Menangis Tak Berlagu
Tindakan politik samseng
Politik huru-hara, samseng, pengganas, dan penceroboh sudah menjadi mainan
puak-puak yang tidak puas hati tentang kekalahan mereka sejak dua penggal yang
lalu. Pulau Pinang yang sebelum 2008 telah diterajui oleh parti Gerakan,
kompenan Barisan Nasional telah tumbang kalah teruk oleh pukulan maut Pakatan
Rakyat melalui DAP. Mereka menangis tak berlagu sampai sekarang!.
Sekali lagi dalam PRU-13, mereka masih tidak berjaya lagi merampas Pulau
Pinang. Walaupun macam-macam mereka lakukan terhadap pentadbiran negeri melalui
DAP, namun mereka tetap gagal mempengaruhi sebahagian besar rakyat Pulau Pinang
yang matang berpolitik. Apa yang mereka lakukan itu, menambah kebencian lagi
terhadap parti yang kononnya begitu keramat buat kaum Melayu.
Tindakan politik huru-hara dan samseng langsung tidak memikat hati rakyat
Pulau Pinang. Apa yang mereka tidak buat sepanjang lima tahun hingga ke PRU-13
hingga kini. Macam-macam tindakan provokasi bagi tujuan membangkitkan kemarahan
rakyat yang kononnya pentadbiran DAP, telah meminggirkan kaum Melayu. Tak perlu
saya tulis satu persatu di sini kerana semua sudah maklum tentang perkara ini.
Mereka tidak pernah serik dan memang mereka takkan serik dan berhenti dari
menganggui pentadbiran kerajaan negeri. Politik hasad dengki, menanam kebencian
satu-satu kaum, memang sudah sebati menyerap ke dalam lubuk jiwa mereka yang
busuk. Mereka semua mengikut rentak kepimpinan mereka, apa mahu diherankan,
jika yang di atas pun lagaknya macam samseng, apatah lagi yang dibawah itu.
PRK jawapan untuk politik samseng
PRK Bukit Gelugor
PRK P51 BUKIT GELUGOR akan diadakan pada 25hb mei ini, nampaknya masing-masing
sudah berkempen sana-sini, baik dari BEBAS(tapi condong BN...biasalah tu)
dan DAP, oh ya, parti keramat tidak menurunkan panglimanya, entah mengapa,
mungkin tiada calon yang layak atau mungkin takut kalah, dua kemungkinan, itu
agakkan saya. Mereka gunakan calon-calon tajaan, bebas dan PCM. Walau mereka
menafikan, tapi kemungkinan ada benarnya.
DAP diwakili oleh anak bekas Parlimen Mendiang Karpal Singh iaitu RamKarpal
Singh, bakal menjadi ahli parlimen Bukit Gelugor seandainya, rakyat di situ
memilihnya. Itu semua terserah dengan kebijaksanaan para pengundi di situ. Saya
yakin rakyat di situ sudah bijak-bijak belaka, sudah matang, sudah tahu mana
yang mesti dimenangkan. Mahu yang janji-janji berterusan tapi tak ditepati atau
yang peka tentang kemaslahatan rakyat.
Justeru itu, kemenangan seandainya berpihak kepada Pakatan Rakyat, ini
bermakna, petanda rakyat masih mahu perubahan, mereka mahu ubah keadaan yang
semakin menekan mereka kepada perubahan yang lebih baik. Kita yakin dengan
usaha-usaha setiap parti kompenan dalam Pakatan Rakyat, saling kuat menguatkan
antara satu sama lain, berkempen, majlis penerangan dan sebagainya, InsyaAllah
kemenangan pasti berpihak kepada rakyat.
AYUH BERUBAH...SELAMATKAN MALAYSIA!
No comments:
Post a Comment