Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, May 2, 2012

Akhirnya BERSIH 3.0 Berjaya...BERSIH 4.0 Sedang Menanti

BERSIH 3.0 BERJAYA



Mungkin penulisan ini agak lewat beberapa hari,masing-masing blogger sudah menulis pandangan mereka di blog dan laman web,memberi ulasan tentang perhimpunan aman BERSIH 3.0.Akhbar-akhbar tempatan seperti biasanya akan mengulas lebih kepada pandangan pemerintah.Baik akhbar Melayu,Cina dan India masing-masing mengulas BERSIH 3.0.Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menterinya juga mengulas BERSIH 3.0.

Selaku peserta yang menyertai perhimpunan ini,saya juga mempunyai pandangan tersendiri.Apa yang berlaku pada tanggal 28hb 04 2012,Sabtu,merupakan detik bersejarah tanahair kerana kebangkitan rakyat dalam menunjukkan reaksi mereka kepada pemerintah yang ada.Ini sudah tentunya amat ditakuti oleh mereka.Selain menuntut agar pilihanraya yang akan diadakan dengn bersih dan telus,rakyat juga mahukan pemerintah yang sedia ada sekarang berundur dari arena pemerintahan sekarang.

Tuntutan ini merupakan tuntutan rakyat,atas kesedaran rakyat yang pelbagai kaum.Perhimpunan tempohari merupakan perhimpunan yang menghimpunkan kaum melayu.Cina,India dan kaum dari Sarawak dan Sabah.Ini merupakan aspirasi rakyat yang mahukan PRU dan pemerintah yang ada ini segera berundur.Sudah sampai masanya Negara ini dibersihkan dari karat-karat kotor yang dilakukan oleh mereka.BERSIH 3.0 telah membuktilkan bahawa rakyat pelbagai kaum bersatu untuk menolak UMNOBN pada PRU-13.

Justeru itu,SPR mestilah mengambil inisiatif untuk memperbaiki perjalanan PRU akan datang.Segala tuntutan yang dikemukakan BERSIH 3.0 mestilah diterima dengan lapang dada.Ini sudah kali ketiga BERSIH menuntut kepada SPR untuk memperbaikinya.Harap tidak membuat pekak badak dan buta tuli tentang perkara ini.BERSIH 3.0 mengharapkan kesemua tuntutan yang di pohon itu mestilah diterima.

Rakyat seluruhnya ingin melihat perubahan yang segera dilaksanakan oleh SPR.Jika tidak,sudah ada ura-ura dari pimpinan PAKATAN RAKYAT tentang BERSIH 4.0 .Rakyat tidak akan berganjak untuk tidak menyertai BERSIH 4.0 sekirannya SPR tidak memperbaiki semua sistem yang pincang ini.Ini juga merupakan amaran kepada UMNOBN agar bertindak dengan sopan dan tidak mempergunakan SPR sewenang-wenangnya.

Oleh itu,para pemimpin PAKATAN RAKYAT sedang memerhatikan dan menilai perkembangan tentang penambahbaikan yang dilakukan oleh SPR.Rakyat menanti dengan penuh minat dan sabar untuk perkembangan seterusnya.BERSIH 3.0 berjaya,Rakyat Sejahtera.Apakah BERSIH 4.O yang seterusnya?.


Ayuh Berubah...Selamatkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...