Rakyat semakin tertekan dengan kos hidup yang
semakin meningkat, tidak kira yang hidup di kota mahu pun desa, kini semakin
merasai situasi yang semakin menghimpit kehidupan mereka. Setahun sudah PRU-13
berlalu, namun janji-janji parti yang diberi kuasa tidak langsung ditepati.
Makin menambahkan derita dan lelah rakyat, sana sini naik, barangan terus naik,
terbaharu Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik, konon bagi menyelamatkan TNB
dari kerugian. TNB RUGI?...
Semakin hari semakin teruk dibawa pemerintahan
perdana menteri yang minatkan panda. Panda lebih diutamkan daripada rakyat yang
terus-menerus ditekan dengan pelbagai kenaikan, cukai, dan harga barang. Mana
keperihatinan pemimpin-pemimpin Umnobn?. Mereka hanya mementingkan diri dan kroni-kroni mereka. Mereka tidak melihat
rakyat melarat dibawa. Apa mereka kesah itu semua?.
Puluhan tahun memerintah, apa nasib bangsa
yang diperjuangkan?. Bila mahu PRU atau PRK, baharulah ingat kepada rakyat.
Rakyatlah kami utamakan, rakyat perlu bersyukur kepada pemerintah, rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan dan macam-macam lagi slogan diputar siang
malam pagi petang. Mulalah berjinak-jinak dengan rakyat, turun ke masjid,
surau-surau, ke warong-warong kopi, berkain pelikat berkopiah,
aduh...waraknya!, persisi rakyat marhein.
Bahasa lunak, sopan santun, sentiasa tersenyum
menampakan keprihatinan orang bawah...alahai, bagusnya lakonan mereka, boleh
dianugerakan pelakon terbaik!. Begitu sekali mereka melakonkan gaya untuk
memikat rakyat demi undi, you help me, i help you!...boleh?. Setiap kali ke
satu-satu tempat, pasti akan ada janji-janji ditabor. Sana juta, sini juta,
pembangunan sana, pembangunan sini, semua dijaja demi mahu undi. Begitulah
setiap kali bila mahu PRU.
Siapa yang tertipu?, rakyat juga yang tertipu,
masih tak serik-serik terus menerus mahu sokong dan dokong parti yang korup
penuh dengan skandal. Mana tidak terpengaruhnya, pagi petang, siang malam,
asyik tengok dan dengar berita arus perdana yang cukup-cukup berat sebelah,
tidak ada perubahan langsung dari segi pemberitaan, sedangkan pemimpin mereka
asyik teriak transformasi sana, transformasi sini, wasatiyah sana dan wasatiyah
sini. Mana hasilnya?. Tetap begitu-begitu, ditakuk lama, perbodohkan rakyat
selamanya.
Marilah sama-sama kita ubah, ubah, dan ubah
sebelum segalanya rebah dibawah pemerintahan mereka. Selagi mereka memerintah,
selagi itulah kita akan tetap bercakap, menulis perkara-perkara seperti ini,
sehinggalah mereka jatuh rebah tidak akan bangkit-bangkit lagi. Untuk itu
marilah kita terus bercerita, bercakap, menulis untuk kita sampaikan kepada
rakyat dibawah sana yang masih lagi tidak faham tentang duduk perkara
sebenarnya ini. Alahai!.
AYUH BERUBAH...SELAMATKAN MALAYSIA!
No comments:
Post a Comment