Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Friday, September 30, 2011

Hudud Lagi..!

Hudud..mengapa mesti takut?


Orang Islam yang beriman,tidak kira lelaki mahupun perempuan,yang berakal tahu membezakan yang baik atau pun yang buruk,sudah pasti mempunyai prinsip hidup yang baik dan murni.Segala amal ibadat yang di laksanakan ditujukan semata-mata hanya untuk penciptanya.Kerana mereka tahu dihujung penghidupan mereka pasti akan ada pengakhirannya,oleh itu mereka takut untuk mengingkari segala perintah dan peraturan yang Allah perintahkan.Ya..itulah ciri manusia yang benar-benar berpegang teguh dengan ajaran agamanya yakni Islam yang suci.

Merujuk pada isu yang sedang hangat diperkatakan sejak beberapa hari yang lalu berkenaan Hudud.Satu perkara dalam banyak juzuk yang di perjuangkan oleh pas.Cita-cita untuk memartabatkan undang-undang Islam ini sudah wujud terselinap di setiap hati ahli pas,bermula dengan para pimpinannya hinggalah kepada ahli-ahlinya.Cita-cita yang murni dan suci ini menjadi impian setiap pemimpin dan juga para ahlinya.Cita-cita dan perjuangan ini tidak pernah mati dan ianya akan tetap subur dan mekar selagi mana asas perjuangan parti pas tidak lari dari landasannya yakni Islam itu sendiri.

Hari ini kecoh semula tentang perkara ini,sehingga orang yang jahil dan kurang arif pun cuba mahu turut sama berpolimek dalam hal yang serius ini.Malah di tambah lagi dengan adu domba media masa yang tidak pernah rasa berdosa dan mahu bertaubat insaf pada Allah juga turut sama-sama memperli,memperlekeh dan mengecil-kecilkan usaha parti yang bercita-cita sungguh-sungguh mahu mertabatkan undang-undang ini,bukan setakat bercita-cita tetapi mahu melaksanakannya.

Mereka tidak melihat keseriusan yang mahu ditunjukkan oleh pas,malah mereka melihat itu sebagai pancingan undi untuk Pru 13,perasangka buruk mereka dari dulu,hingga kini tidak berubah dan memang tidak akan berubah selagi mana parti yang memerintah ini masih kekal dan wujud di bumi Malaysia ini.

Mereka melihat agama itu hanya untuk pancingan semata-mata,tidak melihat dari kaca mata perintah yang mesti dilaksanakan.Bagi mereka agama sekadar perhiasan yang jika menguntungkan dan memberi imbalan yang baik baru mereka akan lakukan,itu pun hanya sekadar tempelan,terap-terapan (penerapan hasilnya Islam terus terperap dalam agenda politik mereka),juga Islam Hadhari,terus hilang entah kemana?.

Bayangkan 54 tahun merdeka(tak pernah di jajah?),para pimpinan politik dalam parti pemerintah sudah silih berganti,bangsa melayu beragama Islam hingga kini..apa jadi dengan undang-undang Islamnya?.Tidak ada cita-cita kearah itu,niat apatah lagi,malah yang kelihatannya meperlekeh,memomokan,mempermainkan,kolot,ketinggalan zaman..itu sahaja yang sering kita dengar dari mulut para pimpinan mereka..malah para penyokong mereka,bahkan para ulamak,cerdik pandai dan cendekiawan di kalangan mereka juga tidak yakin dengan undang-undang hudud di tegakkan dalam Negara ini.

Pelbagai alasan yang tepancar dalam mulut mereka,belum sedia,Negara ini berbilang bangsa,orang belum faham lagi(bagaimana mahu faham usaha-usha kearah mahu memahamkan rakyat tidak dilaksanakan dengan bersungguh,itupun jika ada kearah itu),keadaan belum mengizinkan,suasana kurang kondusif..seribu helah dan alas an ini sebenarnya mempamerkan sikap dan tindak-tanduk mereka sendiri yang sememanganya tidak ada hati dan persaan yang mahu melihat undang-undang ini tertegak di bumi Malaysia ini.

Dalam sinar harian 25 September,muka surat 2,yang bertajuk Malaysia tidak akan laksana Hudud:Najib.Sudah jelas lagi bersuluh,pimpinan Negara merakamkan pelbagai alasan dan niat untuk melaksanakan undang-undang Hudud memang tidak wujud dalam fikiran mereka.

Benarlah kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,Menteri Besar Kelantan,apa kata beliau kepada mereka yang takut dengan Hudud ini;

“Sepatutnya,orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya.Kita kempen,kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam,” “Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut hantu.Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu bagaimana hantu. Hudud Islam pun begitu juga,takut kepada hudud.Kenapa takut hudud,tidak tahu.Melayu,India,Cina,sama”

Orang melayu selaku beragama Islam juga tidak yakin malah menentangnya,bagaimana mahu melihat ini terjadi.Di Kelantan pas sudah cuba mahu melaksanakan malah draf itu sudah wujud namun bila sampai ke pusat ia di halang malah di beri amaran supaya tidak di laksanakan undang-undang hudud ini.Memang pimpinan Umno Bn tidak akan mahu melihat ia dilaksanakan apatah lagi diwaktu ini.

Apa pun,kita yakin satu masa hukum Allah akan tertegak juga di Negara yang dijanjikan ini.Waktu ini untuk kita mengharapkan mereka-mereka yang sedang memerintah untuk melaksanakan pun penuh dengan alasan dan dolak dalik,malah mereka yang kita harapkan untuk mengizinkan undang-undang ini terlaksana pun mereka terdiri daripada mereka yang penuh dengan skandal,pecah amanah,pemfitnah,pembohongan dan beribu macam ketidakadilan.

Dan sememangnya mereka juga mungkin sudah ditakdirkan untuk menentang hukum atau undang-undang ini tertegak di Negara ini.Kita sebagai golongan yang menyokong hudud ini,sama-sama kita berusaha memberi kefahaman dan penerangan kepada mereka yang belum faham.Bagi yang faham tapi terus-terusan menentang kita serahkan urusan itu kepada yang Maha Agung untuk mengadilinya.

Justeru itu,marilah perkemaskan segala amal ibadah kita,perjuangan kita dan seterusnya berdoa agar segala yang di cita-citakan (hukum hudud) dapat terlaksana di bumi yang bertuah ini.

Ayuh berubah...Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...