Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, May 2, 2012

BERSIH 3.0 Aman


Perhimpunan BERSIH 3.0 mulanya Aman....


Perjalanan BERSIH 3.0 dari mula hingga mahu akhirnya sebenarnya aman,tenteram dan harmoni,namun saat-saat akhir dicemari dengan insiden provokasi oleh pihak polis.Biasanya perhimpunan mahu berakhir polis telah bertindak menyuraikan peserta perhimpunan dengan tembakan gas pemedih mata,semburan water cannon.Mana tidaknya mereka menyelamatkan diri.Tindakan polis yang tidak berperikemanusiaan menyebabkan saat-saat akhir perhimpunan dicemari adengan seolah huru-hara itu dilakukan oleh peserta perhimpunan.

Sebenarnya itulah yang mereka mahukan (Polis dan UmnoBn),mereka akan menyalahkan peserta perhimpunan melakukan kekacauan.Setiap kali perhimpunan BERSIH,sudah sebanyak tiga kali,semuanya dicemari dengan tindakan ganas dan zalim polis.Bukti-bukti banyak tertera di laman-laman blog mahupun laman web,malah youtube juga menyiarkan adengan-adengan tersebut.Namun penyelewengan fakta dari akhbar-akhbar yang tiada tamadun telah menyesatkan sebahagian rakyat yang tidak tahu dan faham apa yang sebenarnya berlaku.

Pengulangtayangan adengan menerbalikan kereta peronda seoalah-olah peserta perhimpunan yang melakukan keganasan.Itu pun telah diragui sebahgaian besar peserta perhimpunan,siapa sebenarnya yang melakukannya.Terdapat wajah mereka yang tidak dikenali,malah ada yang dikatakan mereka terdiri daripada polis yang menyamar.Keganasan polis satu persatu telah dibuktikan dengan munculnya gambar-gambar aksi polis sedang melakukan provokasi dan juga melakukan tindakan yang zalim terhadap peserta perhimpunan.

Setiap kali perhimpunan begitulah sikap dan tindakan mereka,kejam dan zalim,ganas dan tidak berperikemanusiaan.Apakah ini yang telah di didik oleh ketua mereka.Beginikah sikap dan tindakan pasukan keselamatan Negara yang cekap?.Pemerintah yang menjaga pasukan keselamatan,malah memberikan tahniah kononnya mereka bertindak profesional?.Malah menteri KDN juga bertindak hanya mengintip dari bangunan,setelah selesai perhimpunan baru keluar meninjau kawasan perhimpunan,Itukah ketua yang menjaga keselamatam Negeri?.

Jika benar pihak pasukan keselamatan bertindak professional,tidak akan berlaku adengan ganas,tidak ada tembakan gas pemedih mata,tidak ada penyemburan air berkimia,tidak ada terajang dan pukul,tiada tangkapan dan tiada peserta di gari.Barulah boleh di beri tabik hormat.Setelah membelasah rakyat di beri tabik dan hormat?.Ini bersekongkol namanya,diperguna dan diperkuda oleh pemerintah yang zalim dan rakus.Kuasa kepimpinanya hampir menuju kejurang kehancuran.

Rakyat yakin tindakan mereka ini di restui oleh pemimpin UMNOBN,jika tidak mengapa mereka begitu cekap dan berani membantai rakyat.Malah disokong dan di dokongi oleh puak-puak pelampau Melayu.Itulah tanggapan sebahagian besar rakyat yang tidak mahu ditipu lagi.Masakan UMNOBN tidak gembira dengan perlakuan anggota keselamatan itu.

Rupa-rupanya BERSIH 3.0,tidak pernah memberi pengajaran dan keinsafan kepada mereka dan juga pemimpin Negara,malah keegoan dan sikap kebinatangan mereka makin bertambah-tambah.Tuduhan terhadap peserta dan juga pemimpin BERSIH sebagai pengkhinat Negara amat kerterlaluan.Tapi untuk orang yang mahu menjaual Negara dengan warga asing tidak pula dianggap pengkhianat malah di bela dan dilindungi kerana ia menguntungkan kuasa yang ada.

Kesimpulannya,BERSIH 3.0 aman seperti BERSIH 1.0,BERSIH 2.0 tetapi di cemari oleh tindakan pasukan keselamatan atas arahan pemimpin yang pengecut dan bacul,hanya mampu meneropong dari jauh dan di dalangi pemimpin yang korup dan tidak bertamadun.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...