Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Thursday, December 22, 2011

Hanya PAS boleh maafkan Hasan

Bertindak sendiri gugur dari PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


KUALA LUMPUR, 22 Dis:
“Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, tegasnya sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Beliau menegaskan lagi, seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil kerana itulah sifatnya perjuangan Islam.

Jelasnya, PAS tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

Beliau berkata, PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa.

Katanya lagi, sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam.

Beliau menyatakan demikian di dalam satu kenyataan yang ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Berikut adalah peringatan penuh beliau.


Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 122:

Maksudnya: (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah: 122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

مَنْيُرِدْاللَّهُبِهِخَيْرًايُفَقِّهْهُفِيالدِّينِ

Maksudnya: (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya faqeh (faham) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman-Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud:

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi: Al Quran, Hadith, Ijmak, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan: kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputera, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa Umno yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matlamatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah?

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Sumber:Harakahdaily

Wednesday, December 21, 2011

Pertahan dasar ‘Membangun Negara Berkebajikan’


KUALA LUMPUR, 21 Dis: Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijmak menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar presiden parti ‘Membangun Negara Berkebajikan’ yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.

Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan tidak layak bagi mana-mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijmakkan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah, sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa dialu-alukan.

AJK PAS Pusat, Datuk Dr Hassan Ali melalui akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.

Bagi Hassan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.

Bagi Nasrudin, Konsep Negara Berkebajikan adalah manifestasi dari konsep negara yang disebut oleh al-Quran iaitu Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur (Negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan Yang Maha Pengampunan).

“Konsep ini juga dipertegaskan dengan tiang serinya iaitu ubudiah iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mencipta," katanya.

Justeru itu, jelasnya Negara Berkebajikan ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (al Adl wal Ihsan) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (Istibaq al Khayrat) dan saling bekerjasama (at-Ta'awun) ke arah kejayaan (al Falah) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat’.

Menurutnya, berasaskan takrif tersebut, layaknya tidak timbul lagi keraguan terhadap konsep Negara Berkebajikan apakah ia menepati atau bercanggah dengan perjuangan asal PAS.

Tambahnya, lantaran PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang diperjuangkannya dan konsep Negara Berkebajikan bukanlah suatu penyimpangan sebaliknya ia adalah suatu peneguhan terhadap asas dan dasar perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap akan mempertahankan konsep Negara Berkebajikan yang telah dimuktamadkan oleh parti melalui Muktamar Tahunannya yang ke 57 baru-baru ini dan insya Allah Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah memutuskan satu komitmen besar untuk turun ke serata negara bagi memperjelaskan Konsep Negara Berkebajikan ini,” ujarnya.

Sumber: Harakahdaily

Tuesday, December 20, 2011

Hasan Ali, Nasharuddin Mat Isa Pulanglah Sebagai Mujahid Sejati


Buangkan saja hiruk pikuk asam garam perjuangan..

Bak kata pepatah tersohor..’ikan tidak masin di air laut, tetapi masin di daratan’..

Perjuangan Pas tidak akan rugi tanpa kamu berdua..Pas tidak akan hilang dari bumi Malaysia kerana kamu berdua atau bertiga bersama anak Tok Guru Nik Aziz si Nik Abduh.

Hentikanlah penggunaan media musuh untuk ‘selak kain’ kamu semua. Masuk semula kedalam saf.

Mari kemari bertakbir dan bersalawat bersama pejuang pejuang lain bermula dari Tuan Guru Presiden sehinggalah Mat pelekat poster.

Kredit kepada Mat Mat pelekat poster yang sanggup memanjat tiang talipon,pokok dan sebagainya walau ditengah malam ,tengahari dan waktu hujan.

Jangan buat tindakan memusnahkan diri

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

PAS Selangor menyifatkan tindakan Exco Hal Ehwal Islam negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali hanya menghancurkan diri sendiri apabila terus menyuarakan kekecewaan peribadinya ke atas parti kepada umum.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman mengingatkan Hasan yang merupakan idola beliau untuk terus muhasabah diri.

Katanya, Hasan perlu menunjukkan sikap lebih terbuka ekoran tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia.

Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi Hasan namun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas daripada pemimpin PAS tersebut.

