Pilihan rakyat
Lagi dua hari para pengundi DUN N25 KAJANG akan turun mengundi, saya yakin
setiap individu yang layak mengundi sudah ada pilihan hati masing-masing siapa
yang mahu diundi. Memilih itu hak rakyat, parti mana, calon mana, terpulang
kepada pengundi, tiada sesiapa yang mahu memaksa mereka. Undi rahsia, betul
ke?.
Namun begitu pun, para pengundi perlu berfikir dengan waras agar nanti
tidak tersalah pilih menyesal tiada berkesudahan. PRU-13 yang lalu
masing-masing sudah membuat pilihan. Ya, ternyata biarpun hanya mendapat
minoriti sokongan rakyat UmnoBn masih menang dan memerintah Malaysia. Apa pun
itu kenyataannya.
Kini, peluang sekali lagi memilih dalam PRK DUN 25 KAJANG, beruntunglah
rakyat Kajang kerana sekali lagi diberi peluang untuk memilih pemimpin yang
bakal menerajui gugusan Kajang. Biar pun sebelum ini ada cakap-cakap PRK bakal
membazirkan wang rakyatlah dan macam-macam yang diungkapkan. Pemimpin mereka boros
tak pula dihebohkan!.
Rakyat Kajang perlu buka mata seluas-luasnya, bahawa, sebelum PRU-13 telah
dijanjikan dengan pelbagai janji-janji manis oleh parti UmnoBn. Bermcam-macam
janji yang konon-konon akan ditepati, namun setelah mendapat kemenangan
minoriti, mereka tetap tidak melunaskan janji-janji mereka, janji dicapati.
Malah banyak perkara berlaku kepincangan dalam urus tadbir terus berlaku.
Rakyat sudah serik dan meluat dengan situasi yang berlaku sekarang,
kejayaan di Kajang nanti biarlah akan membangkitkan memontem rakyat untuk
mendukung cita-cita ke Putrajaya. Selagi Putrajaya tidak diambil alih, selagi
itulah kerakusan, pencabulan kuasa, rasuah, rompakan harta rakyat dan
lain-lainnya akan terus mereka lakukan. Mereka apa peduli dengan rakyat, rakyat
bila mahu undi baru bermesra dengan rakyat. Itulah sikap mereka.
Cukuplah apa yang berlaku sekarang, dengan harga barangan yang tinggi,
harga rumah yang terus naik, harga kereta tak turun-turun(janji dicapati) dan
macam-macam insiden yang berlaku dalam negara. Keselamatan negara, limpahan
warga asing, kes bunuh sana-sini, rompakan, itu semua melahirkan ketakutan pada
rakyat. Kesungguhan mereka untuk mengatasinya, tidak serius. Bila pada pemimpin
pembangkang, laju dan pantas tindakannya.
Ya, kita mengharapkan pengundi Kajang membuat pilihan bijak dan yakin
bahawa perubahan yang bakal mereka lakukan adalah titik tolak bagi menuju ke
Putrajaya. Ini bukan main-main, tapi inilah sebahagian impian dan kemahuan
rakyat Malaysia sekarang. Cukuplah kebosanan yang kita tanggung waktu kini.
Kita mahukan suasana baru yang menjamin hak-hak rakyat keseluruhannya.
Justeru itu, rakyat Kajang, jangan hampakan suluruh harapan kami, kami doakan
agar pengundi tetap dengan pilihan rakyat. Kami yakin, kami percaya mereka
sudah tidak sabar untuk menunjukkan sikap yang bistari dalam memilih pemimpin
pilihan mereka dan rakyat seluruhnya. Selamat mengundi!.
AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment