KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Saturday, March 9, 2013

Syabas Negeri Selangor: Lima Tahun Yang Cemerlang


Syabas TanSri Khalid


Diam tak diam PR Selangor sudah memerintah Negeri yang kaya ini genap lima tahun, Kuasa yang diberi oleh rakyat Selangor benar-benar digunakan untuk memajukan ekonomi rakyat Selangor. Segala manifesto yang dirangka sebelum PRU-12 sudah 90% dilaksanakan dengan begitu cemerlang sekali, biar pun ada mulut-mulut busuk bau longkang yang mengatakan kerajaan PR telah gagal melaksanakan kesemua janji-janjinya. Hanya orang yang buta hati sahaja yang beranggapan demikian.

Sifat irihati dan dengki dikalangan pembangkang di Negeri Selangor cukup ketara sekali, cakap-cakap mereka tentang kegagalan kerajaan PR Selangor tidak benar sekali. Mereka becakap sekadar sedap mulut mereka. Biasalah pembangkang, akan kata apa sahaja program ekonomi yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR). Semuanya dikata tak Berjaya. Alahai…

Saya petik dari fb Menteri Besar sebahagian inti ucapan beliau di Program Lima Tahun Pemerintahan PR;

Ucapan:


“ Hampir RM 800 juta sudah dibelanjakan untuk rakyat Selangor mengikut konsep hasil negeri untuk rakyat.

RM 40 juta telah diberikan khas untuk wanita melalui Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL).

RM 5 juta diperuntukkan kepada wanita pekerja ladang juga untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

RM 50 juta akan digunakan sebagai pemangkin pembinaan rumah mampu milik.

Pentadbiran kerajaan negeri bukan sahaja mengembalikan hasil kepda rakyat malah turut menggumpulkan rizab RM 2.6 billion. “

Nah, apa lagi yang tidak betul pada tanggapan pembangkang UMNOBN?. Berjuta-juta telah digunakan untuk melaksanakan program ekonomi untuk rakyat. Bukan mereka agih-agihkan hak rakyat untuk kroni-kroni mereka. Tidak seperti mereka sebelum ini. Segalanya difaraidkan untuk kroni dan anak beranak mereka. Harta rakyat seperti emak abah mereka yang punya.

Melihat pada rizab yang terkumpul RM 2.6 itu saya yakin, para pemimpin pembangkang pasti kemelecer dan lahap untuk merampas balik Selangor ini. Siang malam, pagi petang asyik mencari kesalahan dan kesilapan kerajaan Negeri Selangor (PR). Mereka tidak lena tidur melihat angka RM 2.6 Billion itu. Pasti dan pasti mereka gila meroyan mahu merampas Selangor semula, biar apa dengan cara sekali pun. Pebgundi hantu pun pengundi hantulah yang penting menang…!, begitulah rakusnya cita-cita mereka.

Sebagai rakyat Selangor, yang tidak mahu melihat zaman gelap dulu, cukuplah untuk UmnoBn untuk cuba memikat hati rakyat Selangor. Janganlah zaman gelap yang lalu berulang di bumi yang kaya dengan hasil mahsyulnya ini. Marilah kita pertahankan Negeri ini dari dirampas oleh tangan-tangan hitam yang rakus yang tidak pernah pun tahu susah payah rakyat selama ini.

Syabas PR, 5 Tahun yang cemerlang.

Ayuh berubah…Selamatkan Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...