Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Tuesday, March 18, 2014

Berdoalah...Jangan Buat Spekulasi




Seantero benua memandang ke arah Negara kita, itu gara-gara kehilangan kapal terbang MAS MH 370, sehingga kini belum ditemui, dari awal kehilangannya hingga ke hari ini, hari ini sudah masuk hari kesebelas, namun bayang pun masih tidak nampak. Rakyat dihalang daripada membuat spekulasi. Namun begitu, tiada sesiapa yang tidak dapat membuat spekulasi, bagaimana kita boleh tidak membuat spekulasi?. 
Kita juga ada hak membuat andaian, rumusan, kesimpulan dan apa sahaja pandangan apa yang berlaku kepada MH370.

Bila kita membuat andaian-andaian apakah bermaksud kita tidak simpati ke atas mereka yang terlibat, para penumpang, anak-anak kapal, juruterbang dan lebih-lebih lagi keluarga yang terlibat dalam kehilangan MH370 itu?. Lebih-lebih lagi sekarang sudah semacam dipolitikkan. Sehingga begitu sekali mereka lakukan, Mereka kata jangan buat spekulasi, tetapi sebaliknya mereka sendiri membuat spekulasi. Untuk mereka boleh, tapi untuk rakyat, banyak ugutan dan kekangannya.

Secara pribadi saya sangat bersimpati dan mendoakan agar MH370 segera dijumpai, tidak kiralah apa yang nanti dijumpai bangkai kapal terbang atau sebaliknya selamat aman damai, itu semua serba kemungkinan. Semua kerja Allah SWT, Dia yang Maha Tahu. Sehingga hari ini, kecanggihan teknologi pun tidak dapat menemuinya. Mudah-mudahan ada keajaibannya, kita berusaha, berdoa siang malam, solat hajat mengharap bantuan Allah SWT agar segera merungkai misteri kehilangan MH370 ini.

Namun di situ, bagai ada sesuatu kepelikan yang sedang berlaku, apakah, mungkinkah, untuk apakah, ya...itu persoalan-persoalan yang bermain di kepala otak saya kini. Namun untuk saya nyatakan di sini tidak perlulah, mana boleh buat spekulasi, jangan memandai-mandai. Apa yang saya lihat semakin hari semakin pelik, ya pelik, semacam ada satu misteri agenda tersembunyi...entahlah...berdoa...berdoa...berdoalah...itu sahaja yang saya dapat bicarakan.

Cukup sekadar ini, jangan buat spekulasi...!


AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA.

2 comments:

  1. Salam ukhuwah dan salam ziarah dari bunda...

    #prayforMH370 :(

    ReplyDelete
  2. Salam ukhwah kembali bunda, terima kasih sudi ke teratak siasah yang kian usang ini;). Moga ada manfaatnya. Berdoalah agar semuanya selamat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...