Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, April 25, 2012

Keyakinan VS Kerisauan



Mimpi di siang hari



Program MES menarik minat rakyat Selangor


Merujuk pada berita dari Sinar Harian(Rabu,25/04/2012) berkenaan tajuk ‘BN JANGAN MIMPI’,satu keyakinan oleh beberapa orang pemimpin PAKATAN tentang sokongan rakyat terhadap Kerajaan PAKATAN di Negeri Selangor.Ini menunjukkan UMNOBN tiada harapan untuk menumbangkan Kerajaan PAKATAN di Negeri Selangor pada PRU-13 nanti sekali gus akan meranapkan segala cita-cita dan impian UMNO BN.

Secara pribadi saya sangat menyokong pandangan dan keyakinan pemimpin PAKATAN itu,jika di lihat apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan PAKATAN sangat memberi keselesaan kepada rakyat,dengan program ‘MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR(MES).Pelbagai bentuk kemudahan,bantuan dan sebagainya sedang dan akan di rancang untuk rakyat,sesungguhnya sangat memberi kesan yang baik kepada rakyat Selangor.Tidak perlulah saya senaraikan satu persatu apa yang telah di laksanakan,semua orang sudah maklum dan faham.Yang tidak faham hanya pemimpin UMNOBN yang sombong itu.

Dengan peratusan sokongan yang semakin meningkat oleh pelbagai lapisan rakyat di Negeri Selangor ia akan memungkinkan harapan hanya tinggal harapan untuk UMNOBN merampas Selangor.Jika peratusan sokongan dari bangsa Cina meningkat ke 80% dan Melayu 60%,ini menunjukkan rakyat sudah semakin faham dan selesa berada dibawah Kerajaan PAKATAN.Sekiranya inilah yang berlaku memang tepatlah ungkapan ‘UMNOBN JANGAN MIMPI DI SIANG HARI.’

Kerisauan

Namun walaupun perkembangan tersebut agak mengembirakan,ada sedikit kerisauan tentang banyaknya pertambahan pengundi di Selangor.UMNOBN yakin boleh merampas Selangor seperti diungkapkan oleh para pemimpinya terutamnya Najib.Sebab itu Najib dan timbalanya asyik turun ke pelusuk Selangor,keyakinanya boleh merampas Selangor memungkinkan mereka memang telah merancang penggunaan pengundi-pengundi hantu.Malah rakyat Sabah juga ada yang namanya dipindahkan mengundi di Selangor.

Ini sangat membahayakan kedudukan Kerajaan PAKATAN Selangor.Permainan kotor dan jijik ini sudah dikenal pasti,pertambahan pengundi  secara mendadak yang sangat tidak masuk akal dan mencurigakan.Mereka telah merancang lebih awal dan sentiasa memantau mana-mana DUN yang boleh di menangi oleh mereka,dengan cara penambahan pengundi.Inilah kelebihan UMNOBN yang sudah hilang pertimbangan,dengan apa cara sekalipun ia mahu menang dengan cara yang tidak bertamadun.

Cuba lihat ini:

24,000 pendaftaran berganda di Selangor

-15,520 pengundi Sabah dan 8,585 pengundi Sarawak didaftar semula di Selangor.

-Wujud kes 15 0rang didaftar dalam sebuah rumah.

-7,841 pemilih di Selangor didaftar dengan kod 71 (warganegara lahir di luar Negara).

*Perangkaan untuk suku tahun pertama 2012 (Suara Keadilan 62:17 April 2012)

Dengan melihat perangkaan diatas sudah cukup untuk kita meragui ketelusan dan keadilan SPR dalam menjalankan tugasnya.Ya,sememangnya gambaran diatas sudah cukup untuk kita risau dengan perkembangan yang berlaku.Oleh itu pemimpin PAKATAN dan pendokongnya harus terus protes dan mengecam tindakan tidak bertamadun mereka untuk mencemari proses pilihanraya nanti dengan pengundi-pengundi hantu dan juga pengundi warga asing yang di beri I.C oleh mereka.

Khususnya di Selangor,kita sama-sama pertahankan sedaya upaya,serta terus menerus menekan SPR agar memperbaiki kecelaruan dan membersihkan daftar pemilih itu.Jika tidak BERSIH 3.0 adalah jawapan yang pasti untuk SPR dan Najib UMNOBN.Rakyat Selangor akan turun beramai-ramai di BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.

SEMOGA IMPIAN DAN NIAT KOTOR UMNOBN MAHU MERAMPAS SELANGOR TERKUBUR DAN TIDAK TERMAKBUL...! AMIN..!!!.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...