“Sepatutnya kita tanya diri sendiri apa silap kita. Saya yang baru jadi Adun di Meru, ada orang Umno tegur dan beritahu silap saya. Hasan lebih tahu Gombak Setia, beliau patut tanya apa salah diri sendiri.

“Saya ada mesej untuk tawarkan beliau jawatan sebagai ahli perhubungan PAS Negeri. Tapi bagi SMS, hubungi beliau pun tiada jawapan.

Saya minta untuk jumpa namun dapat tahu beliau akan buat sidang media.

“Saya ingatkan Hasan Ali agar dapat muhasabah diri. Apa yang beliau lakukan hanya merosakan diri sendiri. Sedangkan parti (PAS) ada kekuatan sendiri. Apa yang beliau lakukan hanya memberi kesan minimal pada parti,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Shah Alam hari ini.

Kecewa hilang kerusi dan sokongan parti

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad pula berkata tindakan Hasan dan juga bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa melahirkan kekecewaan dengan menggunakan media Umno adalah akibat kehilangan kerusi dan sokongan dalam parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS mahu menyelamatkan Hasan dan Nasha serta menasihatkan kedua-dua pemimpin terbabit agar tidak mengikut jalan sendiri.

Ujar Khalid, contoh sedia ada dapat dilihat apabila bekas Naib Presiden PAS Datuk Nakhaei Ahmad bertindak keluar PAS sedangkan beliau hanya diperalatkan oleh Umno.

“Jangan kecewa tidak terpilih di kawasan Gombak Setia kerana kawasan lain ada menawarkan beliau (Hasan Ali) juga. Kita ada mesyuarat dengan Perhubungan PAS Negeri dan kawasan lain juga mahu calonkan beliau untuk bertanding.

“Tengok Nakhaei bekas Naib Presiden PAS, keluar parti habis macam itu sahaja. Beliau hanya diperalatkan oleh Umno. Kita nak selamatkan Hasan Ali dan Nasha bukan nak bantai mereka dan saya nasihatkan agar jangan ikut jalan sendiri,” katanya.



oleh Fazy Sahir

Sunday, December 18, 2011

Berpolitiklah Dengan Kasih Sayang


Dunia politik semakin hangat dan makin panas membara,tiap hari ada saja isu atau berita yang kita baca dan dengar di dada-dada media massa cetak atau elektronik.Sama ada politik dunia Antarabangsa mahupun dalam Negara kita sendiri.Masing-masing parti politik bersaing bagi mengambil dan menambat hati rakyat masing-masing.Malaysia sebagai Negara demokrasi berperlembagaan juga tidak ketinggalan dengan kehangatan berita-berita politiknya tersendiri.

Namun kehangatan dan kerancakan berpolitik setakat ini tidak sampai tahap menghuru-harakan keadaan dan kesetabilan Negara.Walau apa pun kita kena berwaspada, terdapat segelintir daripada kita yang cuba meniup semboyan api perkauman yang sangat membahayakan pada kestabilan sosial dan politik Negara ini.

Jika ini tidak di bendung dan di elakkan oleh para pemimpin parti politik yang sama bersaing,ia akan merugikan pada kedua-dua pihak,rakyat akan menanggung akibatnya nanti.Oleh itu anasir-anasir ini hendaklah di elakkan dari terus meniupkan api perkauman.Ingatlah,Malaysia, adalah sebuah Negara yang harmoni dengan kerukunan tiga bangsa yang terbesar,Melayu,Cina,India serta Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.Segelintir manusia yang cuba meniupkan api perkauman itu haruslah di nyahkan dari politik arus perdana,jika ianya hadir untuk bertujuan melaga-lagakan kesatuan yang masih utuh setakat ini.

Kepada semua parti politik yang terlibat dalam arena politik Negara,tidak kiralah dari parti politik apa,kerajaan atau pembangkang sekalipun berpolitiklah secara rasional,utamakan rakyat daripada kepentingan pribadi.Ingatlah tanpa rakyat seseorang pemimpin itu takkan naik jadi pemimpin,dengan adanya rakyatlah para pimpinan ada di atas,sama ada pimpinan kerajaan atau pimpinan pembangkang.

Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab mereka.Jauhilah dari politik kotor yang merendahkan martabat dan akhlak seseorang.Tegur menegur secara hikmah selagi orang yang di tegur itu tidak melampui batas-batas atau nilai-nilai yang mencemarkan nama baik agama,bangsa dan Negara.

