Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, April 29, 2011

Laporan yang tidak seimbang

Media yang ada..





Salah satu faktor antara mengapa pihak pembangkang kalah dalam pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umun adalah berita-berita yang di sajikan sama ada di dalam media cetak mahupun media elektronik tidak mengambarkan perkara yang sebenarnya dan laporan yang tidak seimbang,dengan kata lain berat sebelah.Memang ada faktor lain selain faktor ini,sengaja saya nukilkan dalam tulisan ini,hanya faktor ini,faktor lain mungkin dalam penulisan yang lain pula.

Faktor inilah antara yang di bicarakan oleh para pimpinan Pakatan Rakyat,media tidak telus dan berat sebelah dalam menyampaikan berita atau maklumat yang di laksanakan oleh Pakatan Rakyat.Mereka lebih suka dan rela pemikiran rakyat di pesongkan dengan berita-berita yang tidak betul,yang akhirnya menjejaskan sokongan dan dokongan kepada Pakatan rakyat,hingga akhirnya membawa ke kecundangan dalam setiap kali PRU atau PRK.Bukankah menggunakan agensi kerajaan untuk berkempen satu kesalahan duhai SPR?.

Sebagai parti pemerintah Umno Barisan Nasional telah menggunakan sepenuhnya agensi-agensi penerangan ini,sama ada agensi kepunyaan kerajaan mahupun swasta.Melalui RTM 1,RTM 2,TV3,TV9,TV8,NTV7,ASTRO bahkan TV Al-Hijrah sekalipun telah di gunakan bagi menyampaikan maklumat atau berita-berita yang berkaitan dengan politik tanahair yakni hanya untuk kepentingan politik mereka sahaja.Kata orang gunakkan harta kerajaan macam menggunakan harta emak bapak mereka..!.

Namun laporan-laporan yang di siarkan amat mendukacitakan dan menjolok mata,di mana peluang yang sama tidak di berikan dengan seadil-adilnya buat parti pembangkang bagi memberikan pandangan dalam menyampaikan dasar parti atau apa sahaja perkembangan yang di buat oleh parti pembangkang.

Media-media elektronik yang di kuasai Umno Barisan Nasional ini lebih menonjolkan keburukan dan kelemahan parti-parti pembangkang seperti PAS,KEADILAN dan DAP atau lebih dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT.Ketidakadilan ini semakin hari semakin mendukacitakan dan sangat mengecewakan rakyat khususnya yang inginkan laporan berita yang telus dan seimbang.Jika adapun berita dan gambar pemimpin dari pihak pembangkang berucap atau bercakap,namun hanya mulut sahaja yang berkumat-kamit tanpa ada suara sepatah pun.Bagimana rakyat mahu faham dan apa yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang itu?.

Setiap kali pilihanraya Umum mahupun pilihanraya kecil,Umno Barisan Nasional menggunakan semaksimum media ini,bagi menonjolkan kempen-kempen mereka dan memburuk-burukan parti pembangkang.Rakyat nun jauh di pendalaman hanya menerima berita-berita dari satu pihak yang menonjolkan janji-janji manis dan indah pembangunan setinggi langit.Rakyat yang tidak berfikiran matang akan mengiayakan setiap apa yang di laporkan dan menerimanya walaupun laporan yang di sampaikan tidak benar.Malangnya isu-isu semasa yang berlaku tidak akan dapat difahami oleh rakyat kebanyakannya dari nun jauh di pendalaman.

Penyalahgunaan jentera kerajaan ini adalah sejelas-jelasnya,namun oleh kerana parti yang memerintah yang buat,maka pihak yang sewajipnya(SPR) menegur penyalahgunaan jentera kerajaan ini,senyap sunyi kelu lidah tidak boleh buat apa-apa.Jika parti pembangkang yang lakukannya,riuh seluruh alam jagat,biarpun hanya sekecil hama..!.
Begitu juga dengan media cetak,akhbar apa yang tidak di gunakan Umno Barisan Nasional dalam kempen atau apa sahaja berita untuk memburukkan parti pembangkang,Siapa yang tidak kenal dan baca akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia,Berita Harian,Kosmo,Metro dan sebagainya termasuk dari akhbar-akhbar keluaran sekutunya dalam bahasa tamil mahupun bahasa cina serta lain-lain lagi.Semuanya di gunakan untuk kepentingan politik Umno Barisan Nasional.

Rakyat yang tidak terdedah dengan berita yang sebenarnya akan menerima apa sahaja laporan berita yang tidak betul dari akhbar-akhbar tersebut.Maklum sahaja edaran akhbar seperti Siasah,Keadilan(itupun permit masih di gantung),Harakah,Roket amat terhad.Itu pun terbitannya hanya seminggu sekali ataupun dua kali,sedangkan mereka menggunakan akhbar,TV dan Radio saban waktu dan saban hari..!.

Maka usaha untuk untuk menyebarluaskan maklumat sebenarnya,apa yang berlaku dalam politik tanahair kita ini perlu di perluaskan di kawasan-kawasan pendalaman.Usaha ini mesti berterusan sehingga Malaysia dapat di ubah menjadi sebuah Negara yang benar-benar bebas medianya.

Ayuh berubah...!...Selamatkan Malaysia..!.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...