Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, April 25, 2012

Bersih 3.0 Menggamit Lagi


BERSIH 3.0


Mereka yang pernah menyertai perhimpunan BERSIH beberapa tahun yang lalu sudah faham dan tahu bagaimana perhimpunan itu dijalankan.Ianya aman dan tenteram kecuali bila mana ada provokasi dan gangguan oleh pihak keselamatan Polis dan Fru,itu pun atas arahan.Apa pun namanya arahan atasan, kejam tetap kejam,zalim tetap zalim.

BERSIH 1.0 aman tapi ada gangguan dari FRU,BERSIH 2.0 aman juga ada gangguan dari FRU.Sudah dua kali perhimpunan BERSIH semuanya aman.Adanya keributan dan situasi kelam kabut,huru-hara dek kerana tindakan kejam mereka menyembur air berkimia dan berlaku tangkapan.Bukan peserta yang memulakan tetapi mereka (Polis dan FRU) yang di beri arahan untu membuat kacau bilau.Itu semua orang tahu,video ada,di Youtube juga ada,tidak ada siapa yang menafikan.

Begitulah setiap akan di adakan perhimpunan aman BERSIH,maka akan adalah mereka-mereka yang berkokok menyatakan perhimpunan haram tiap kali di adakan perhimpunan BERSIH tiap kali itulah di lagukan perhimpunan haram.Munculah NGO-NGO (Ngo segera)membuat laporan polis tidak setuju perhimpunan itu diadakan konon mengangui kententeraman awam,perniagaan mereka akan rugilah,pelancong takutlah dan seribu macam alasan yang di beri.Itulah mentaliti mereka tentang perhimpunan BERSIH.

Kali ini BERSIH 3.0 muncul pula,ia mengamit-gamit hati setiap rakyat yang peka dan sensitive apa yang berlaku di tanahair mereka.Mereka bukan rakyat yang pekak dan seperti lembu dicucuk hidung,ikut sahaja apa yang tuanya buat salah,mengiakan apa sahaja tindakan bodoh tuannya,Mereka adalah rakyat yang celik mindanya,tidak buta mata melihat kebobrokan yang dilakukan oleh penguasa yang rakus dan zalim.

Bermula BERSIH 1.0,BERSIH 2.0 dan masuk yang ketiga,mereka buat pekak badak tentang tuntutan beberapa perkara yang perlu di perbaiki dalam sistem pilihanraya di Malaysia.Tuntutan itu adalah hak rakyat,kerana sebagai pengundi rakyat perlu di beri kebebasan untuk memilih pemimpin yang mereka sukai.Akses kepada kemudahan media,rakyat juga berhak mahu melihat dan mendengar suara pemimpin mereka di media-media,baik elektronik mahupun media cetak.Ini tidak hanya kelompok mereka sahaja yang menikmati kemudahan tersebut.

Dan beberapa tuntutan lagi yang tidak perlu saya tulis dan jelaskan di sini.Rakyat sudah tahu semua itu.Yang tidak tahu dan tidak mahu ambil pusing tuntutan ini adalah SPR yang telah diperkuda parti yang memerintah ini sekarang,siapa lagi kalau bukan parti yang semakin hari semakin lusuh daya fikiran dan semakin hilang sifat kemanusiaannya,UMNOBN.Para pempinan pembangkang sudah acapkali mendesak,menekan,memperotes namun apa yang dilakukan mereka makin hari makin tidak mendatangkan keberhasilannya.

Oleh itulah BERSIH 3.0 dilancarkan dan akan berjalan pada 28hb 04 2012,Sabtu ini.Itu sahajalah jalan dan bahasa yang boleh memahamkan golongan yang rakus yang sedang memerintah sekarang,itu pun jika mahu memahami.SPR dan Sang Penguasa perlu melihat perkara ini dengan serius,perkara pilihanraya bagi rakyat yang faham bukanlah perkara main-main.ia merupakan masa depan mereka dan anak cucu mereka dalam menentukan siapa pemimpin yang layak untuk menerajui tanahair ini.

BERSIH 3.0 akan mengajar mereka yang buat buta mata dan pekak badak,maka PRU-13,Insyallah akan menyaksikan mereka akan tersungkur dan tertiarap tidak boleh bangun-bangun lagi.

Jom BERSIH 3.0..!

Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...