Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, May 23, 2012

Akhirnya Debat PTPTN Berjaya





Akhirnya Debat Sinar yang bertajuk ‘Pemansuhan PTPTN&Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ di antara Ketua Pemuda Umno yang juga merupakan YB Rembau dengan Pengarah Strategik PKR telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam.Moderator debat di wakili oleh Dr.Maszlee Malik.Walaupun sebelum ini diwar-warkan di adakan di Bangunan Dewan Belia Seksyen 7,namun dibatalkan atas sebab yang tertentu.Apa pun diucapkan tahniah kepada pihak Sinar Harian yang menjayakan program debat ini pada malam ini(22Mei 2012).

Seluruh rakyat yang cintakan wacana yang bermanfaat tentunya tidak sabar untuk sama-sama menyaksikan debat tersebut.Walaupun ada pendapat mengatakan debat tidak sesuai untuk rakyat ini.Namun debat malam ini ternyata menyanggah pendapat tersebut.debat sebagai wadah untuk bertukar-tukar pandangan antara pendebat,menyoal dan berbalas hujah.Debat bukan sahaja dilihat untuk melihat siapa menang atau kalah apa yang penting ialah mengajak rakyat agar mempunyai daya fikir yang matang dalam menilaikan setiap hujah-hujah mereka.Idea-idea yang boleh diguna pakai dari kedua pendebat dapat dimanfaatkan untuk membangunkan Negara.Tidakah itu molek?.

Walaupun adakalanya emosi antara pendebat dan juga penonton yang menyaksikan debat tersebut namun debat tersebut masih dapat dikawal dan mereka sangat memberikan kerjasama yang baik.Mereka adalah pendebat yang bertamadun dan para penyaksi debat juga mereka yang bertamadun.Soal siapa hebat,siapa mantap itu nombor dua.Apa yang penting idea-idea dan hujah-hujah diantara mereka bernas dan boleh dipakai.Apa pun syabas sekali kepada Sinar Harian.

Kedua-dua tokoh pendebat membawakan hujah masing-masing,Pengarah Strategik PKR agak releks cara penyampaiannya dan bernas segala hujah-hujahnya.Mereka mempunyai ketokohan masing-masing sehinggakan moderator menganggap kedua-dua mereka layak menjadi tokoh politik yang hebat ditanahair kita.Namun pada hujah jawap YB Khairi tidak menunjukkan ketegasannya dalam persolan yang dilontarkan oleh Rafizi.Banyak persoalan yang tidak di jawap oleh YB Khairi.Namun kehebatan beliau berdebat memang tidak di nafikan.

Dalam debat tersebut kedua-keduanya melontarkan hujah yang mewakili parti mereka.Rasanya tidak perlu saya ulas lebih lanjut,masing-masing sudah menonton siaran langsung tersebut.Rakyat dapat menilaikan mana pihak yang lebih releven yang perlu dipertahankan hujah-hujah mereka.Penilaian terletak oleh rakyat yang menyaksikan debat tersebut.Masing-masing ada pandangan dan pendapat mereka.

Mudah cakapnya siapa yang tidak suka barang percuma,inikan pula persoalan pendidikan,soal masa depan generasi akan datang.Tanggungjawab yang dipikulkan kepada kerajaan yang di pilih rakyat mesti perihatin pada rakyatnya bukan memerah keringat rakyat untuk mengisi tembolok penguasa.Pendidikan percuma adalah tanggungjawab penguasa.Persoalan bankrap itu bukan alasan sebenarnya.mahu atau tidak mahu melaksanakannya.Melihat pada angka-angka jutaan malah bilionan penyelewengan dan ketirisan yang dilakukan oleh mereka,mustahil pendidikan percuma tidak boleh diberikan kepada seluruh rakyat.

Sangat menarik untuk diperkatakan diakhir debat tersebut,moderator telah melontarkan cabaran kepada kedua-dua pemimpin,Perdana Menteri Najib dan juga Ketua Pembangkang Malaysia Dato Sri Anwar Ibrahim dalam perdebatan antara mereka berdua.Adakah Najib bersedia?.Anwar sudah pasti sentiasa bersedia.Kita tunggu cabaran tersebut.Tahniah dan Syabas kepada moderator yang berani mencabar.

Kini,terserah kepada rakyat untuk menentukan kesinambungan PTPTN mahu dimansuhkan atau diteruskan setelah melihat dan mendengar hujah-hujah kedua-dua pendebat tersebut.Nah..pilihan terletak di tangan anda semua.Mahu percuma pendidikan atau PTPTN(Hutang)?.

Ayuh Berubah..Selamatkan Malaysia...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...