Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Tuesday, March 18, 2014

Sajak: Hentikanlah Fitnah Itu


Sudah lama saya tidak menulis di blog ini, entahlah asyik tergendala sahaja. Turun naik semangat mahu menulis, banyak isu yang tidak dapat saya kongsi rasa dengan sahabat semua. Apa pun hati ini masih tetap mahu 'LAWAN TETAP LAWAN', undur selangkah tidak sekali-kali tidak. Hangatnya situasi politik kita tidak reda-reda lagi, selagi ada pertembungan selagi itulah ia akan tetap panas terus membahang.

Fitanh sana sini, tidak reda-reda lagi, fitnah terhadap ketua pembangkang terus menerus dilakukan oleh rejim itu. Tidak pernah berhenti walau seminit pun. Kerana mereka memang risau dan takut selagi yang bernama Anwar itu masih ada. Oleh itu ia mesti dinyahkan di persada politik tanahair, mereka fikir dengan mengnyahkan Anwar selesai permaslahan mereka, mereka bebas buat apa-apa sahaja?.

Mereka lupa dengan ribuan Anwar yang muncul, mereka fikir dengan terpenjaranya Anwar, mulut rakyat bungkem diam tidak buat apa-apa, silap dan terlalu silap jika puak-puak rejim ini fikir begitu. Rakyat semakin matang dan bijak, celik dan tidak buta melihat segala permainan licik dan jijik rejim. Semua masalah mahu dipersalahkan Anwar, pusing punya pusing Anwar juga yang kena. Mereka lebih takut Anwar dari Tuhan yang mereka sembah. Begitu sekali!.

Mari kita hentikan segala fitnah dan kejelikan ini, kita mahu bina bangsa yang bermaruah dan bertamadun. Bukan seperti sekarang, mahu gedung tinggi-tinggi tapi tamadunya hancur berkecai dek' jahanamnya rejim. Cukuplah bebelan ini. Nah, saya sajikan sebuah sajak, untuk direnung fikirkan, jika perlu.

Hentikanlah Fitnah Itu

Cukuplah sudah fitnah yang membarah
kerana ia membangkitkan resah amarah
saling sering bertikam lidah tidak sudah
membikin gawat  hidup hati gelisah resah.

Hentikanlah pertikaman lidah bawa padah
fikiran kacau buntu membuat hidup susah
kerna gelisah fitnah memfitnah aib terdedah
segera hentikanlah sebelum segalanya musnah.

Adat perlawanan ada menang ada kalah
majoriti kurang itu petanda orang marah
banyak sangat skandal seleweng harta serta rasuah
jangan ingat itu semua orang tidak ambil kesah.

Sedar-sedarlah mereka yang sedang memerintah
jangan diikuti nafsu amarah membawa punah ranah
segeralah beringat kerna bumi sudah berasa marah
cukup sudah derita rakyat mengalah serta beralah.

Masshah 2014
18022014
Meru.

AYUH BERUBAH!  SELAMATKAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...