Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Monday, March 24, 2014

Tetap Menang Walau Media Berat Sebelah Selamanya



Kekalahan di Kajang sudah pasti menghantui pemimpin UmnoBn. Biarpun media mencanangkan kekurangan majoriti berbanding PRU-13. Apa pun menang tetap menang, satu majoriti undi pun masih dianggap menang. Kemenangan ini merupakan kemenangan rakyat, seluruh rakyat yang cintakan keadilan tentu berasa bersyukur tidak terhingga.

Dengan kerja kuat pasukan yang mengembeleng tenaga, semua parti bertungkus lumus berkempen dengan sedaya mungkin. Tanpa ada ruang melalui media perdana, akhbar, tv mahupun radio, namun mesej tetap sampai ke tengah masyarakat yang dahagakan berita-berita dari sumber yang sahih, terutamanya  berita politik pakatan rakyat.

Walaupun seolah-olah tenggelam dengan berita duka kehilangan MH370, PRK DUN N25 KAJANG tetap menjadi pilihan rakyat. Ketidaktelusan berita-berita di tv dan radio tentang Pakatan Rakyat sangatlah tidak diherankan. Memang itulah cara penyampaian berita mereka. Segalanya buruk dan negatif digambarkan untuk pakatan rakyat. Seolah-oleh tiada kebaikan dan sumbangan yang diberikan oleh pakatan rakyat untuk negara ini.

Sikap berat sebelah media tempatan sangat-sangat menjelekkan, tiada perubahan sehingga hari ini. Sikap double standard masih terus ketara diamalkan tanpa segan silu dan malu. Sikap memihak sangat ketara dan menjengkelkan sejak berpuluh tahun lamanya. Jarang sekali kita dengar, nampak wajah-wajah pimpinan pakatan rakyat muncul mewarnai kaca-kaca tv negara kita, jika ada pun berita negatif, buruk dan berperasangka. Ada wajah tapi suaranya dibisukan.

Biar apa pun mereka lakukan, namun mereka tidak bisa menghalang rakyat dari mendengar, melihat, meneliti, menilai, memikir apa-apa sahaja yang berlaku pada pakatan rakyat. Perkembangan yang berlaku pada pakatan rakyat sangat diikuti oleh seluruh rakyat. Media-media sosial memainkan peranan yang sangat signifikan, mereka cepat tahu apa sahaja berita yang berlaku.

Walau diasak dengan ketidakadilan media perdana, pakatan rakyat tetap dapat menyampaikan hasrat murni mereka dalam menyampaikan mesej-mesej penting kepada rakyat. Jelas kini UmnoBn sebagai peneraju kerajaan hari ini tewas dengan media-media sosial yang ada. Biar pun mereka juga menggunakan media ini, ia tetap tidak dapat menawan hati sebahagian rakyat. Jelas sekali rakyat sudah muak semuak-muaknya dengan pelbagai skandal, penyelewengan , pemborosan secara berterusan yang dilakukan oleh para pemimpin UmnoBn.

Alhamdulillah, sebahagian rakyat sudah menunjukkan reaksi di PRK Kajang pada hari sabtu lepas. Pengundi melayu bertambah, juga pengundi muda begitu. Ini yang memeningkan UmnoBn, mereka pasti tertekan dengan perkembangan ini. Mereka tidak perlu menyalahkan pakatan rakyat, mereka perlu bermuhasabah tentang perkara ini, itu pun jika mereka mahu bermuhasabah.

Justeru itu, apa pun pakatan rakyat juga janganlah terlalu gembira sangat, teruskan gerak kerja setiap parti baik PKR, PAS dan DAP. UmnoBn boleh buat apa sahaja, demi mempertahankan kuasa yang ada, biar pun berkuasa dalam minoriti. Insyallah kejayaan yang lebih besar menunggu di hadapan.

Sekali lagi syabas dan tahniah Pakatan Rakyat!


AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...