Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Tuesday, April 24, 2012

Mahasiswa Oh Mahasiswa





Keberanian mahasiswa saat ini menjadikan UmnoBn telah ketakutan dan hilang akal.Mana tidaknya,mahasiswa yang berdemo dan berkhemah di Dataran Merdeka telah di serang dengan tiba-tiba oleh segerombolan samseng yang semua orang yakin mereka bertindak atas arahan dan upah yang di berinya sudah semestinya banyak dan lumayan.

Jika tidak diupah dan lumayan imbalannya masakan mereka mahu menyerang,mereka juga menganggap mereka berjuang,mereka berjuang bila ada duit dan upah baru semangat.Malah semangat mereka akan luntur dan kendur bila duit dan upah tidak sampai kepada mereka.Suara mereka juga macam pondan dan ketakutannya sangat menyerlahkan.Maklum samseng taik kucing.(rata-rata blogger mengelarkan mereka dengan gelaran ini).

Kita yakin mereka ini sebahagiannya yang di gunakan oleh puak pelampau Melayu yang di ketuai oleh Raja Kintel’.Percayalah mereka ini tidak hebat mana pun.Mereka terdiri dari golongan yang lemah daya fikirnya dan moral yang rendah.Rasis dan tidak bertamadun.Mereka rasa hebat sebab mereka dilindungi oleh sebahagian mereka yang CARMA dengan penguasa.

Kita tidak menuduh itu perbuatan dan arahan UmnoBn,tetapi rakyat sedia maklum,mereka yang melakukannya adalah mereka yang sebelum ini menganggu ceramah di jalan kebun.Wajah mereka ada yang persis wajah samseng jalan kebun (hari ini di katakan mereka sudah di tangkap polis).

Kita tidak tahulah apa tindakan polis terhadap samseng tersebut.Menurutnya (orang yang berada di Dataran Merdeka)semasa kejadian mahasiswa diserang pihak polis yang tidak jauh dari situ tidak langsung mengambil tindakan keatas samseng yang menyerang mahasiswa.Tangkapan itu pun dilakukan setelah ramai pihak menyuarakan ketidakpuashatian terhadap pihak polis.Ya,mereka bertindak bila setelah riuh orang ramai marah.Begitu cekapnya mereka bertindak.Tahniah kepada pihak polis.

Mahasiswa nekad bedemo dan bekhemah hingga tarikh BERSIH 0.3,keberanian yang luar biasa membuatkan pemimpin-pemimpin UmnoBn hilang punca,hilang akal dan bertindak tidak rasional.Apa salahnya fahami dan bincang dengan baik tuntutan mahasiswa itu yang mahu PTPTN (TABUNG HUTANG BELAJAR) di hapuskan atau di batalkan,mereka mahukan pendidikan percuma.Salah ke?.Ini tidak.mengungut dan mengancam mereka dengan menggunakan samseng persis tindakan militant.

Mereka (pemimpin dan pendokong UmnoBn) lupa atau buat-buat lupa,beberapa rejim Negara Arab sudah tumbang atas kuasa rakyat yang di terajui oleh para mahasiswa mereka di sana,seperti Mesir.Kuasa mahasiswa (Student Power) adalah sebahagian suara yang amat ditakuti sang penguasa yang rakus dan zalim.Biarlah mereka melakukan sesuka hati mereka terhadap rakyat khususnya mahasiswa dengan diberatkan dengan PTPTN.Insyallah mahasiswa yang cerah minda dan waras akalnya kan menghukum mereka pada PRU-13 nanti.Ajar dan beri pengajaran(itu pun jika mahu ambil pengajaran) pada penguasa yang tidak berhati perut dan mementingkan diri,keluraga dan suku sakat mereka.

Keberanian mahasiswa saat ini merupakan detik bersejarah bagi Negara,seantero dunia sedang menyaksikan kemuncak kebangkitan rakyat yang insyallah akan didokongi sebahagiannya oleh mahasiswa yang berani.Yang takut duduk diam-diam jangan nak komen macam-macam,awak jika mampu sangat nak bayar hutang PTPTN itu bayar dan terus pangkah UmnoBn,itu pun jika rasa kaya dan mampu.Jangan dek’ kerana ego dan sombong bodoh memperkecilkan usaha-usaha mahasiswa yang berani ini untuk menekan penguasa agar TABUNG HUTANG itu dilupuskan.Jika berjaya awak juga yang tumpang untungnya.tak gitu..!.”

Syabas dan tahniah kepada seluruh mahasiswa yang berani menongkah arus,doa kami agar perjuangan kalian menuntut keadilan akan di beri pertolongan oleh Allah SWT.Semoga kejayaan menyebelahi mahasiswa semua.Hancurkan kezaliman,nyahkan ketidakailan dari bumi Malaysia ini.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...