Berpolitik lah dengan kasih sayang,pembangkang dengan tanggungjawabnya ‘check and Balance’,menegur dan menasihati kerajaan jika ada sebarang kepincangan yang di lakukan oleh pihak kerajaan,bukankah ini tanggungjawab yang mulia dan berhikmah.Bagi pihak kerajaan pula,teguran dan nasihat ini haruslah di halusi dan perbaiki segala kelemahan yang ada,jangan nanti rakyat akan bangkit menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap permasalahan mereka yang tidak di ambil berat oleh pihak kerajaan,jika berlakunya tindakan rakyat,janganlah hendaknya nanti pihak yang memberi teguran itu di anggap sebagai penghasut.

Kedua-dua pihak sudah memahami politik demokrasi begitu caranya,jadi bila berlakunya penolakkan rakyat terhadap satu-satu kerajaan,mereka sebagai ahli politik(pemimpin) sudah sewajarnya menerima tindak balas yang di lakukan dengan secara terbuka dan besar hati.

Ingatlah jawatan yang di sandang,kerajaan yang di terajui tidak akan kekal selamanya,baik dari parti pemerintah dan pihak pembangkang,bila-bila masa kerajaan itu boleh bertukar dan berganti,jadi sebelum terjatuh atau tersungkur beringat-ingatlah,jalankan amanah yang di pikul dengan penuh tanggungjawab.Berkerjalah,berpolitiklah dengan nilai kasih sayang.Nescaya penghujungnya Anda tidak akan rugi!.

Firman Allah:

"Katakanlah:"Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan,Engkaulah yang memberi kerajaan pada sesiapa yang engkau kehendaki,dan Engkaulah yang mencabut kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki." (Ali Imran:26)

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia..!

Oley!!

Friday, December 16, 2011

Teka-Teki PRU-13


Tak tahu lagi apa yang mahu di luahkan,melihat situasi politik (orang-orang politiknya) yang semakin hari semakin panas ini.Mahu dekat pilihanraya ni macam-macam berita panas,sama ada dalam kelambu UmnoBn atau pun Pakatan Rakyat.Melihat para penyokong masing-masing semakin ghairah bercerita tentang pilihanraya.Malah yang selama ini tidak ambil tahu pun boleh tanya..”Bilai Undi ye”.Ada perubahan rupanya,baguslah macam tu,tidaklah beku fikiran tak tahu apa-apa perkembangan yang berlaku dalam Negara.

Situasi ini akan berterusan hinggalah PRU-13 nanti,selagi tidak di bubar parlimen,selagi itulah pertanyaan “Bila Undi Ye” akan berterusan.Saya pun naik malas bila kawan-kawan Tanya,macam saya yang istihar bubar parlimen.Mahu tak mahu saya jawap,”Tanya Najib lah..”,Najib pun naik pening,mahu di bubar awal,belum tentu sokongsn menyebelahi UmnoBn,kes Liwar 2 Anwar belum selesai.Mahu di lewatkan ada yamh mahu cepat di bubarkan parlimen,serba tak menjadi gayanya.Mungkin tunggu Hajah Mah dapat ilham agaknya.Maklum kan Hjah Mah orasng kuat di belakang Abang Aji Ajib.

Segala-galanya dalam teka teki,ahli UmnoBN pun begitu,ahli Pakatan Rakyat pun begitu,masing-masing berteka-teki.Tengok situasi terkini,tengok kes Anwar macam mana,tengok isu-isu yang berlaku,segalanya berkemungkinan.Najib dan Kak Mah pun berteka-teki juga,masing-masing bingung dan bercelaru.Begitu juga dengan Muhyuddin Yasin berteka-teki juga.Masing-masing dengan teka-tekinya.Bila,bila,bila?.Rakyat pun tak sabar nak memangkah.Pengundi-pengundi muda yang sudah berdaftar pun ghairah tak terkira mahu mengundi.

Malah pengundi-pengundi hantu pun sedang berteka-teki mahu dan bila boleh mengundi,pengundi warga asing pun begitu,berteka-teki,janji dapat warganegara itu penting bagi mereka bagi meneruskan kehidupan di Malaysia yang aman damai bagi mereka.Siapa lagi yang berteka-teki kalau bukan dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.Mereka juga berteka teki juga.Bila?.Tanyalah Najib.Itu jawab saya bila ada orang bertanya pada saya.

