Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, May 2, 2012

Pelbagai Kaum Merai Satu Malaysia


BERSIH 3.0...Harmonis


BERSIH 3.0 telah memperlihatkan ikatan yang harmoni antara kaum,baik melayu,cina dan India.Masing-masing saling bekerjasama,bersatu hati,tegur menegur dengan penuh aman dan harmonis.Ya..kelihatanya sangat begitu indah perpaduan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.Malah ada terdiri dari pelbagai kalangan profesion yang menyertainya.Kelihatan golongan agama dari pelbagai agama.Ada Ustaz,Ustazah,Guru pondok,Ulamak,Pensyarah,para hufaaz,haffizah dan sebagainya.

Ada sami,ada paderi dan golongan agama yang lain.Ada petani,ada diriver,ada mahasiswa dan mahasiswi,budak kampung,budak kilang,minah kilang,mat motor,mat punk,pelajar sekolah menengah,kanak-kanak.Oku,malah yang menyamar pun ramai;).Bukankah ini suatau kebangkitan yang meremangkan penguasa yang ada?.Tidakkah ini akan mengkucar-kacirkan kesatuan mereka?.Tidakkah ini menganggui lena tidur mereka?.

Mereka kini sedang ketakutan,mara bahaya sedang menyahut mereka,biar pun senyum di muka namun luka di dalam amat parah.Mereka di bayangi oleh kehilangan kuasa.Mereka meracau-racau dalam tidurnya.Mereka bagai tidak percaya pelbagai kaum boleh terlibat dalam perhimpunan yang dilaung-laungkan saban hari di kaca-kaca tv dengan perhimpunan haram,perhimpunan haram,melanggar undang-undang dan pelbagai lagi ungkapan yang menghalang agar mereka tidak menyertai perhimpunan itu.

Malah kelihatanya satu Malaysia telah diungkapakan dalam perhimpunan itu.Mereka menjadi kaku dan lesu dengan perhimpunan itu.Malah repeknya seolah-olah tiada disambut oleh rakyat terbanyak.Ya..perhimpunan BERSIH 3.0 telah menyatukan rakyat melayu,Cina,India dan rakyat Sarawak dan Sabah,bersatu hati demi tanahair tercinta.Mereka mahu perubahan dan keadailan di bumi Malaysia ini.

Mereka sudah satu hati PRU-13,mahu menumbangkan penguasa zalim.BERSIH 3.0 telah membuktikannya.Dan mereka akan merealisasikannya.Bukan selogan kosong yang tidak mempunyai makna apa-apa seperti selogan penguasa yang hanya kosong dari erti sebenar yang dilaung-laungkannya.

Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...