Bukan cara begini menyuarakan ketidakpuashatian...
Dua tiga hari ini,
ada sahaja insiden yang sugguh jijik dan menjelekkan dilakukan oleh puak-puak
yang memperjuangkan kononnya parti keramat. Jika tidak puas hati sekali pun,
janganlah sampai menunjukkan kebodohan dan ketidakbijakan tindakan . Memalukan nama parti keramat kono-kononnya. Apa
salahnya jumpa secara sopan, dari hati ke hati. Bukan dengan cara tunjuk gah
kesamsengannya itu. Kata memperjuangkan bangsa melayu, mana adat dan adabnya?. Tahulah ada lesen besar, kalau tidak ada lesen, mana berani buat begitu.
Begitukah caranya
bangsa melayu berjuang, bagai samseng dan pengganas lagaknya, bukankah kita
bangsa yang beradat dan beradab?. Sopan santun, budi bahasa bukankah budaya
kita, seperti yang diulang-ulang berkali-kali di media. Tidakkah puak-puak ini
menonton iklan itu?. Atau memang buat-buat tak nampak. Secara pribadi, sungguh
kesal melihat insiden yang berlaku, langsung tidak menunujukkan jati diri
melayu...dah LAYU?.
Saya yakin dan
pasti apa yang berlaku dan terjadi, itu semua ada ketua yang merancangnya atau
mastermindnya, mereka sudah diarahkan dan sudah semestinya upah atau
ganjarannya bukan setakat sekotak rokok tetapi lebih dari itu. Duit bagi mereka
segala-galanya, bagi kita duit bukan segala-galanya tetapi untuk mendapatkan
sesuatu duit segala-galanya, pastinya dengan cara halal dan bersih untuk
mendapatkannya.
Cara mereka dan
cara kita sangat berbeza, jauh sungguh jauh, kita pergi demontrasi ada tujuan
dan matlamatnya, rela hati, tidak payah diupah, malah keluar duit sendiri untuk
tambang, makan apatah lagi, sanggup berhujan berpanas, sanggup disiram air
asid, sanggup dilontar bom asap yang boleh menyesakan nafas kita, sungguh, kita
buat itu semuanya atas kesedaran yang tinggi. Malah ada yang sanggup ditangkap
dan di lokap, walaupun tiada kesalahan apa yang dilakukan. Itu bezanya, antara
kita dengan mereka.
Bahkan cara kita
berfikir pun sangat berbeza dengan cara mereka berfikir, lihatlah pemimpin
mereka berfikir, bagai bukan seorang pemimpin yang berfikir, bila ditanyai
tentang mengapa gula naik harga, mengapa harga ayam naik, mengapa barangan
naik, mengapa tol mahu dinaikkan dan macam-macam persoalan diajukan kepada
pemimpin mereka. Apa jawapannya?. Sungguh menjengkelkan dan sungguh tidak masuk
akal, rendahnya taraf pemikiran, bagaimanalah para pengikutnya tidak sama taraf
pemikirannya dengan ketuannya.
Tak perlulah saya
tulis kembali disini, apa jawapan-jawapan menteri bila ditanyai persoalan di
atas tadi. Masing-masing sudah tahu, dengar dan lihat, taraf rendahnya pemikiran
mereka. Ramai yang meluat dan menyampah pun. Tentang insiden di Kuala Lumpur,
Pulau Pinang dan terbaharu di Kuantan pula. Pihak berkuasa bertugaslah dengan
adil dan bijaksana, saya yakin pihak keselamatan tahu mana yang baik dan buruk
perlakuan dan tindakan mereka. Bertindaklah dengan kuasa yang ada, tanpa
mengikut telunjuk arahan sesiapa. Itulah harapan kita.
Dan saya tak dapat
bayangkan seandainya yang melakukan itu dari pihak pembangkang, sudah pasti
pantas tindakan pihak berkuasa, cepat sahaja statement menyatakan itu perbuatan
pembangkang. Akhbar-akhbar arus perdana pasti menyiarkan perlakuan itu, malah ditambah
dengan ulasan-ulasan pelbagai. Ditambah dengan pensyarah-pensyarah atau
profesor-profesor turut mengulas. Apatah lagi dengan ahli agama, pak mufti
pasti bersuara dengan begitu jelas dengan dalil-dalinya.
Malang, bila pihak
sana yang melakukan tindakan tidak bertamadun, langsung diam membisu, hilang
segala nas-nas hadis dan quran. Bagai tiada apa-apa, segalanya baik-baik
belaka. Bisu sebisu-bisunya, hilang suara, lidah kelu tak terkata. Dalam
mengeluarkan pandangan pun ada pilih-pilih, takut hilang jawatan...cari makan
bro!, mana boleh bantai sebelah sana. Elaun kena potong, pindah tempat kerja
atau bertugas. Nanti menangis tak berlagu bro!.
Cukuplah saya
membebel, harap-harap pemimpin mereka dapat menyabarkan ahli-ahlinya yang
punyai 3.1juta itu. Nasihatlah baik-baik, kita hidup mahu aman makmur antara
kaum-kaum yang lain. Jangan dinodai keamanan ini. Jadilah pejuang yang
benar-benar berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Jangan sekadar melaungkan
melayu, melayu, melayu tapi perbuatan macam orang tidak bertamadun. Buktikan
jika benar mahu politik baru, jangan hanya sekadar melaung-laungkan
transformasi tapi kenyataannya habuk, hampas...!. Alahai...!.
AYUH BERUBAH...SELAMATKAN MALAYSIA!
No comments:
Post a Comment