YB UmnoBn dan YB Pakatan Rakyat turut berteka-teki PRU-13,tercalonkah aku,atau malas dah jadi calon.Macam Yb UmnoBn yang ada sekarang yang konon-kononnya sudah tidak mahu dicalonkan lagi,sedia berundur diri demi orang lain yang lebih baik dan muda,itu kononnya setelah banyak mana harta terkumpul dalam bank,jutaan malah billion mungkin tersimpan.Sudah kenyang,bagilah calon-calon lain.Wah hebat lakunan mereka.Betul ke,tak mahu di calonkan atau hanya ‘test market’?..Itu pun teka-teki juga.

Ah..teka-teki lagi,politik penuh dengan teka-teki.Cukuplah berteka-teki,kita tunggu sahajalah pengumuman Najib bila-bila masa sahaja dari sekarang untuk membubarkan parlimen.Sekurang-kurangnya tak ada lagi pertanyaan dan teka-teki’’Bila Undi Ye..!”

Ayuh berubah..Selamatkan Malaysia..!

Wednesday, December 14, 2011

MALAM INI: RAPAT RAKYAT-asalkan bukan Umno (ABU)

Tak Kira Apa Keputusan,Saya Akan Lawan Demi Keadilan


Selepas pernah berada di penjara selama enam tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad akan terus berjuang demi keadilan tidak kisah bakal keputusan kes liwat, yang akan diumumkan 9 Januari depan.

“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini, di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini.

Ketua Pembangkang ini menambah, beliau pernah melalui kehidupan di penjara dan mendapati ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilalui.

Anwar , bekas timbalan perdana menteri, telah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa selepas dipecat pada 1998. Beliau dibebaskan pada 2004.

Bagaimanapun pemimpin berusia 64 tahun ini berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan.

“Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?” katanya.

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia...!

Sumber:HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA

Sunday, December 11, 2011

Politik Lembu (2)



Macam-macam perkara berlaku di Perhimpunan Agung Umno baharu-baharu ini.Kutuk,hentam,cerca,keji dan macam-macam untuk pembangkang,Pakatan Rakyat.Mereka bukan lagi berkisah tentang agenda Melayu,tidak sama sekali.Tiada agenda dan pembaharuan yang mahu di bawa oleh parti yang berkurun lama itu.Melayu sekadar slogan kosong bagi mereka.Hidup Melayu..! Hidup Melayu..Hidup Melayu..!.

Politik lembu di bela semahu-mahunya,lain di persoal lain pula dijawabnya.Angkuh dan sombong lagaknya.Begitukah tingkah seorang menteri wanita,bagai samseng demi mempertahankan ‘kelembuan’ nya.Di mana moral dan harga diri?.Para pendokong dan penyokong mereka benar-benar di lembu-lembukan.Kalau selama ini rakyat di lembu-lembukan kini mereka dan sekutu-sekutunya di perlembu-lembukan pula.

Cukuplah rasanya membicarakan politik lembu ini,hilang moral,hilang maruah.Bukan makin sedar tapi semakin lama,semakin tidak sedar dan angkuh.Kita rasa cukuplah parti lembu ini berkuasa untuk kali ini.Kuburkan mereka PRU-13.

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia..!

Thursday, December 8, 2011

Nasihat Buat Bangsa Melayu

Tuan Guru Haji Hadi Bin Awang


SURAT TERBUKA KEPADA ORANG MELAYU : ISLAM DIDAHULUKAN, MELAYU BERSAMANYA


Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:


قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158



158. Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.

Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran :


وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد


38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad)

Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.

Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis: .

(Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).

Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.

Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.

Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.

Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .

Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka. Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu. Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.


PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.


PRESIDEN PAS
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang

Sumber:Laman Web Presiden

Sunday, December 4, 2011

Melayu Berubahlah

Melayu mesti berubah


Baru-baru ini saya ke sebuah kedai makanan ringan di Pekan Kapar.Sebuah kedai cina.Bersama isteri dan dua orang anak saya memasuki kedai itu.Nak cari gula-gula untuk di berikan pada Abang yang mahu buat kenduri khatan anaknya.Semasa masuk kekedai,saya terlihat akhbar cina yang terletak di meja kaunter.

