Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Tuesday, April 24, 2012

Bankrap Negara Jika Pendidikan Percuma?


Sebuah Negara yang kaya dengan hasil mahsyulnya seperti minyak,getah,balak,bijih timah dan banyak lagi.Bermacam program transformasi yang menelan berbilion ringgit,macam macam nama transformasi NKRA,RASIONALISASI,dan macam-macam nama lagi.Semuanya dikatakan atas keperhatinan ke atas rakyat.Rakyat di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan,betulkah begitu hasilnya?.

Tetapi bila di bicarakan pendidikan percuma,bagai halilintar suara-suara yang begema menentangnya.Ada yang menonjolkan diri seolah-olah dia pakar ekonomi demi untuk merai emosi pemimpin UmnoBn yang tengah hilang punca dan hilang sebahagian akal kewarasannya.Ada yang berkata Malaysia belum cukup kaya untuk pendidikan percuma.

Malah pelampau Melayu yang cukup digeruni pun mengatakan akan bankrap Malaysia jika pendidikan percuma.Malah ada  suara mahasiswa yang turut mempertahankan PTPTN yang sebenarnya membebankan mereka.Oleh kerana mahu ambil hati pemerintah mereka sanggup menyembunyikan keperitan mereka dalam hutang PTPTN.Nasib kau lah labu.Syabas kepada mahasiswa yang berdemo dan berkhemah di Dataran Merdeka.

Berbillion ringgit hilang di songlap oleh perompak-perompak professional langsung tidak dipersoalkan (takut makan gaji dengan kera jaan).Berapa projek gajah putih yang menelan belanja berjuta-juta juga tidak di persoalkan,malah ada menteri-menteri yang songlap duit di bawa keluar Negara juga di diamkan,projek lembu juta-juta gagal tapi duit tetap habis dan di songlap pun di diamkan,bahkan banyak lagi penyelewengan demi penyelewengan yang berlaku dan sedang berlaku ini tidak pun di persoalkan dan di sentuh.

Tapi bila tiba-tiba Anwar Ibrahim menyatakan Pendidikan percuma dan penghapusan Tabung PTPTN jika PAKATAN di beri mandat rakyat kemenangan,riuh gegak gempita Anwar bankrapkan Negara di sebabkan beri pendidikan percuma yang menggunakan duit Negara secara sah berbanding dengan jutaan malah bilionan duit rakyat dan Negara di songlap oleh pemimpin-pemimpin durjana dan zalim itu.Tidak masuk akal langsung mereka yang kurang akal itu.Mahu membodek pun logik sikitlah.

Begitulah golongan yang hatinya sudah tidak nampak kerasionalan pendidikan percuma.Busuk lagi membusukan.Amat mengecewakan dan tidak punyai sentiviti terhadap keperitan sebahagian besar mahasiswa-mahasiswi dari kalangan rakyat miskin.Jadi fikir dan renung-renungkan,juga banding-bandingkan nilai pendidikan percuma yang hanya menggunakan berapa billion duit Negara,berbanding jutaan dan billionan wang rakyat dan Negara yang mereka songlap dan faraidkan sesama mereka secara haram.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...