Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, April 25, 2012

Apa Yang Mahu Di TIBAINYA


TIBAI..?

TIBAI?.Pelik juga dengan nama NGO baru ini,jawatan tertingginya Mursyidul Am ada ahli jawatankuasa syura lagi,guna nama ala Islamik.Tapi nama organisasinya TIBAI,jangan nanti jadi bahan lawak sudah lah.TIBAI nak tibai Anwar.Seboleh-bolehnya tidak membenarkan Anwar menjejak Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri selepas Najib.Mereka terdiri daripada bekas pencacai Anwar masa lalu,Mursyidul Amnya Zahid Mat Arip cucu Tun Ghafar Baba.

Di rasmi sudah oleh Presiden Perkasa Ibrahim Ali,siap pakai kayu panjang pukul gambar Anwar,nampak sangat NGO militant,ganas,kasar dan samseng lagaknya(tapi halal dan dilindungi),kalau tak di taja wujudnya,mungkin tak wujud TIBAI  ni,kita yakin peruntukan banyak turun untuk TIBAI,maklum nak tibai Anwar kena guna duit,masing-masing nak tibai Anwar,masyukkkk...!.

Bagi saya,dari mereka tubuhkan TIBAI,lebih baik mereka kuatkan NGO yang ada sekarang,seperti perkasa,Perkasakan betul-betul,nak serang Anwar seranglah,nak buat lagak kasar ganas buatlah,itu pun jika mahu sangat.Dari membuang masa tubuh TIBAI,nanti akhirnya tidak ke mana,baru ditubuhkan memanglag nampak gah,hebat,maklum duit masih banyak,nanti bila peruntukan berkurang,senyap sepi.Jika matlamatnya sama lebih kurang macam Perkasa,baik gunakan sahaja platform perkasa,sama sahaja perkasa pun tibia Anwar.

Apa lagi yang tidak adanya,GAPs,PERKASA,TIBAI dan macam-macam lagi yang wujud,salah ke kewujudanya?.Tidak sama sekali,demokrasi itulah namanya,banyak pertubuhan,jamaah dan sebagainya baguslah tapi apa pun jika kewujudanya satu matlamat lebih baik guna satu sahaja,sebab adakalanya ahli yang sama juga,matlamat mahu hancurkan Anwar itu sahaja perjuangannya.

Dari terpekik terlolong kata Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri,kan baik buat kerja tolong melayu yang miskin dikampung-kampung,kata perjuangan bangsa melayu,buatlah kebajikan untuk melayu,bukan hentam sesame Melayu.Lagak samseng,terpekik terlolong mengangui ceramah-ceramah PAKATAN,gangu,pukul,terajang mahasiswa yang sedang demo dan berkkhemah di Dataran Merdeka.Inikah perjuangan dan pejuang?.

Cukuplah apa pun namanya TIBAI ke GAPS ke sama sahaja tidak memberi perubahan kepada bangsa Melayu,ia akan lebih di lihat oleh bangsa lain sebagai puak pelampau Melayu,jatuh maruah dan harga diri bangsa Melayu kerana dek’  perlakuan mereka yang tidak bertamadun.Lebih-lebih lagi bila di sebut Melayu bagi mereka Islam semuanya tapi sikap dan akhlak langsung tidak menunjukkan jati diri Islam yang sebenarnya.

Sudah,sudahlah ye,bawak muhasabah diri wahai bangsa Melayu,Negara sudah mahu tergadai oleh pemerintah yang ada sekarang ini.Hentikanlah kerakusan mereka selama 54 tahun.

Cukup dan cukup!

Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...