Kelihatannya gambar lembu...opps silap gambar Shahrizat sedang menyinsing lengan.Taukeh cina senyum melihat saya bila saya tunjuk paper itu.Kata saya pada taukeh cina itu,ini orang tak boleh pakai..!.Taukeh itu senyum sahaja bila saya katakan begitu.Saya yakin taukeh itu setuju dengan saya.

Di pendekan cerita,setelah selesai cari barang yang di beli,bila mahu bayar taukeh itu sempat bercerita tentang ‘Isu Lembu’,macam-macamlah yang dia cerita.Saya apa lagi tambahlah apa-apa yang patut bagi menyemarakkan semangat taukeh cina itu.Nampaknya bangsa cina lebih sedar dalam hal politik ini,dalam hati saya ketika itu berkata-kata.Ini baru satu kedai belum lagi kedai-kedai yang ada di Pekan Kapar ini,saya yakin bangsa cina sudah jelas pendirian politik mereka.Mereka faham apa yang berlaku di Negara kita.Orang Melayu bagaimana?!.

Saya tertarik dengan cerita taukeh cina tentang pengalaman adiknya sebagai seorang kontraktor.Satu hari adiknya membuat sebuah signboard,tidak besar sangat harga dalam anggaran RM5000,itu anggaran adiknya,itu pun kata adiknya sudah cukup mahal.Tapi bila sampai ke pihak yang mahu klim duit bayaran.

Pihak itu meminta agar ditulis dalam sebut harga itu RM25,000.Adik taukeh cina tadi antara percaya dengan tidak,sebab dia pun takut nak tulis.baginya RM5000 itu sudah cukup besar dan untung,ini pula di suruh ubah menjadi RM25,000.Mahu tak mahu di tukar sebut harga menjadi RM25,000 bagi memenuhi nafsu rakus pihak tersebut.Jadi cerita tadi tidaklah menghairankan kita sebenarnya,Cuma nak beritahhu bahawa kerja-kerja kotor ini sudah berlaku puluhan tahun semenjak pemerintah yang ada ini berkuasa.

Kita tidak hairan bila ketua Audit mengeluarkan laporan audit berkaitan dengan kementerian yang berbelanja melampau dalam laporan auditnya.Ianya memang sudah berlaku pembaziran dan penyelewengan sudah sekian lamanya.Salah satu contoh yang saya ceritakan tadi sudah cukup membuktikan akan penyelewengan yang di lakukan pihak tersebut.

Apa yang saya mahu dikongsikan di sini tentang sikap dan keperihatinan taukeh cina tadi tentang isu-isu yang berlaku dalam Negara kita.Kesedaran politiknya lebih hebat dari orang yang kelihatannya hebat tapi hampas tak ada apa-apa.Jika semua rakyat ada kesedaran ini,dapat melihat kepincangan dan penyelewengan pemerintah,saya yakin PRU 13,PEMERINTAH YANG ADA SEKARANG INI BOLEH BUNGKUS.Itu kesedaran yang ada pada bangsa cina,Melayu bagaimana?Melayu oh Melayu..bangun..bangun dah senja ni..!.Ataukah Melayu masih tidur,lena tak tahu apa-apa.Sedar dan bangkitlah wahai bangsa yang prihatin.Negara ini sudah mahu tergadai oleh pengkhianat-pengkhianat yang mengaku pembela bangsa.

Oklah,setakat ini untuk saya kongsikan hari ini.

‘FIKIR-FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKAN DUHAI BANGSA KU’

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia...!

Saturday, December 3, 2011

Malam Ini: RAPAT RAKYAT


JOM PAKAT RAMAI-RAMAI MALAM INI DI STADIUM MALAWATI SHAH ALAM

Friday, December 2, 2011

Ganyang Jangan Tak Ganyang

Ganyang terus Ganyang


PKR baharu sahaja bersidang dalam kongres Nasional Tahunan ke-8 di Johor Baharu(27 Nov 2011).Negeri yang diakui dan di katakan terkuat UmnoBn nya.Tak lut katakan,namun kenyataannya sekarang tidak ada apa yang di sangka kan.UmnoBn di johor tidaklah sekuat mana.Pakatan Rakyat sudah dapat menembusi mana-mana kawasan untuk berceramah di mana-mana di negeri johor.

