan langkah terdesak mereka,sesungguhnya sudah melengkapkan pakej bahawa mereka adalah golongan politik yang bankrap,muflis,gila dan meracau-racau,kuasa mereka akan bakal hilang dalam PRU-13 nanti.

Umpan Wang


Mereka tidak lagi mewujudkan politik yang beramanah,sekadar omong kosong,politik rakyat hanya di perlukan bila kuasa semakin hilang sokongan.Maka di taburlah sana sini pakej-pakej kosong yang konon mahu membantu rakyat,maka beduyun-duyun rakyat sanggup beratur di tengah panas demi pakej-pakej tadi.Jika siapa tak dapat,di suruhnya merayu-rayu semula,seolah rakyat itu pengemis.Malah mereka yang tak layak boleh menerima pakej tersebut.Bisnis besar pun boleh dapat.Alahai..!.

Penipuan demi penipuan,pembohongan demi pembohongan sudah banyak di tabor dan di lakukan,rakyat semakin buka mata,sedar tentang perlakuan mereka.RM100,RM200,RM500,RM3000 semua sudah faham apa sebenarnya yang mereka berikan itu sememangnya hak rakyat perlu dapat dan menerimanya.Namun itu pun mereka gunakan untuk pancingan,bodek rakyat dan mereka kata pemberian itu bukan politik.

Saya mahu tanya,jika bukan politik? Mengapa? Sepanjang jalan menuju ke sekolah-sekolah sebagai tempat menerima wang tersebut di pacak dengan bendera-bendera mereka kanan kiri jalan? Apa perlunya? Ada yang jaga di tepi kaunter siap bercakap tentang pemberian duit tersebut dari mereka?.Bukan politik?.Tak usah lah temberang,rakyat dah faham sangat dengan tektik lapok mereka.wang itu pun bukan dari akuan parti mereka,tapi wang rakyat,pembayar-pembayar cukai.

Jati..Kayu Jati Ke?


Dalam keadaan mereka sedang menghadapi bakal hilangnya kuasa mereka,ada sedikit kelegaan bagi memberi nafas kuasa yang ada agar terus bertenaga.Kemunculan orang yang telah di pecat di pergunakan sepenuhnya demi kononnya mempertahankan akidah ummah.Sejak bila parti mereka kisah dengan akidah ummah?.Lihatlah sendiri dalam akhbar,majalah,tv dan media-media yang di milliki oleh mereka,apakah mempamerkan watak sebenar pembela akidah?.Sayang,orang yang kena pecat itu dengan jelas di pergunakan dan di perkudakan.

Walaupun orang itu mengatakan perjuanganya hanya untuk Islam.Melayu dan Raja (JATI).Dalam masa yang sama di ambil kesempatan oleh puak-puak yang kuasa mereka hampir tamat itu.Apa sudah jadi dengan Ngo satu lagi yang sangat membela ketuanan Melayu itu?.Masih wujudkah atau makin kuat rasisnya?.Jika atas nama akidah,baguslah,cantiklah....tapi masalahnya lebih kepada menyerang Pakatan Rakyat,apa sudah jadi? Mana ceritanya mahu mempertahankan akidahnya.asyik serang PAS,Keadilan,Dap...UmnoBn tidak berani tegur.Kejahatan dan kedurjanaan mereka takut untuk tegur.

Saya melihat orang itu,tidak lebih daripada balas dendam dan kecewa kerana di pecat dari parti dan jawatan exconya.Jika berani letak jawatanlah dari Adun.Kita tengok berapa ramai yang sokong dan mendokong perjuangannya.Sikap ego dan bongkaknya amat ketara,mengangkat-angkat diri lagak gayanya.Atas nama akidah perjuangannya kini.Namun kelihatannya semakin tersasar lebih daripada politik balas dendam.Semua orang sudah tahu arah mana lenggok bicaranya,biarpun di nafikannya.Kita lihat dan tengok sejauh mana jati itu seperti kayau jati yang kuat dan tahan lasak itu.Tunggu dan lihat kesudahannya nanti...penegak akidah atau perosak akidah ummat.

Anwar...Anwar...Anwar

Selagi ada Anwar selagi itulah para pemimpin UmnoBn tidak akan selesa dan aman.Mereka takut benar dengan Anwar.Pusing kanan Anwar,pusing kiri Anwar,kehadapan Anwar,kebelakang Anwar..baik sana dan sini semuanya Anwar.Itulah ketakutan pemimpin UmnoBn terhadap Anwar Ibrahim.Sehingga kini serangan terhadap Anwar tidak berhenti.Pagi siang,malam,petang bahkan subuh sekalipun caci maki,umpat keji di lemparkan oleh puak-puak ini,ikut telunjuk dan penasihat Yahudi laknatullah Apco.

Gagal untuk memenjarakannya,di gangui ceramah-ceramah yang Anwar adakan.Upah samseng-samseng halal untuk ganggu dan halang majlis pakatan rakyat.Mereka sudah tidak ada jalan dalam mempertahankan hujah mereka.ketandusan idea dalam menangani masalah yang mereka hadapi.Buntu dan kacau fikiran lalu idea bacul digunakan untuk menghalang kebebasan Anwar untuk berceramah.

Rakyat sudah tahu dan faham permainan licik dan jahat mereka,lebih-lebih lagi media mereka,dalam isu Israel Anwar dibelasah habis-habisan.Kanan kiri,depan belakang,seolah-olah apa yang Anwar nyatakan benar.Sedangkan mereka lah talibarut dan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel sejak sekian lamanya.Pernah satu ketika bendera Israel berkibar dengan megah dan gagah bersama bendera Negara (pemimipin UmnoBn dan penyokongnya pasti turut bangga juga) di PWTC Kuala Lumpur.Bukankah itu salah satu bukti bahawa UmnoBn telah mengadakan hubungan mesra terhadap Negara haram Israel?.Apco itu apa?..

Apa lagi?

Ya..apa lagi selepas ini.Sudah pasti ada lagi,macam-macam ada.!.Warna-warni politik tanahair kita.Bagi saya itu semua menuntut perubahan.Sudah masanya parti UmnoBn yang di amanahkan memerintah Malaysia ini di rehatkan dari persada politik tanahair kita ini.Mereka sudah tidak terdaya,tidak tertahan lagi menunjangi kuasa pemerintahan Malaysia.Mereka perlu direhatkan untuk selama-lamanya,sama ada rehat atau pun terus simpan dalam mezium Negara,sebagai bahan iktibar buat mereka yang mahu berkuasa.Jangka hayat mereka makin hampir.

Dunia ini pun sudah tua,begitu juga mereka,terlalu tua.Kita yakin mereka pasti tumbang ranap pada PRU-13.

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...