Pages

KETAHUI HAK KITA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

Wednesday, March 26, 2014

MH370 Akhirnya


“Sebagai rakyat yang prihatin tetap berdukacita...Pilu...Sepilu-pilunya...”

JIKA BEGITULAH AKHIRNYA...

Seantero dunia sudah tahu perihal MH370, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman oleh YAB PERDANA MENTERI tentang misteri yang selama ini menyelubungi tragedi MH370. Ahli keluarga yang terlibat tentunya berdebar-debar bila pengumuman itu dilakukan, perasaan sedih dan pilu yang tidak terhingga dan tergambar oleh kita, tentunya sangat meruntun hati-hati mereka. Seluruh rakyat di negara juga masyarakat dunia bersimpati atas kejadian tragedi tersebut.

Sesungguhnya dengan kenyataan itu, maka terjawablah misteri tragedi selama beberapa hari sebelum ini (16 hari ). Namun begitu banyak persoalan-persoalan yang timbul telah menjadi tanda tanya dikalangan orang ramai. Di media-media sosial sebahagian menyatakan kekesalannya dengan pengumuman oleh perdana menteri, mereka memberitahu seolah-oleh kerajaan menyimpan sesuatu tentang MH370. Terpulanglah itu hak mereka, mahu kata apa sahaja.

Mereka inginkan bukti yang sahih tentang MH370, meskipun ia sudah dinyatakan oleh perdana menteri tentang MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi yang dalam itu. Rasa tidak puashati dikalangan rakyat China (terdiri 200 keluarga penumpang-Sinar Harian) sehingga mereka ke kedutaan Malaysia di Beijing. Mungkin itu protes mereka terhadap negara kita.

Usaha-usaha untuk mencari objek dan serpihan terus dijalankan, menurut perdana menteri sebarang hasil penemuan atau maklumat akan disampaikan kepada keluarga mangsa juga kepada pengetahuan umum. Begitulah yang kita harapkan, ketelusan dan kesungguhan kerajaan amat diharapkan dan ditunggu-tunggu oleh rakyat. Kita mengharapkan kerajaan tidak akan menyimpan apa-apa rahsia tentang MH370. Begitulah berakhirnya misteri tersebut.

Namun usaha-usaha mencari bangkai kapal terbang MH370 masih diteruskan...berdoa, berdoa, berdoalah sebanyak-banyaknya. Buat keluarga yang terlibat agar bersabar dalam menghadapi saat getir, kehilangan orang yang tersayang sudah pastinya akan memberi kesan yang mendalam di setiap jiwa mereka. Rakyat seluruhnya yang punyai hati nurani terus menerus berdoa, semoga akan usaha-usha yang dilakukan oleh kerajaan akan dapat mendapatkan hasil akhirnya nanti.

Sekali lagi, secara pribadinya saya mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga yang terlibat, khususnya yang beragama Islam dan takziah kepada yang bukan Islam. Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa orang yang dikasihi. MH370 tetap akan menjadi memori setiap rakyat Malaysia dan keluarga mereka.

Al-fatihah!


AYUH BERUBAH! SELAMATKAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...