Jadi,Pakatan rakyat telah berjaya menganyang negeri yang dikatakannya kuat UmnoBn itu.Dalam kongresnya baru-baru ini Naib Presiden Keadilan,Dr Mansor Othman mengatakan Program ‘Ganyang BN’ akan di lancarkan untuk menyerang kubu kuat Umno Bn di seluruh Negara termasuk di negeri johor juga akan di lancarkan.Satu usaha yang sangat baik oleh PKR ini sangat bagus di teruskan,usah ditangguh-tangguh gerakkan sahaja program yang bakal mengegarkan Umno Bn johor dan Umno Bn di negeri lain.

Kesombongan dan keangkuhan parti yang begitu lama berkuasa sudah patut di hentikan dari arus politik Negara.Mereka sudah letih dan tidak mampu mentadbir dengan sebaiknya setiap negeri yang di perintah oleh mereka.Apatah lagi negeri Johor.Perubahan yang di lihatkan oleh rakyat Johor ini,sewajarnya di ambil peluang sebaiknya oleh Pakatan Rakyat bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada mereka tentang bobroknya sisitem dan juga tidak berdaya nya pemerintah yang ada sekarang.

‘Ganyang jangan tak Ganyang’ sampai tumbang.Usaha yang akan di lakukan nanti biarlah tersusun aturcaranya dan bersistem,tunjukkan yang Paktan Rakyat serius akan bakal dapat 'menNYAH dan menGanyang' parti lusuh lagi anggkuh di setiap kawasan yang di katakana Umno Bn itu kuat.Saya yakin usaha yang akan di jalankan akan membuahkan hasil jika kerjasama antara semua parti dalam Pakatan Rakyat dapat di semarakkan lagi.

Justeru tidak ada yang mustahil,sekuat mana pun parti itu bertapak,jika sudah sampai masanya jatuh dan tumbang ia kan tetap berlaku.Kita yakin usaha untuk menganyang ini akan berjaya.

TERUSKAN USAHA UNTUK MENGANYANG UMNO BN DI MANA JUA MEREKA BERADA..! Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia...!

Thursday, December 1, 2011

Langkah Terdesak Menyelamatkan Kuasa


Perhimpunan aman sudah jadi tidak aman dengan Rang Undang-Undang Himpunan Aman yang telah di luluskan pada 29 November lalu.Semuanya kerana ingin mengekalkan kuasa yang ada.Langkah yang di lakukan oleh UmnoBn ini bukanlah untuk mencari kejernihan tetapi semakin mengkucar-kacirkan keadaan.Rang undang-undang ini lebih teruk dari yang sedia ada.Malah Malaysia akan lebih kelihatan teruk dari Zimbabwe atau pun Myanmar.

Kalau sebelum ini,rakyat boleh berhimpun selagi mana tidak menimbulkan sebarang yang merugikan (kekacauan),kini jika di adakan bakal membahayakan kepada yang menganjur dan juga yang menyertainya.Denda untuk yang kena tangkap menyertai sahaja sudah RM 10,000,manakala pihak penganjur RM20,OOO.Akta baharu ini,betul-betul mahu menutup mulut rakyat daripada mempersoalkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah.

Sesungguhnya,transformasi yang di laungkan oleh Perdana Menteri selama ini hanyalah khayalan kosong dan pembohongan semata-mata bagi menyedapkan telinga rakyat.Di sebalik transformasi rupa-rupanya ada agenda yang sangat tidak bertamadun dan tidak demokratik.Semata-mata kerana mahu mempertahankan kuasa yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.Apa pun mereka boleh lakukan apa yang penting kuasa tetap di tangan mereka.

Keji dan jelik perbuatan yang tidak masuk akal.Tindakan para peguam mengecam dan membantah akta ini membuktikan kepada kita rang undang-undang ini sangat tidak demokratik kepada seluruh lapisan masyarakat.Rakyat harus buka mata dan sedar tentang hak-hak mereka yang telah di rampas dan di cabuli malah di perkosa oleh pemerintah yang semakin gila ini.

Bagaimana mahu menghentikan pencabulan dan pemerkosaan ini?.Nah..jangan lupa PRU-13 JANGAN UNDI BN,Nyahkan dari persada politik Negara kita.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...